Penyakit kencing manis atau juga sering dirujuk sebagai diabetes, merupakan kumpulan penyakit metabolik dimana pengidap diabetes mempunyai masalah tahap glukos yang tinggi dalam darah, sama ada kerana pengeluaran insulin yang tidak mencukupi atau kerana sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin ataupun kedua-duanya sekali. Pengidap diabetes lazimnya akan mengalami polyuria (kerap buang air kecil), kerap dahaga (polydipsia) dan lapar (polyphagia).
Jenis Diabetes
1. Type 1 diabetes
Jika tubuh tidak mengeluarkan insulin, pengidap dikategorikan sebagai Type 1 Diabetes. Ia turut dikenali sebagai Insuline-dependent diabetes, juvenile diabetes atau early-onset diabetes. Type 1 Diabetes bermula sebelum pengidap mencapai umur 40 tahun dimana ia mampu bermula seawal kanak-kanak lagi.
Pengidap dengan diabetes jenis ini perlu mendapatkan suntikan insulin sepanjang hidup mereka. Mereka perlu mengawal tahap glukos dalam darah dengan membuat ujian darah secara tetap dan mengamalkan diet yang betul untuk pengidap kencing manis.
2. Type 2 Diabetes
Type 2 Diabetes pula , tubuh tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya ataupun sel-sel tubuh tidak mampu bertindak balas terhadap insulin yang dihasilkan oleh tubuh (insulin resistance). Kebanyakkan pengidap diabetes berada pada Type 2 diabetes dimana ia boleh dikawal dengan menurunkan berat badan, mematuhi diet yang sihat, melakukan senaman secara konsisten dan sentiasa mengawal tahap glukos dalam darah. Akan tetapi jika situasi ini tidak dikawal, pengidap Type 1 Diabetes berpotensi tinggi untuk berada di Type 2 Diabetes dengan mengambil insulin dalam bentuk tablet. Antara individu yang berpotensi mengalami diabete jenis Type 2 Diabetes adalah ;
i. Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan, terutama sekali yang memiliki lemak visceral yang merupakan punca utama obesiti, belly fat atau dikenali sebagai abdominal obesiti.
ii. Individu yang kurang melakukan aktiviti fizikal.
iii. Amalan pemakanan yang tidak sihat terutama yang sering minum minuman soda yang diketahui tinggi kandungan gula.
iv. Mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Berkemungkinan ia menjadi penyakit turun temurun jika tidak dicegah.
v. Lelaki yang mempunyai tahap hormon testosteron yang rendah didapati berisiko tinggi mengalami Type 2 Diabetes
3. Gestational Diabetes
Diabetes jenis ini adalah dikesan sewaktu hamil. Insulin yang dihasilkan tidak cukup membawa glukos ke dalam sel, menyebabkan tahap glukos menjadi tinggi sewaktu hamil. Akan tetapi, diabetes jenis ini juga masih boleh dikawal dengan mengamalkan diet yang sesuai dengan keadaan ibu hamil. Jika tidak terkawal, ibu akan diberi ubat mengawal gula dalam darah. Ini kerana, kesan diabetes pada ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi sewaktu melahirkan. Bayi juga berkemungkinan akan lebih besar dari yang sepatutnya.
Simptom-simptom diabetes
Kesan Diabetes
Kesan diabetes akan mengambil masa berbulan atau bertahun terhadap individu pengidap jika paras glukos tidak dikawal. Paras glukos yang tidak terkawal akan mengakibatkan komplikasi iaitu ;
1. Salur darah yang besar (macrovascular)
- Serangan jantung
- Halangan kepada pembuluh darah dikaki
- Lumpuh
2. Salur darah yang kecil (microvascular)
- Kegagalan fungsi buah pinggang
- Mata yang kabur dan buta
- Saraf kurang rangsangan
- Mati pucuk
5 Tabiat Tingkat Risiko Diabetes
1. Kerap berjaga dari malam hingga dinihari
2. Kerap mengambil kudapan sewaktu menonton televisyen
3. Kurang mengambil probiotik
4. Kurang vitamin D
5. Tahap stress yang tinggi
5 Tabiat Tingkat Risiko Diabetes
1. Kerap berjaga dari malam hingga dinihari
2. Kerap mengambil kudapan sewaktu menonton televisyen
3. Kurang mengambil probiotik
4. Kurang vitamin D
5. Tahap stress yang tinggi
Kaedah Tangani Diabetes
1. Seimbangkan pengambilan insulin dengan pemakanan dengan gaya hidup. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam
2. Sentiasa kawal tahap glukos dalam darah secara teratur. pastikan tahap glukos tidak terlampau rendah atau tidak terlampau tinggi. Keadaan ini akan menghasilkan kesan ;
i. Hypoglicemia (low blood glucose)
- Tubuh bergegar
- Sakit kepala
- Berpeluh-peluh / terasa panas
- Loya
- Cemas
- Bingung
- Ketidakselesaan pada bahagian abdomen
ii. Hyperglicemia (high blood glucose)
- Sangat lapar dan haus
- Pandangan yang kabur
- Kepenatan terlampau
- Berat badan turun mendadak
- Mulut kering
- Nafas yang laju dan dalam
3. Tiga perkara penting yang perlu diambil berat dalam penjagaan diabetes adalah;
i. Tahap glukos dalam darah
ii. Tekanan darah
iii. Tahap kolesterol
Jaga jantung ; kawal tekanan darah dan kolestrol agar tidak mudah diserang masalah jantung kerana masalah ini sering dihidap oleh pengidap diabetes
4. Berhenti merokok ; merokok membahayakan jantung pesakit diabetes
5. TANGANI DENGAN SUPPLIMEN SHAKLEE
ATAU
Testimoni set diabetes & Vivix
Anda pengidap diabetes yang telah di beri amaraaaaaaaaannnnn berjaga-jaga oleh doktor??? Mana-mana bahagian tubuh mungkin hilang jika tahap glukos tidak dikawal. Perlukan konsultasi percuma tentang pengambilan SET DIABETES DAN VIVIX ??
Hubungi saya untuk segala permasalahan yang melanda.... saya juga wakil Shaklee labuan yang akan membantu anda...
Penghantaran percuma untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.. jangan sampai kaki anda dipotong !!!!
Comments
Post a Comment