ARTHRITIS, SIAPA YANG BERISIKO?




Arthritis atau dikenali juga sebagai radang sendi mampu menyerang sesiapa sahaja golongan dewasa. Individu yang diserang arthritis tidak mengalami kesakitan pada bahagian sendi yang sama kerana ia mampu menyerang mana-mana bahagian yang dianggap berisiko. Pengidap arthritis akan merasa sakit dibahagian sendi apabila bergerak aktif. Penyakit ini biasa dikaitkan dengan mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas, tetapi tidak mustahil dialami diusia muda.


Masalah arthritis dikategorikan kepada 2 jenis iaitu Osteoarthritis (OA) dan Rheumatoid arthritis (RA) dan setiap jenis dipengaruhi oleh sebab, risiko dan kesan yang berlainan pada setiap individu. Osteoarthritis sering menyerang pada bahagian sendi seperti sendi di pinggul, lutut dan tangan. Manakala Rheumatoid arthritis pula sering menyerang tangan dan pergelangan tangan dan mampu juga menyerang bahagian sendi lain pada tubuh. Akan tetapi, kedua-dua jenis arthritis ini menunjukkan simptom yang sama iaitu kesakitan pada sendi, rasa ketat atau kaku pada sendi juga keradangan atau sendi yang membengkak. 

1. Osteoarthritis (OA)




Osteoarthritis sering menyerang bahagian sendi seperti lutut, pinggang, tangan dan jari dan tulang belakang. Ia terjadi akibat kegagalan tulang rawan ataupun pengidap pernah mengalami kecederaan sendi. Tulang rawan bertindak sebagai penyerap, ia memberi kesan licin semasa pergerakkan. Apabila tulang rawan mengalami kegagalan, sendi akan sakit apabila mula bergerak. Antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu mengalami osteoarthritis seperti :

* Kesakitan pada sendi
* Bengkak pada sendi
* Sendi kaku dan sukar digerakkan pada masa-masa kurang aktif (contohnya baru bangun tidur)
* Kesakitan atau radang yang terlampau selepas melakukan sebarang aktiviti
* Sendi-sendi berbunyi apabila bergerak (berlaga sesama tulang)

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kepada Osteoarthriti, antaranya :

- umur
- jantina
- kecederaan sendi akibat aktiviti harian atau bersukan
- masalah berat badan berlebihan 
- masalah sendi
- keturunan

2. Rheumatoid arthritis (RA)


Rheumatoid arthritis (RA) adalah penyakit autoimun di mana sistem imun tubuh menyerang tisu sendi yang normal, menyebabkan keradangan lapisan sendi yang turut dikenali sebagai synovium boleh menyebabkan kesakitan, sendi bengkak dan keras, dan turut merah dan terasa panas. Antara simptom-simptom yang menunjukkan tanda-tanda Rheumatoid arthritis (RA) adalah;

* Sakit dan keras pada sendi dalam tempoh yang lama pada awal pagi ataupun selepas berehat dari melakukan sebarang aktiviti.
* Berlakunya radang sendi pada sendi-sendi seperti tangan dan jari, leher, bahu, siku, pinggang.
* Berlaku pada kedua-dua bahagian tubuh (contohnya jika terjadi pada jari sebelah kanan, ia akan menyerang jari sebelah kiri pada masa yang sama)
* Keletihan, demam sekali-sekala, dan rasa tidak sihat.

Penyebab  Rheumatoid arthritis (RA)

Walaupun sebab utama terjadinya Rheumatoid arthritis (RA) tidak dapat dipastikan,  tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kewujudan  Rheumatoid arthritis (RA), antaranya genetik dan persekitaran (gaya hidup).

Kaedah Rawatan Tanpa Ubat (Dadah) Bagi Pesakit Arthritis

Berikut adalah di antara kaedah rawatan yang sering disarankan kepada pengidap arthritis ;

* Terapi fizikal (bersenam)
* Pendidikan pesakit
* Terapi dalam pekerjaan
* Penggunaan alat pemanas dan penyejuk untuk mengurangkan kesakitan
* Peralatan sesuai untuk kaki (kasut)
* Melakukan pembedahan sendi untuk tujuan membaik pulih mana-mana sendi yang rosak, yang rosak teruk atau yang perlu diganti

Adakah Terdapat Alternatif Lain????



SET CADANGAN UNTUK MASALAH SENDI

Mengalami masalah memilih produk yang bersesuaian????
Jangan malu untuk hubungi saya ;
SHAKLEE LABUAN







Comments