PERIOD MENCURAH BAGAI AIR PAIP PUNCA ANEMIA

Pendarahan yang banyak bak air paip pecah sewaktu datang haid menyumbang kepada masalah kekurangan darah pada wanita. Gejala 'period mencurah bagai air paip pecah' yang disebut sebagai MENORRHAGIA boleh terjadi kepada mana-mana wanita. 10-15 % wanita mungkin akan mengalaminya pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi hampir 20% yang mungkin akan menyebabkan ANEMIA kerana kehilangan darah yang banyak.



Tempoh haid bagi setiap wanita adalah tidak sama. 7 hari tempoh haid merupakan tempoh normal bagi wanita. Dalam tempoh ini wanita mungkin kehilangan sehingga 1 cawan darah. Akan tetapi, jika didapati wanita tersebut terpaksa menukar tuala wanita dalam tempoh yang kerap dan pendarahan haid yang banyak, anda mungkin mengalami MENORRHAGIA. Langkah terbaik untuk masalah ini adalah dengan merujuk kepada doktor kerana dikhuatiri anda akan mengalami masalah kekurangan ZAT BESI. 

Iron Deficiency Anemia (IDA), atau pun kekurangan ZAT BESI akibat ANEMIA akan mengakibatkan kekurangan SEL DARAH MERAH yang sangat penting dalam fungsinya membawa OKSIGEN ke seluruh tubuh. Kekurangan OKSIGEN mengakibatkan ORGAN DALAMAN tidak dapat berkerja dengan baik.

Simptom-simptom Menorrhagia

1. Kekerapan menukar tuala wanita dalam tempoh yang singkat.
2. Memerlukan perlindungan yang lebih, contohnya terpaksa memakai dua tuala wanita untuk mengelakkan kebocoran.
3. Kekerapan menukar tuala wanita pada waktu malam.
4. Darah beku dalam aliran darah haid
5. Tempoh aliran tenat melebihi 7 hari 
6. Kekejangan pada bahagian perut yang teruk 

Punca-punca Menorrhagia 

1. Ketidak seimbangan hormon
Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron mengawal penumpukan lapisan uterus (endometrium) yang terjadi semasa haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium akan berlebihan dan akhirnya berlaku pendarahan.

2. Kegagalan fungsi ovari.  
Jika ovari anda tidak melepaskan telur (ovulate) semasa kitaran haid (anovulasi), badan anda tidak menghasilkan hormon progesteron, kerana ia perlu sewaktu kitaran haid yang normal. Ini membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan menorrhagia.

3. Fibroid
Fibroid  boleh menyebabkan haid berpanjangan.

4. Pemasangan alat pencegah kehamilan seperti IUD
Menorrhagia merupakan kesan sampingan yang mungkin berlaku jika anda menggunakan IUD. Apabila IUD menjadi punca pendarahan haid yang berlebihan, anda mungkin perlu mengeluarkannya.


Kesan-kesan Kekurangan Iron Dalam Tubuh Akibat Anemia

1. Sesak nafas 
2. Jantung berdebar-debar 
3. Sakit Kepala
4. Gemuruh
5. Kurang tumpuan
6. Sifat Pelupa 
7. Keletihan 
8. Disfungsi seksual

Rawatan Kepada Masalah Menorrhagia.

1.  Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)
Ibuprofen (Advil, Motrin IB) atau naproxen (Aleve), membantu mengurangkan masalah kekurangan darah haid. Ia turut melegakan kesakitan sewaktu menstual seperti kekejangan di bahagian perut.

2. Tranexamic acid. 
Tranexamic acid (Lysteda) membantu mengurangkan masalah kekurangan darah sewaktu haid dan hanya perlu diambil sewaktu pendarahan sahaja.

3. Oral progesterone. 
Jika diambil dalam tempoh 10 hari atau lebih, hormon progesterone mampu memperbaiki hormon tubuh yang tidak seimbang dan mengurangkan menorrhagia.

4. Supplimen Zat Besi
Sekirannya anda di dignosis mengalami anemia, doktor akan mencadangkan pengambilan Zat Besi bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah.

CADANGAN SUMBER ZAT BESI?

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/vita-lea-iron-formula.html

[Klik gambar untuk maklumat produk]

Jika anda ANEMIA, mengalami masalah kekurangan ZAT BESI akibat gejala MENORRHAGIA, supplimen VITA-LEA membekalkan sumber ZAT BESI untuk pembentukkan sel darah merah. Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkaitan produk. Perkhidmatan COD untuk seluruh LABUAN dan percuma pos untuk luar LABUAN.



Comments