Tuesday, 27 October 2015

10 Makanan Cetus Hormon Gembira



Masalah yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari lazimnya mempengaruhi rasa sedih dan kurang ceria seseorang individu. Ia adakalanya mencabar kesabaran dan merasakan perkara tersebut tidak harus terjadi dan tidak adil terhadap dirinya. Keadaan ini menyumbang kepada terjadinya stress dan kemurungan. Ada baiknya mereka yang merasa tertekan untuk mengambil makanan yang merangsang kepada emosi yang lebih baik dan gembira. Terdapat beberapa makanan yang mampu meningkatkan mood positif agar lebih ceria sepanjang hari !!!

1. Coklat


Makanan ini mampu membaiki daya kognitif berfikir. Lebih gelap warnanya, maka lebih baik manfaatnya terhadap otak kita. Memakan coklat juga dikatakan mampu menghindari risiko Alzheimer serta menaikkan mood dengan serta merta. Coklat juga dapat merencatkan perembesan hormon stress, selain dapat meningkatkan penghasilan endorfin yang sekali gus menaikkan aras serotonin untuk menceriakan anda sepanjang hari. 

2. Buah Beri


Kandungan anti oksidan yang tinggi dalam buah beri terbukti berkesan menangani tekanan. Selain mampu membangkitkan mood yang gembira, buah beri juga berupaya mengurangkan risiko untuk terkena kanser. 

3. Teh Hijau


Kandungan antioksidan, asid amino dan L-theanin yang terdapat dalam teh hijau boleh mengurangkan tekanan. Meminum teh hijau secara berterusan boleh meningkatkan tahap kesihatan dan menyebabkan rasa lebih sihat. L-theanin juga membantu untuk lebih fokus dan menguatkan daya ingatan.

4. Pisang



Ingin menaikkan mood kepada mood yang lebih baik??? Makanlah pisang kerana kandungan triptophan dalam pisang membantu meningkatkan tahap serotonin. Triptophan juga dipercayai membantu untuk tidur yang lebih lena.

5. Ikan Sardin


Omega-3 yang terkandung dalam ikan sardin membantu mengurangkan rasa tertekan. Kandungan Omega-3 juga berkesan memastikan neurotransmitter untuk berfungsi dengan lebih baik, sekaligus memanjangkan hayat fungsi otak.

6. Avokado




Sangat enak jika dibuat jus. Lemak avokado yang sihat membantu meningkatkan aras dopamine dan endorfine.

7. Ayam



Daging ayam memiliki triptophan yang tinggi dan daging ayam juga dapat meningkatkan lagi kandungan serotonin dalam tubuh.

8. Sayuran Hijau



Jika mengalami tekanan, tingkatkan pengambilan sayuran berwarna hijau kerana kandungan asid yang terdapat dalam sayuran hijau dapat membantu mengatasi tekanan.

9. Telur



Vitamin D membantu menghasilkan serotonin sekaligus membaiki mood kita. Pengambilan telur terutamanya kuning telur membantu mengatasi rasa tekanan kerana kandungan vitamin D di dalam telur.

10. Walnut



Kebolehan kekacang ini dalam membaiki kesihatan sel menjadikan ia makanan yang sangat berkhasiat. Disamping itu juga, pengambilan kacang walnut juga membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah. 

Jadi lepas ni... kalau agak-agak terbawa mood sedih tu, ceria-ceriakan diri dengan makanan pencetus mood gumbira ni tau. Harap-harap ia membantu menjadikan kita lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang. 

[Sumber : Rapi, Sep 2015]

Monday, 19 October 2015

Omega Guard

Perbezaan Shaklee

Minyak ikan terbaik di dunia.

                     



Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardine, mackerel, herring, anchovies) diperairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding denganproduk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulin di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA. Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrient, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietary tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, cadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl-merupakan bahan kimia industry yang sangat toksin) 

Manfaat Utama 



1. Asid Lemak  

Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormone wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.  

 2. Mencegah Penyakit Saluran Darah dan Strok  

DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesity, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.  

3. Membantu Tumbesaran dan Perkembangan Otak Janin dan Membantu Perkembangan Memori  

DHA adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid0asid lemak omega-3 EPA dan DHA.  

4. Meningkatkan Sistem Imun dan Menyihatkan Paru-paru
 
Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronchitis, penyakit lelah, hipetitis, SLE (Lupus Erythematosus) dan penyakit buah pinggang 

5. Menentang kanser  

Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pancreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
 
 
6. Memelihara Fungsi-Fungsi Sendi (Arthiristis)
 
Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk rawan. Ia mencegah arthiritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective
 
7. Mencegah Insomnia dan Membantu Mengurangkan Tekanan
 
 
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia  
American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%
 
Kenapa Ikan Laut Air Dalam?
 
Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia :
Penduduk Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan : ikan dari air laut mengandungi asid lemah tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukkan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

 
Sendawa Berbau Hanyir Ikan?
 
Hanya sebahagian kecil yang sendawa menghasilkan bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan. Waktu yang disarankan untuk mengambil minyak ikan adalah sebelum makan atau sewaktu perut kosong.
 
Siapakah Yang Perlu Mengambil Minyak Ikan?
 
Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakir yang akan menjalani pembedahan dan wanita hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

 
Fakta Terbaru Kebaikan Minyak Ikan

 
1. Meningkatkan kemampuan anak membaca

2. Menyihatkan gigi dan gusi.

3. Mengurangkan keinginan memakan makanan ringan. Minyak ikan memainkan peranan penting dalam merendahkan kemampuan karbohidarat (gula) dan lemak tepu dengan mengawal otak terhadap keinginan untuk makan.

[Sumber : iSihat, Oktober 2015]

Cadangan pengambilan

Untuk penjagaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum atau sesudah makan)

Untuk sakit tulang, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap hari

 
Kurang mahir memilih vitamin yang terbaik??


Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan

 


Saturday, 17 October 2015

Tips Kurangkan Gula Dalam Diet Seharian

Bagi mereka yang mula untuk mengamalkan diet rendah gula, di sini ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama. Perlu diingat, diet pengawalan rendah gula lebih mudah diamalkan berbanding dengan diet bebas gula kerana gula semulajadi daripada sumber seperti madu, buah-buahan, susu dan produk tenusu boleh diambil dalam jumlah yang sedikit.

Diet rendah gula merupakan diet pengawalan kadar pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian kepada tidak lebih 10 peratus dari jumlah tenaga seharian. Ini juga bertepatan dengan saranan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan jumlah pengambilan gula bagi orang dewasa adalah sebanyak 3 sudu setiap hari. Jom semak tips yang berguna ini.



1. Kalau teringin sangat nak makan kuih dan kek, pastikan untuk memilih kuih muih dan kek yang memiliki kandungan gula yang rendah.


2. Buah-buahan adalah menu terbaik untuk mengantikan makanan manis seperti kuih dan kek

3. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula.

4. Jika terasa lapar pada lewat malam, cuba elakkan mengambil makanan yang bergula.




5. Maklumat pemakanan yang terdapat pada pek pembungkusan makanan sebenarnya membantu kita. Kandungan gula dapat diketahui sekiranya ia merupakan salah satu ramuan dalam makanan yang dibeli.


6. Minumlah air kosong kerana ia tidak mengandungi kalori

7. Hadkan pengambilan susu pekat manis kepada 1 sudu sahaja untuk setiap cawan

8. Semak kandungan gula dalam label minuman

9. Kurangkan pengambilan bergula seperti air berkarbonat, cendol dan ABC.

Macam mana? Bersedia dengan diet rendah gula yang akan diamalkan? Apapun, untuk dapatkan tubuh yang sihat, tidak cepat letih, kulit yang cantik, jerawat cepat pulih dan paling penting dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser dari terus aktif kerana makanan sel adalah gula. 
Selamat mencuba :)

Tuesday, 6 October 2015

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL, JANGAN ABAIKAN

Masalah keputihan berlebihan adalah perkara yang biasa bagi wanita hamil jika jumlah, bau dan warna keputihan dalam keadaan yang normal. Lelehan lendir yang normal kebiasaannya berwarna putih atau krim, tidak berbau hanyir serta tidak membuatkan vagina menjadi gatal. Akan tetapi, jika lelehan keputihan menyebabkan perkara berikut, ibu perlu berusaha untuk merawat keputihan tersebut ;

i. lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej

ii. mengalami kegatalan, sakit atau kemerah-merahan di dalam atau sekitar vagina dan punggung

iii. sakit ketika bersama suami

iv. sakit ketika membuang air kecil

Fungsi Bakteria Semulajadi Pada Vagina

Vagina merupakan bahagian intim wanita yang sentiasa dalam keadaan pH keasidan iaitu antara 3.5 hingga 4.6. Antara bakteria semulajadi yang sangat berguna dibahagian vagina dikenali sebagai Lactobacillus. Ia merupakan bakteria yang mampu mengekalkan vagina dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid boleh melindungi vagina daripada jangkitan kuman.

Apabila fungsi bakteria semulajadi diganggu oleh faktor luaran, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Penggunaan pencuci bahagian intim yang tidak sesuai misalnya menjadi salah satu punca perubahan persekitaran berasid vagina sekaligus membunuh normal flora sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organisme komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan. 

Kenali Sifat dan Organisma Keputihan




Mengapa keputihan terjadi semasa hamil?
 
1. Kandungan gula yang digelar sebagai glikogen yang berada di sekitar vagina akan meningkat ketika hamil. Glikogen akan menggalakkan pertumbuhan kulat pada vagina.
 
2. Pemilihan pakaian ketika hamil perlulah bersesuaian. Pilihlah material yang memberi keselesaan sepanjang tempoh kehamilan terutama sekali seluar dalam. Seluar dalam yang ketat mampu menghalang pengudaraan dan menggalakkan terjadinya keputihan.

3. Pengambilan antibiotik juga boleh menganggu keseimbangan mikro-organisma baik dan jahat di dalam perut.

4. Masalah kencing manis atau kencing manis yang tidak dikawal dengan baik juga boleh menjadi punca kepada berlakunya keputihan ketika hamil.

Langkah Mudah Cegah Keputihan Ketika Hamil


1. Pastikan vagina sentiasa berada dalam persekitaran yang bersih dan kering.



2. Gunakan pembersih faraj yang berupaya mengawal kestabilan pH vagina supaya tidak menyebabkan kegatalan. 



3. Elak memakai seluar dalam yang ketat dan dari material seperti satin. Jika ingin memakai panty liner, pastikan ketika benar-benar diperlukan sahaja. 

4. Jangan sesekali menggunakan produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada vagina. 

5. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi

6. Cuci vagina dengan bersih dan buang air kecil selepas melakukan hubungan kelamin.

7. Segeralah berjumpa dengan doktor sebelum masalah keputihan menjadi semakin teruk

Bahaya Keputihan Terhadap Bayi

Sebenar keputihan tidak merbahayakan perkembangan bayi dalam kandungan kerana bayi terlindung di dalam uterus. Akan tetapi, jika jangkitan tersebut berterusan sehingga bersalin, berkemungkinan bayi akan dijangkiti kerana ia keluar melalui faraj jika melalui proses kelahiran secara normal. Jika bayi baru lahir anda dijangkiti, akan kelihatan tompokan putih pada bahagian mulut bayi. Ia juga boleh berpindah ke payudara ketika proses penyusuan.

Rujukan ;
http://www.babycenter.com.my/a1053536/keputihan
Majalah Rapi, Sept 2015 
Bagaimana Shaklee Boleh Membantu??

1. Sustained Release Vita-C Plus

Vita-C mempunyai sifat antioksidan yang tinggi serta mampu meningkatkan tahan imun tubuh dari dijangkiti bakteria. Sistem pertahanan tubuh yang kuat berupaya menangani masalah jangkitan kuman.

2. Garlic Complex

Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang mampu memusnahkan bakteria merbahaya, kulat dan virus. Menurut kajian dari University Of Pittsburgh Medical Centre sangat berpotensi dalam merawat masalah jangkitan faraj serta masalah keputihan semasa hamil. Garlic Complex Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

Setiap tablet Garlic Complex Shaklee memiliki 500mg ekstrak garlic tulin yang menyamai 1 ulas bawang putih segar. Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

'Keputihan lebih dari biasa semasa hamil? Dah ada penyelesaiannya?? Jangan risau, Shaklee ada penyelesaian yang selamat untuk ibu hamil. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi produk secara percuma. Penghantar secara percuma turut diberi kepada warga Labuan. Bagaimana yang berada di luar Labuan?? Jangan risau, kos penghantaran secara pos juga percuma. Apa tunggu lagi??" - Pengedar Shaklee Labuan.