Sunday, 31 May 2015

SUMBER ALAMI HALIA

Halia adalah tumbuhan rizom yang tumbuh di bawah tanah dimana bahagian akarnya menyimpan kandungan tenaga. Rizom halia pejal dan strukturnya yang berserat. Berwarna kuning, putih atau merah bergantung kepada spesisnya.


Kenali Halia




* Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kaliu, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentan, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. 

* Halia berkhasiat merawat penyakit angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, badan kesejukan dan sakit pinggang.

* Walaupun ianya bersifat panas dan juga lembap, halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan dan sebagainya 



Tangani Masalah Pencernaan.

Masyarakat telah menggunakan halia sebagai elemen yang aktif dalam menangani masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan usus sejak dari masa lampau lagi.

Dalam ilmu perubatan dan herba, halia atau dikenali sebagai carminative (elemen yang menggalakkan penyingkiran gas pencernaan) yang baik dan spasmolytic usus (elemen yang melegakan usus)

Melalui kajian-kajian moden, menunjukkan bahawa halia mempunyai pelbagai sifat teraputik termasuk nilai-nilai antioksidan dan kebolehan yang mengelakkan pembentukan sebatian yang meradangkan.

1. Melegakan sistem gastrousus

Hasil kajian menunjukkan, halia membantu sistem gastrousus kerana halia memiliki bahan yang cukup efektif dalam mengelakkan simptom mabuk laut dan masalah loya yang sering dikaitkan dengan pening kepala, muntah-muntah dan peluh sejuk akibat gerakkan. 

2. Halia elak alahan wanita hamil



Sifat halia melegakan sistem gastrousus juga turut bermanfaat kepada ibu hamil yang mudah loya dan muntah semasa kehamilan. Kajia dikalangan 19 dari 27 wanita hamil (usia kandungan kurang dari 20 minggu) mendapati halia telah menurunkan risiko loya teruk dan muntah. Pendapat ini turut disokong menerusi kajian yang diterbtkan dalam jurnal Obstetrics Dan Gynecology April 2005. Sejumlah 675 wanita hamil yang mengalami masalah loya berkurang secara mendadak tanpa memberikan kesan sampingan kepada kehamilan. 

3. Sifat anti radang

Sifat anti radang yang kuat yang terdapat dalam halia amat memberi manfaat kepada pesakit osteoarthritis dan rheumatoid dan memudahkan pergerakkan mereka. Ia dikenali sebagai gingerols. Kajian klinikal melaporkan, 75% daripada pesakit arthritis yang mengalami kesakitan dan keradangan berkurangan selepas mengambil komponen gingerol yang terdapat dalam halia.

4. Melindungi daripada kanser kolorektal

Gingerols yang terkandung dalam halia memberikan kesan yang hebat dan dikenalpasti sebagai pencegah pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal (kanser usus/ rectum).



Wednesday, 27 May 2015

GUSI BERDARAH PENYEBAB MULUT BUSUK


"Busuknye mulut diaaaaa !!!!!!"   

Ahaaaaiiii malunya......
Selain malas gosok gigi.... 
apa penyebab mulut jadi berbau ye ???


Penyakit gusi contohnya gusi yang bengkak sebab jangkitan bakteria mampu menyebabkan mulut berbau busuk. Macam mana tu??  Jom teruskan membaca.

Kenali Radang Gusi atau Penyakit Gusi Berdarah

Penyakit periodontium yang bermula dengan (gingivitis) radang gusi tidak menunjukkan sebarang simptom, menyebabkan kehadirannya kurang disedari. Lebih-lebih lagi penyakit ini mudah diubati dan gusi akan kembali normal. Pakar periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Rosnah Abdul Jalil berkata, apabila radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, barulah penyakit ini disedari.

Pada peringkat ini, rawatan yang serius perlu dilakukan kerana berkemungkinan tulang penyokong gigi juga musnah. Rawatan juga mungkin menjadi rumit kerana mungkin gigi juga terpaksa dicabut walaupun gigi tidak rosak ataupun berlubang. 

Punca Gusi Berdarah

Masalah gusi berdarah adalah berpunca dari enapan lembut yang mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berdekatan gusi yang turut dikenali sebagai plak. Jika dibiarkan, lama kelamaan ia berubah menjadi kuning dan kelabu dan semakin tebal. Jika berterusan tidak dibuang, ia akan mengeras seperti batu dan akan terbentuknya karang gigi (kalkulus). Plak bakteria ini jika tidak dibuang akan menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah dan bengkak.

Pada peringkat ini ia dipanggil radang gusi, akan tetapi jika tidak dirawat ia akan menjadi periodontitis. Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk hingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi. Kesannya, gusi akan menjadi regang dari gigi dan meninggalkan satu ruang yang dikenali sebagai pokok .

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Radang Gusi 

1. Faktor Etiologi Primer - Plak bakteria 



Plak bakteria ialah enapan lembut yang mengandungi bakteria yang melekat di permukaan gigi serta di bahagian gisi berhampiran gusi. Plak bakteria mempunyai fungsi dan keperluan tertentu. Akan tetapi, jika ia dibiarkan membiak dan tidak dibuang ia akan menebal dan memudaratkan gusi. 

2. Faktor Ekstrinsik (setempat atau dalam mulut)

* Tampalan tidak sempurna atau permukaan tidak licin
* Karies gigi
* Penggunaan alat sepertu dentur atau aplians ortodontik
* Kedudukan gigi yang tidak teratur
* Kehadiran kalkulus atau karang gigi
* Tabiat menggigit benda asing atau bruksisma

3) Faktor Intrinsik (Sistemik atau dalam badan)

* Penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah seperti leukemia, hemofilia dan Glanzmann's Thrombeasthenia (Gusi berdarah secara spontan)
* Diabetes
* HIV
* Wanita hamil - Pada awal kehamilan , wanita menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan radang gusi bertambah teruk.
* Tumbesan pada gusi (Epulis penghamilan)
* Ubat-ubatan - yang dimakan oleh pesakit yang menjalani pemindahan organ (cyclosporin), ubat penyakit jantung (nifedipine) dan ubat penyakit sawan atau epilepsi (sodium dilantin) akan mengakibatkan pertukaran fibrosis pada gusi.
* Kekurangan vitamin C
* Sindrom Down - Kekurangan faktor pertahanan
* Masalah kekurangan air liur - akibat radioterapi, kimoterapi atau sindrom sjogrens.

Tanda-tanda Masalah Gusi

1. Perubahan pada gusi



Gusi yang sihat berwarna merah jambu, kukuh apabila di sentuh dan tidak mudah berdarah apabila gigi digosok. Gigi yang sihat disokong dengan kuat oleh fiber periodontium dan tulang alveolus. Jika berlakunya masalah gusi :

* Gigi berubah menjadi merah kebiru-biruan dan bengkak
* Nafas berbau

2. Pempoketan

Pempoketan berlaku apabila berlakunya kemusnahan fiber periodontium serta tulang penyokong gigi. Poket ini terjadi apabila plak dan kalkulus menggantikan fiber periodontium. Situasi ini menyebabkan gusi merenggang . Poket yang mengandungi plak, kalkulus dan sisa makanan tidak boleh dibersihkan dengan hanya mengosok gigi. Radang gusi dianggap kronik apabila berlakunya pembengkakan dan bernanah. 

Rawatan

* Rawatan mengikis plak dan karang gigi (penskaleran). Diikuti rawatan menggilap gigi hingga licin.

* Jika radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, gigi masih boleh diselamatkan jika masalah tulang tidak serius. Rawatan adalah sama dengan rawatan radang gusi, tetapi pengetaman akar perlu dilakukan. Ini dilakukan dengan cara membuang toksin yang melekat di akar gigi dan membolehkan fiber periodontium dibentuk dan gusi yang meregang boleh diperkukuhkan. 

* Pembedahan - Jika poket periodontium  masih ada selepas prosedur di atas dijalankan, pembedahan mungkin diperlukan . Selepas pembedahan, keadaan gigi yang longgar akan berkurang, nanah dan darah akan berhenti. Akan tetapi berkemungkinan terdapat juga gigi yang terpaksa dicabut. Rawatan periodontium masih memerlukan rawatan susulan dan perlu mendapat komitmen pesakit dalam hal-hal menjaga kebersihan gigi.  

* Pengambilan supplimen

 
Vita-C Plus

Membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Kekurangan vitamin C merupakan salah satu penyebab gusi berdarah

Ostematrix

Membekalkan nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukkan dan penjagaan tulang dan gigi.

B Complex

Asid folik diperlukan dalam jumlah yang besar untuk menjaga gusi dan seluruh kawasan mulut. 

TESTIMONI SET GUSI BERDARAH

 


Gusi berdarah hilang, mulut berbau pun pasti hilang .... Dapatkan supplimen Set Gusi Berdarah dari wakil Shaklee terdekat. Warga Labuan boleh dapatkan melalui saya, wakil Shaklee yang berdaftar. Free pos dan juga Free COD SELURUH LABUAN...




Sunday, 17 May 2015

RAWAT DIABETES DENGAN SET DIABETES DAN VIVIX

Penyakit kencing manis atau juga sering dirujuk sebagai diabetes, merupakan kumpulan penyakit metabolik dimana pengidap diabetes mempunyai masalah tahap glukos yang tinggi dalam darah, sama ada kerana pengeluaran insulin yang tidak mencukupi atau kerana sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin ataupun kedua-duanya sekali. Pengidap diabetes lazimnya akan mengalami polyuria (kerap buang air kecil), kerap dahaga (polydipsia) dan lapar (polyphagia).

Jenis Diabetes

1. Type 1 diabetes



Jika tubuh tidak mengeluarkan insulin, pengidap dikategorikan sebagai Type 1 Diabetes. Ia turut dikenali sebagai Insuline-dependent diabetes, juvenile diabetes atau early-onset diabetes. Type 1 Diabetes bermula sebelum pengidap mencapai umur 40 tahun dimana ia mampu bermula seawal kanak-kanak lagi. 

Pengidap dengan diabetes jenis ini perlu mendapatkan suntikan insulin sepanjang hidup mereka. Mereka perlu mengawal tahap glukos dalam darah dengan membuat ujian darah secara tetap dan mengamalkan diet yang betul untuk pengidap kencing manis.

2. Type 2 Diabetes




Type 2 Diabetes pula , tubuh tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya ataupun sel-sel tubuh tidak mampu bertindak balas terhadap insulin yang dihasilkan oleh tubuh (insulin resistance). Kebanyakkan pengidap diabetes berada pada Type 2 diabetes dimana ia boleh dikawal dengan menurunkan berat badan, mematuhi diet yang sihat, melakukan senaman secara konsisten dan sentiasa mengawal tahap glukos dalam darah. Akan tetapi jika situasi ini tidak dikawal, pengidap Type 1 Diabetes  berpotensi tinggi untuk berada di Type 2 Diabetes dengan mengambil insulin dalam bentuk tablet. Antara individu yang berpotensi mengalami diabete jenis Type 2 Diabetes adalah ;

i. Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan,  terutama sekali yang memiliki lemak visceral yang merupakan punca utama obesiti, belly fat atau dikenali sebagai abdominal obesiti. 

ii. Individu yang kurang melakukan aktiviti fizikal.

iii. Amalan pemakanan yang tidak sihat terutama yang sering minum minuman soda yang diketahui tinggi kandungan gula.

iv. Mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Berkemungkinan ia menjadi penyakit turun temurun jika tidak dicegah. 

v. Lelaki yang mempunyai tahap hormon testosteron yang rendah didapati berisiko tinggi mengalami Type 2 Diabetes 

3. Gestational Diabetes

Diabetes jenis ini adalah dikesan sewaktu hamil. Insulin yang dihasilkan tidak cukup membawa glukos ke dalam sel, menyebabkan tahap glukos menjadi tinggi sewaktu hamil. Akan tetapi, diabetes jenis ini juga masih boleh dikawal dengan mengamalkan diet yang sesuai dengan keadaan ibu hamil. Jika tidak terkawal, ibu akan diberi ubat mengawal gula dalam darah. Ini kerana, kesan diabetes pada ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi sewaktu melahirkan. Bayi juga berkemungkinan akan lebih besar dari yang sepatutnya.

Simptom-simptom diabetes


Kesan Diabetes

Kesan diabetes akan mengambil masa berbulan atau bertahun terhadap individu pengidap jika paras glukos tidak dikawal. Paras glukos yang tidak terkawal akan mengakibatkan komplikasi iaitu ;

1. Salur darah yang besar (macrovascular) 
    - Serangan jantung
    - Halangan kepada pembuluh darah dikaki
    - Lumpuh 

2. Salur darah yang kecil (microvascular) 
   - Kegagalan fungsi buah pinggang 
    - Mata yang kabur dan buta
    - Saraf kurang rangsangan
    - Mati pucuk 

5 Tabiat Tingkat Risiko Diabetes

1. Kerap berjaga dari malam hingga dinihari
2. Kerap mengambil kudapan sewaktu menonton televisyen
3. Kurang mengambil probiotik
4. Kurang vitamin D
5. Tahap stress yang tinggi

Kaedah Tangani Diabetes

1. Seimbangkan pengambilan insulin dengan pemakanan dengan gaya hidup. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam

2. Sentiasa kawal tahap glukos dalam darah secara teratur. pastikan tahap glukos tidak terlampau rendah atau tidak terlampau tinggi. Keadaan ini akan menghasilkan kesan ;

   i. Hypoglicemia (low blood glucose)
       - Tubuh bergegar
       - Sakit kepala
       - Berpeluh-peluh / terasa panas
       - Loya
       - Cemas
       - Bingung
       - Ketidakselesaan pada bahagian abdomen

   ii. Hyperglicemia (high blood glucose)
        - Sangat lapar dan haus
        - Pandangan yang kabur
        - Kepenatan terlampau
        - Berat badan turun mendadak
        - Mulut kering
        - Nafas yang laju dan dalam

3.  Tiga perkara penting yang perlu diambil berat dalam penjagaan diabetes adalah;
      
       i. Tahap glukos dalam darah
       ii. Tekanan darah
       iii. Tahap kolesterol

Jaga jantung ; kawal tekanan darah dan kolestrol agar tidak mudah diserang masalah jantung kerana masalah ini sering dihidap oleh pengidap diabetes

4. Berhenti merokok ; merokok membahayakan jantung pesakit diabetes

5. TANGANI DENGAN SUPPLIMEN SHAKLEE

 ATAU

 


Testimoni set diabetes & Vivix








Anda pengidap diabetes yang telah di beri amaraaaaaaaaannnnn berjaga-jaga oleh doktor??? Mana-mana bahagian tubuh mungkin hilang jika tahap glukos tidak dikawal. Perlukan konsultasi percuma tentang pengambilan SET DIABETES DAN VIVIX ??
Hubungi saya untuk segala permasalahan yang melanda.... saya juga wakil Shaklee labuan yang akan membantu anda...
Penghantaran percuma untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.. jangan sampai kaki anda dipotong !!!!