Keradangan Perut Yang Teruk Punca Gastrik Kronik

Umumnya gastrik merupakan suatu keadaan apabila berlaku keradangan pada dinding perut. Keradangan perut yang teruk berpunca apabila asid gastrik menghakis dinding perut. Ini boleh menyebabkan berlakunya gastrik. Ada gastrik yang berlaku secara tiba-tiba [Acute gastritis], contohnya "ehh... tak pernah-pernah pula gastrik" atau gastrik yang memang dah lama dialami dan semakin teruk [Chronic gastritis] [Klik SINI]. Sesiapa sahaja boleh mengalami gastrik terutama mereka yang suka sangat ambil ubat tahan sakit serta jadual pemakanan yang tidak tentu.

 

Asid gastrik [klik SINI] yang sepatutnya mencerna makanan akan melukakan dinding perut yang boleh mengakibatkan ulser dan juga pendarahan. Keradangan perut yang teruk berlaku apabila mukus yang bertanggungjawab melindungi dinding perut sudah tidak mampu lagi berfungsi dengan baik. Apabila gastrik tidak dirawat dan semakin parah, ia mungkin mengakibatkan gastrik kronik.

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Gastrik Kronik.


1. Jangkitan bakteria dalam perut.

Bakteria seperti Helicobacter Pylori amat mudah menjangkiti sistem pencernaan manusia. Ini mungkin disebabkan faktor pemakanan serta diet yang tidak sihat.

2. Kerap mengambil ubat tahan sakit.

Periksa kit ubat anda. Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen dalam jangka masa yang lama boleh memudaratkan lagi gastrik sedia ada.

3. Faktor usia.

Warga tua amat berisiko kerana semakin meningkat umur, semakin nipis dinding perut.

4. Pengambilan alkohol.

Pengambilan alkohol yang banyak meningkatkan peluang individu mengalami gastrik. Jika ia tidak dikawal, ia akan mengalami masalah gastrik yang teruk.

5. Tekanan.

Apabila badan mengalami tekanan, otak akan menghantar signal untuk badan merembes hormon adrenalin dan serotonin, sejenis hormon mengubah mood yang juga didapati di sistem pencernaan. [klik SINI]

6. Masalah autoimun.

Autoimun  gastrik. Ia boleh terjadi sel badan sendiri menyerang sel dinding perut. Masalah ini boleh berlaku terutama sekali pada mereka yang mempunyai masalah autoimun yang dikaitkan dengan kekurangan vitamin B-12.

7. Penyakit kronik.

Pengidap HIV, jangkitan parasit boleh meningkatkan lagi risiko gastrik kronik.

Gastrik kronik boleh berlarutan sehingga bertahun tahun. Ada juga yang mengalaminya sepanjang hayat. Bagi pesakit gastrik kronik, keradangan berlaku dalam jangka masa yang panjang dan boleh menyebabkan sel perut bertukar kepada sel yang tidak normal atau lebih dikenali sebagai dysplasia [klik SINI].

Tanda-tanda Gastrik Kronik. [ klik SINI]

1. Pedih hulu hati [Heart burn]. Adakala sakit sehingga ke bahagian kiri dada seakan sakit jantung.
2. Perut rasa penuh dan kembung [Bloated]
3. Muntah-muntah ataupun rasa loya. 
4. Kerap sendawa.
5. Boleh mengalami sesak nafas jika asid gastrik naik hingga ke esophagus [refluks asid].
6. Bagi pengidap gastrik kronik, ulser yang terhasil di dalam boleh menyebabkan pendarahan. 
7. Mengalami masalah muntah darah.
8. Najis bertukar berwarna hitam [melena] akibat dari proses oksidasi pendarahan yang mengalir melalui sistem pencernaan.
9. Apabila berlaku ketidakseimbangan asid dalam perut yang diperlukan untuk proses pencernaan makanan, ini boleh menyebabkan kekurangan zat besi dan vitamin.
10. Kekurangan sel darah [anemia] akan mengakibatkan kelesuan serta sesak nafas.
11. Berlaku penurunan berat badan.
12. Cepat kenyang walaupun makan sedikit.
13. Rasa kebas kerana kekurangan vitamin B-12.

Rawatan Gastrik Kronik.

Gejala gastrik kronik boleh di kawal dan di rawat. Terdapat dua kaedah rawatan, sama ada Rawatan Bukan Ubatan atau Rawatan Ubatan.

Rawatan Bukan Ubatan.

1. Berhenti merokok, kerana merokok akan meningkatkan asid dalam perut.

2. Kurangkan pengambilan alkohol, kerana alkohol mengakibatkan keradangan dinding perut.

3. Kurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid, kerana makanan seperti ini menghakis dinding perut.

4. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap, supaya asid yang dihasilkan setiap kali makan adalah pada tahap yang optimum.

5. Kawal stress dengan baik.

Rawatan Ubatan.

1. Ubat Antasid.

Ubat ini bersifat alkali, ia akan meneutralkan asid di dalam perut.

2. Ubat H2 Blocker.

Berfungsi menyekat reseptor H2 pada perut supaya dapat mengurangkan penghasilan asid.

3. Ubat Proton Pump Inhibitor.

Berfungsi untuk menghalang sel perut yang berfungsi untuk menghasilkan asid.

4. Ubat Antibiotik.

Berfungsi untuk membasmi kuman H. pylori dalam perut jika perut dijangkiti dengan bakteria tersebut. 

Keradangan perut yang teruk punca gastrik kronik. Gastrik kronik yang tidak dirawat berkemungkinan boleh mendedahkan pengidapnya untuk mengidap penyakit kanser perut [klik SINI]. Perkara ini terjadi kerana keradangan perut yang menyebabkan sel-sel perut bertukar kepada sel kurang normal.

Pulihkan Gastrik Kronik Dengan Set Gastrik Shaklee.



ESP [klik SINI] 

Sumber soya yang tinggi nilai alkali untuk meneutralkan keasidan perut .

Peppermint-Ginger Plus [klik SINI]


Melegakan ketidakselesaan perut selain membantu membuang angin

VIVIX [klik SINI]


Berupaya memulihkan sel-sel yang rosak akibat dari keradangan yang berlaku pada dinding perut.

Ostematrix.

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium.  Ia bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid perut.

B-Complex.

Bertindak sebagai penenang sekaligus dapat mengatasi tekanan di sebabkan gastrik. B complex sangat lengkap dengan vitamin B yang diperlukan oleh sistem saraf.

Zinc Complex.

Membantu memperbaiki luka perut dengan cepat disamping menyeimbangkan zat besi yang hilang akibat ketidakseimbangan asid dalam perut.

Carotomax.

Memelihara membran mukosa perut dan usus.

Testimoni Set Gastrik

















Keistimewaan Yang Ditawarkan Kepada Pelanggan VitaFamilyShop.

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan) 
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia) 
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL 
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat Teruk Dengan Set Gastrik Kronik Shaklee?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari. 


** Semua maklumat tentang produk serta testimoni yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlukan anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **

Comments