Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin larut lemak dan sangat penting pada tubuh badan. Vitamin E amat diperlukan untuk menentang radikal bebas yang boleh merosakkan sel sekaligus merosakkan tubuh. Untuk memastikan organ manusia berfungsi dengan sempurna, Vitamin E sangat berkesan mencegah penuaan sel yang berpunca dari pendedahan terhadap bahan radikal bebas. Bagaimana meningkatkan pengambilan Vitamin? Vitamin E boleh diperolehi secara semulajadi melalui pemakanan contohnya penggunaan minyak dalam masakan, sumber kekacang, daging, telur, buah-buahan dan juga supplimen.
Antara 10 Kebaikan Vitamin E Terhadap Tubuh
1. Menyeimbangkan kolesterol
Kolesterol merupakan bahan yang di hasilkan oleh hati secara semulajadi dan ia diperlukan untuk memastikan sel membran, saraf dan hormon dapat berfungsi dengan baik. Jangan risau, bila kolestrol dalam tahap yang normal, inshaAllah semua akan ok. Akan tetapi apabila kolesterol baik teroksida ia akan membahayakan tubuh badan. Dipercayai Vitamin E mampu menangani masalah kolesterol teroksida oleh radikal bebas.
2. Cegah Penyakit Kronik
Radikal bebas akan menyerang sel tubuh yang sihat dan boleh menyebabkan terjadinya masalah jantung dan kanser. Sel tubuh akan mengalami kerosakkan akibat terdedah dengan radikal bebas yang mungkin berpunca dari pemakanan atau pencemaran alam sekitar. Vitamin E sangat berkuasa menentang radikal bebas, keradangan serta berupaya melambatkan proses penuaan sel serta melindungi tubuh dari masalah penyakit kronik
3. Memperbaiki Kulit Yang Rosak
Vitamin E sangat bagus untuk kulit. Selain memperkuatkan lapisan kapilari pada kulit, Vitamin E juga meningkatkan kelembapan kulit dan memelihari keelastikan kulit agar tidak mudah kendur. Banyak kajian membuktikan Vitamin E mampu melindungi tubuh dari mengalami keradangan, memelihara kesihatan dan kulit yang awet muda. Bagi mereka yang sering terdedah dengan asap rokok atau sinaran ultra ungu, Vitamin E melindungi kulit dari diserang kanser kulit. Gabungan Vitamin E dan Vitamin C mengurangkan risiko keradangan akibat pendedahan terhadap sinar UV atau sinar radiasi serta berupaya mengurangkan masalah acne dan ekzema. Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang akan tersimpan
4. Cegah Botak
Kuasa antioksida yang ada pada Vitamin E menjadikan ia supplimen yang boleh mengurangkan masalah kerosakkan yang terjadi yang akhirnya menyebabkan botak. Vitamin E turut memelihara kulit kepala agar sentiasa sihat. Pengambilan Vitamin E yang mencukupi boleh mengekalkan minyak semulajadi pada kulit kepada seterusnya mencegah berlakunya kekeringan pada kulit kepala dan pembentukkan kuping. Kesannya akan memperlihatkan pertumbuhan rambut yang sihat dan segar. Oleskan beberapa titik minyak Vitamin E pada rambut terutama rambut yang kusam dan tidak bermaya.
5. Menyeimbangkan hormon
Pengambilan Vitamin E amat penting untuk memastikan sistem saraf dan sistem endokrin bekerja sebaik mungkin, terutama sekali menyokong penhasilan hormon secara seimbang. Antara simptom-simptom yang menunjukkan tubuh menghasilkan hormon secara tidak seimbang adalah seperti masalah PMS, kenaikan berat badan, alergik, jangkitan pundi kencing, perubahan struktur kulit dan keletihan. Dengan memastikan hormon berada pada paras yang normal, memudahkan anda menjaga kesihatan tubuh badan.
6. Membantu Menangani Simptom PMS
Dengan mengambil Vitamin E 2-3 hari sebelum dijangka datang bulan mengurangkan risiko kekejangan, berdebar-debar yang berkait dengan simptom PMS. Vitamin E turut membantu masalah kitaran haid.
7. Memperbaiki Masalah Penglihatan
Menangani masalah 'Macular Degeneration' atau situasi apabila pandangan menjadi kabur disebabkan kerosakan sel pada retina. Masalah ni boleh membawa kepada buta. Untuk menangani masalah penglihatan, selain mengamalkan Vitamin E, pengambilan Vitamin C, Beta Kerotine dan juga Zink perlu ditingkatkan agar penglihatan lebih baik dan jelas. Pengambilan Vitamin A dan E dalam dos yang tinggi dikatakan mampu memulihkan individu yang menjalani rawatan lazer mata.
8. Merawat Masalah Nyanyuk
Nyanyuk atau pun dikenali sebagai Alzheimer merupakan masalah kemerosotan memori. Ambil Vitamin E secara konsisten akan membantu mengurangkan masalah ini dari berterusan.
9. Kesan Positif Setelah Menjalani Rawatan Perubatan
Sekiranya anda baru sahaja selesai menjalani hari-hari yang perit setelah menjalani rawatan perubatan, Vitamin E digunakan untuk mengurangkan kesan radiasi dan dialisis. Kuasa antioksida yang terdapat pada Vitamin E berupaya menangani kesan radikal bebas hasil rawatan tersebut. Vitamin E turut membantu mengurangkan kesan sampingan ubat-ubatan seperti masalah keguguran rambut.
10. Meningkatkan Kekuatan Otot
Mereka yang kerap bersenam perlukan keajaiban Vitamin E agar mengurangkan tekanan oksidatif pada otot setelah selesai bersenam. Vitamin E juga mampu menguatkan otot serta mengurangkan keletihan apabila Vitamin E berupaya memperbaiki aliran darah seterusnya menguatkan kapilari darah serta sel
Oleh yang demikian, pengambilan vitamin E dalam kuantiti yang mencukupi mampu mencegah terjadinya masalah-masalah di atas agar tidak memudaratkan tubuh seterusnya mengakibatkan berlakunya penyakit yang lebih kronik.
Vita-E Complex Shaklee, Vitamin E Terbaik !!!
Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You
✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala
Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.
Comments
Post a Comment