APA ITU KOLESTEROL?

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi (National Health and Morbidity Survey, 2011). Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolestrol mereka terlalu tinggi.

Apa Itu Kolesterol?

 

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukkan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua Sumber Utama Kolestrol 

 

Kolesterol dihasilkan secara semula jadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.  

Bagaimana Kolesterol Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung ?

Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda :
1. LDL (Lipoprotein Ketumpatan Rendah)
2. HDL (Lipoprotein Ketumpatan Tinggi)
  
LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan angin ahmar.

Sebaliknya kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari saluran darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan LDL yang rendah.

Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolestrol?

Makanan malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang mengidap penyakit jantung, hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari (American Heart Association).

Bagaimana Cara Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda Secara Semulajadi? 

1. Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
2. Lakukan senaman lebih kerap
3. Turunkan berat badan
4. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi


Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi Dengan Fitosterol

Apa Itu Fitosterol?

Fitosferol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol (Continuous Dose-Response Relationship of the LDL-Cholesterol-Lowering Effect of Phytosterol Intake. Isabelle Demonty et.al. The Journal of Nutrition, 2009).

Bagaimana Fitosterol Berkesan?

 

Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolesterol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk menurunkan paras kolesterol LDL

Berapa Banyak Fitosterol Yang Diperlukan? 

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg fitosterol dalam diet seharian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/08/phytocol-st.html
 KLIK pada gambar di atas untuk maklumat PHYTOCOL-ST



Comments