"Busuknye mulut diaaaaa !!!!!!"
Ahaaaaiiii malunya......
Selain malas gosok gigi....
apa penyebab mulut jadi berbau ye ???
Penyakit gusi contohnya gusi yang bengkak sebab jangkitan bakteria mampu menyebabkan mulut berbau busuk. Macam mana tu?? Jom teruskan membaca.
Kenali Radang Gusi atau Penyakit Gusi Berdarah
Pada peringkat ini, rawatan yang serius perlu dilakukan kerana berkemungkinan tulang penyokong gigi juga musnah. Rawatan juga mungkin menjadi rumit kerana mungkin gigi juga terpaksa dicabut walaupun gigi tidak rosak ataupun berlubang.
Punca Gusi Berdarah
Masalah gusi berdarah adalah berpunca dari enapan lembut yang mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berdekatan gusi yang turut dikenali sebagai plak. Jika dibiarkan, lama kelamaan ia berubah menjadi kuning dan kelabu dan semakin tebal. Jika berterusan tidak dibuang, ia akan mengeras seperti batu dan akan terbentuknya karang gigi (kalkulus). Plak bakteria ini jika tidak dibuang akan menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah dan bengkak.
Pada peringkat ini ia dipanggil radang gusi, akan tetapi jika tidak dirawat ia akan menjadi periodontitis. Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk hingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi. Kesannya, gusi akan menjadi regang dari gigi dan meninggalkan satu ruang yang dikenali sebagai pokok .
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Radang Gusi
1. Faktor Etiologi Primer - Plak bakteria
Plak bakteria ialah enapan lembut yang mengandungi bakteria yang melekat di permukaan gigi serta di bahagian gisi berhampiran gusi. Plak bakteria mempunyai fungsi dan keperluan tertentu. Akan tetapi, jika ia dibiarkan membiak dan tidak dibuang ia akan menebal dan memudaratkan gusi.
2. Faktor Ekstrinsik (setempat atau dalam mulut)
* Tampalan tidak sempurna atau permukaan tidak licin
* Karies gigi
* Penggunaan alat sepertu dentur atau aplians ortodontik
* Kedudukan gigi yang tidak teratur
* Kehadiran kalkulus atau karang gigi
* Tabiat menggigit benda asing atau bruksisma
3) Faktor Intrinsik (Sistemik atau dalam badan)
* Penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah seperti leukemia, hemofilia dan Glanzmann's Thrombeasthenia (Gusi berdarah secara spontan)
* Diabetes
* HIV
* Wanita hamil - Pada awal kehamilan , wanita menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan radang gusi bertambah teruk.
* Tumbesan pada gusi (Epulis penghamilan)
* Ubat-ubatan - yang dimakan oleh pesakit yang menjalani pemindahan organ (cyclosporin), ubat penyakit jantung (nifedipine) dan ubat penyakit sawan atau epilepsi (sodium dilantin) akan mengakibatkan pertukaran fibrosis pada gusi.
* Kekurangan vitamin C
* Sindrom Down - Kekurangan faktor pertahanan
* Masalah kekurangan air liur - akibat radioterapi, kimoterapi atau sindrom sjogrens.
Tanda-tanda Masalah Gusi
1. Perubahan pada gusi
Gusi yang sihat berwarna merah jambu, kukuh apabila di sentuh dan tidak mudah berdarah apabila gigi digosok. Gigi yang sihat disokong dengan kuat oleh fiber periodontium dan tulang alveolus. Jika berlakunya masalah gusi :
* Gigi berubah menjadi merah kebiru-biruan dan bengkak
* Nafas berbau
2. Pempoketan
Pempoketan berlaku apabila berlakunya kemusnahan fiber periodontium serta tulang penyokong gigi. Poket ini terjadi apabila plak dan kalkulus menggantikan fiber periodontium. Situasi ini menyebabkan gusi merenggang . Poket yang mengandungi plak, kalkulus dan sisa makanan tidak boleh dibersihkan dengan hanya mengosok gigi. Radang gusi dianggap kronik apabila berlakunya pembengkakan dan bernanah.
Rawatan
* Rawatan mengikis plak dan karang gigi (penskaleran). Diikuti rawatan menggilap gigi hingga licin.
* Jika radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, gigi masih boleh diselamatkan jika masalah tulang tidak serius. Rawatan adalah sama dengan rawatan radang gusi, tetapi pengetaman akar perlu dilakukan. Ini dilakukan dengan cara membuang toksin yang melekat di akar gigi dan membolehkan fiber periodontium dibentuk dan gusi yang meregang boleh diperkukuhkan.
* Pembedahan - Jika poket periodontium masih ada selepas prosedur di atas dijalankan, pembedahan mungkin diperlukan . Selepas pembedahan, keadaan gigi yang longgar akan berkurang, nanah dan darah akan berhenti. Akan tetapi berkemungkinan terdapat juga gigi yang terpaksa dicabut. Rawatan periodontium masih memerlukan rawatan susulan dan perlu mendapat komitmen pesakit dalam hal-hal menjaga kebersihan gigi.
* Pengambilan supplimen
Vita-C Plus
Membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Kekurangan vitamin C merupakan salah satu penyebab gusi berdarah
Ostematrix
Membekalkan nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukkan dan penjagaan tulang dan gigi.
B Complex
Asid folik diperlukan dalam jumlah yang besar untuk menjaga gusi dan seluruh kawasan mulut.
TESTIMONI SET GUSI BERDARAH
Gusi berdarah hilang, mulut berbau pun pasti hilang .... Dapatkan supplimen Set Gusi Berdarah dari wakil Shaklee terdekat. Warga Labuan boleh dapatkan melalui saya, wakil Shaklee yang berdaftar. Free pos dan juga Free COD SELURUH LABUAN...
Comments
Post a Comment