HILANG KAWAN SEBAB NAFAS BUSUK BAK BANGKAI

"Perhhhhh...... busuknye mulut ko !!!!! 
kalah bau bangkai........"

fuh !! sentap tu kalau kena smash macam tu...  tak tahu macam mana lagi nak cover bau mulut... lagi banyak kita bercakap, lagi jauh kawan langkah mengundur... huhuhu.... ada juga sesetengah yang hilang kawan sebab bau mulut yang kurang menyenangkan. Macam-macam dah cuba, tapi bau mulut tetap sama. Akhirnya kita yang mengalah dan hidup menyendiri sebab kawan-kawan semua lari. Jom teruskan membaca.


Halitosis atau istilah yang paling mudah ialah mulut berbau yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja sama ada dewasa atau kanak-kanak. Masalah ini mengundang ketidakselesaan lebih-lebih lagi apabila berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.

Bagaimana Mengetahui Mulut Berbau?

Sukar untuk memastikan diri sendiri mengalami masalah tersebut ataupun tidak kerana diri sendiri sudah terbiasa dengan bau mulut sendiri. Beberapa tips mungkin boleh dilakukan untuk memastikan masalah tersebut;


1. Cuba hembus nafas pada cermin atau tekupkan tangan kemudian hidu. Jika anda sendiri tidak mampu bertahan dengan bau mulut sendiri, eloklah cari penyelesaian.


2. Cuba tanya atau hembuskan secara perlahan nafas kepada keluarga terdekat. Jika tiada tindakbalas, bermakna bau mulut anda adalah normal. 

3. Terdapat sejenis alat yang digunakan oleh doktor gigi yang dinamakan halimeter untuk mengukur kadar sulfur dalam mulut.

Punca Mulut Berbau

1. Kesihatan mulut

* Kebersihan mulut yang tidak memuaskan.
* Kerosakkan gigi (Karies gigi)
* Makanan melekat di celah gigi
* Gigi palsu yang kurang penjagaan dari segi kebersihan
* Mulut yang kering
* Tabiat bernafas melalui mulut

2. Jenis makanan


* Kerap mengambil makanan yang mampu mencetuskan bau yang kurang menyenangkan seperti bawang putih, petai, jering dan minuman beralkohol

3. Keadaan kesihatan

* Diabetes
* Panyakit hati
* Keradangan atau jangkitan dibahagian tekak
* Jangkitan paru-paru
* Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut)

Penjagaan Kesihatan Mulut

1. Kekalkan tahap kesihatan mulut secara optimum dengan memberus gigi dan menggunakan bahan kumur.

2. Cuci lidah dengan berus ggi atau tougue scraper.

3. Tingkatkan penjagaan mulut jika anda memakai aplians ortodontik atau gigi palsu. Pastikan alatan tersebut cukup bersih.

4. Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang kurangnya sekali setahun.

5. Lebihkan pengambilan air putih dan kurangkan pengambilan kafein.

6. Pengambilan sayur-sayuran segar yang tinggi serat amat membantu dalam penjagaan mulut.

7. Kerap kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula

8. Tinggalkan tabiat merokok dan minum minuman beralkohol

9. Segera dapatkan rawatan bagi masalah gusi dan gigi.

Petua Merawat Masalah Nafas Berbau

1. Berkumur menggunakan garam atau limau

Kumurlah dengan garam  kerana garam mampu membunuh bakteria dalam mulut dan membantu menyembuhkan penyakit gusi. Campurkan 1/2 sudu kecil garam dengan setengah cawan air suam, kacau dan bilas mulut sebelum tidur. Selain dari itu, campura garam dan gula juga boleh menyembuhkan nafas berbau dengan cara membilas mulut dengan campuran tersebut.

2. Daun pudina dan biji bunga matahari

Kunyah biji bunga matahari selepas makan dan minum untuk membantu membersihkan mulut. Ataupun kunyah daun pudina untuk aroma mulut yang menyegarkan. Anda juga boleh mengunyah gula-gula getah berperisa pudina untuk menghindari masalah nafas berbau.

3. Makan yogurt

Yogurt kaya dengan bakteria yang membantu dalam menyembuhkan nafas berbau sepenuhnya.

4. Minum air putih

Air putih membantu menjaga kesihatan perut dan lidah agar terhidrat dan bersih. Ia juga mencegah pembentukkan bakteria dan menyembuhkan nafas berbau

5. Kebersihan mulut

Jagalah kebersihan mulut dan gigi setiap masa. Dapatkan rawatan yang sewajarnya jika anda mengalami masalah gigi dan gusi. Ini kerana penjagaan mulut merupakan titik permulaan untuk mulut yang sihat.

6. Supplimen penjagaan nafas yang berbau




Alfalfa
Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau

Vita C 
Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus

Peppermint Ginger Plus 
Berkesan membunuh bakteria punca nafas berbau

Garlic Complex
Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria

Herblax 
Membantu membersihkan usus



"Anda mengalami masalah seperti di atas?? Hilang kawan gara-gara nafas busuk bak bau bangkai ?? Jom atasi dengan pengambilan supplimen yang merawat punca nafas berbau. Hubungi saya, agen Shaklee yang berdaftar untuk konsultasi secara percuma. Warga Labuan sukar dapatkan bekalan supplimen?? Penghantaran percuma untuk anda termasuk seluruh Malaysia " - Shaklee Labuan-



Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian , sangat bermanfaat

    ReplyDelete

Post a Comment