SELAMATKAH UBAT ANAK ANDA ?




Kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah terdedah dengan pelbagai penyakit. Rawatan untuk kanak-kanak juga tidak seharusnya sama seperti orang dewasa berikutan wujudnya perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka. Tindak balas ubat-ubatan terhadap tubuh kanak-kanak juga tidak sama dengan orang dewasa.

Ibu bapa perlu sentiasa peka dan prihatin terhadap ubat-ubatan yang diberikan kepada kanak-kanak terutama ibu bapa yang gemar membeli ubat-ubatan tanpa merujuk kepada doktor. Ini kerana kanak-kanak terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika silap memberikan dos ubat-ubatan. Kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat perlulah dipupuk seawalnya agar ibu bapa sedar akan peranan masing-masing dalam memastikan keselamatan kanak-kanak lebih terjamin.

Pastikan pengambilan ubat dengan betul.

1. Arahan doktor atau ahli farmasi haruslah dipatuhi dengan betul dalam memastikan keberkesanan rawatan.

2. Dapatkan maklumat yang tepat berkaitan ubat-ubatan yang betul, dos yang betul, cara dan masa pengambilan yang betul serta tempoh rawatan ubat yang optimum agar membantu pemulihan dan pencegahan penyakit. Ibu bapa perlu tahu cara penyediaan dan sukatan yang betul bagi mengelakkan kesan yang merbahaya jika melebihi dos yang telah ditetapkan.

3. Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang memerlukan penyediaan khas. Contohnya ubatan jenis antibiotik. Jika ia dibekalkan dalam bentuk serbuk, ia perlu dibancuh terlebih dahulu dengan sukatan yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan dan perlu dihabiskan dalam tempoh tertentu. Kebiasaannya, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menggunakan antibiotik tersebut selepas melepasi tempoh yang telah dinyatakan. 

4. Ubat-ubatan perlu disimpan dengan selamat dan sukar dicapai kanak-kanak. Ini untuk mengelakkan kes terlebih dos ataupun tersalah makan ubat orang dewasa. Rujuk maklumat penyimpanan ubat melalui label yang telah dicatat pada botol ubat tersebut. Suhu, kelembapan dan cahaya mempengaruhi kestabilan dan keberkesanan ubat. Jangan lupa untuk melihat tarikh luput ubat tersebut.

5. Gunakan penyukat atau picagari penyukat agar sukatan yang tepat dan betul diberi kepada kanak-kanak. Amalan memasukkan ubatan dalam susu atau minuman tidak digalakkan bagi memastikan semua dos diterima tubuh dengan tepat.

Kesilapan pengubatan

Antara kesilapan yang kerap terjadi adalah pemberian dos dan penggunaan ubat yang tidak disarankan pemberiannya kepada kanak-kanak dan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Lazimnya masyarakat menganggap dos yang sesuai untuk kanak-kanak adalah separuh daripada sukatan orang dewasa. Tanggapan ini sama sekali tidak benar kerana dos kanak-kanak adalah ditentukan berdasarkan berat badan. 
 
Kesan toksik dan kesan sampingan

Kadar perkumuhan ubat-ubatan yang diambil oleh kanak-kanak amat lemah jika dibandingkan dengan orang dewasa. Ini kerana keadaan fisiologi dan organ badan yang tidak matang. Akibatnya ubat-ubatan yang diambil akan terkumpul dalam tubuh badan dan boleh menyebabkan kesan toksik atau kesan sampingan yang tidak diingini seperti gangguan fungsi buah pinggang atau hati.
Kesan lain yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti sesak nafas, keradangan atau kegatalan kulit yang mungkin disebabkan kesan toksik dari pengambilan ubat-ubatan yang banyak. Terdapat juga kanak-kanak yang memiliki sejarah alahan terhadap beberapa jenis ubat-ubatan dan ibu bapa perlu memaklumkan kepada doktor ketika mendapatkan rawatan bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang.

Nasihat untuk ibu bapa atau penjaga

1. Baca label botol ubatn dengan teliti supaya tidak berlaku kesilapan sewaktu memberi ubat kepada kanak-kanak

2. Elak berkongsi ubat dengan orang lain walaupun mempunyai simptom penyakit yang sama. Ini kerana, simptom penyakit mungkin sama , tetapi penyakit berkemungkinan berbeza.

3. Pengambilan dos yang tidak mengikut arahan mungkin memudaratkan lagi kesihatan jika tidak dipatuhi dengan betul




Baca lagi untuk info :


 CEGAH PENYAKIT DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN KANAK-KANAK


*****************************************************************************************

Dapatkan konsultasi percuma dari wakil Shaklee anda
SHAKLEE LABUAN




















Comments

Post a Comment