"Kenapa dengan period saya ni?"
"Kenapa saya tidak period bulan ni?"
Persoalan 'kenapa dengan period saya ni' mungkin biasa didengari dari mereka-mereka yang mempunyai masalah kitaran haid yang kadang-kala menggangu. Kenapa ia berlaku?? Sebenarnya banyak faktor dan penyebab bagi masalah ini. Setiap individu mungkin memiliki sebab yang berlainan kepada masalah yang sama. sebagai gadis/ wanita, perlu mengambil berat tentang masalah ini kerana mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh tubuh kepada tuan punya badan.
Wanita normal akan mengalami kedatangan haid sehingga 7 hari (bergantung kepada individu) dengan kitaran normal selama 28 hari. Ada sesetengah wanita yang dapat menjangkakan kehadirannya jika putarannya normal setiap bulan.
Haid Tidak Normal
Masalah kedatangan haid merupakan isu wanita yang biasa didengari. Masalah haid tidak normal diukur dari kerap atau pun kurang kehadirannya. Pengaliran yang terlampau banyak dan berpanjangan turut menjadikan masalah haid tidak normal
Empat Ketagori Masalah Haid
1. Amenorrhea
Dikategorikan untuk wanita/gadis yang mempunyai kuantiti haid yang terlampau sedikit. Ia berlaku pada gadis yang tidak didatangi haid sehingga umur 16 tahun, atau tidak didatangi haid untuk tempoh beberapa bulan. Amenorrhea mungkin disebabkan oleh kehamilan, senaman yang berlebihan, gangguan pemakanan, tekanan fizikal dan psikologi, tumor, sindrom ovari polisistik, kegagalan ovari pra-matang, menopaus dan tiroid atau ketidakseimbangan hormon.
2. Oligomenorrhea
Merujuk kepada masalah haid yang datang sekali-sekal. Keadaan ini mungkin sindrom ovari polisistik, kegagalan ovari pra-matang, penyakit rahim, gangguan tiroid, kelenjar pituitari atau hipotalamus dan ketidakseimbangan hormon lain.
3. Abnormal Uterine Bleeding
Diketagorikan bagi gadis/wanita yang memiliki pendarahan yang banyak melebihi 7 hari. Boleh berlaku akibat daripada pelbagai jenis keadaan, fibroid atau polip, endometriosis, jangkitan, kehamilan ektopik atau keguguran, penyakit rahim, ketidakseimbangan hormon dan penggunaan ubat-ubatan tertentu. Pada wanita menopaus dan putus haid, rujuk doktor bagi pendarahan yang berlaku.
4. Dysmenorrhea
Kumpulan yang mengalami kesakitan semasa haid yang sangat teruk. Dysmenorrhea turut disertai oleh gejala lain seperti cirit birit, loya, muntah, sakit kepala atau sakit belakang. Boleh disebabkan oleh keadaan seperti jangkitan, endometriosis, fibroid, atau sista ovari.
Sebab Lain Haid Tidak Teratur
1. Mengandung
Haid akan terus berhenti jika tubuh didapati mengandung. (Tapi ada juga yang period masa mengandung dan menyebabkan wanita tidak tahu mereka mengandung)
2. Stress
Stress juga penyebab haid tidak teratur kerana wujudnya hormon Cortisol sewaktu stress. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hormon estrogen dan progesterone. Jika tubuh merembes terlalu banyak hormon Cortisol, kehadiran haid setiap bulan akan turut terganggu
3. Diet
Peningkatan berat badan turut menjadi faktor terhadap masalah haid tidak teratur. Ini juga akan berlaku pada wanita yang dalam usaha menurunkan berat badan tanpa diet yang betul. Hormon-hormon yang terhasil akibat aktiviti akan menganggu rutin haid wanita.
4. Senaman berlebihan
Tubuh badan memerlukan tenaga yang mencukupi sebelum/semasa haid. Pembakaran kalori yang berlebihan akan menyebabkan kurang tenaga yang perlu digunakan sewaktu kedatangan haid
5. Pil Perancang
Kesan sampingan pengambilan pil perancang adalah berbeza setiap individu kerana pil perancangan mengganggu fungsi kelenjar ovari dan memakan masa untuk pulih.
Kaedah Rawatan Yang Sesuai
1. Amalkan Kehidupan Yang Sihat
Pilih makanan yang sihat dan makanan tambahan yang dapat meningkatkan penyerapan nutrien agar dapat membantu fungsi badan dengan lebih baik.
2. Tambah Multivitamin Dalam Diet Anda
Pastikan diet seharian lengkap dengan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Nutrien ini mungkin tidak membantu memperbetulkan haid yang tidak teratur, tetapi untuk wanita/gadis, kekurangan nutrien ini akan mengakibatkan osteoporosis.
3. Penghidap Anemia !!! Jangan Lupa Iron dan Vitamin C.
Amat penting bagi mereka yang mempunyai masalah jenis Abnormal Uterine Bleeding. Pendarahan yang banyak mungkin menyebabkan anemia.
4. Aromatherapi Bagi Yang STRESS!!
Sebagai remedi semula jadi. Tidak salah untuk mencuba titisan lavender, chamomile atau ylang-ylang dalam mandian anda.
5. Luangkan Masa Beberapa Minit Sehari Untuk Diri Sendiri. Tak Rugi Rasanya...
Ambilah sehingga 15 minit sehari setelah penat berkerja. Jangan terlalu menyiksa diri.
6. Amalkan Teh Hijau
Kandungan L-Theanine, estrak asid amino dari teh hijau mengurangkan ketegangan dan tekanan.
7. Bersenam Secara Teratur
Senaman sangat baik kerana mengurangkan tekanan dan meningkatkan gaya hidup sihat, Akan tetapi bersenam secara berlebihan dan pengurangan berat badan yang terlampau akan menyebabkan hormon estrogen menurun, menyebabkan haid tidak teratur atau terus berhenti. Pastikan penggunaan kalori berada pada tahap yang sihat untuk mengekalkan berat badan. walau bagaimanapun, individu yang mempunyai berat yang berlebihan juga boleh mengalami masalah haid tidak teratur. Pastikan berat anda berada pada tahap normal.
8. Penggunaan Herba
Penerimaan herba adalah berbeza setiap individu. Mungkin boleh digunakan sebagai kaedah alternatif.
9. GLA SHAKLEE
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi
asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari
dan vitamin E.
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi
melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran
haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
Comments
Post a Comment