KEPENTINGAN SUPPLEMEN TERHADAP KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan rangkaian nutrien yang lengkap yang diperolehi dari pelbagai sumber makanan yang berkhasiat, Pengambilan makanan yang seimbang seharusnya mengikuti piramid makanan yang telah ditetapkan agar diet sihat dapat diamalkan termasuklah amalan seperti :

a) pengambilan produk-produk tenusu seperti keju dan yogurt
b) kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuran segar
c) pengambilan protein dari sumber seperti ikan, ayam dan telur.
d) makanan bijirin penuh seperti beras perang dan oat


Kanak-kanak Yang Bagaimana Memerlukan Suplimen?

1. Kanak-kanak yang memiliki keluarga yang terlalu sibuk. Kurang mementingkan nutrisi dalam menyediakan menu harian. Sumber pemakanan dari bahan-bahan yang kurang kesegarannya.
2. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kesihatan seperti asma ataupun masalah pencernaan kurang baik.
3. Kanak-kanak yang aktif
4. Kanak-kanak yang kerap mengambil makanan segera, makanan ringan atau makanan yang diproses.
5. Kanak-kanak yang kurang gemar mengambil sarapan.
6. Kanak-kanak yang gemar minum minuman berkarbonat dimana kanak-kanak kurang mendapat zat yang secukupnya dari minuman tersebut. 

6 Sumber Mineral dan Vitamin Yang Penting Untuk Perkembangan Kanak-kanak.

 

VITAMIN A : Menggalakkan pembentukkan tisu dan tulang, kulit dan mata yang sihat dan imuniti.
SUMBER : susu, keju, telur, sayur-sayuran/ buah buahan berwarna oren seperti lobak

VITAMIN B : Membekalkan tenaga dan menjaga kesihatan sistem saraf tubuh.
SUMBER : daging, ayam, ikan, kekacang, susu, keju

VITAMIN C : Menggalakkan pembentukkan otot, tisu dan kulit.
SUMBER : strawberi, kiwi, tomato dan sayuran hijau seperti brokoli

VITAMIN D :  Menggalakkan pembentukkan tulang dan gigi dan membantu tubuh menyerap      kalsium dengan lebih baik.
SUMBER : Produk tenusu, kuning telur dan minyak ikan.


KALSIUM : Membantu membentuk tulang yang kuat
SUMBER : Produk tenusu, keju. yogurt, tofu dan kalsium dari jus oren

IRON :Membentuk otot dan penting dalam kesihatan sel darah merah. Amat penting untuk anak yang meningkat remaja terutama anak perempuan yang sudah mengalami proses menstrual.
SUMBER : Daging merah, bayam, kekacang dan prunes


MUNGKIN MEALSHAKES DAPAT MEMBANTU !!!!

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/meal-shakes.html 
KLIK pada gambar untuk maklumat MEAL SHAKES

Comments