Sunday, 18 February 2018

Tanda-Tanda Bayi Cukup Susu Badan

Dalam beberapa minggu penyusuan, ibu mungkin akan tertanya-tanya jika si bayi yang disusukan mendapatkan bekalan susu badan yang secukupnya, terutama sekali jika bayi kerap mahu disusukan atau terdapat tanda-tanda untuk memastikan bayi memperoleh susu badan yang cukup. Pada awal penyusuan, bayi akan kerap berasa lapar kerana susu badan amat cepat dicerna iaitu 2 jam selepas penyusuan, susu badan selesai dicerna.


Kebanyakkan bayi yang baru lahir, kekerapan penyusuan adalah diantara 8 ke 15 kali sehari bagi tempoh 3 ke 4 hari pertama. Kekerapan penyusuan ini akan berterusan sehinggalah masuk minggu berikutnya dan kekerapan akan mula berkurang dari 8 ke 10 kali sehari. Ramai ibu akan mula mendapati, rutin seharian akan sedikit terganggu akibat menyempurnakan rutin penyusuan agar bayi menerima cukup susu badan

Apakah Tanda-Tanda Susu Tidak Cukup?



1. Bayi meletakkan tangan berdekatan dengan mulut
2. Bayi memusingkan kepada ke kiri dan ke kanan
3. Bayi kelihatan gelisah sambil menjelirkan lidahnya
seolah-oleh mahu menyusu
4. Bayi mula menghisap jari atau kain yang diberikan
5. Bayi mula merenggek
6. Bayi mula menangis kuat


Penyusuan  Yang Kerap Pastikan Si Manja Dapat Susu Yang Cukup

Si manja akan menyusu sehingga 8 ke 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama. Penyusuan seharusnya tidak menyakitkan dan memberi keselesaan kepada si ibu. Bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang. Si manja anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar

Tanda-Tanda Bayi Cukup Susu Badan

1. Bayi Kerap Menyusu

Bayi akan kerap menyusu antara 2-3 jam sekali ataupun 8-9 kali sehari. Bayi yang menyusu secara esklusif akan cepat lapar berbanding yang menyusu susu formula kerana susu ibu lebih mudah dicerna dan sangat sesuai untuk usus bayi yang belum cukup matang.

2. Buah Dada Terasa Lembut

Buah dada akan terasa lembut dan selesa setelah selesai penyusuan. Buah dada akan terasa sedikit kendur apabila bayi kerap penyusu

3. Kulit bayi akan terasa tegang 

Ia akan memantul sedikit apabila pegang. 

4. Kekerapan Menukar Lampin

Ibu akan menukar lampin bayi sekurang-kurangnya enam kali sehari kerana si manja akan kerap kencing (penggunaan lampin lebih mudah mengesan warna air kencing bayi berbanding lampin pakai buang). Air kencing bayi juga tidak berbau.

4. Kenaikan Berat Badan Bayi

Terdapat kenaikan berat badan si manja sekitar 500g per bulan

5. Bayi aktif dan ceria

Bayi yang kurang susu akan mudah menangis kerana lapar, berbanding yang sudah kekenyangan lebih aktif dan ceria.
 
6. Najis si manja semakin bertukar warna cerah berbanding awal kelahirannya.

Bayi yang kerap disusukan akan menghasilkan warna najis yang lebih cerah berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula. Bayi yang memperoleh susu yang cukup juga akan 'membuang' sekurang kurangnya 1-2 kali sehari. Jika bayi anda tidak 'membuang' berkemungkinan susu yang dihisap tidak mencukupi.

7. Bayi Kelihatan Menelan Semasa Menyusu

Tidak semua bayi akan menghasilkan bunyi ketika menelan. Tapi kita dapat lihat melalui lehernya seolah-olah puas menelan air susu. 

8. Tidur lena

Bayi akan menikmati tidur yang lena apabila puas menyusu. Dia akan bangun semula sekitar 2-3 jam untuk menyusu semula


Jenis Makanan Yang Membantu Pengeluaran Air Susu



1. Alfalfa

Daun Alfalfa adalah herba yang memiliki pelbagai vitamin penting, mineral dan asid amino. Estrogen yang terdapat dalam Alfalfa mampu meningkatkan hormon menghasilkan susu yang dirangsang oleh kelenjar pituitari.

 2. Fenugreek (Halba)

Fenugreek atau juga dikenali sebagai halba dalam masyarakat melayu merupakan herba yang berpotensi meningkatkan pengeluaran susu badan. Lazimnya digunakan dalam masakan, halba kaya dengan sumber protein, zat besi, vitamin C dan banyak lagi. Pengambilannya dalam minuman atau bentuk kapsul mampu meningkatkan pengeluaran susu badan.


3. Oat

Makanlah oat untuk memastikan pengeluaran susu badan tidak putus. Oat adalah sumber pemakanan yang tinggi antibiotik, anti radang dan menyokong sistem imunisasi. Pengambilan oat mampu meningkatkan hormon penghasilan susu yang dirangsang oleh kelenjar pituitari. 

4. Bawang putih

Bawang putih digunakan diseluruh dunia dalam dunia masakan. Bawang putih mempunyai kesan lactogenik dan pengambilan bawang putih dikalangan ibu yang menyusukan membantu merangsang penghasilan susu badan. 

5. Herbatussauda

Herbatussauda ataupun jintan hitam merupakan salah satu makanan sunnah yang digalakkan pengambilannya dalam masyarakat islam. 

Shaklee Ada Set Menyusu Untuk Ibu-ibu


ESP

Kandungan protein yang tinggi dalam ESP menjadikan ESP sangat sesuai dijadikan vitamin yang wajib diambil oleh setiap ibu yang menyusukan bayi. ESP turut membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada ibu serta dapat meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh. ESP membantu melancarkan pengeluaran air susu serta menghasilkan susu badan yang pekat dan berkhasiat

Alfalfa

Raja tumbuh tumbuhan ini memiliki keistimewaan sendiri kerana akarnya berupaya menyerap pelbagai nutrisi menjadikan ia sangat hebat kerana memiliki khasiat yang sangat tinggi. Pengambilan alfalfa sebagai salah satu produk dalam meningkatkan pengeluaran susu menjadikan set ini sangat lengkap dan sesuai sebagai gelaran milk booster yang membantu ibu-ibu yang berhasrat menyusukan bayi secara esklusif. Gabungan ESP dan Alfalfa menghasilkan susu badan yang banyak dan pekat sekaligus membuatkan bayi cepat kenyang.


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **















Thursday, 15 February 2018

Tanda-tanda Badan Kekurangan Vitamin

Kekurangan  vitamin mampu mengubah fungsi tubuh bermula dari tahap cellular. Proses tubuh yang mungkin terganggu termasuklah keseimbangan air dalam badan, fungsi enzim, gangguan saraf, system pencernaan dan metabolism.

Kekurang vitamin juga boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada masalah kesihatan. Contohnya kekurangan kalsium dan Vitamin D menyebabkan masalah osteoporosis. Teruskan memba untuk ketahui tanda-tanda badan kekurangan vitamin

1. Tubuh Cepat Letih



Bila dah bekerja seharian, normal untuk badan merasa letih dan perlukan rehat yang secukupnya. Tapi, jika semalaman tubuh kita sudah rehat dengan tidur yang cukup, tapi bangun keesokkannya masih lagi terasa letih, besar kemungkinan tubuh mengalami kekurangan zat besi ataupun Vitamin B12. Kedua-dua zat ini sangat diperlukan dalam pembinaan sel darah merah yang sihat, yang mana ia diperlukan untuk membawa oksigen keseluruh badan.

2. Migrain



Kekurangan magnesium dalam badan mungkin penyebab utama anda sering diserang migrain. Magnesium yang cukup membantu sistem saraf bekerja dengan baik dan memastikan tahap gula dalam darah terkawal. Association Of Migraine Disorders mencadangkan supaya mengambil 400mg magnesium untuk mengurangkan rasa sakit migrain.

3. Kekeringan Mata



Kurangnya asid lemak omega-3 akan menyebabkan anda mengalami masalah kekeringan mata. Rajin-rajinlah menikmati ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 untuk menjaga kesihatan mata

4. Masalah Kulit Kering




Kulit yang kasar, kering dan bersisik adalah disebabkan kekurangan Vitamin B2 iaitu dikenali juga sebagai Riboflavin. Vitamin B2 membantu mengalakkan pertumbuhan sel yang baik. Banyakkan makan telur dan juga sayur-sayuran hijau sebagai sumber B2

5. Rambut Gugur.



Selain menyebabkan badan letih dan tidak bermaya, kurangnya pengambilan sumber zat besi juga menyebabkan masalah rambut gugur terutama bagi wanita berumur 50 tahun ke atas. Daging dan kekacang adalah sumber zat besi terbaik.

6. Pendarahan Pada Gusi



Kekurangan Vitamin C berpotensi mengidap masalah skurvi. Pendarahan pada gusi mungkin disebabkan kekurangan vitamin C dan berkemungkinan juga mengalami skurvi. Pastikan keperluan seharian vitamin C mencukupi sekurang-kurangnya 90mg untuk lelaki dan 75mg untuk perempuan. Manakala 85mg hingga 120mg untuk ibu hamil.

7. Otot Lemah



Pengambilan vitamin B1 atau juga dikenali sebagai Thiamin yang tidak mencukupi melalui pemakanan boleh mengakibatkan masalah otot. Selain itu, kekurangan potassium juga menyumbang kepada masalah otot yang lemah.

8. Kerap Batuk dan Selsema



Pastikan pengambilan vitamin C dan vitamin E mencukupi setiap hari. Kedua-dua vitamin ini boleh membantu mempertingkatkan imun tubuh supaya boleh mempertahankan tubuh dari diserang penyakit seperti batuk dan selsema.


9. Ulser


Orang kita sebut ulser sebagai mata ikan. Apapun panggilannya, kewujudan ulser menunjukkan tubuh kita kekurangan vitamin B12, Zink dan Folat

10. Hilang deria pendengaran




Untuk memastikan kita memiliki system saraf yang sihat, jangan lupa untuk terus mengamalkan vitamin B12

11. Tulang Rapuh



Pengambilan kalsium adalah lebih  baik diambil bersama vitamin D kerana vitamin D menggalakkan penyerapan kalsium dan sekaligus memberi kesan terbaik pada tulang. Awas dengan masalah osteoporosis jika anda gagal memenuhi keperluan kalsium tulang anda.

12. Luka Pada Hujung Mulut



Cuba lihat cermin dan perhatikan kawasan mulut. Jika anda mengalami luka atau rekahan pada bahagian hujung mulut, itu menunjukkan anda kekurangan vitamin B6. Banyakkan makanan seperti sumber daging, ikan serta sumber kanji seperti kentang untuk memenuhi keperluan vitamin B6.






Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **












Saturday, 10 February 2018

Youth Shaklee 100% Vegan Berasaskan Tumbuhan

Pengedar shaklee labuan

Sekarang tengah viral tentang produk penjagaan wajah Shaklee yang terbaru iaitu dikenali sebagai Youth. Lepas balik BLNC Shaklee 2018, sana sini video unboxing Youth Shaklee. Kalau nak tahu, Youth Shaklee dihasilkan oleh 100% Vegan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Kesemua formulasi yang digunakan oleh Shaklee dalam proses dipatenkan.

Youth diformulasikan secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya disebabkan oleh gaya hidup, kerosakkan persekitaran atau pun penuaan semulajadi. Disebabkan Youth Shaklee diperbuat daripada 100% Vegan Berasaskan Tumbuhan, makanya Youth Shaklee bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya.

Pada yang nak tau apa 2500 bahan merbahaya yang tidak terkandung dalam Youth Shaklee ini, bolehlah jalan-jalan kat web Shaklee Naturally ni ok ===


Jom kita tengok apa bahan vegan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan Youth Shaklee

Muscadine Grape

Muscadine grape

Semua orang yang biasa dengan Vivix, mesti biasa dengan bahan utama dalam Vivix, iaitu Muscadine Grape. Polifenol Muscadine Grape (dalam proses dipatenkan) melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakkan kolagen dan elastin.

Lotus Japonicus

Lotus japonicus

Youth Complex (dalam proses dipatenkan) digabungkan dengan Lotus Japonicus akan mengaktifkan protein Youth yang penting untuk menjana semula sel bagi menggalakkan penghasilan kolagen, elastin dan fibrilin.

Youth Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract yang memberikan lebih banyak nutrient dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

Apple Stem Cell Extract

Apple stem cell extract


Kajian menunjukkan bahawa apple stem cell extract mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda lebih berseri dan lembut lebih lama.

Schisandra Chinensis Fruit Extract

Schisandra chinensis fruit extract

China, Jepun dan Korea menggunakan herba ini secara tradisional untuk melegakan dan menenangkan keradangan serta kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan anti oksida.

 Vital Repair + ® Complex

Vital Repair + Complex

Vital Repair +® Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrient anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Oleh itu, bagi yang masih tercari-cari produk semulajadi berasaskan tumbuh-tumbuhan.. boleh cuba Youth Shaklee. Tak perlu risaukan bahan-bahan kimia merbahaya sebab Youth Shaklee 100% Vegan Berasaskan Tumbuhan.



pengedar shaklee labuan


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **

Wednesday, 7 February 2018

Anak Kerap Demam : Apa Rawatan Sesuai Di Rumah?



Demam  merupakan satu gejala normal yang dialami oleh kanak-kanak. Demam biasa selalunya tidak memberi sebarang masalah serius, malah demam sebenarnya merupakan salah satu cara badan melawan penyakit. Peningkatan suhu badan adalah disebabkan meningkatnya nilai sasaran termoregulator badan (Pengawalan suhu). Badan akan kembali normal apabila jangkitan kuman sudah sembuh. Sistem pertahanan tubuh akan menjadi semakin kuat setiap kali pulih dari demam

Simptom Demam

Dari pengalaman dengan dua orang anak ni, kalau anak dah mula tunjuk tanda-tanda nampak lesu dan layu, lemah, mata nampak merah, kulit nampak pucat dan kurang aktif berkemungkinan akan diserang demam. Kalau pegang bahagian leher dan dahi, terasa hangat lebih dari biasa. Nak dapatkan pengesahan anak demam tu, ibu-ibu di rumah boleh cek suhu badan anak, kalau lebih 37 darjah celcius tu berkemungkinan anak dah menunjukkan gejala demam. Bolehlah cepat cepat bawa ke klinik.

Terdapat tiga cara yang boleh diikuti untuk mengambil suhu anak yang demam. 

i. Di bawah ketiak 
ii. Di bawah lidah 
iii. Melalui telinga

Boleh juga rujuk jadual suhu demam di bawah sebagai panduan. 


Shaklee labuan


Punca Anak Kerap Demam

1. Jangkitan virus
2. Jangkitan bakteria
3. Nak tumbuh gigi
4. Reaksi kepada vaksin

Rawatan Di rumah.

Kebiasaannya anak demam biasa akan menjalani rawatan di rumah sahaja agar anak lebih selesa. Doktor akan menasihati ibu bapa agar menjaga sebaiknya serta memastikan anak mendapat rehat yang mencukupi sewaktu berada di rumah Oleh itu sebagai ibu bapa, perlu menyediakan suasana yang membantu anak sembuh, antaranya ;


Shaklee labuan


1. Menggunakan baju yang tidak terlalu tebal supaya anak lebih selesa
2. Beri anak minum secara kerap. Jika anak masih menyusu badan, tingkatkan kekerapannya.
3. Jangan terlalu risau jika anak kurang selera makan, itu normal. Pantau agar anak tingkatkan pengambilan air supaya anak kekal hidrat
4. Sentiasa perhatikan anak pada waktu malam
5. Elak hantar anak ke pusat asuhan jika demam. Usahakan untuk mengambil cuti agar kesihatan anak dapat dipantau sendiri.
6. Jika keadaan anak menjadi lebih teruk, seeloknya cepat-cepatlah bawa anak ke klinik atau hospital
7. Jika ada keperluan ubat demam, beri dalam dos yang sesuai pada masa yang telah ditetapkan doctor

Set Demam Kanak-Kanak


shaklee labuan


Nutriferon

✔️Merupakan supplimen untuk meningkatkan system imun badan.

✔️Nutriferon adalah imun booster yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit

Mealshakes

✔️Menyediakan nutrisi yang lengkap; membekalkan 24 jenis  vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan zat dalam badan meningkatkan kemungkinan imun tubuh akan semakin lemah.

✔️Bersifat anti oksida kerana mengandungi vitamin A, C, E, Zinc dan Selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan penyakit

Omega Guard

✔️ Meningkatkan sistem imun serta menyihatkan paru-paru.

✔️Mengawal system imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronchitis, lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

Vitalea for Children

✔️Membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral yang lengkap yang sangat diperlukan untuk tumbesaran yang sempurna.

✔️Membekalkan kalsium untuk tumbesaran tulang, otak dan gigi yang kuat

✔️Meningkatkan daya tahan melawan penyakit

✔️Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang sihat

✔️Mengandungi 100% vitamin C yang diperlukan

✔️Multivitamin yang kaya dengan antioksida

Testimoni

shaklee labuan
shaklee labuan

shaklee labuan

Pengedar Shaklee Labuan



Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **



Rujukan
https://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/Fever_in_children/
http://www.mmgazette.com/anak-yang-demam-dr-alya-hamzah/
http://rootofscience.com/blog/2016/kesihatan/perubatan/demam-pada-kanak-kanak-apa-yang-anda-perlu-tahu/
https://thediagnosa.com/2017/08/06/demam-pada-kanak-kanak/
http://drzubaidi.com/blog/anak-kecil-demam-berpanjangan/

Thursday, 1 February 2018

CoQ-Trol Plus

Kenali C0Q-Trol Plus


coq trol plus


Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam Metokondria iaitu stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

coq-trol plus

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun seiring dengan peningkatan usia dan penggunaan statin untuk menurunkan kadar kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh

Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietary dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol

Dilengkapi dengan system penghantaran minyak zaitun bagi memastikan penyerapan optimum

Kajian menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 membekal banyak manfaat yang baik untuk tubuh. Semakin bertambah usia seseorang , semakin sukar Coenzyme dihasilkan oleh tubuh. Mereka yang mengambil statin iaitu ubat merendahkan kadar kolesterol , memerlukan Coenzyme yang lebih tinggi kerana pengambilan ubat akan merendahkan jumlah Coenzyme Q10 sebanyak 40%. Untuk memastikan bekalan Coenzyme Q10 mencukupi, anda perlu mengambil makanan ini ;

coq trol plus


Fakta Nutrisi CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ-Trol Plus

Kebaikan Mengamalkan CoQ-Trol Plus

1. Penjana tenaga terbaik
2. Menyokong peredaran darah yang sihat
3. Menyokong system reproduksi yang sihat
4. Meningkatkan kesihatan kulit
5. Meningkatkan fungsi kognitif
6. Meningkatkan kekuatan otot
7. Mempercepatkan proses pemulihan luka
8. Menyokong gaya hidup aktif



Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **