Wednesday, 22 July 2015

SHAKLEE EFFECTS; MADU ASLI CARA SAYA BERTUKAR KEPADA NUTRIWHITE

Assalamualaikum dan salam Syawal....


Lama dah rasanya tak kongsi pengalaman sendiri. Pengalaman Shaklee Effect tu mahal tau... !!!! Ok kali ni nak kongsi pengalaman saya masa nak bertukar dari high chemical skin care ke organic skin care by Shaklee iaitu Nutriwhite.

Ok.... dalam entry saya sebelum ni ada testimoni saya sendiri yang kulit glowing glowing sebab amalkan Collagen Powder... alhamdulillah memang kulit sihat dan kolagen bukan semata mata untuk kulit je tau... tapi sangat bagus untuk sendi.

Saya cuba untuk bertukar kepada penjagaan wajah jenis organik bermula tahun lepas lagi. Masa tu saya cuma beli Gentle Deep Foaming Cleanser dan Overnight Renewal Whitening Softener. Kenapa saya beli 2 ni je?? 
1. Sebab baru nak cuba, sesuai atau tidak
2. Krim malam adalah krim yang paling baik digunakan sebab kulit akan dipulihkan semasa kita tidur.

Pada masa saya ambil Collagen Powder, saya ambil juga 1 jenis produk lain (serbuk mutiara) dan kandungannya adalah sumber marin juga tetapi menggunakan , Sisik Ikan Talapia berbanding Collagen Powder, sisik ikan merah. Nak jimatkan, almaklumlah serbuk mutiara ni agak murah sikit, so makan berselang seli dua produk ni... dan hasilnya muka teruk berjerawat. Setengah botol saya makan serbuk mutiara tu, saya stop. Bila stop jerawat tu susut. So saya anggap serbuk mutiara tu tidak sesuai dengan saya.

Saya tak sabar !!!!! 

Itulah masalahnya .... tak sabar... Hampir 2 tahun saya guna pencuci muka high chemical. Mula-mula tiada masalah, tapi lepas 2 tahun kulit saya mula 'burn' yang agak teruk. Garis 'burn' sangat-sangat nampak. Tetiba je!!!! Jerawat memang suka pulak tumbuh didagu.... jadi tak faham pulak kenapa.. Suami tegur 'Dah tua-tua kenapa banyak pulak jerawat???!!!!!' aaaahhhh stresss

Untuk bertukar dari produk penjagaan kulit yang lama ke Nutriwhite saya langsung tak beri peluang pada kulit untuk berehat. Terus je tukar . Apa jadi....??? Tubuh jerawat nakal ..... hahaha.... kenapa jerawat saya nakal?? sebab tumbuh di balik-balik tudung... so tak nampak.... nakalkan??? Ok... memula saya buat tak tahu je lah jerawat yang naik mencanak tu.... dua bulan saya guna, takde perubahan.. owhhh panikkkk !!!! Bukanlah jerawat batu yang naik, tapi memang rimaslah sebab tak pandai hilang... ok fine !!!

Saya berhenti. Takmo guna. Cari lak produk lain yang cepat kasi kulit cantik (Yang cepat tu selalunya chemical tinggi). Adalah 2-3 bulan juga guna produk tempatan tu dan dahi pulak banyak jerawat.... tak banyak, tapi silih berganti, tapi hati asyik teringat nak balik semula pada Nutriwhite.. kenapa ye??? 

Saya tidak Putus Asa

So.... saya cuba sekali lagi . Saya pernah terbaca artikel berkaitan jika nak bertukar produk, jangan secara mendadak. Banyak tips dan petua yang disarankan sebelum bertukar produk. Saya pilih satu yang saya rasa agak selamat dan mudah. 

Guna Madu ; Cara Saya 



Salah satu cara adalah tidak menggunakan apa-apa produk dalam masa 1-2 minggu melainkan penggunaan bahan-bahan semulajadi. Cuci muka dengan madu. Ya.. itu yang saya buat. Seminggu saya cuci muka hanya dengan menggunakan madu asli (diulang.... madu asli ye :)). 

Saya cuci dengan madu 3 kali sehari iaitu pagi, petang dan sebelum tidur. Saya hanya sapu madu ke seluruh wajah dan biarkan 2-3 minit. Lepas tu bilas dengan air biasa. Saya amalkan selama seminggu. Dalam tempoh tu memang ada perubahan, jerawat balik-balik tudung mula surut, 'burn' pada kulit wajah saya mula kurang dan kulit semakin lembap sebab madu memang mampu melembapkan kulit.  Selepas seminggu, saya mula menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser sahaja. Itu pun sehari sekali je. Agak risau juga kalau jerawat naik, dan alhamdulillah... takde !!! Lepas 3 hari barulah saya mula guna Overnight Renewal Whitening Softener sebagai krim malam. Lepas seminggu barulah saya guna 2 lagi rangkaian produk Nutriwhite iaitu Ultimate Protection Whitening Lotion dan Soothing Radiance Whitening Softener. 

NutriWhite Shaklee

Sekarang dah sebulan setengah guna Nutriwhite. Part paling best Nutriwhite ni takde pun bau-bauan tambahan. Memang organik. Kebiasaannya time-time ABC tiap bulan mesti jerawat muncul didagu dan dahi, tapi alhamdulillah bulan ni takde pulak yang timbul. Suka... suka..... 


"Berminat tak nak tukar ke pada Nutriwhite?? Rangkaian penjagaan muka yang organik tau !! Bagi mereka yang takut dan kurang yakin dengan high chemical skin care, apa kata cuba Nutriwhite. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan. Pengkhidmatan secara COD percuma tau untuk warga Labuan. Bagi mereka yang tinggal luar dari kawasan Labuan, tiada cas pengeposan dikenakan" - Pengedar Shaklee Labuan.




Sunday, 12 July 2015

PERUBAHAN SEWAKTU HAMIL YANG PERLU DIKETAHUI BAKAL IBU



Pertama kali menjadi ibu mungkin kurang arif dengan perubahan yang berlaku terhadap diri sendiri. Samalah macam saya. Sudahlah tinggal berjauhan dari keluarga, 'no ideas' tentang apa yang bakal berlaku. Bermula dari trimester pertama, trimester kedua sehinggal trimester yang ketiga akan ada perubahan yang berlaku secara perlahan-lahan. Selesakan diri dan banyakkan membaca juga membantu untuk mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan kerana setiap ibu memiliki pengalaman yang berbeza.
 
Trimester Pertama

Awal kehamilan sangatlah excited. Banyak idea termasuk dalam perancangan walhal ada lagi 9 bulan untuk ditempuh. Tapi perancangan awal untuk 3 bulan yang pertama tidaklah merugikan.

1. Aturkan temujanji

Temujanji dengan siapa??? Mestilah dengan klinik perbidanan. Buatlah buku pink  selewat-lewatnya minggu 10 hingga 12 kehamilan. Biasanya nurse akan minta beberapa maklumat penting seperti;

* Sejarah keluarga dan gaya hidup
* Memberi tips penting sepanjang kehamilan
* Mengambil tekanan darah
* Tinggi dan berat di awal kehamilan

2. Jangan lupakan Asid Folik



Mulalah mengambil asid folik. Asid folik sangat baik untuk mencegah masalah otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan kecacatan pada bayi anda.

3. Berhati-hati dengan ubat-ubatan

Jika ibu sakit ataupun kurang sihat, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Jangan sewenang-wenangnya mengambil sebarang ubat-ubatan kerana dikuatiri menjejaskan kandungan. 

4. Jika merokok, minum arak.... hentikan !!!!



Jagalah kandungan dengan sebaik-baiknya. Amalan hidup yang tidak sihat mengundang keguguran serta merbahayakan ibu dan kandungan.  

5. Elak kaffein.

Jika mampu, elakkanlah pengambilan kaffein. Paling tidak pun, kurangkan pengambilan kaffein dengan jumlah 200mg sehari  kerana pengambilan kaffein setiap hari dan melebihi 200mg kaffein boleh menyebabkan keguguran. Sumber kaffein bukan sahaja dari nescafe atau teh, malah 200mg adalah termasuk pengambilan dari coklat, cola dan minuman pemberi tenaga.

6. Boleh makan.... Tak boleh makan

Pelajari makanan yang patut diambil dan makanan yang sepatutnya ditinggalkan. Ini kerana terdapat sesetengah makanan yang boleh memudaratkan kandungan seperti air tebu, nanas kerana ia bersifat "tajam" . Ada sesetengah ibu hamil yang tidak tahan pada makanan yang "berangin" seperti kekacang. Ini akan menyebabkan ketidak selesaan terhadap perut.  

7. Keletihan

Perubahan hormon sewaktu kehamilan disebabkan oleh peningkatan hormon progesterone. Ada sesetengah ibu yang mengalami keletihan pada awal kehamilan. Cuba dapatkan rehat secukupnya dan amalkan pemakanan pemberi tenaga.

 8. Perubahan 'Mood'

Mulalah nak moody masa-masa ni. Sekejap marah, sekejap ok, sekejap sentap. Orang  kata pembawaan budak. Lain orang lain pengalaman. Keletihan dan perasaan 'kerap lapar' pun boleh membuatkan ibu-ibu rasa tidak selesa. Ada sahaja yang tidak kena. Keadaan ini akan berkurangan bila kandungan mencapai minggu 14 ke 16 (ada juga yang tak ok sampai nak bersalin).

9. Pening dan Muntah-muntah



Kalau pening dan muntah-muntah, memang cepat je orang kaitkan dengan mengandung. Kebanyakkan ibu hamil akan mengalami gejala ini. Lama atau sekejap simptom ini bergantung pada seseorang. Macam saya anak pertama masuk bulan ke 4 kehamilan dah agak ok, tapi anak ke 2 sampai kandungan 9 bulan masih lagi pening dan muntah-muntah. Pening yang dialami sama ada disebabkan hormon ataupun masalah tekanan darah rendah. Jika disebabkan tekanan darah, berjumpalah doktor anda untuk rawatan lanjut. 

10. Peningkatan Deria Bau

Alahai... memang kurang tahan kalau part ini. Deria bau jadi sangat sensitif masa mengandung. Ada makanan yang jadi tak lalu untuk dimakan hanya kerana baunya yang kuat (padahal masa tak mengandung ok je). 

 11. Kekejangan

UUUHHH.....memang sakit bila kejang atau krem. Biasanya kena masa tengah malam, tengah tidur. Apalagi.... tak pasal-pasal menjerit... melompat partner sebelah sebab terkejut... hahahaha. Masalah krem atau kekejangan ini berlaku disebabkan kekurangan kalsium dan magnesium. Walau apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.



Trimester Kedua

Apabila sudah memasuki trimester kedua kehamilan, tubuh akan kembali bertenaga. Masalah 'morning sickness' mungkin masih ada tetapi tidak sekerap trimester pertama. Akan tetapi terdapat juga ibu yang mengalami 'morning sickness' yang berpanjangan. Sepanjang trimester yang kedua, didapati perkembangan bayi amat cepat sekali. Minggu 18 hingga 22 kehamilan, ibu akan mula menjalani ultrasound untuk memperlihatkan perkembangan kandungan.

1. Sakit belakang



Semakin banyak pertambahan berat badan, semakin tinggi beban terhadap tulang belakang. Biasakan duduk dikerusi yang menyokong tulang belakang. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi. Jangan bawa barang-barang yang berat. 

2. Gusi berdarah

Perubahan hormon banyak mempengaruhi perubahan ibu hamil. Perubahan hormon akan menyebabkan darah dialirkan lebih banyak ke kawasan gusi. Ada sebahagian ibu hamil mengalami bengkak gusi dan gusi bedarah. Dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor gigi untuk rawatan yang sewajarnya.

3. Kerap buang air kecil

Buah pinggang akan berkerja lebih untuk memproses air kencing ketika hamil. Kedudukan bayi yang menekan pundi kencing juga menjadi punca kekerapan membuang air kecil. Walau apa pun jangan kurangkan pengambilan air hanya kerana ingin mengurangkan kekerapan ke bilik air kerana ibu memang memerlukan air yang banyak ketika hamil.

4. Perubahan pada kulit

Hormon penyebab perubahan pada kulit. Kesan 'glowing'  yang dialami dan kadang kala seperti ibu memakai 'blusher' disebabkan oleh perubahan hormon. Terdapat juga perubahan warna kulit pada sesetengah bahagian tubuh dan akan hilang apabila selepas melahirkan. Gunalah krim yang sesuai untuk mencegah 'strech marks'.

5. Terjadinya 'Varicose Veins dan Spider Veins'



Aliran darah akan meningkat bertujuan untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Aliran darah yang berlebihan mampu menyebabkan salur darah ibu membengkak dan lazimnya berwarna biru-ungu. Ini dikenali sebagai 'Varicose Veins'. Jika dilihat bentuknya seakan-akan sarang labah-labah yang berpintal-pintal pada permukaan kulit. Manakala  'Spider veins' juga boleh dilihat dipermukaan kulit tetapi bentuknya yang lebih kecil dan halus berbanding 'Varicose Veins'. Kenaikan berat badan dan ibu yang hamil anak kembar antara mereka yang berisiko mengalami masalah ini.  

6. Perubahan pada Payudara 

Payudara terasa penuh dan berat berbanding semasa tidak hamil. Sekeliling puting payudara juga kelihatan membesar dan sedikit gelap. Ibu dinasihatkan untuk memakai coli yang lebih selesa dan memberi sokongan yang lebih kepada payudara sepanjang tempoh kehamilan. 

7. Penambahan berat badan

Untung pada yang mengandung tapi tidak gemuk. Ada ke?? Ada jugaklah kawan-kawan yang mengandung tapi berat naik secara konsisten. Trend sekarang walaupun mengandung, tapi masih berlumba pakai baju sendat dan seluar ketat. Mungkin mereka selesa, tapi tidak pada saya. Saya lebih selesa dengan pakaian yang agak longgar sesuai dengan ibu hamil.

Trimester Ketiga

Pada peringkat ini, berat bayi akan semakin meningkat. Bayi juga didapati mampu mengelipkan matanya. Kulit bayi yang berkedut akan semakin licin kerana bertambahan berat badannya. Lain-lain perkembangan akan semakin pesat pada peringkat ini. 

1. Keletihan

Berat badan yang bertambah membuatkan ibu cepat letih. Pergerakkan juga semakin terbatas dek kerana saiz perut yang semakin membesar. Lakukan senaman ringan khas untuk ibu hamil agar ibu kekal cergas. Makanlah sedikit tetapi kerap sebagai penjana tenaga. Jika letih berkerja, apakata lelapkan mata seketika agar tubuh dapat berehat. Jika terlalu letih dan tidak berdaya, jumpalah doktor kerana keletihan juga punca ibu mengalami anemia.

2. Sakit belakang

Beban yang ditanggung ibu hamil juga memberi tekanan kepada tulang belakang. Semakin membesar kandungan semakin ia mengganggu postur tubuh ibu. Sokong bahagian belakang dengan bantal sewaktu tidur agar posisi tidur lebih selesa dan tidak menyakitkan. 

3. Kerap buang air kecil

Sama seperti trimester sebelum ini, kekerapan ulang alik ke bilik air juga semakin bertambah kerana kedudukan kandungan yang mungkin menekan pundi kencing. Elakkan minuman yang bersifat diuretik seperti kaffein kerana ia akan menambahkan lagi rasa untuk ke bilik air. 

MENCARI SET PENJAGAAN SEPANJANG KEHAMILAN?

Set Mengandung Shaklee
Bersedia dengan penjagaan optimum sepanjang tempoh kehamilan? Shaklee menawarkan set lengkap untuk ibu mengandung bermula dari trimester pertama sehinggalah trimester ketiga. Untuk trimester pertama ibu dinasihatkan mengambil ESP, Vita-Lea Iron Formula, Vita-C dan Ostematrik. Manakala Omega Guard diambil apabila ibu memasuki trimester kedua dan ketiga.

Energizing Soy Protein

* Membekalkan protein
* Mengekalkan pertumbuhan dan memelihara tisu badan
* Memberi tenaga kepada ibu hamil
* Membantu ibu memperoleh kesan yang optimum dalam 
   pengambilan vitamin yang lain
* Menjadikan kulit lebih licin, gebu dan anjal
* Mengatur keseimbangan bendalir dalam badan 
* Blok-blok pembinaan asas tubuh ibu dan bayi
   ~ Bayi berkembang pesat pada trimester kedua dan ketiga
   ~ Penghasilan susu ibu
* Bebas laktosa secara semulajadi
* Bebas kolestrol secara semulajadi
* Soya Shaklee - NON GMO (Tidak diubahsuai genetik soya)

Sustained Released Vita-C

* Sebagai antioksida
* Penghasilan kolagen = Membina tulang rawan, otot dan tulang fetus
* Meningkatkan sistem imun, melawan jangkitan penyakit sewaktu hamil

Vita-Lea Iron Formula

* Merupakan multivitamin yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
* Membantu menambah zat besi. Kekurangan zat besi bererti akan mengalami masalah kekurangan darah dan ini bererti kuranglah oksigen yang diangkut keseluruh tubuh ibu. Ini akan menyebabkan anemia dan berkemungkinan bayi yang dilahirkan tidak cukup matang.
* Segala zat akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan melalui ibu. Oleh itu ibu memerlukan zat yang secukupnya dalam menyokong perkembangan bayi.
* Memberi tenaga untuk ibu dengan 28 jenis vitamin dan mineral

B-Complex

* Menjaga kesihatan saraf
* Membantu mengelakkan tekanan
* Menstabilkan emosi ibu
* Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan tubuh
* Sistem penyerapan bioaktif (meningkatkan penyerapan asid folik)
* Menjana tenaga dan menghasilkan sel darah merah
* Pengambilan setiap hari sebelum dan semasa hamil mencegah berlakunya kecacatan pada kandungan

Ostematrix

* Membekalkan Kalsium dan Magnesium
* Kalsium penting dalam pembentukan tulang, gigi, darah dan saraf.
* Bayi akan menyerap kalsium dari ibu untuk tumbesaran, oleh itu ibu perlu sentiasa memastikan keperluan kalsium cukup untuk kedua-duanya.
* Kekurangan kalsium akan menyebabkan berlakunya osteoporosis, sengal-sengal, sakit badan, kelesuan dan menampakkan kesan penuaan.
* Pengambilan Ostematrix juga mencegah terjadinya kekejangan akibat kekurangan kalsium dan magnesium

Omega Guard (EPA dan DHA) 

* DHA adalah asid lemak yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain dan sangat penting untuk perkembangan otak dan janin.
* Bayi tidak menghasilkan DHA mereka sendiri. DHA semasa dalam kandungan diperolehi dari placenta, manakala apabila sudah lahir bayi memperolehi DHA dari pengambilan susu ibu. Oleh yang demikian ibu berpotensi kekurangan DHA.
* Ibu hamil dan menyusu digalakkan mengambila omega 3 untuk perkembangan fetus serta sebagai supplimen ibu itu sendiri.





"Masih tercari-cari set lengkap untuk keperluan sepanjang tempoh kehamilan? Apakata cuba Set Mengandung Shaklee yang selamat dan berkesan. Nutrien dalam setiap produk membantu ibu mengharungi 9 bulan kehamilan. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Untuk warga Labuan, perkhidmatan COD secara percuma turut disediakan. Bagi mereka yang berada di luar Labuan, usah risau, cas pengeposan juga adalah secara percuma. Dapatkan yang terbaik untuk diri dan bayi anda" - Pengedar Shaklee Labuan

 

Monday, 6 July 2015

RAHSIA AWET MUDA DENGAN VIVIX

Tua itu pasti !!! ya... tiada siapa menafikan. Jika diberi pilihan, semua orang pun nak kekal muda, cantik dan sihat. Pendek kata masing-masing nak awet muda gitew. Zaman sekarang orang berlumba-lumba nak cantik. Macam-macam produk dan perkhidmatan dijual untuk lambatkan proses penuaan. 



Tetapi penuaan merupakan proses semulajadi dimana semua orang akan melaluinya. Paling ketara adalah apabila munculnya garis-garis penuaan di muka. Mulalah hati tak keruan. Tapi kesan penuaan bukan hanya dikaitkan dengan usia sahaja. Gaya hidup yang kurang sihat juga mampu menjadikan seseorang kelihatan tua berbanding usianya.

Apa penyebab penuaan?

1. Penurunan paras hormon tumbesaran (Human Growth Hormone -HGH)

Hormon HGH dihasilkan oleh kelenjar pituitari dimana kelenjar ini bertanggungjawab atas pertumbuhan manusia sejak dari janin lagi. Malah hormon HGH juga berkesan untuk menghalang proses penuaan. Namun hormon HGH akan menurun apabila usia semakin meningkat. Pengurangan hormon HGH inilah menyebabkan perubahan fisikal dan mental seseorang apabila usia meningkat.

2. Aktiviti radikal bebas.


Proses penuaan dan pelbagai penyakit adalah disebabkan oleh aktiviti radikal bebas yang merosakkan sel. Radikal bebas merupakan molekul yang tidak stabil kerana kehilangan satu atom. Untuk menstabilkan dirinya, ia akan mengambil atom daripada sel-sel badan dan kesannya sel badan akan rosak. Kurangnya pengambilan makanan tinggi antioksida seperti vitamin A, C, E , Selenium dan Zink tidak mampu menghalang proses penuaan yang disebabkan radikal bebas lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan peningkatan umur.

Antara faktor lain penyumbang radikal bebas ialah ;

* Senaman / aktiviti fizikal yang ekstrem

*Stress yang keterlaluan

* Merokok / terdedah dengan asap rokok

* Pencemaran makanan dan minuman

* Sinaran cahaya ultraviolet 

* Pengambilan ubat-ubatan dan radiasi

Jenis penuaan

Terdapat dua jenis penuaan iaitu penuaan kronologikal dan penuaan biologikal. Yang mana satu jenis penuaan pada anda?? Jom teruskan membaca

1. Penuaan kronologikal

Penuaan kronologikal adalah disebabkan pertambahan usia. Jika pada tahun ini anda sudah menjangkau 33 tahun.... maknanya memanglah 33 tahun usia anda... jangan cuba menafikan... hehehe..... tiada siapa boleh mengubah angka tersebut

2. Penuaan biologikal

Pernah tak orang tegur "laa.... umur dah 35 ke? tapi kenapa macam 25 je?" Bangga ehh kalau gitu.... itulah di namakan tubuh lebih muda dari usia sebenar. Untunglah gitu.. tapi kalau tubuh lagi tua dari usia sebenar, itu lagi lah sedih ... huhu

Tanda-tanda penuaan

1. Simptom dan tanda fizikal

* Pertambahan lemak badan di kawasan abdomen dan dada

* Sakit dan kekejangan tulang dan sendi

* Rambut nipis dan beruban

* Tulang belakang yang rapuh (osteoporosis) dan menyebabkan seseorang menjadi bongkok

* Mudah merasa letih dan tidak bermaya

2. Simptom psikologikal

* Ingatan semakin berkurangan

* Kemurungan

* Mudah berasa marah

* Keinginan seksual berkurang

Amalan pemakanan sihat bantu kekal awet muda

1. Timun



Timun merupakan sayuran yang sering digunakan dalam perawatan kecantikan kulit sejak ribuan tahun dulu. Kandungan air, Vitamin C dan asid amino yang tinggi menjadikan ia sangat digemari untuk tujuan kecantikan. Selain itu, gabungan fosfor, asid folat dan vitamin C pada timun berupaya menghilangkan ketegangan. Hilang stress bermakna memperlambatkan penuaan.

2. Tomato



Warnanya ketika masak ranum amat menerujakan. Warnanya menunjukkan kehadiran likopen yang tinggi kandungan antioksidan. Likopen merupakan zat pemberi warna pada buah dan sayuran yang tergolong dalam kelompok karotenoid. Likopen sangat penting dalam memerangi radikal bebas dari merosakkan sel-sel tubuh.

3. Tembikai merah



Sama seperti tomato, warna merah menunjukkan ia kaya dengan likopen. Radikal bebas akan menyebabkan kulit mengering, mengurangkan keanjalan dan lama kelamaan kelihatan berkedut dan kendur. Bagi menyegarkan lagi sel-sel tubuh, makanlah tembikai merah berbanding tembikai kuning.

4. Lobak merah



Lobak merah sangat tinggi provitamin A. Apabila lobak merah dimakan, beta karotena berubah menjadi zat antioksida yang mampu mencegah terbentuknya radikal bebas. Zat ini akan ditukar menjadi vitamin A dalam organ hati dimana ia berfungsi menjaga kesihatan mata.

5. Kentang



Kentang memiliki zat yang sangat berguna yang dikenali sebagai alpha-lipoic acid. Selain bagus untuk kesihatan jantung, ia mampu mempertahankan keremajaan kulit. Yale University Medical Center telah membuktikan kajian alpha-lipoic acid dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan yang muncul akibat penuaan.  Selain sedap dimakan, ia juga boleh dijadikan masker dan amalan ini mampu merangsang kulit menjadi lebih sihat, muda dan berseri.


Bagaimana Vivix Bertindak ?

1. FAKTOR PENUAAN = Kerosakkan DNA yang mengganggu fungsi sel dan panjang umur

VIVIX = Melindungi dan membaiki selular DNA dari serangan radikal bebas

2. FAKTOR PENUAAN = Pengawalan genetik yang menyebabkan kemerosotan umur

VIVIX = Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama bagi melambatkan penuaan tahap selular

3. FAKTOR PENUAAN = Pengeluaran tenaga dari sel-sel semakin menurun

VIVIX = Menggalakkan pembentukkan baru metochodria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel

4. FAKTOR PENUAAN = Penimbunan protein AGE yang mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

VIVIX = 10 kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan protein AGE


Semak Senarai Harga Disini
Testimoni Vivix





"Rasa cemburu kan tengok orang yang sentiasa awet muda?? Nak tahu rahsia awet muda dari dalam dengan VIVIX Shaklee?? Awet muda dari sel-sel tubuh. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi secara percuma. Perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan yang ingin kelihatan awet muda. Perkhidmatan pos juga percuma untuk luar Labuan. Jom kita sentiasa awet muda" - Pengedar Shaklee Labuan

Friday, 3 July 2015

EH... MUDA LAGI, TAPI BERUBAN


Rasa malu nak tengok cermin. Umur muda lagi rasanya, tapi berhelai-helai rambut yang berwarna hitam sudah bertukar warna menjadi putih (berkilau lagi tu). Kalau perempuan boleh rasanya sorok dalam tudung (bagi yang bertudunglah)... yang lelaki?? Biasanya langkah akhir botakkan je lah kepala tu kan??. hihih...

Kebiasaannya, warna rambut bagi penduduk asia adalah berwarna hitam. Rambut boleh kehilangan warna kerana disebabkan oleh kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai pigmen. Kewujudan uban normalnya dikaitkan dengan orang tua kerana semakin usia meningkat, penghasilan pigmen akan menurun. Itu normal !! Yang beruban sebelum waktu ni macam mana pulak?? Beruban awal juga dikenali sebagai 'premature greying'.

Faktor beruban awal

1. Keturunan

Kalau ada ibu atau ayah yang beruban masa muda, berkemungkinan anda pun akan mengikut jejak langkah.

2. Kekurangan vitamin B

Kekurangan vitamin B akan menyebabkan berlakunya pigmen. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin B seperti beras merah, kuning telur, gandum dan kacang hijau bagi mempertingkatkan kesihatan rambut.

3. Kuat merokok

Merokok pun boleh beruban masa muda?? Yelah... nikotin yang terkandung dalam rokok boleh menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan oleh rambut.

4. Tekanan

Tekanan menyebabkan vitamin B berkurang dalam badan dan ini menyebabkan berlakunya uban lebih awal. Tekanan berlebihan akan mempengaruhi aktiviti hormon.

5. Penggunaan bahan pewarna rambut

Penggunaan bahan pewarna rambut yang tidak sesuai boleh menjadi punca kepada tumbuhnya uban. Jangan sesekali menggunakan sebarang produk tanpa mengetahui kesan sampingannya. 

Cara atasi masalah uban

1. Ambil makan tinggi protein.

2. Tambah pengambilan vitamin B complex dan vitamin B5 dapat membantu mencegah proses perubahan akibat kekurangan nutrisi. Nutrisi daripada vitamin memberi warna pada rambut.

3. Amalkan vitamin E. Vitamin E baik untuk merangsang peredaran darah di kulit kepala bagi melambatkan pertumbuhan uban.

4. Cegah stress. Uruslah stress dengan baik agar tidak menjadi punca tumbuhnya uban. Terutama pelajar yang banyak tekanan dalam aktiviti harian, usahakan menguruskan stress dengan santai.

Bagaimana Set Uban dapat membantu??

Set Uban


1. ESP

Terdapat 9 asid amino penting dalam ESP. Asid amino sangan penting dalam membina otot, rambut, kuku, darah organ kulit dan lain-lain.
 
2. Vitamin B-complex

Vitamin B-complex membantu dalam menangani masalah uban terutama yang beruban sebelum waktunya. Tubuh memerlukan 8 jenis vitamin B dan 5 daripadanya adalah untuk rambut. 

1. Vitamin B3 (Niasin) 

Ia sangat baik dalam memperbaiki aliran darah ke kulit kepala

2. Vitamin B5 (Pantotenik)

Selain dari mengatasi rambut gugur, Vitamin B5 juga untuk merawat masalah uban.

3. Vitamin B6 (Piridoksin)

Menghasilkan melanin bagi mengelakkan rambut beruban. Juga mengelakkan rambut gugur.

4.  Vitamin B12 (Sianokobalamin)

Mengatasi masalah rambut gugur

5. Biotin

Biotin berfungsi menghasilkan keratin dan mengatasi masalah rambut gugur. Ia juga berupaya mengawal rambut beruban 

Vitalea

1. Menyediakan asas nutrisi
2. Memastikan sel hidup
3. Pertumbuhan sel baru
4. Pertumbuhan rambut, otot, kuku dan hormon


" Anda muda... tapi rambut dah banyak beruban?? Belum jumpa cari terbaik merawat masalah uban sebelum waktu ? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan konsultasi secara percuma. Saya juga menyediakan perkhidmatan COD bagi warga Labuan. Luar dari kawasan Labuan jangan risau, kos pengeposan juga PERCUMA untuk anda." - Pengedar Shaklee Labuan



 


Wednesday, 1 July 2015

WANITA DAN ZAT BESI




Pentingnya zat besi terutama dalam sistem biologi dan perjalanan oksigen dalam tubuh manusia. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan gangguan sistem imun, anemia, meningkatkan risiko kanser dan hepatitis. 



Lelaki atau wanita, masing-masing memerlukan zat besi yang cukupi untuk tubuh badan. Betul tak?? Fungsi paling utama zat besi adalah membina sel darah merah, kerana sel darah merah berfungsi mengangkut darah keseluruh sistem dalam badan. Bayangkanlah jika anda mengalami kekurangan zat besi?? Macam mana badan nak bina sel darah merah kerana sumber kebanyakkan datang dari pemakanan. Kekurangan oksigen pula akan menyebabkan kegagalan organ dalaman.. Alamak !!!!!!!!! Takutnyeee



Keperluan zat besi wanita tidak sama dengan lelaki tau?? Kenapa ekk?? Lelaki datang bulan ke?? Lelaki mengandung ke?? Tidak sama sekali…. Hehehe… dari situlah punca kenapa wanita perlu lebih zat besi berbanding lelaki.

Sumber zat besi yang baik



Daging yang tidak berlemak
Ayam
Ikan
Hasil laut
Sayuran hijau
Kekacang
Roti
Bijirin

Kurangnya zat besi

Cenderung mendapat masalah anemia gizi kerana zat besi merupakan antara sumber penting untuk tumbesaran. Wanita hamil yang kurang zat besi boleh membahayakan kandungan dan diri sendiri. Ini kerana oksigen tidak dibekalkan secukupnya bagi penyokong pertumbuhan bayi.

Peranan Zat Besi

* Sangat penting dalam proses pembentukkan sel darah merah.

* Zat besi berperanan dalam proses pengeluaran dan pembebasan tenaga dalam badan.

* Elak pengambilan zat besi bersama kaffein kerana kaffein mengganggu proses penyerapan kandungan zat besi.

* Wanita adalah golongan yang cenderung mengalami kekurangan zat besi kerana kehilangan darah semasa kitaran haid bulanan.

* Awas wanita hamil !!!!! Pastikan zat besi cukup sepanjang tempoh hamil kerana zat besi membantu membina sel darah merah. Disamping itu untuk memastikan oksigen yang cukup dibekalkan kepada bayi yang dikandung.

Kurang Zat Besi??? Macam mana nak atasi ??


1. Kebiasaannya kalau memasak kentang, kita akan kupas kulit dan buang kan?? Tahu tak sebenarnya zat besi yang terkandung dalam kulit kentang lebih tinggi dari isinya? Jadi, lepas ini usahakan untuk sertakan sekali kulit semasa memasak agar zat besi yang diperolehi mencukupi.

2. Acapkali saya berpesan kepada pengamal vitamin agar kurangkan pengambilan kaffein. Kenapa ya?? Sebab kaffein mengganggu penyerapan nutrien. Teh contohnya mengandungi asid tonik yang turut menghalang penyerapan zat besi ke dalam tubuh badan.


3. Makan roti gandum. Kandungan seratnya yang tinggi, vitamin, mineral dan zat besi. Amalan memakan roti gandum akan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

4. Anda berdiet ??? Pastikan berdiet dengan betul ye… Jangan ketepikan makanan penyumbang zat besi seperti daging. Selain dari itu, organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal mempunyai zat besi yang sangat diperlukan oleh badan. Ambillah dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

5. Cuba makan sumber kekacang. Dalam 100gram kacang misalnya mengandungi zat besi sebanyak 1-5 miligram zat besi.


6. Kenapa Popeye makan bayam?? Hehehe…. Jom tiru Popeye supaya jadi kuat. Bayam mampu meningkatkan tenaga dan mempunyai jumlah zat besi yang tinggi. Apalagi…. Jangan lupa masukkan dalam menu harian.

7. Makanlah tauhu dan buah-buahan. Dalam setiap 100gram tauhu terdapat 2-5 miligram zat besi. Buah-buahan seperti kurma atau prun sangat baik bagi anda yang memerlukan zat besi. Zat besi yang terkandung dalam buah-buahan adalah sebanyak 3 miligram

8. Suka makan tiram?? Berita baik untuk kamu-kamu yang sukakan tiram. Dalam 1 gram tiram zat besi yang diperolehi adalah antara 4-7 miligram.

Dapatkah Vitamin Membantu??
Ya... !!! 
Dengan VITALEA IRON FORMULA

 * Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

* Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan tisu

* Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi

* Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam badan

* Vitamin B12 membantu dalam pembentukkan sel darah merah

"Jadilah wanita yang bertenaga, cergas dan sihat dengan Vitalea Iron Formula. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan konsultasi secara percuma. Saya juga menyediakan perkhidmatan COD bagi warga Labuan. Luar dari kawasan Labuan jangan risau, kos pengeposan juga PERCUMA untuk anda." - Pengedar Shaklee Labuan