Monday, 31 August 2015

INSOMNIA ; SUKAR TIDUR KURANGKAN TUMPUAN BEKERJA


Apa Itu Insomnia?

Insomnia lazimnya dikenali sebagai masalah sukar tidur. Pengidap insomnia kebiasaannya mempunyai waktu tidur yang singkat. Pengidap masalah ini juga turut terjaga pada waktu malam dan ini memburukkan lagi gangguan insomnia. Kesan dari masalah tidur tidak nyenyak akan menganggu rutin seharian, misalnya tumpuan pada pekerjaan semakin kurang.

Tidur merupakan rehat yang paling mujarab untuk diri melalui bilangan waktu tidur yang mencukupi. Manusia memerlukan jumlah jam waktu tidur yang cukup untuk merekatkan minda. Tetapi perlu diingat, waktu tidur setiap individu adalah berbeza mengikut usia.

Kategori Insomnia

1. Insomnia Sementara

Insomnia jenis ini adalah bergantung kepada tempat dan keadaan ataupun perubahan persekitaran. Misalnya tekanan hidup, mengembara, sakit atau peristiwa yang memberi tekanan. Ianya tidak akan melarat ke tempoh yang lama dan akan kembali pulih ke sediakala

2. Insomnia Jangka Pendek

Insomnia jangka pendek biasanya datang dari tekanan yang melanda kehidupan misalnya kematian orang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku kegagalan rumahtangga. Insomnia jenis ini akan berlarutan sehingga tidak lebih dari 3 minggu.

3. Insomnia Kronik

Insomnia kronik adalah apabila insomnia jangka pendek tidak ditangani. Jika tidak dikendalikan dengan baik, ia akan melarat sehingga berbulan-bulan bahkan ada yang mengalami sehingga bertahun-tahun. Biasanya insomnia jenis ini datangnya dari keresahan, pengambilan ubat-ubatan kesihatan, gangguan fisiologi atau penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol.

Tanda-tanda dan Gejala Insomnia



1. Sukar tidur
2. Baring dalam tempoh yang lama sebelum dapat melelapkan mata.
3. Tidur terganggu; terjaga pada tengah malam

Faktor-faktor Berlakunya Insomnia

1.  Gaya Hidup

Tabiat seperti sikap dan cara hidup yang tidak sihat seperti meminum alkohol, minuman berkafein dan merokok sehingga memberi tekanan terhadap kehidupan seharian boleh memburukkan lagi masalah insomnia. Faktor lain yang mampu menurunkan lagi kualiti tidur adalah waktu tidur yang berbeza pada setiap malam, pertukaran waktu kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke tempat baru. Pengambilan ubat-ubatan seperti antidepresi dan antihipertensi boleh menyebabkan kualiti tidur semakin terganggu

2. Masalah Kesihatan

Kesihatan yang kurang baik juga boleh menjadi punca kepada insomnia. Misalnya penyakit yang boleh menyebab rasa sakit seperti kanser, penyakit sengal atau artritis dan juga ulser peptik serta masalah pernafasan seperti asma dan jantung memburukkan lagi insomnia

3.  Persekitaran Tidur Yang Tidak Selesa

Persekitan turut memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti tidur yang baik. Cahaya lampu, bantal dan tilam yang keras dan bunyi bising menambahkan punca kepada kegagalan mencapai tidur yang berkualiti.

4. Ketegangan Jiwa

Masalah-masalah yang melibatkan jiwa seperti kemurungan, gangguan keresahan, skizofrenia, gangguan bipolar, penyalahgunaan dadah dan ubat-ubatan juga menyebabkan insomnia. Gangguan jiwa sama ada masalah dalaman atau peribadi secara tidak langsung mampu menjadi gangguan tidur.

Cara Menangani Insomnia

1. Elakkan kafein.
2. Ubah cara hidup tidak sihat kepada cara yang lebih sihat.
3. Elakkan tidur dengan perut lapar; ini cenderung membuatkan anda bangun pada tengah malam
4. Elak fikir masalah tempat kerja di tempat tidur
5. Elakkan tidur pada waktu siang ; keadaan ini akan membuatkan anda sukar tidur pada waktu malam
6. Pastikan persekitan tidur bersih dan selesa

Rawatan Insomnia



1. Berjumpalah dengan doktor

Kebiasaannya doktor akan memeriksa kesihatan anda secara menyeluruh dan mengkaji tabiat tidur yang sesuai untuk anda. Anda mungkin diberi ubat-ubatan serta rawatan yang sesuai. Jika masalah insomnia yang dihadapi terlalu berat , anda mungkin akan dirujuk ke pakar sakit jiwa.

2. Elakkan mengambil ubat tidur

Elak mengambil ubat tidur tanpa nasihat doktor.  Ubat tidur paling baik diambil untuk mengatasi masalah sukar tidur yang sementara pada waktu tertentu sahaja. Penggunaan ubat tidur pada tempoh yang berpanjangan akan meningkatkan kebergantungan pada ubat tidur sahaja.

3. Tingkatkan pengambilan Zat besi dan magnesium

Pakar dietetik menyarankan agar pengidap insomnia mengambil makanan yang tinggi zat besi dan magnesium sebanyak 400mg setiap hari. Ini mampu mengurangkan ketegangan dalam diri.

4. Olahraga dan aktiviti fizikal

Olahraga dan aktiviti senaman dapat membantu menghilangkan tekanan mental dan ketegangan otot yang berlaku kepada pengidap insomnia. Oksigen akan dibekalkan dengan baik, meredakan fikiran yang serabut sekaligus memberi keselesaan untuk tidur.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?

 


~Membekalkan tenaga segera
~Meningkatkan sistem imun
~Meringankan migrain dan sukar tidur
~Mengurangkan tekanan


~Memberi kesan ketenangan
~Membantu merehatkan otot dan saraf
~Membantu mendapatkan tidur yang lena
~Mengurangkan depresi


~Menstabilkan tekanan
~Memastikan kesihatan saraf sekaligus membantu mengurangkan sakit kepala, kemurungan dan sukar tidur.
~Mengurangkan keletihan dan kelesuan

Semak Senarai Harga Disini



"Ada masalah insomnia? sukar tidur? Selalu terjaga malam? Dah dapat cara rawatan yang paling sesuai? Jom cuba Set Insomnia Shaklee yang terdiri dari ESP, OSTEMATRIX dan B-COMPLEX. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Turut disediakan perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan. Mudah kan??? Bagi yang tinggal luar dari Labuan, anda tidak perlu risau. Perkhidmatan pos secara percuma turut diberikan untuk pengamal Shaklee" -Pengedar Shaklee Labuan

 

Sunday, 30 August 2015

BUANG RAHIM KERANA FIBROID

Apa Itu Fibroid?





Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang terjadi pada dinding rahim, khasnya pada lapisan otot. Rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan pertama, iaitu lapisan yang paling luar atau lapisan yang paling nipis dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot (myometrium) yang mampu mengembang dan membesar ketika seseorang wanita berbadan dua. 

Ketika kandungan hampir kepada tempoh kelahiran, otot akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan akan pulih ke keadaan sediakala.  Walaubagaimanapun, ketumbuhan fibroid boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot yang bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Endometrium merupakan lapisan rahim yang paling dalam.  Lapisan ini sering berubah mengikut pusingan haid. Apabila wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan gugur dan ia akan keluar bersama darah haid. Darah haid merupakan campuran antara darah dan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Kerana itulah haid disebut sebagai darah kotor kerana campurannya mengandungi bahan-bahan tersebut.

Gejala Fibroid

1. Haid terganggu

Pendarahan yang banyak dan berpanjangan merupakan salah satu simptom kepada gejala fibroid. Keadaan ini turut mendorong kepada masalah kekurangan darah (anemia). Lazimnya, jika berlaku pendarahan yang terlalu banyak dan berketul-ketul, pemeriksaan doktor harus dilakukan. Jika benar-benar disahkan fibroid, rawatannya adalah secara pembedahan.

2. Masalah ketidaksuburan

Fibroid boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Akan tetapi, tidak semua gagal mengandung. Antara kemungkinan yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ;

~ Ketumbuhan yang besar boleh menyebabkan keguguran
~ Kelahiran tidak cukup bulan
~ Masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang.
~ Ada kalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung.
~ Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid akan menjadi tegang dan tertekan disamping melalui proses perubahan yang dinamakan 'degenerasi' 

3. Tekanan pada pundi kencing

Kedudukan pundi kencing yang berdekatan dengan rahim. Apabila terdapatnya fibroid, ia akan menekan pundi kencing dan akan menyebabkan wanita akan mengalami masalah kerap kencing dan adakalanya tidak dapat mengawal apabila batuk atau bersin

4. Kekenduran Rahim (Prolaps)

Fibroid juga boleh menyebabkan prolaps. Wanita yang mengalami kekenduran rahim akan dibantu dengan alat 'forceps' atau 'vacuum' sewaktu proses melahirkan. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika wanita mempunyai fibroid.

Rawatan


1. Pembedahan

Pembedahan diperlukan bagi fibroid yang besar dan menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kurang darah (anemia), masalah kesuburan, masalah gangguan saluran kencing ataupun menyebabkan rahim turun (prolaps). Dua perkara yang perlu doktor maklum tentang pesakit;

i) Adakah wanita tersebut masih mahu melahirkan anak?
ii) Adakah wanita tersebut mengalami prolaps?

Jika wanita tersebut masih muda, subur dan masih mahukan anak, pembedahan akan dilakukan bagi membuang fibroid sahaja. Ia dinamakan 'myomektomi'. Namun, ia memberikan kesan jangka panjang dimana fibroid akan tumbuh semula serta mengganggu kesihatan dan akhirnya akan menyebabkan rahim akan dibuang bersama fibroid.



2. Pembedahan membuang rahim (Hysterektomi)

Bagi wanita yang tidak lagi bercadang untuk hamil, kaedah ini mungkin dipilih walaupun ramai diantara mereka yang tidak sanggup kerana rahim merupakan lambang kewanitaan dan menyebabkan mereka tidak didatangi haid lagi.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU??
 

Vivix Shaklee kaya dengan Resverestoral adalah kaya dengan anti oksidan yang membantu meningkatkan perlindungan sel daripada serangan sel kanser ataupun ketumbuhan yang diragui



Merupakan anti oksidan yang kuat. Anti oksidan adalah agen pembasmi sel kanser dan merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul yang boleh memusnahkan sel sihat.


Gamma-Linoleic Asid atau GLA berfungsi untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Pertumbuhan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan fibroid. Biasanya ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh ovari, manakala progesteron dikeluarkan pada waktu ovulasi atau waktu penetasan telur pada hari ke 12-16 dalam pusingan haid.

Jika ovulasi tidak berlaku, kandungan progesteron tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesteron. Terdapat kesan tidak baik, pelbagai jenis tumbuhan dirahim dan payudara akan muncul, antaranya fibroid dan barah. GLA Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam tubuh, dan sekaligus mencegah fibroid dan barah.

Rujuk Senarai Harga Di sini

TESTIMONI SET FIBROID




"Mommiesss ada simptom fibroid?? Cepat-cepat rawat sebelum memudaratkan kesihatan. Dapatkan Set Fibroid Shaklee dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Dapatkan konsultasi secara percuma untuk produk Shaklee. COD PERCUMA juga untuk warga Labuan...... senangkan??? Untuk Mommies yang berada luar Labuan, jangan susah hati sebab kos pengeposan juga PERCUMA.... " - Pengedar Shaklee Labuan



 

Monday, 24 August 2015

CEGAH PELUPA SEBELUM MUDARAT

Dalam seminggu, rasa-rasanya berapa kali terlupa buat sesuatu? Satu lagi, jumpa seseorang yang dikenali, tapi lupa pulak nama kawan tu. Semua orang pernah mengalami  masalah ini, malah ia merupakan perkara yang biasa dalam kehidupan harian. Apatah lagi jika umur semakin lanjut, maka masalah lupa akan sering terjadi.


Bagaimana Masalah Lupa Boleh Terjadi?

Menurut pakar kesihatan, masalah lupa terjadi apabila maklumat yang diterima tidak diolah dan disimpan di dalam otak. Juga terjadi apabila terdapat kesukaran untuk memanggil semula maklumat yang sudah tersimpan. Daya ingatan seseorang dipengaruhi oleh tingkat perhatian, minat, daya konsentrasi dan emosi.  

1. Faktor Usia

Apabila umur semakin lanjut, daya ingatan akan semakin menurun. Masalah nyanyuk menjadi faktor pelupa diusia tua. Akan tetapi fenomena pelupa turut melanda golongan diusia pertengahan.

2. Kurang fokus

Fokus atau konsentrasi merupakan salah satu kunci penting dalam proses mengingat. Jika sesuatu perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ia lebih mudah terpahat diingatan berbanding perkara yang dilakukan sambil lewa. 

Tangani Sifat Pelupa.
  
1. Cukup Tidur


Tidur cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ini membantu otak lebih efisien dalam memproses dan menyimpan maklumat. Apa yang penting adalah kualiti tidur yang baik. Apabila tubuh lesu, lebih sukar untuk memusatkan perhatian

2. Tetap menggunakan otak anda

Simulasi intelektual meningkatkan metabolisme otak - 'Use it or lose it'  . Ikuti kursus-kursus yang diminati atau penuhi masa lapang dengan membaca buku, uji minda serta pelbagai aktiviti yang merangsang minda

3. Tetap Teratur


Latih diri untuk lebih teratur. Ketidakaturan menambahkan kesan buruk kepada masalah ingatan. 

4. Gunakan Objek Sekeliling

Objek sekeliling kadang kala membantu anda dalam memanggil semula ingatan. Seperti mengingati nama-nama jalan atau mengingati bangunan-bangunan yang dilalui. 

5. Atasi stress

Stress atau tekanan boleh menganggu kemampuan otak untuk mengingati. Tekanan menyebabkan 'hippocampus' mengerut, membuatkannya lebih sukar untuk menyimpan ingatan jangka pendek. Sebahagian kerosakkan ini disebabkan oleh kortisol, hormon yang keluar ketika anda dalam keadaan tekanan. Oleh itu, sedaya upaya menangani tekanan agar tidak memudaratkan ingatan.


Makanan Penajam Minda 

1. Ikan




Ikan merupakan sumber asid lemak yang tidak hanya baik untuk jantung, tetapi juga membantu meningkatkan keupayaan memori dan mengatasi tekanan. Omega-3 membantu meningkatkan fungsi sel otak.

2.Kekacang



Kandungan Vitamin E dan Vitamin B6 dalam sumber kekacang membantu meningkatkan lagi fungsi sel otak.

3. Teh Hijau



Kandungan polifenol dalam teh hijau merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah kerosakkan sel otak. Selain meningkatkan keupayaan memori, teh hijau juga mampu melambatkan penuaan otak.

4. Sayuran hijau



Sayuran berdaun hijau dipercayaan dapat meningkatkan ingatan dalan jangka masa yang panjang. Bayam, brokoli dan kubis adalah contoh sayuran  berdaun hijau yang mempunyai tinggi kandungan vitamin dan mineral yang dapat menjaga kesihatan keseluruhan tubuh badan.

1. Lecithin

Mengandungi choline yang sangat diperlukan oleh otak. Lecithin meningkatkan bekalan choline dan acythylcholine. Acythylcholine  amat diperlukan untuk melancarkan aktiviti otak iaitu fungsi otak berfikir,  berlari, makan, bercakap dan sebagainya.

2. Omega Guard

Merupakan minyak ikan terbaik didunia. Mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA juga meningkatkan kemampuan ingatan dan pembelajaran, mencegah alzheimer, memelihara penglihatan, pendengaran dan mencegah migrain.

3. B-complex

B-complex sumber penting dalam sistem saraf dan untuk transmisi sistem saraf, agar maklumat dapat dipindahkan dengan cepat dan efisyen. Stress dan tekanan merupakan salah satu faktor lemahnya daya ingatan, B-complex mampu membantu mengawal stress.


"Anda pelupa...?? Perlukan supplimen untuk menajamkan minda?  Jom hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan konsultasi secara percuma berkaitan produk. Perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan. Untuk mereka yang jauh dari Labuan, pengeposan secara percuma untuk anda. Tunggu apa lagi.... jom cuba !!!" - Pengedar Shaklee Labuan





 

Sunday, 16 August 2015

TIPS PENYEDIAAN MAKANAN SELAMAT UNTUK TETAMU




Seronok rasanya kalau sesekali dapat berkumpul bersama rakan-rakan dan sanak saudarakan?? Nak-nak lagi yang jarang-jarang jumpa sebab ini merupakan salah satu aktiviti sosial yang dapat mengeratkan silaturrahim. Tidak kira dalam apa jua pertemuan sama ada majlis minum petang, sambutan hari jadi, majlis perkahwinan pastinya tuan rumah mesti sebuk nak sediakan makanan. Sambil sembang, boleh makan-makan.




Nak bagi orang makan mestilah makanan tu dari sumber yang bersih. Memanglah tetamu tak nampak cara kita sediakan makanan, tapi jangan pulak aspek kebersihan diletak tepi. Semestinya makanan yang dihidangkan berkhasiat dan pengendaliannya bersih agar makanan tidak mudah tercemar. 

Makanan yang tercemar mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan contohnya cirit birit, sakit perut dan sebagainya. Terdapat juga kes sehingga membawa kematian. Jangan jadikan makanan yang anda sediakan sebagai punca masalah orang lain pula. Malunyeeeee............

Ok... sini ada tips dan amalan yang baik dalam penyediaan makanan untuk tetamu;

1. Guna perkakasan yang bersih ketika memasak

2. Pakai apron dan penutup kepala ketika memasak (Takdelah jumpa segala bulu dan rambut dalam makanan)

3. Jangan merokok ketika sediakan makanan

4. Gunakan tuala yang berasingan ketika membersihkan meja, mengelap peralatan dan mengelap tangan

5. Jangan guna bekas yang telah retak dan sumbing ketika menghidang.

6. Sediakan tong sampah bertutup untuk membuang sisa makanan

7. Jangan simpan makanan yang telah dimasak dan mentah ditempat yang sama untuk mengelakkan pencemaran silang antara keduannya

8. Jangan gunakan peralatan yang sama untuk mengendalikan makanan mentah dan yang telah masak untuk mengelakkan pencemaran silang

9. Tutup makanan yang telah dihidangkan untuk elak pencemaran.

10. Pastikan kuku pendek dan bersih.

11. Guna sudu, garpu atau penyepit untuk menyajikan makanan.

12. Jangan bersih pada makanan yang telah dihidang

13. Jangan guna surat khabar atau kertas bercetak untuk tutup makanan kerana dakwat atau bahan dari surat khabat mungkin boleh mengakibatkan pencemaran makanan. Gunakan tudung saji.

Hmmm.... mudahkan... dalam Islam kita juga turut di tuntut dalam mengamalkan kebersihan. 

Fakta Penting

1. Bakteria keracunan makan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam sesuatu masa.

2. Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan usus dan luka yang dijangkiti kuman.

3. Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan menyentuh makanan.

4. Kebanyakkan wabak keracunan makanan timbul akibat daripada pencemaran makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan tersebut.

Saturday, 15 August 2015

TIDAK SEDAR HIDAP DARAH TINGGI PUNCA MATI MUDA



Penyakit darah tinggi bukan lagi penyakit orang tua, orang muda juga tidak terkecuali . Dianggarkan 3 dari 5 rakyat di Malaysia tidak menyedari mereka menghidap darah tinggi atau hipertensi. Ini disebabkan mereka tidak pernah menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan. Darah tinggi merupakan salah satu penyebab kematian pramatang di seluruh dunia dan jumlahnya semakin meningkat. 



Dengan tekanan hidup pada zaman serba moden sekarang, setiap individu menuntut agar semua dilaksanakan dengan tepat dan cepat. Tekanan ditempat kerja, tekanan di sekolah tidak kurang tekanan di rumah menjadi punca kepada masalah hipertensi. Pengidapnya bukan lagi dikalangan orang-orang yang telah berumur, mereka yang muda turut tidak ketinggalan. 


Darah tinggi atau dikenali juga sebagai penyakit hipertensi digambarkan sebagai keadaan dimana bacaan tekanan darah seseorang individu pada bacaan yang tinggi secara berpanjangan dan berterusan, dengan bacaan sistolik 140mmHg atau lebih dan/atau diastolik 90mmHg atau lebih.

Penyebab Darah Tinggi

1. Peningkatan usia

Tekanan darah tinggi akan meningkat seiring dengan peningkatan usia 

2. Gaya hidup tidak sihat

Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Pengambilan garam (sodium) yang berlebihan, kurang mengambil sayur-sayuran, berat badan yang berlebihan, tabiat merokok serta pengambilan alkohol yang berlebihan merupakan penyumbang kepada risiko hipertensi.

3. Berlebihan berat badan

Apabila seseorang mengalami masalah berat badan berlebihan, oksigen dan nutrien perlu dibekalkan dengan lebih banyak kepada sel-sel badan. Oleh yang demikian, jantung akan bekerja dengan lebih kerana perlu mengepam darah keseluruh tubuh, sekaligus menyebabkan tekanan pada dinding darah meningkat.

4. Tabiat buruk merokok

Selain dari meningkatkan tekanan darah, tabiat merokok juga menyebabkan bahan kimia dalam tembakau boleh merosakkan lapisan dinding arteri perokok. Ini boleh menyebabkan salur darah semakin sempit dan seterusnya meningkatkan tekanan darah.

5. Pengambilan garam berlebihan

Air dalam tubuh tidak mampu disingkirkan dengan sempurna apabila cenderung mengambil makanan yang memiliki kandungan garam yang tinggi. Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan tekanan darah.

Tanda-tanda penyakit darah tinggi

~ Sakit kepala pada awal pagi
~ Hidung berdarah
~ Degup jantung tidak teratur
~ Telinga berdengung 

Tanda-tanda yang teruk;

~ Keletihan
~ Loya
~ Muntah-muntah
~ Kekeliruan
~ Keresahan
~ Sakit dada
~ Otot menggeletar

Kesan dan akibat darah tinggi

Masalah kesihatan boleh menjadi semakin serius jika penyakit darah tinggi tidak dirawat dengan baik. Darah tinggi boleh menyebabkan arteri mengeras, mengurangkan aliran darah dan oksigen ke jantung. Situasi ini boleh menyebabkan; 

~   Sakit dada

~ Kegagalan jantung - Apabila jantung tidak dapat mengepam darah dan oksigen yang mencukupi ke organ-organ lain.

Serangan jantung - Sel-sel jantung akan mati akibat kekurangan oksigen apabila bekalan darah ke jantung tersumbat. Semakin lama aliran darah yang tersumbat, lebih besar kerosakkan yang berhubungan dengan jantung.

~ Strok - Akibat kekurangan bekalan darah dan oksigen ke otak sama ada berpunca daripada saluran darah yang pecah atau saluran darah yang tersumbat.

~  Lemah memori

~ Cepat letih dan lesu

Bagaimana cegah darah tinggi

1. Hadkan pengambilan garam

Kurangkan pengambilan garam dengan menghadkan jumlah garam yang ditambah dalam makanan. Perlu berhati-hati terhadap pengambilan makanan yang mengandungi garam tersembunyi seperti makanan segera. 

2. Kekalkan berat badan unggul

Berat badan berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah. Disarankan untuk sentiasa peka terhadap kenaikan berat badan agar tidak menjadi punca kepada hadirnya penyakit darah tinggi

3. Kekal aktif

Lakukan aktiviti fizikal yang membantu merendahkan tekanan darah. Amalkan aktiviti fizikal secara konsisten.

4. Jangan merokok

Amaran bagi perokok tegar : Merokok boleh merosakkan salur darah dan mempercepatkan pengerasan arteri !!! 

5. Amalkan menu sihat

Makanlah pelbagai makanan dari kumpulan makanan yang berbeza. Makanan yang sihat adalah mengandungi nutrien yang lengkap.

6. Kurangkan alkohol

7. Urus tekanan 

Hindarkan diri dari terus merasa tertekan. Uruslah tekanan dengan baik agar tidak memudaratkan diri.


8. Periksa tekanan darah

Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala terutama mereka yang memiliki keluarga yang mengidap darah tinggi

9. Dapatkan rawatan untuk hipertensi

Jika disahkan mempunyai masalah darah tinggi atau hipertensi, segeralah berjumpa dengan doktor. 

10. Cegah dan kawal penyakit lain

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU??



1. ALFALFA

Alfalfa sangat tinggi kandungan fiber, ia sangat baik untuk merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ini kerana kandungan fibernya bertindak sebagai penapis darah dari segala yang merbahaya seperti kolesterol, lemak, gula, racun dan sebagainya. 

2. LECITHIN

Memecahkan lemak yang menjadi punca pengerasan arteri.  

3. VIVIX

Merupakan tonik tinggi kadar antioksidan yang mempu membantu merawat penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kencing manis, jantung). 

4. OMEGA

Bertindak dengan memecahkan kolesterol yang menjadi punca salur darah tersumbat

5. PHYTOCOL ST

Mencegah kolesterol baru dari melepasi dinding perut dan masuk ke dalam darah bersih 

TESTIMONI DARAH TINGGI






"Bahaya darah tinggi pada yang muda. Bahaya lagi jika kehadirannya tidak disedari. Inginkan alternatif tanpa dadah dalam merawat darah tinggi? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi secara percuma berkenaan produk yang diperlukan. Perkhidmatan COD turut disediakan untuk warga Labuan. Bagi mereka yang tingga luar dari Labuan, jangan risau, penghantaran secara pengeposan secara percuma diberikan" - Pengedar Shaklee Labuan

 

Sunday, 9 August 2015

SUMBER ALAMI KURMA

Kurma atau dikenali dengan tamar dianggap makanan paling lengkap dan sempurna dengan lebih 200 jenis. Di Malaysia, kurma sangat popular apabila tiba bulan Ramadhan, kerana pengambilannya mudah dihadam oleh perut dan mengurangkan rasa lapar. Kandungan gulanya yang sangat tinggi iaitu sehingga 63 % dan majoritinya adalah glukosa. Kurma sangat berbeza dengan buah-buahan lain yang mengandungi sukrosa (Disakarida) yang perlu dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosakarida lalu diserap oleh tubuh sebagai tenaga.


Kurma mengandungi protein sehingga 2.5 % , serat 8%, lemak 0.4% serta mineral lain seperti zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, C dan niasin. 

Fakta Berkaitan Kurma



* Satu cawan kurma mengandungi 400 kalori, 27 % daripada keperluan kalsium dan 48 % keperluan serat yang dicadangkan dalam sehari

* Sangat membantu dalam menurunkan tekanan darah, strok dan komplikasi sewaktu melahirkan kerana mengandungi kalsium, zink, zat besi, kuprum, magnesium dan lain-lain mineral.

* Sumber antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang menentang radikal bebas.

* Medjool merupakan varieti kurma yang paling mahal disebabkan ia sukar ditanam, bersaiz besar dan memiliki isi seperti karamel.

* Biarpun kurma mempunyai kandungan gula yang tinggi iaitu 93gram per cawan, akan tetapi ia mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah dan baik untuk mereka yang mengawal paras gula.

Manfaat Kurma

1. Kaya dengan serat dan kalium

Kandungan serta yang tinggi terdapat pada bahagian kulit kurma. Oleh itu ia sangat baik dimakan tanpa membuang kulitnya. 100gram kurma memiliki 8g serat jika dibandingkan dengan 100gram pisang yang hanya mempunyai 2.6gram serat sahaja. 

Kalium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan air dalam tubuh kita. Tidak perlu meneguk air isotonik untuk mengembalikan bendalir dalam tubuh, memadaikan makan sebiji kurma dan meminum air suam. Kalium juga mencegah cirit birit, membantu sistem saraf dan merangsang kecergasan otak serta melindungi tubuh dari penyakit jantung dan serangan strok.

2. Memelihara kesihatan dan kekuatan tulang

Kandungan mineralnya yang tinggi membuatkan kurma tergolong dalam makanan yang menguatkan tulang dan menentang penyakit osteoporosis. Kandungan selenium, mangan. kuprum dan magnesium membantu pertumbuhan tulang agar kuat.

3. Mencegah sembelit

Kandungan serat yang tinggi membantu memudahkan pergerakkan usus dan mengurangkan sembelit. Rendam beberapa biji kurma semalaman dan makan keesokkan harinya.

4. Mencegah anemia

Kurma menjadi supplimen terbaik bagi pengidap anemia kerana kandungan zat besinya.

5. Meningkatkan tenaga batin

Pengambilan kurma yang direndam bersama susu kambing segar semalaman dan dikisar bersama serbuk pelaga dan madu menjadikannya tonik yang berupaya meningkatkan kadar stamina dan daya tahan seksual.

 

Saturday, 8 August 2015

MASALAH KELENJAR TIROID PUNCA HIPERTIROID DAN HIPOTIROID

Apa itu Tiroid?




Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak dibahagian leher yang menghasilkan hormon tiroid dan ia berbentuk seperti rama-rama. Hormon tiroid mengawal pelbagai aktiviti metabolik dalam badan antaranya berapa tingginya kadar pembakaran kalori dan juga berapa laju kadar degupan jantung. Masalah pada kelenjar tiroid akan menyebabkan gangguan pengeluaran jumlah hormon tiroid  sama ada dirembeskan terlalu sedikit atau terlalu banyak.

Masalah Tiroid

1. Hipotiroid
2. Hipertiroid
3. Kanser Tiroid
4. Goiter (Pembesaran kelenjar tiroid)
5. Nodul Tiroid - ketulan di kelenjar tiroid 
Hipotiroid

Kekurangan pengeluaran hormon tiroid dikenali sebagai hipotiroid. Ia turut dikenali sebagai tiroid yang kurang aktif. Masalah ini akan menyebabkan aktiviti tubuh menjadi perlahan seperti penurunan kadar metabolisma tubuh. Salah satu penyakit yang boleh menyerang tiroid adalah penyakit Hashimoto. 

Simptom-simptom Hipotiroid

1. Terasa sejuk tetapi orang sekeliling tidak mengalaminya.
2. Kenaikan berat badan kerana kekurangan hormon tiroid akan menurunkan kadar metabolisma tubuh.
3. Lemah otot
4. Sembelit
5. Sakit pada sendi dan otot
6. Mengalami kesedihan dan tekanan
7. Mengalami keletihan
8. Kulit pucat dan kering
9. Rambut semakin nipis
10. Degupan jantung rendah
11. Kurang berpeluh
12. Wajah bengkak
13. Haid yang banyak berbanding biasa

Kaedah Rawatan Hipotiroid

Lazimnya doktor akan mengubati masalah ini dengan membekalkan pesakit dengan ubat-ubatan yang berupa hormon sama seperti hormon tiriod. Anda mungkin memerlukan ubatan ini sepanjang hidup agar dapat mengimbangi kekurangan hormon tiriod yang dihasilkan oleh tubuh

Hipertiroid

Hipertiroid atau masalah pengeluaran hormon tiroid berlebihan dari yang diperlukan oleh tubuh. Kesan dari rembesan hormon tiroid yang berlebihan akan meningkatkan aktiviti tubuh seperti peningkatan kadar metabolisma. Antara penyakit yang menyebabkan masalah pengeluaran hormon tiroid berlebihan adalah penyakit Grave. Ia merupakan masalah imun yang melepaskan antibodi yang menyerang kelenjar tiroid sama seperti penyakit Hashimoto.

Simptom-simptom Hipertiroid

1. Kekurangan berat badan kerana kadar metabolisma tubuh menjadi tinggi
2. Kadar degupan jantung yang laju
3. Rasa cemas
4. Sukar tidur
5. Berpeluh dengan banyak
6. Terasa amat panas, tetapi tidak bagi orang sekeliling
7. Haid yang sedikit
8. Cirit birit

Hipertiroid meningkatkan potensi untuk mengalami osteoporosis. Ini menyebabkan masalah tulang rapuh. 

Kaedah Rawatan Hipertiroid

1. Ubat-ubatan

i) Ubat antitiroid- Ubat ini menghalang kelenjar tiroid dari menghasilkan hormon tiroid

ii) Beta-Blocker - Ubat ini menghalang berlakunya kesan-kesan akibat peningkatan hormon tiroid. Contohnya menurunkan kadar metabolisma yang terlalu tinggi. Ubat ini tidak bertujuan mengurangkan jumlah hormon tiroid yang dilepaskan.

2. Radioiodine

Rawatan radioiodine membunuh sel tiroid yang menghasilkan hormon tiroid. Kebiasaannya pengidap akan mengalami hipotiroid.

3. Pembedahan

Kesemua atau sebahagian kelenjar tiroid akan dibuang melalui pembedahan. Rawatan ini juga akan menyebabkan pesakit hipertiroid mengalami hipotiroid.

BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU??



VIVIX

~ Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu dalam melambatkan penuaan sel.
~ Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia.
~ Vivix melambatkan pembentukkan AGE- Penimbunan AGE (Advanced Glycation End products) akan menyebabkan kerosakkkan sel
~ Membantu meningkatkan tenaga sel

~ Mengandungi protein soya yang mempunyai estrogen
~ Kajian mendapati estrogen mampu membantu menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
~ Sangat disyorkan kepada pengidap hypertiroid kerana berlebihan hormon tiroid 

VITA-C

~ Vitamin C merupakan sumber tinggi antioksidan dan mampu menyokong sistem imum pengidap hypertiroid 


~Vita-E Shaklee mengandungi 10mg selenium semulajadi
~ Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
~ Sifat Vitamin E yang antioksida (juga A dan C) yang memerangi radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


OSTEMATRIX

~ Ostematrix membekalkan sumber kalsium keranan Hypertiroidisme dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran kalsium dan fosforus melalui air kencing dan najis, yang menyebabkan kehilangan mineral tulang.
~ Kehilangan kalsium menyebabkan pesakit hypertiroid terdedah dengan masalah osteoporosis. 


VITALEA
~ Pembekal multivitamin yang baik untuk pesakit hipotiroid seperti Vitamin A, D, E, B2, B3 , B6 dan zink
~ Merupakan sumber iodine. Antara punca terjadinya hipotiroid adalah kekurangan iodine.
~ Vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
~ Vitamin B2, B3 dan B6 berfungsi dalam menghasilkan hormon tiroid
~ Zink pula diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3(Hormon tiroid aktif @ tironin)


~Vita-E Shaklee mengandungi 10mg selenium semulajadi
~ Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
~ Sifat Vitamin E yang antioksida (juga A dan C) yang memerangi radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


VITA-C

~ Vitamin C merupakan sumber tinggi antioksidan dan mampu menyokong sistem imum pengidap hipotiroid


"Adakah anda memiliki simptom seperti Hipertiroid atau Hipotiroid?? Dapatkan alternatif secara supplimen bagi merawat masalah tiroid. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan konsultasi secara percuma tentang produk Shaklee. Perkhidmatan COD turut diberikan kepada warga Labuan jika memerlukan supplimen. Jangan risau pada mereka yang tinggal luar dari Labuan, penghantaran secara pos adalah percuma untuk anda" - Pengedar Shaklee Labuan