IBU BEKERJA PUN MAMPU BUAT BANYAK SUSU

                           
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Indahnya cuti dalam pantang. Dua bulan sekurang-kurangnya, tiga bulan untuk kakitangan awam. Waktu cuti itulah merupakan masa yang sangat-sangat berkualiti untuk ibu mengembalikan semula tenaga dan merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Mungkin kurang dirasai oleh ibu yang tidak bekerja, kerana mereka memang cukup masa bersama bayi yang baru dilahirkan.

Cuti ini memberi ruang untuk ibu bekerja untuk memberi penyusuan sepenuhnya kepada bayi yang baru dilahirkan. Tanya sahaja pada mana-mana ibu yang pernah melahirkan, boleh dikatakan hampir semua berharap dapat menyusukan anak sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun. BETUL TAK?? Saya pun macam berimpian macam tu, tapi umur anak 4 bulan, susu dah mula kering. STRESS BETUL !! 

MACAM IBU DALAM VIDEO KAT ATAS PUN STRESS STOK SUSU KURANG.... 



Dah Mula Kerja, Macam Mana Nak Menyusukan Anak ?



Saya sebagai ibu, perkara pertama yang difikirkan bila dah mula nak masuk kerja... 

" MACAM MANA NAK MENYUSUKAN ANAK? KERINGLAH NAMPAKNYE SUSU BADAN NI SEBAB ANAK TAK DAPAT HISAP DENGAN KERAP......"

Bagi ibu-ibu bekerja yang memang bersungguh-sungguh mahu menyusukan anak secara eksklusif sehingga anak mencapai umur 2 tahun sekurang-kurangnya, perlulah membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. 


Macam mana nak memerah susu ?

Macam mana nak menyimpan susu yang telah diperah ?

Macam mana nak menyediakan susu yang telah diperah ?

Macam mana nak melatih baby untuk mengambil susu yang telah diperah?

BANYAKNYA NAK KENA FIKIR & RANCANG..... !

1. Belajar Memerah Susu


Mulalah belajar memerah susu 1-2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan antara 15-20 minit setiap hari. Banyakkan bersabar, lebih-lebih lagi pada ibu yang belum pernah mengepam susu, mungkin waktu ini agak sukar. 

 MACAM MANA NAK ELAK 
SUSU BADAN KERING ??

"Kerap mengepam akan menggalakkan penghasilan susu agar tidak kering"

2. Belajar Menyimpan Susu Yang Telah Diperah



i. Sediakan bekas-bekas kecil untuk menyimpan susu yang telah diperah. Lebih baik simpan secukupnya untuk sekali penyusuan

ii. Susu yang telah diperah, seeloknya dibiarkan seketika untuk menurunkan suhunya. Label bekas penyimpanan dengan tarikh dan masa sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau bahagian sejuk beku agar mudah bagi ibu memilih susu mana yang perlu diberi terlebih dahulu

iii. Jangka hayat susu yang diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam. Manakala 2 - 3 hari untuk yang disimpan di dalam peti sejuk. 3 bulan pula untuk susu yang disimpan dalam bahagian sejuk beku (Biasanya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu)

iv. Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan


3. Belajar Menyediakan Susu Yang Telah Diperah Untuk Bayi Anda 



i. Beri susu yang telah diperah terlebih dahulu kepada bayi anda. Rujuk label yang telah dibuat. 

ii. Cairkan susu yang telah disimpan dalam bahagian sejuk beku dengan cara membiarkan di dalam peti sejuk selama 6-8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip

iii.  Gunakan air suam untuk merendam bekas susu yang telah diperah. Penggunaan air panas untuk merendam akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentel.

iv.  Jangan sesekali memasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkan.

v. Uji suhu susu dengan menitiskan sedikit pada bahagian pergelangan tangan 

vi. Beri susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk kepada bayi dalam tempoh 1 jam. Baki susu yang tidak diminum tidak boleh dibekukan semula 

4. Belajar Mengajar Bayi Minum Susu Yang Telah Diperah

  
Ibu dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum mula bekerja. Jadual di bawah merupakan cadangan waktu penyusuan untuk bayi anda.



Hari 1-3 :
Berikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.


Hari 4-6 :
Beri susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :
Beri susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :
Beri susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

[sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/penyusuan-susu-ibu/penyusuan-susu-bagi-ibu-yang-bekerja ]



OK..... DAH BELAJAR MENGEPAM & DAN MENYIMPAN SUSU... MACAM MANA PULAK NAK PASTIKAN SUSU MELIMPAH RUAH DAN PENUH NUTRISI ?


APA RAHSIA IBU DALAM VIDEO DI ATAS ?
SET PENYUSUAN SHAKLEE JE.....



ALFALFA
 
*****************************************************

Jika anda juga mempunyai masalah kekurangan susu apabila mula bekerja sama macam testimoni video di atas,  hubungi saya untuk konsultasi percuma berkaitan dengan produk yang sesuai. Susu badan akan kembali mencurah-curah dan tinggi nutrisi. Penghantaran terus kepada pelanggan untuk warga Labuan dan pos percuma untuk yang berada di luar Labuan. 


***************************************************** 

Comments