Tuesday, 31 January 2017

Resipi No Bake Vivix Cheesecake

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdullah..... masih bersemangat ber Shaklee.... Wow... Dengar ceritanya jualan VIVIX team OSF laku macam goreng pisang panas. Dengar cerita juga stok VIVIX pun banyak yang sold out di sesetengah branch..... Gila dorang ni... hebat betul !!!!!!!! Memang VIVIX jadi kegilaan untuk sesetengah orang yang dah jatuh cinta dengan kehebatan VIVIX. Ramai dah tahu VIVIX bekerja dari SEL, dari akar umbi... Katanye VIVIX mahal... tapi kenapa orang sanggup beli sampai 6 botol ???? Jadi taklah mahal pun VIVIX ni kann....

Ok... nak share resipi No bake VIVIX cheesecake. Senang je.... macam kacang putih. Yang tak pandai masak pun boleh buat sebab tak yah masak pun. 

Jom kita layan resipi :)




Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan No Bake Vivix Cheesecake ;

VIVIX
MEALSHAKES
250g Cream Cheese (Pastikan sudah dalam suhu bilik supaya senang pukul)
Salted Cheese Crackers
Susu Pekat
Esen Vanila (Optional)


1. Pukul cream cheese guna mixer. Masukkan esen vanila
2. Masukkan susu pekat. Kuantiti ikut kesukaan. Kalau sukakan manis, boleh letak lebih. Pukul lagi.
3. Lepas itu tuangkan lebih kurang 1 sudu teh VIVIX. Nak tuang lebih pun takpe. Kacau je pakai sudu. Biar nampak berbelang-belang. Ataupun nak ratakan pun boleh, ikut suka.


4. Bancuh MEALSHAKES. Bancuh pekat supaya sedap... hehehe
5. Celup Salted Cheese Cracker dalam bancuhan MEALSHAKES lepas tu susun macam dalam gambar


6. Sapukan Cream Cheese yang dicampur dengan VIVIX tadi atas permukaan biskut. Ulang langkah tersebut sampailah habis Salted Cracker tu


7. Setelah siap semua layer, taburkan MEALSHAKES di permukaan atas sebagai topping gitew.


8. Ok... masuk fridge... lepas tu boleh makan... 

Selamat mencuba :)


Monday, 30 January 2017

Cara Mudah Login Sistem Shaklee Untuk New Member

Welcome to Shaklee Family bagi yang baru mendaftarkan diri. Kebiasaannya kalau upline sudah registerkan keahlian, ia masih dikira pre-Active selagi kita tidak login ke dalam sistem Shaklee. Nak tahu cara-cara untuk login sistem dengan mudah tak?? Jangan lupa teruskan membaca ya !!


Langkah 1

Pada ruangan browse, taip www.shaklee.com.my
Jangan silap ye sebab ada je yang silap masuk website,  terjah obersi punya Shaklee website sebab tak taip my.  hehehe

Langkah 2

Klik pada Distributor Login.


Langkah 3

Masukkan Login ID iaitu No ID anda. Password pula akan dihantar oleh Shaklee melalui SMS dan Email. Sebenarnya boleh je terus ke website www.shaklee2u.com.my. Tapi saje je nak bawak korang tengok front page Shaklee Malaysia Website. Lepas dah keyin ID dan password, klik submit.

Untuk yang first time login, lepas korang submit akan keluar page untuk korang sahkan yang korang setuju dengan peraturan dalam menjalankan bisnes Shaklee. Sorry tak dapat nak tunjuk sebab saya bukan first time login. Huhuhu. Jadi kalau keluar page tu, klik je agree... senang.


Langkah 4

Ok... part ni paling penting. Dalam banyak-banyak menu tu, korang explore dulu My Account. Pastikan detail yang telah di key in upline semuanya betul. Kalau ada masalah, silalah hubungi upline memasing ye.

Lepas tu barulah korang tengok satu persatu menu yang terdapat pada website tu. Ringkasan setiap menu ada di bawah.

Geneology = Untuk melihat point (uv / guv )
Shopping = Untuk membuat pesanan
History Order = Untuk lihat rekod pesanan lalu
Bonus = Untuk lihat simulasi bonus
Enrollment = Untuk daftar ahli baru
Resource Center = Untuk mengetahui info terkini

Nak Shopping... Macam mana ??


Langkah 5

Langkah seterusnya kalau nak order barang, klik shopping. Lepas tu akan keluar Online Ordering Agreement dan klik agree. Akan muncul paparan macam gambar di atas, so masukkanlah alamat oderan itu. klik Confirm.


Langkah 6

Lepas tu akan keluar paparan macam ni. Lihat menu sebelah kiri. Explore segala produk Shaklee kat situ. Boleh juga dapatkan senarai harga pada Price List. 

Kalau nak beli, boleh pilih produk dan klik Add to Shopping Cart

Langkah 7

Senarai produk yang dah dipilih boleh nampak dalam bahagian ni. Kalau tak jadi produk pilihan tu, boleh klik Cancel. Kalau nak terus bershopping sakan, boleh Klik Continue to Order, kalau cukup sudah boleh klik Submit.

Bagi yang pertama kali nak aktifkan akaun, lihat pada Total UV is (dalam kotak), kalau nilai UV kat situ kurang 200uv so yuran keahlian akan dikenakan dan korang kena beli kit awal-awal, tetapi kalau nilai UV di situ melebihi 200uv, keahlian anda adalah percuma. Kalau keahlian percuma, automatik akan ada pilihan kit pada bahagian bawah produk.


Langkah 8

Sekarang masuk bab payment. Pastikan ada online Credit Card atau Debit Card. Tiga yang atas tu biasanya yang Shaklee beri. So kalau takde, klik lah pilihan terakhir tu dan klik Confirm your payment method. 

Yang first time buat pembelian, akan ada menu untuk korang isi detail kad yang korang guna, selanjutnye ikut je arahan yang diberikan.

So... macam mana..harap membantu dan memudahkan pemahaman korang ye.. Terima kasih :)

Friday, 27 January 2017

Resipi ESP Shaklee, selazat khasiatnya

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haiii........ Bertemu kembali

Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, antara yang favourite dan tak pernah miss beli bila habis semestinya ESP Soy Shaklee. Sedap, Murah dan Padat isinye tau. Tau tak setiap tong ESP diperbuat dari 30kg kacang soya??? Manalah tak padat isinya. ESP sentiasa jadi 'stok mesti ada' dalam kabinet dapurlah. Habis je beli.... habis je beli.... habis je beli. Bayangkan saya consume ESP dari 2013, kalau setiap bulan beli, rasa-rasanya berapa tong ESP dah saya telan??? Nampak tak setianya di situuuuu. 


Tapi sekarang ni since stok ESP contemporary out of stocks  di semua branch dan HQ, so agak jimat-jimat jugalah untuk keperluan sendiri. Moga-moga cepatlah stok masuk ehhhhh..... Boleh dikatakan ESP ni ada dalam setiap set yang ditawarkan oleh Shaklee, antaranya

Set Cantik
Set Kurus
Set Menyusu
Set Hamil
Set Mighty 3 Gems
Set Pantang
Set Tenaga
Set Gastrik
Set Jerawat
Set Diabetes
Set Kulit Anjal
Set Rambut Gugur
Set Awet Muda
Set Kesihatan Sekeluarga Maksimum 

Banyak lagi lah..... 
So, permintaan untuk ESP memang sangat banyak, tak hairanlah kalau digelar 'hot seller'. Moga-moga cepatlah ada stok pertengahan Februari ni...Aminnnnn

Tapi, ramai antara pengamal ESP ni pada awalnya agak sukar nak telan katanya... huuiihhh... almaklumlah... 30kg soya untuk setiap tong, manalah teksturnya tak pekatkan??

Be creative!!!!!!


Normally saya bancuh ESP macam biasa je sebab tekak saya ok je dengan ESP ni. Dah memang suka minum soya dari kecik. Kalau dulu bantai je soya kotak, jenis GMO punya, sekarang ni dah ada pilihan non GMO, so kita pilih yang terbaiklah kannnnnn

 
Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk memastikan khasiat ESP masuk dalam badan. Selain boleh buat aiskrim, kek... paling mudah kita inovasikan resipi airnya. Sangat sedap.  

 
























Macam mana? Membantu tak ?
Kalau sebelum ni boleh telan ESP sehari secawan je, maybe lepas ni asyik mimpi-mimpi je nak try resipi ESP setiap hari kaannn ......

Oklah..... kita jumpa next entry tau... bye !!!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e0e0efac42bf67642b4904c893b46725
 Jom beli online di sini


 Atau boleh hubungi saya ; 

 
Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.





Thursday, 19 January 2017

Kenapa VIVIX Jadi Pilihan Ramai Walaupun Mahal?




Wahhhh...... Bila tiba musim Promo Vivix, memang ramai yang cuba dapatkan sama ada pakej beli 2 botol potongan 5% atau pun beli 6 botol percuma sebotol Vivix. Nampak tak apa sebenarnya berlaku kat situ? Tahu tak harga Vivix ni mampu buat sesetengah individu tu terbeliak biji mata???? Tapi ramai yang masih terkejar-kejar untuk dapatkan Vivix ni. 

Mahalnya Vivix mungkin tidak mampu nak atasi mahalnya kos rawatan perubatan masa kini. Betul tak? Ramai sangat pesakit kronik pada masa kini yang disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup. Almaklum hidup dah semakin mudah, nak tengok tv ada remote control, nak makan ada food delivery sampai depan pintu, nak turun ada lift atau eskelator. Semua ini memudahkan tetapi memudaratkan kesihatan sebab kurang bergerak. Akibatnya, badan yang menanggung beban penyakit.

Vivix menjadi pilihan ramai walaupun harganya mahal disebabkan bahan yang terdapat dalam Vivix membantu mencegah terjadinya penyakit kronik ditambah dengan aktiviti fizikal yang bersesuaian. Selain dari sumber semula jadi sebagai bahan utama Vivix , apa lagi kelebihan Vivix ni sehingga menjadi pilihan ramai?


1. Vivix berbentuk cecair, oleh itu ia mudah ditelan



Dihasilkan dalam bentuk cecair agar mudah ditelan oleh mak-mak atau bapa-bapa kita yang mungkin mempunyai masalah dengan vitamin berbentuk tablet. Selain itu juga, bentuk cecair lebih mudah diserap oleh tubuh badan dan ini meningkatkan keupayaan Vivix bertindak dengan lebih pantas.

2. Vivix bertindakbalas ke peringkat DNA



3.  Vivix memulihkan sel yang rosak penyebab penyakit kronik

Sesetengah penyakit kronik berpunca dari kerosakkan sel yang disebabkan oleh pelbagai punca. Kajian makmal Shaklee menunjukkan, bahan yang terdapat dalam Vivix melindungi serta memperbaiki sel yang rosak. Contohnya, mengapa sesetengah individu masih lagi mengalami masalah kolesterol yang tinggi walaupun pelbagai langkah pencegahan telah di amalkan? Ini kerana penimbunan AGE yang berlaku dalam salur darah yang menyebabkan paras kolesterol tidak mampu berada dalam paras yang normal dan akhirnya merosakkan sel dinding salur darah. Kecacatan pada bahagian tersebut berkemungkinan menyebabkan pelekatan plaq kolesterol yang menebal dan menyebabkan salur darah tersumbat.


4. Vivix memberi respon yang cepat kerana anti oksida yang kuat



Tubuh yang sihat bermula dari sel yang sihat. Sel berkemungkinan akan musnah disebabkan tubuh kerap terdedah dengan punca-punca sel rosak seperti pencemaran, pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat. Kelebihan vivix adalah memiliki bahan anti oksida yang tinggi iaitu polyphenols yang telah di patenkan untuk melindungi sel daripada mengalami kemusnahan.

5. Vivix memberi tenaga tambahan untuk kuatkan badan

Vivix merupakan salah satu sumber penjana tenaga. Salah satu dari 4 mekanisma cara Vivix bertindak terhadap sel badan ialah memberikan tenaga kepada sel atau meningkatkan keupayaan sel iaitu disebut sebagai Mitokondria. Setiap sel memiliki mitokondria tersendiri yang berfungsi sebagai punca kuasa. Maksudnya semakin tinggi mitokondria semakin powerlah badan kita.


6. Vivix membantu badan lebih awet muda




Melalui pengambilan Vivix secara konsisten dan teratur, Vivix mampu memperlahankan proses penuaan sel dari 4 aspek berikut ;

Mengoptimum potensi sel tubuh
Membaik pulih sel-sel tubuh
Mempertingkatkan tenaga sel-sel tubuh
Mempertingkatkan sistem pertahanan sel-sel tubuh

Apabila keempat-empat aspek ini dipelihara dengan baik, secara tidak langsung akan membuatkan tubuh lebih awet muda :)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8bee20f309dc54c893b46f6325a2d2df
 Jom beli secara online


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Monday, 16 January 2017

Stress Punca Sukar Hamil

Seseorang wanita atau lelaki yang telah berkahwin dan sering mengalami tekanan atau stress yang mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh menjadi punca mereka sukar hamil. Ini kerana, menurut Pakar Kesuburan IVF Monash, iaitu Dr Natasha Ain Mohd Nor tekanan yang berpanjangan akan mengakibatkan hormon seperti Adrenalin, Kortisol dan Catecholamines di rembeskan  ke dalam darah.

Menurut beliau, hormon-hormon yang dirembeskan sewaktu tubuh mengalami stress akan mengganggu pengeluaran hormon Ganodotrophin Releasing (GnRH) iaitu sejenis hormon yang berfungsi merembeskan hormon Follicle Stimulating (FSH) dan hormon Luteinising (LH) yang bertindak merangsang organ pembiakan iaitu ovari dan testis untuk membebaskan hormon estrogen dan androgen.

Individu yang mengalami tekanan akan kelihatan lebih letih serta melalui gaya hidup yang tidak sihat. Hal ini mampu menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu dan berkemungkinan besar menganggu aktiviti rembesan hormon serta mengurangkan keberkesanan fungsi reproduktif. Ketidakseimbangan hormon tersebut akan mengganggu proses ovulasi serta keghairahan seseorang.

Menurut Dr Zubaidi, terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan Hypothalamus yang berada dalam otak dimana ia mengawal emosi, selera makan dan pengeluaran hormon FSH dan LH. Gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH dimana ia juga akan mempengaruhi kitaran haid dan pada masa yang sama mengalami ovulasi atau pun tidak. Bagi seseorang wanita yang sedang mengalami stress akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. Keadaan ini dikenali sebagai "Stress-induced anovulation"

Bagaimana Saya Ingin Tangani Stress Dengan Vitamin?

Pengambilan Vitamin B dalam memastikan mood dalam keadaan stabil adalah amat disarankan disamping mampu meningkatkan tenaga seharian. Jenis Vitamin B yang boleh diambil dalam menangani masalah stress adalah Asid Folik, Vitamin B6 dan Vitamin B12.

Selain itu, wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik secukupnya sebelum mereka hamil. Ini kerana kekurangan asid folik sebelum atau sewaktu hamil boleh menyebabkan berlakunya masalah pada bayi yang dikandung seperti masalah tulang belakang (Neural Tube Defects, NTDs) serta masalah kecacatan otak bayi.


Vitamin B-Complex Shaklee lengkap dengan segala keperluan yang diperlukan untuk pasangan yang ingin menangani stress serta inginkan cahayamata. B-complex juga diperlukan untuk wanita yang merancang kehamilan.




Mahu Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri?


Vita-E Complex

Menyuburkan sel-sel dan organ reproduksi lelaki.
Melancarkan saluran darah

Vitalea

Multivitami yang penting dalam membekalkan zat besi untuk pembentukkan sel darah merah.
Memberikan zat secukupnya kepada sperma agar lebih sihat.

Alfalfa

Menangani masalah keputihan
Menangani masalah haid tidak teratur, senggugut, sakit pinggang terlampau
Membantu hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah)

Gla-Complex

Membantu menstabilkan hormon
Menyediakan satu keadaan yang memudahkan lekatan ovum dan sperma 

B-Complex

Lengkap dengan Asid Folik yang amat penting untuk wanita yang merancang untuk hamil agar bayi yang dikandung tidak mengalami masalah saraf





https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e6483ae9e85b801c582ca117ecd16eb6

 Jom Beli Secara Online


 
Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.