Wanita hamil pastinya akan mengalami perubahan bentuk badan
dan itu adalah suatu situasi yang normal bagi wanita yang melalui 9 bulan tempoh
kehamilan. Pastinya setiap wanita hamil memasang angan-angan agar kembali
langsing selepas proses melahirkan. Secara puratanya wanita hamil akan
mengalami peningkatan berat di antara 10-13kg. Selepas kelahiran, berat ibu akan
berkurangan dalam anggaran 5-6kg secara automatik. Jika penurunan sangat
minima, besar kemungkinan ibu mengalami ‘water retetion’ atau ‘berat air’. Usah
risau, kerana ia akan hilang melalui pembuangan air kecil dan pepeluhan dalam
tempoh 2-3 minggu selepas kelahiran. Tetapi,
apa yang pasti, amalan pemakanan dan diet yang betul mampu mengembalikan bentuk
badan asal dengan cara yang sihat.
1. Latihan Fizikal
Berat badan ideal mampu dikembalikan selepas bersalin
dengan melakukan beberapa latihan fizikal yang sesuai. Memandangkan tubuh ibu
memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya, pemilihan latihan fizikal mestinya
tidak terlalu membebankan namun efektif. Sebagai contoh, aktiviti berjalan kaku
mahupun melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah atau turun naik
tangga. Disarankan pada waktu itu ibu telah benar-benar sihat ataupun tunggulah
sehingga tempoh pantang 40 hari.
Elak memilih dari melakukan olahraga yang melibatkan
pergerakkan seperti menghentak-hentak atau ‘high impact’. Pengaruh hormone progesterone
yang ada boleh mengakibatkan tulang-tulang terasa sengal dan akhirnya boleh
menyebabkan kecederaan. Bagi wanita yang bersalin melalui kaedah pembedahan,
seeloknya dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu untuk memastikan tempoh yang
paling sesuai untuk memulakan aktiviti fizikal ini.
Perut yang rata selepas proses melahirkan turut menjadi
idaman setiap wanita. Antara senaman perut yang mudah diikuti seperti ‘sit up’
atau senaman kegel. Latihan secara rutin harus dilakukan agar otot pinggul kembali
kuat. Namun begitu setiap wanita memerlukan jangkamasa yang berbeza-beza bagi
mendapatkan semula bentuk badan yang langsing. Ia juga bergantung kepada tahap
kerajinan melalukan latihan fizikal.
2. Amalkan Pola Pemakanan Sihat
Pastikan ibu memperolehi zat makanan yang betul dan
mencukupi untuk kelihatan langsing dan cergas selepas bersalin. Ini bukan
sahaja untuk memastikan ibu sihat, malah membekalkan zat yang secukupnya kepada
bayi yang disusukan agar susu yang dihasilkan lebih berkualiti dan mengenyangkan
bayi. Pengambilan makanan dalam kadar kalori yang terlalu sedikit, kurang 2000
kalori per hari misalnya, tidak menjamin ibu mencapai berat badan yang ideal.
Pengambilan kalori yang terlampau rendah hanya mendorong tubuh untuk
merendahkan lagi tahap metabolism tubuh. Gantikan lah makanan yang tinggi lemak
dengan makanan yang tinggi serat agar membantu ibu mengurangkan berat badan.
3. Susukan Bayi Anda
Menyusukan bayi mampu mengurangkan penyimpanan lemak anda. Ini
kerana dengan menyusukan bayi, tubuh ibu mampu membakar kalori sehingga 500
kalori setiap hari denga purata penyusuan sebanyak 850ml. Jadi, susukanlah bayi
anda agar manfaatnya dapat dikongsi bersama. Melalui penyusuan bayi memperoleh
zat untuk tumbesaran, manakala ibu pula mampu membakar kalori untuk kembali
langsing.
Comments
Post a Comment