"Alolololo ...... Keciknye baby ni !" Ungkapan biasa kalau tengok baby tak cukup bulan. Tangan kecik, badan kecik, kaki kecik... alahai... Pengalaman?? Tak pun.... pengalaman tengok pernah la... tapi, mulut kecik... macam mana nak menyusu??? Itu yang selalu saya fikirkan bila melawat baby tak cukup bulan.
Bayi Pra Matang
Menurut terma perubatan, bayi pramatang adalah bayi yang lahir lebih awal sebelum tempoh kelahiran iaitu sebelum lengkap minggu 37 kehamilan. Terdapat bayi pramatang yang lahir pada minggu ke 36 tidak memiliki sebarang masalah, walaupun bersaiz kecil dan ia juga hanya mengalami masalah pernafasan. Akan tetapi, bayi yang lahir sebelum minggu 36, berkemungkinan mengalami masalah organ yang belum cukup matang, sukar menghisap dan sangat lemah. Bayi pramatang memerlukan penjagaan serta pemantauan yang lebih berbanding bayi yang dilahir normal. Rawatan yang diberikan termasuklah pemantauan tahap penerimaan oksigen, peredaran
darah, penerimaan makanan dan perkembangan otak, dan juga tanda-tanda
penting yang lain.
Penyusuan Bayi Pra Matang
Rata-rata ibu yang melahirkan, menyimpan harapan yang tinggi agar dapat menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Jika bayi yang dilahirkan cukup waktunya dan tidak menghadapi sebarang masalah, penyusuan akan menjadi lebih mudah dan lancar. Bagaimana pada mereka yang melahirkan bayi pra matang?Adakah keadaan akan semakin mudah atau sebaliknya?
Tubuh ibu secara tidak langsung akan membekalkan yang terbaik untuk bayi yang dilahirkan pra matang. Secara automatik susu badan yang dihasilkan adalah khas untuk keperluan bayi pra matang dari segi membantu tumbesaran dengan membekalkan kalori, vitamin dan protein. Kandungan nutrisi dalam susu ibu amat penting dalam melindungi bayi pra matang dari sebarang jangkitan. Bayi pra matang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman kerana sistem imun yang sangat lemah. Memang terdapat banyak susu formula yang direka untuk bayi pra matang tetapi ia belum cukup hebat untuk menggantikan susu ibu yang tinggi antibodi.
1. Mampukah saya menyusukan bayi pra matang ?
Ya. Sudah tentu semua ibu mampu menyusukan bayi pra matang. Susu ibu amat penting kerana ia membantu tumbesaran bayi serta melindungi dari serangan atau jangkitan penyakit. Sokongan dari ahli keluarga terdekat terutama suami amat diperlukan bagi membantu ibu meneruskan penyusuan. Ibu perlu lebih sabar kerana menyusukan bayi pra matang lebih mencabar berbanding bayi yang lahir cukup bulan. Ini kerana bayi pra matang umumnya memiliki saiz tubuh dan mulut yang kecil. Penyusuan juga mampu membentuk ikatan yang rapat antara ibu dan bayi.
2. Bagaimana Saya Boleh Menyusukan Bayi Pra Matang?
Berbanding susu formula, susu ibu lebih mudah dicerna. Disitulah letaknya kepentingan susu ibu. Susu ibu juga membantu membekalkan antibodi bayi agar tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit. Ini kerana bayi pra matang lahir dengan organ yang belum cukup matang dan memiliki potensi yang sangat tinggi dijangkiti kuman. Susu ibu juga menggalkkan perkembangan dan pembentukkan otak yang sihat.
Bayi akan rasa lebih selamat dan dilindungi apabila bersama ibu. Sewaktu penyusuan, sentuhan antara ibu dan bayi akan membuatkan bayi lebih selesa. Penyusuan juga bukan sahaja baik untuk bayi, tetapi memberi kelebihan kepada ibu untuk menurunkan berat dan mengecutkan rahim. Penyusuan mampu membuang sehingga 500kalori serta melepaskan hormon yang dapat meningkatkan mood yang baik.
3. Bilakah Masanya Bayi Pra Matang Bersedia Untuk Di susukan?
Kebanyakkan bayi pra matang mungkin agak lambat melalui proses penyusuan. Ini bergantung kepada berapa awal bayi lahir, keperluan bayi dan kesihatan.
Pada awalnya, mungkin bayi anda belum bersedia untuk menyusu kerana keupayaannya menghisap yang mungkin belum mampu dilakukan, ataupun tahap kesihatan yang belum mengizinkan. Janganlah bersedih wahai ibu..... Bayi akan dibantu dari segi menyalurkan keperluan nutrisinya melalui tiub yang dipasang terus ke perut bayi.
4. Bila Saya Boleh Menyusukan Bayi Pra Matang ?
Jururawat akan membantu ibu menyusukan bayi pra matang jika bayi anda benar-benar sedia untuk disusukan. Mulakan penyusuan dengan memberi kolostrum pada bayi anda. Kolostrum dihasilkan dalam tempoh 24jam selepas kelahiran. Kolostrum kaya dengan nutrisi dan amat rugi jika dibuang begitu sahaja. Akan tetapi jika susu telah dihasilkan seawalnya, dan bayi anda belum bersedia menyusu, pam dan simpanlah susu tersebut untuk kegunaan bayi anda. Pastikan susu disimpan dengan cara yang betul agar tidak rosak.
Bayi pra matang tidak memerlukan sejumlah banyak susu setiap kali ia menghisap. Ini memandangkan saiznya yang kecil dan perutnya yang juga belum cukup matang. Oleh yang demikian, ibu perlu kerap pam agar bekal susu sentiasa ada dan menggalakkan penghasilan air susu.

5. Adakah Susu Ibu Memiliki Nutrisi Yang Cukup Untuk Bayi Pra Matang?
Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk semua bayi termasuklah bayi pra matang
Akan tetapi, bayi pra matang memerlukan lebih nutrisi berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang memiliki masa yang singkat dalam menerima nutrian dan pembentukan organ lain sewaktu dalam tubuh ibu. Wajarlah sekiranya bayi pra matang dibekalkan dengan pelbagai nutrien tambahan seperti protein, mineral dan vitamin. Para doktor biasanya akan menasihatkan ibu agar mengambil pemakanan yang mampu meningkatkan kualiti nutrisi susu ibu.
JADI..... BAGAIMANA NAK TINGKATKAN KEPERLUAN NUTRISI DALAM SUSU IBU?
********************************************
Adakah anda juga mempunyai bayi pra matang? Risau bayi tidak memperolehi nutrisi secukupnya dari penyusuan anda? Hubungi saya kerana saya dapat membantu ibu dalam permasalahan ini. Penghantaran percuma untuk mereka yang tinggal di Labuan dan juga luar Labuan. Dapatkan konsultasi percuma dari saya untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah ini.
********************************************
Comments
Post a Comment