Sunday, 30 April 2017

Senarai Harga Baru Produk Shaklee Mulai Mei 2017

Rasanya ramai dah tahu tentang kenaikan harga produk Shaklee yang akan berkuatkuasa Mei 2017. Kenaikan harga ni kali pertama Shaklee buat sejak 11 tahun (Lama tu tak naik harga). Rasa-rasanya kenapa Shaklee revise semula harga produk?

Kebanyakkan produk lain, dalam setahun pun boleh 1-2 kali naik harga. Shaklee perlu stay competitive memandangkan produk Shaklee produk eksklusif, takkan nak stay dengan harga 11 tahun dulu. 
 
Ok.. apa-apa pun, jom kita semak harga baru Shaklee, supaya kita dapat merancang kewangan dengan lebih baik dan yang penting setiap gaji kita ada bahagian untuk penjagaan kesihatan :)







Macam mana Nak Dapatkan Produk Shaklee Dengan Harga Murah??


Daftar Keahlian Hari Ini !!!!

Dua cara mudah untuk daftar keahlian

Cara 1 ;

Yuran keahlian hanya rm65 (rm10 kos pos Kit Bisness ke Semenanjung & rm20 Sabah Sarawak)

Cara 2 ;

Pembelian produk sehingga 200uv dan layak mendapatkan keahlian percuma, serta layak mendapatkan bonus tunai dari Shaklee sebanyak rm30++

Faedah Menjadi Ahli Shaklee



1. Berpeluang menikmati 15-20% harga lebih rendah berbanding harga runcit.

2. Membantu menambah pendapatan sampingan.

3. Mampu menikmati bonus bermula dari 5% sehingga 21% dari harga jualan.



4. Jika berminat menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan, latihan akan diberikan.


********************************************************************



Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Monday, 24 April 2017

Penjagaan Makanan Untuk Pengidap Darah Tinggi ; Vivix Terbaik


Seseorang itu dikatakan mengalami darah tinggi apabila bacaan tekanan darahnya pada 140mmHg systolic (atas) dan 90 mmHg diastolic (bawah) dalam keadaan rehat/tenang berbanding bacaan normal 130/85 mmHg. (Rujuk carta di bawah)


Bacaan darah tinggi yang tidak terkawal boleh meningkatkan komplikasi penyakit kronik yang lain seperti serangan jantung, strok, buta dan kegagalan buah pinggang

Garam Penyebab Utama Meningkatnya Tekanan darah Tinggi
 
Garam atau nama saintifiknya "Sodium Chloride (Nac1)" atau "Natrium Chloride" sering dikaitkan dengan punca masalah darah tinggi. Kita selalu gunakan garam supaya menambah rasa yang tawar agar meningkatkan selera makan. Orang kata kalau makanan tawar ni hanya untuk orang sakit.

Bagaimana Garam Mampu Meningkatkan Masalah Darah Tinggi?

Secara amnya, badan manusia memerlukan sedikit sahaja garam (1 sudu teh sehari)  untuk berfungsi secara normal. Garam yang berlebihan akan bertindak seperti span, menyerap kandungan air dalam badan dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Selain itu, bahan perasa seperti MSG, sodium bikarbonat / serbuk penaik, sodium inosinat atau apa saja yang berasaskan sodium dan natrium.

Awasi juga tabiat makan di luar secara kerap kerana kita tidak tahu berapa banyak kuantiti garam yang digunakan oleh tukang masak. Amalkan menyediakan makanan di rumah agar kita mampu memantau kuantiti garam dan serbuk perasa yang digunakan. Selain itu kualiti kebersihan makanan turut terjaga.

Tekanan hidup atau pekerjaan juga mampu meningkatkan masalah darah tinggi jika tidak ditangani dengan baik. Zaman sekarang ni ramai yang menjadi hamba kepada pekerjaan. Lagi stress bila semua tugas perlu segera. Sampai tak tahu nak buat yang mana satu. Saya sendiri juga mengalami perkara yang sama, belum lagi masalah menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Memang boleh menaikkan darah ni. Jadi amat perlu membuat pemeriksaan tekanan darah serta penjagaan makanan dengan rapi

Tips Pemakanan Untuk Pengidap Darah Tinggi

1. Amalkan diet yang mengandungi ikan dan ayam yang dimasak setelah dibuang kulitnya. Jika memilih daging sebagai menu hidangan, pastikan gunakan bahagian tanpa lemak dan hidang dalam porsi yang sedikit.

2. Pelbagaikan kaedah memasak disamping mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Menu dengan cara masakan seperti memanggang, merebus, mengukus adalah lebih menyihatkan.

3. Kurangkan pengambilan garam dalam masakan. Disamping itu masakan yang bergaram seperti telur masin, jeruk masin, makanan segera dan makanan ringan perlu dikurangkan kerana kandungan garam yang tinggi.

4. Patuhi piramid makanan. Jadikan piramid makanan sebagai panduan pemilihan makanan sihat. Piramid makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya


Aras 1 (Bijirin, hasil bijirin dan Ubi)

Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks. Ia turut membekalkan sumber tenaga utama oleh itu pengambilannya sangat penting. Selain itu makanan dalam kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan sedikit protein. Contoh makanan dalam kumpulan ini adalah nasi, bubur, mee, mihun, roti, pasta, kentang, ubi-ubian, bijirin sarapan dan capati. Jika gemarkan bijirin, pilihlah dari jenis mil penuh.

Aras 2 (Sayur-Sayuran dan Buah-buahan)

Sayur-sayuran dan buah-buahan
Makanan yang sangat tinggi serat, vitamin dan mineral. Ambil 5-6 hidangan buah-buahan setiap hari agar membantu sistem penghadaman lebih baik.

Aras 3 (Daging, ayam, ikan dan kekacang)

Memiliki zat seperti protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pastikan buang lemak terlebih dahulu sebelum menikmati ayam dan daging. Selain daging, ayam dan ikan, kekacang juga merupakan sumber protein yang baik. Contoh kekacanga adalaha seperti kacang panjang, soya, kacang dal dan kacang merah.

Sumber tenusu juga diletakkan pada aras 3. Jika anda penggemar produk tenusu, pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

Aras 4 (Lemak, minyak dan gula)

Kumpulan makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit. Pengambilannya yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada penyakit yang lain.

Cadangan Menu 1800 kalori Khas Untuk Pengidap Darah Tinggi

Sarapan Pagi

1 cawan nasi / mi / bihun / 3 keping roti mil penuh / 1 keping capati / 
1 biji telur / 2 keping daging tanpa lemak 
Teh / kopi + 2 sudu tepung / susu segar

Makan Tengahari / Makan Malam

1 1/2 cawan nasi putih / 1 1/2 cawan mi /  bihun / kue tiau / 4 keping roti mil penuh
1 ekor ikan (sederhana) / 1 ketul ayam / 1 keping daging
1 cawan sayur
1 biji limau/ 1 potong betik/tembikai/nanas

Minum Petang

2 keping kuih tanpa gula / bubur tanpa gula
Teh / Kopi tanpa gula 

Vivix Terbaik Membantu Pengidap Darah Tinggi













✔️ Jemput baca entri Vivix untuk keterangan lanjut berkaitan produk

*******************************************************************



Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.


Sunday, 23 April 2017

9 Tips Pemakanan Cegah Penyakit Kronik

Menurut U.S National Center for Health Statistics penyakit kronik ini di definisikan sebagai sakit yang berpanjangan. Ia mungkin tidak dapat dipulihkan sepenuhnya dengan vaksin atau ubat ubatan. Kalau nak tahu, gaya hidup dan pemakanan merupakan cara yang paling mudah untuk individu itu mengalami sakit kronik.


Pada pendapat sayalah kan, penyakit yang disebabkan keturunan tidaklah menjadi faktor utama dalam peningkatan jumlah pengidap sakit kronik hari ini. Ia lebih kepada macam mana kita menguruskan kehidupan seharian sama ada nak kekal sihat atau sebaliknya. Perokok tegar, kurang aktiviti fizikal dan tabiat pemakanan tidak sihat mengundang pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah jantung, kencing manis, strok dan kanser

Korang pun boleh pilih nak hidup sihat atau pun tidak. Kebanyakkan individu yang nak hidupnya lebih sihat akan lebih teliti dengan pemakanan dan gaya hidup. Lebih bersederhana. Makan sederhana, hidup sederhana. 

Saya nak kongsi beberapa tips pemakanan cegah penyakit kronik supaya menjadi panduan mereka yang memerlukan. Jom teruskan membaca ya :)

1. Kawal pengambilan karbohidrat berkanji



Setiap hari kita makan makanan berkanji. Sarapan pagi nasi lemak, tengahari nasi ayam penyet, petang sikit kononnye diet, makan roti aje lah. Malam karang lupa diri, sebat roti canai sekeping (takpelah, sekeping je kot…)

Kita makan makanan berkanji utk membekalkan tenaga, jadi pengambilannya dalam kuantiti yang sederhana amat diperlukan. Tapi ingat …!!! jangan berlebihan tau.... setiap gram kanji memiliki gram lemak yang boleh meningkatkan berat badan. Itu boleh menyebabkan obesiti. 

Dari obesiti boleh pula menyebabkan salur darah sempit sebab lemak-lemak terkumpul pada dinding salur darah. Bila salur darah tersumbat akan menyebabkan jantung bekerja lebih sebab nak pam darah seluruh darah, malangnya darah tak cukup dibawa sampai ke otak sampai menyebabkan oksigen kurang dan akhirnye strok !!!

Fuhhhh…. Bermula dengan obesiti je tau

2. Makan buah dan sayur-sayuran


Sehari berapa banyak hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran kawan2 ambil??Ada tak sampai 5 hidangan??

Kalau ikutkan pakar pemakanan, hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran seeloknya sehingga 5 hidangan. Akak kalau time detok memang makan buah & sayur sampai macam rasa nak muntah dah... hahahha... punye banyak... tapi hasilnye memang sangat fresh tau!!! 

Rasanye korang pun tahu, kedua-dua sumber ini kaya dengan vitamin dan mineral, sumber fiber yang baik terutama bagi mereka yang memiliki masalah pencernaan serta membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung, strok dan kanser. 

Jadi dapat elak juga kanser usus!!!!

3. Ambil Hidangan Ikan


Mari makan ikan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan seminggu termasuk hidangan ikan berlemak utk keperluan asid lemak omega 3 contohnya salmon, makerel & tuna. Ehhh kenapa ikan berlemak boleh pula makan, daging berlemak tak boleh pulak?? Haaa.... jangan confuse ye.

Asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan yang akak senaraikan tadi (banyak lagi tau) sangat bagus utk kesihatan jantung dan darah. Minyak ikan mengandungi 2 jenis asid lemak iaitu DHA & EPA. Kedua dua asid lemak ni akan jaga sistem kardiovaskular kita.

Jangan lupa jaga jantung dengan makan ikan ya!!

4. Kurangkan lemak tepu dan gula


Makanan yang banyak lemak ni memang selalu membuka selera. Betul tak?? Sup tulang, cheese cake, aiskrim... cendol.... hadoi.. kalau dapat time-time panas ni..

Ehhhh..... jangan ingat lemak tu tak penting tau.... sangat penting sebab lemak digunakan untuk menyerap vitamin larut lemak contohnya vitamin ADEK. Lemak juga perlu untuk keadaan seperti sejuk, ia akan memanaskan badan. Kesian weeiii yang kurus kering tu

Pengambilan lemak juga penting dalam diet seharian tapi jangan berlebihan. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan meningkatkan risiko kolesterol seterusnya masalah jantung.
Secara puratanya pengambilan lemak tepu bagi lelaki dewasa adalah 30g manakala wanita dewasa hanya 20g. Kanak-kanak disarankan mengambil makanan berlemak dalam kadar yang rendah. Awasi pada gula tersembunyi terutama sekali dalam kek, biskut & kuih muih.

Dah masuk tip ke 4... tak jaga keempat empat tip,.. semua akan attact jantung. Perasan tak?? 

5. Kurangkan garam


Sejak-sejak akak rajin detok ni (walaupun kengkadang kelaut), lidah akak cukup sensitif dengan rasa masin. Rasa macam jem otak. Yang saraf dah out memang rilex je makan makasar hari tu.

Kenapa perlu kurangkan garam?

Apa kaitan dengan kesihatan??

Ok.. cam ni... bila kita makan garam dalam kadar yang tinggi automatik kadar sodium akan tinggi dalam darah. Garam ni sifatnya dia akan 'locked' air dalam badan. Ini akan menyebabkan buah pinggang tidak berupaya membuang lebihan air dalam badan. Hasilnya tekanan darah akan naik akibat kandungan air yang tinggi yang tersimpan dalam badan

Tekanan darah akan meningkat jika pengambilan garam tidak dikawal seterusnya boleh menyebabkan masalah jantung dan strok. 6g garam sehari sahaja untuk orang dewasa dan kalau boleh elakkan utk kanak-kanak

Peringatan untuk diri sendiri juga sebab akak suka masak. Walaupun tak pakai refined salt, but salt is always salt. Kesan tetap sama.

6. Capai Berat Ideal dan Kekal Aktif

  
Macam mana nak capai berat ideal??

Mestilah dengan makan makanan seimbang & jangan lupa sentiasa aktif dengan aktiviti fizikal. Kenalpasti juga BMI ideal korang, jangan under weight & jangan pulak over weight. Sebab kedua-dua pun boleh timbulkan macam-macam masalah kesihatan. Boleh guna juga guna sukatan Pinggan Sihat Malaysia iaitu SukuSukuSeparuh untuk pastikan porsi makanan yang diambil seimbang.
Alhamdulillah BMI akak pada rank yang ideal :)

Kalau tak rajin bersenam, rajin-rajinkan lah buat aktiviti fizikal macam menyapu, mengemop lantai, berkebun. Kalau ofis setakat tingkat 1-2 , eloklah guna tangga.. kalau tingkat 12 jangan la pulak nak guna tangga... hihi.... mungkin boleh naik lift sampai tingkat 10, lepas tu 2 tingkat lagi guna tangga (pandai je akak bagi cadangan kan..)

Workout akak joging je lah yang mampu. Kadang-kadang ikut zumba. Tu je lah harapan nak bakar lemak tersimpan. 

7. Minum air yang cukup


6-8 gelas sehari supaya tidak dehidrasi. Cukup tak minum air hari ni?? Ooooppppsssss..... air putih hokey!! Bukan air manis dan kaler-kaler. Lagi pun minuman manis ni buat gigi rosak je... ingat kanak-kanak je ke boleh rosak gigi. Orang tua lagi tak control minum manis.

Selain untuk mengelakkan dehidrasi, minum banyak air putih juga membantu proses menurunkan berat badan.

Pernah dengar gemuk air??

Gemuk air sebab badan ni dah jadi mcm tangki air tapi air susah nak dibuang dari badan. Kenapa ehhh???
Sebab suka makan makanan bergaram. Garamkan mampu memerangkap cecair. So nak buang air dalam badan kenalah minum air yang banyak supaya kita dapat buang garam dalam badan sekali gus buang air yang terperangkap dalam badan. 

Simple je kan??

8. Jangan tinggal sarapan pagi



Nak kurus konon, tapi tak sarapan. Lupakan aje lah... mungkin makin gemokssss...

Waktu sarapan terbaik adalah sebelum jam 9 pagi. Bangun tidur dengan badan yang tidak bertenaga sebab badan dah berpuasa semalaman, jadi sarapan pagi merupakan menu pertama yang masuk ke dalam perut supaya metabolisma badan akan meningkat. Bila metabolisma badan meningkat, ia akan membantu membakar lemak-lemak yang korang ternak tu. Kalau bangun jam 10, itu dah bukan sarapan. Memang patutlah tak kurus-kurus.

Pilih sarapan yang sihat tau. Jangan sarapan dengan fastfood pulak ye!!!

9. Ambil Vitamin Yang Sesuai.

Nak tak isikan lompang-lompang kosong dalam badan korang dengan vitamin? Gaya pemakanan yang tak sihat itu lah terjadinya lompang-lompang kosong yang sepatutnya diisi dengan vitamin/nutrisi yang baik. Kalau badan cukup nutrisi, inshaAllah penyakit kronik pun tak nak dekat. Betul tak?


Vitamin Shaklee adalah vitamin terbaik setakat ini. Sebab ada 10 sebab kenapa Shaklee terbaik.


************************************************************

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.



Tuesday, 18 April 2017

Sijil Halal Shaklee Tahun 2017

Isu HALAL memang  menjadi sensitiviti umat islam, sebab saya pun sebagai penganut agama islam sentiasa berusaha nak cari yang HALAL agar apa sahaja yang dilakukan diberkati oleh ALLAH. 

HALAL bermaksud benar dan tidak dilarang oleh ALLAH. Jadi sebagai umat islam, mencari produk halal merupakan tuntutan syara'. 


Shaklee turut tidak terkecuali memastikan produknya HALAL digunakan oleh semua lapisan masyarakat dalam dunia. Akan tetapi pengiktirafan HALAL Shaklee dikeluarkan oleh ISA iaitu Islamic Services of Amerika. Sebab tu lah logo pada sijil halal Shaklee bukan logo JAKIM. ISA juga merupakan badan luar yang diiktiraf sijil halalnya oleh JAKIM.

Memang ramai customer saya, terutamanya yang baru pertama kali mencuba Shaklee, timbul keraguan sebab logo pada sijil HALAL Shaklee bukannya logo JAKIM. Jangan risau sebab ISA diperakui oleh JAKIM :)



Senarai badan luar yang diiktiraf sijil Halalnya boleh disemak di www.halal.gov.my . Dalam laman web tersebut, JAKIM ada menyenaraikan  67 badan dari 40 negara yang diiktiraf sijil halalnya

Alhamdulillah, sijil HALAL Shaklee tahun 2017 pun dah keluar, so jangan ragu-ragu lagi tau. Kalau JAKIM pun iktiraf, inshaAllah semua pun HALAL produk berkaitan Shaklee.


Sijil Halal Shaklee 2017


**********************************************


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Sunday, 9 April 2017

Pemakanan Seimbang Kanak-kanak Cegah Penyakit Kronik

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah baru-baru ni berpeluang mengikuti program kesihatan anjuran Jabatan Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Program kesihatan ini telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Mac 2017 bermula 8 pagi hingga 1.30 petang. 


Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa, guru dan komuniti tentang pentingnya menjaga pemakanan anak-anak supaya anak-anak memperoleh makanan seimbang, selamat dengan makronutrient terbaik serta pemakanan holistik. Ini untuk mencegah sebarang penyakit kronik yang berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang terutama tinggi lemak dan gula.

Kenapa Kementerian Kesihatan Mengadakan Program Ini?

Mengikut statistik, Malaysia merupakan negara 'SAKIT' dimana jumlah pesakit kronik di Malaysia adalah tinggi. Ini kerana Malaysia merupakan negara yang kaya dengan makanan berikutan kepelbagaian masyarakat dengan pelbagai makanan tradisi masing-masing. Masalah ini bermula dengan gejala obes masyarakat Malaysia.



Suatu masa dulu saya pernah ke Vietnam untuk melancong dan melihat-lihat negara orang. Pelik sungguh masyarakat negara ini kurus-kurus dan memiliki kulit yang cantik. Saya pun mulut ringan bertanya pada tourist guide yang mengiringi kami.. kenapa semua mereka ni kurus-kurus. Senang je jawapan dia, "orang Malaysia suka makan.... orang Vietnam suka makan juga, tapi banyak makan buah"... hehehhe.... memang saiz mereka slim-slim belaka. Tak hairanlah terowong Vietnam yang digunakan masa peperangan dulu sangat kecil, mat salih memang tak lepas .....

Apabila seseorang murid dikategorikan sebagai kanak-kanak obes, mereka berpotensi untuk mengidap masalah kesihatan lain antaranya diabetes, jantung, strok dan juga kanser. Oleh itu amalan pemakanan seimbang dan sihat perlulah dipupuk di rumah dan pemakanan di sekolah perlulah dipantau.  


Program bermula dengan taklimat ringkas tentang kesedaran ibu bapa memberi kebenaran anak-anak untuk rawatan pergigian di sekolah oleh Dr. Zubaidah bt Japri.


Slot ke 2 adalah berkaitan Senario Masalah Obesiti di Malaysia oleh En. Nazli Suhardi Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Pemakanan KKM. Diteruskan dengan slot yang ke 3 iaitu Pemerkasaan PIBG Melalui Program Pemakanan Sihat di Sekolah


Seterusnya slot yang ke 4 oleh En. Mohd Azemir Mustafa , Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM dengan tajuk Pemerkasaan PIBG Melalui Program Aktiviti Fizikal di Sekolah.

Dan slot terakhir adalah Peranan PIBG Dalam Menangani Masalah Obesiti di Sekolah oleh Puan Jay Jalaludin, Jurulatih Utama C-HAT 

Kami sebagai peserta turut diberikan hidangan lengkap dengan jumlah kalori makanan tersebut






Botol Shaklee saya ada di mana-mana jak... hehehe..... 

Shaklee mempunyai cadangan vitamin yang boleh diberikan kepada anak-anak agar melengkapkan nutrisi yang gagal diambil oleh mereka dan gagal disediakan oleh ibu bapa. 

Kenapa Perlu Pilih Set Kesihatan Kanak-kanak Shaklee??





Mealshakes
1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak

2. Membekal Nutrisi Kepada Sel Tubuh 
Kaya dengan protin (Tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain

3. Membantu Tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnasium yang diperlukan untuk pembinaan tulang dan sel-sel untuk proses membesar

4. Anti Oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

5. Mengembalikan Seri Wajah
Mengandungi Vitamin B yang lengkap, Zat Besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

6. Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. Kelazatan Rasanya
Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi ; pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat dinikmati oleh semua golongan

Vitalea For Children

Vitamin A - Untuk membaiki tisu dan tulang, juga menyihatkan mata dan kulit

Vitamin C - Membina otot, kulit, tisu penyambung yang sihat dan kuat

Vitamin D - Menguatkan tulang dan gigi, membantu menyerap kalsium dengan baik

Niacin - Memberi tenaga kepada kanak-kanak

Vitamin B6 - Anak menjadi pintar dan berkebolehan berfikir dengan baik

Vitamin E - Elak sel dan tisu badan dari rosak, sihatkan sel darah merah

Biotin - menyuburkan rambut dan kuku, rambut anak banyak dan cantik, kuku pun kuat

Folate - Menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat

Zinc - Meningkatkan sistem imuniti, anak tak mudah kena sakit, kalau sakit pun cepat baik

Iron - Membina otot yang sihat, kalau kurang mungkin membantutkan proses 'baligh' anak

Vitamin B12 - Untuk sistem saraf yang sihat

Riboflavin - Baik untuk penglihatan 

Kalsium - Membina tulang yang kuat

Thiamin B1 - Anak bertenaga dan tak mudah letih

Iodin - Otak cergas, kurang iodin menyebabkan IQ anak rendah

Pantontenic Acid B5 - Menghasilkan sel darah merah yang baik

Magnesium - Diperlukan oleh hampir semua sel dalam badan, jika anak ada tanda ADHD atau kemungkinan autism
 
Chewable Vita C Plus
 
1 . Menyokong sistem pertahanan semulajadi antioksidan tubuh.

2. Membantu menyokong integriti sel

3. Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot dan salur darah.

✔️ Jemput baca entri Mealshakes untuk keterangan lanjut berkaitan produk   
✔️ Jemput baca entri Vitalea For Children untuk keterangan lanjut berkaitan produk
✔️ Jemput baca entri Chewable Vita C Plus untuk keterangan lanjut berkaitan produk
 
 ***************************************************
 

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.