Saturday, 21 February 2015

GASTRIK MAMPU SEMBUH TANPA UBAT






"Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik," 

Pakar Perunding Umum Pembedahan Laparoskopi, Dr. Mohd Faisal Jabar
(Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd)


Masa kecik-kecik memang kerap kena gastrik, sebab tak suka makan, main je sampai tak ingat waktu makan. Kadang-kadang terfikir jugak, bila waktu makan masa kecik-kecik tu ye?? macam takde dalam memori sebab memang suka main dari pagi sampai mak kurung. Bukan kurung dalam rumah, tapi kurung luar rumah.

Masa kecik-kecik gastrik sangat teruk. Boleh dikatakan tiap malam tidur menonggeng sebab perut masuk angin. Bila dah mula sendawa yang rasa lain macam, masa tu memang dah tau, kompom malam tak boleh tidur. Gastrik dulu sama pakej ceri beri sekali dan kesudahan tidur depan toilet. 

Ubat?? Penah makan ubat gastrik yang kaler putih?? 

 
Macam ini la rupanya... lebih kurangla... rasa macam kesat-kesat je dalam mulut bila makan.. eeeyyuuwww. Dulu takde pilihan, ni je penawar gastrik selain susu. Mana la nak mampu beli-beli supplimen lain untuk gastrik. 
 
ADA KE SUPPLIMEN UNTUK GASTRIK GANTI UBAT PUTIH TU? Jom baca dulu



Kenali Gastrik
Gastrik ataupun dikenali dengan nama perubatan, Gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang memerlukan rawatan yang efektif. Kebiasaannya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.  
 

Penyebab Gastrik 


Perut manusia terletak dibahagian kiri abdomen seumpama kantung kosong yang berotot. Perut berupaya mengembang untuk menampung makanan dan minuman yang diambil setiap hari. 

Makanan yang sampai ke dalam perut melalui esofagus iaitu saluran yang panjang dan berotot akan dicerna oleh dinding-dinding perut dengan bantuan enzim-enzim dan asid perut yang dirembeskan oleh kelenjar perut. 

Ini termasuklah jus gastrik yang dihasilkan oleh kelenjar perut yang mengandungi asid hidroklorik yang bersifat menghakis serta mampu melarutkan besi. Walaubagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat berupaya mengimbangi paras keasidan perut dan melindungi tisu perut

Gastrik terbahagi kepada dua :

 1. Akut

Terjadi apabila keradangan berlaku secara mengejut yang biasanya disebabkan oleh gabungan  mual dan rasa panas seperti terbakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

2. Kronik

Terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.  

Permukaan lapisan perut mempunyai sel yang berfungsi utk mengeluarkan asid dan enzim yg penting untuk pencernaan makanan. Ia juga mengeluarkan mukus yg berperanan sebagai pelindung kepada permukaan perut tersebut. Oleh itu, apabila keradangan pada lapisan perut berlaku, hanya sedikit asid, enzim dan mukus yg akan dirembeskan. 

Kekurangan mukus yang sepatutnya menjadi pelindung kepada lapisan perut akan menyebabkan permukaan perut lebih mudah terhakis dan menyebabkan luka kecil berlaku. Jika ini berlaku, gastrik sudah berada pada tahap yang dipanggil ULSER PEPTIK

Apakah Punca-Punca Terjadinya Gastrik ?
 
1. Tabiat makan yang tidak mengikut jadual disebabkan kekangan masa
2.Kerap menggunakan ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
3. Pengambilan alkohol yang berlebihan
4. Pengambilan kokain
5. Merokok
6. Tekanan
7. Radiasi dan kemoterapi
8. Mengambil makanan yang mengandungi asid yang tinggi seperi makanan masam
9. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
10. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
11. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
12. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang. 
13. Diet yang terlampau


Apakah Simptom Penyakit Gastrik??

 

1.Kerap sakit kepala apabila lewat makan ataupun perut kosong, diikuti dengan rasa loya dan mual

2. Muntah yang hanya mengeluarkan lendir-lendir atau air liur (Muntah angin)

3. Sakit perut yang teramat sangat

4. Kerap sendawa


Apakah Kaedah Rawatan Penyakit Gastrik??

1. Makan mengikut jadual

2. Makan jangan berulamkan air. Digalakkan minum air suam dan bukannya air berais

3. Elak makan makanan ringan, makanan segera, jeruk-jeruk, makanan masam dan juga makanan yang terlalu pedas.

4. Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti roti dan donut.



ALTERNATIF LAIN?????







Bagaimana Set Gastrik Shaklee Membantu Penderita Gastrik?



ESP

Kandungan asid yang terlalu tinggi dalam perut seseorang boleh mengakibatkan terjadinya gastric. Ini ditambah lagi dengan gaya pemakanan seseorang yang mungkin melebihkan pengambilan makanan berasid dalam diet sehariannya. Sifat alkali yang terdapat dalam soya ESP meneutralkan kesan asid yang terdapat dalam perut pengidap gastric. ESP juga berkeupayaan membina sel-sel perut yang baru dan mengantikan tisu yang rosak sewaktu penghadaman. Ini kerana ESP Shaklee membekalkan sehingga 20 jenis asid amino. Ia mampu membantu memulihkan Luka dalam perut akibat gastric.

Ostematrix


Sama seperti ESP, Ostematrix jiga bersifat alkali, oleh itu ia turut membantu meneutralkan keadaan perut yang berasid

B complex

B-Complex mampu mengurangkan tekanan akibat kesakitan yang ditanggung akibat gastrik
 

Peppermint Ginger Plus

Peppermint terdiri daripada gabungan  herba yang sangat sinonim dengan rawatan pembuangan angin dalam badan. Penggunaan halia sering kali disyorkan kepada individu yang mempunyai masalah angin dalam perut. Halia turut membantu masalah pencernaan dan ketidakselesaan perut. Gabungan pudina memberikan kesan penenang dan turut membantu ketidakhadaman perut.


*****************************************************

Nak hilangkan gastrik macam testimoni di atas?? 10 tahun menderita gastrik kronik mampu pulih macam takde apa-apa. Hubungi saya untuk konsultasi percuma berkaitan dengan produk yang sesuai. Penghantaran terus kepada pelanggan untuk warga Labuan dan pos percuma untuk yang berada di luar Labuan. 




*****************************************************

Monday, 16 February 2015

DERITA SEMBELIT WAKTU BERPANTANG

Deritanya sembelit waktu mengandung. Ibu yang baru melalui pengalaman melahirkan berkemungkinan besar turut bimbang apabila mengalami Masalah Sembelit. Risau, kecewa, sedih dan pelbagai perasaan yang mungkin sukar digambarkan apabila masalah ini melanda. 


 "Aduh... macam mana rasanye?? Tak pedih ke? Tak sakit?"


"Luka jahitan tu macam mana?Koyak makin rabak ke? 

Bagi ibu-ibu yang sudah melalui melalui saat-saat ini, mungkin lebih bersedia untuk kelahiran akan datang atau mungkin juga menjadi serik untuk mengandung. Tetapi bagaimana yang baru pertama kali mengalami derita sembelit?

Luka bersalin merupakan bahagian yang paling memerlukan penjagaan rapi agar tidak berlaku jangkitan ataupun jahitan terbuka terutama luka digunting, Episiotomi. (Ngerinyaaaa....... ). 

Bagaimana Terjadinya Sembelit Ketika Berpantang?

Sembelit selepas kelahiran terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya ;
1. Tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa disebabkan otot pada abdomen menjadi kendur.
2. Kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil disebabkan otot pada usus mengendur.
3. Perasaan takut hendak membuang air besar kerana khuatir jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Sakitkah Membuang Air Besar Selepas Kelahiran?

Sakit ke Takut? Perasaan Takut itu yang sebenarnya akhirnya akan menjadi Sakit. Apa tidaknya, takut membuang air besar sehingga sanggup menyimpan rasa itu sehingga berminggu lamanya kerana bimbang akan luka kelahiran.

"Kalau saya, memang saya takut... berfikir panjang bila perut mula beraksi"

Petua Mengatasi Sembelit Ketika Berpantang


1. Amalkan makan sayuran dan makanan yang berserat tinggi semasa dalam pantang.


Memang terdapat sesetengah pendapat yang tidak menggalakkan memakan sayur yang dikatakan bersifat 'SEJUK' dan boleh memudaratkan ibu dalam pantang. Akan tetapi, variasi sayur yang masih banyak dan sesuai untuk ibu lepas bersalin boleh diambil asalkan pemilihannya tepat. Selain daripada itu, vitamin C hasil pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga membantu proses penyembuhan luka episiotomi atau luka caesarean.

 2. Pastikan minum air masak secukupnya.


Amalan meminum air masak sehingga 8 gelas sehari adalah untuk mengelakkan ibu terhidrasi akibat kekurangan secair dalam tubuh. Air yang cukup turut membantu penghasilan susu ibu dengan sempurna. Pengambilan air yang cukup juga membantu mengurangkan jangkitan kuman seperti jangkitan kuman pada pundi kencing akibat kekurangan pengambilan air.

3. Segeralah ke tandas



Jika perut sudah memberikan tanda-tanda untuk membuang air besar, segeralah ke tandas. Anda mungkin akan merasa kurang selesa pada minggu pertama dan kedua selepas bersalin kerana berkemungkinan tempoh berada dalam bilik air akan lama terutama sekiranya luka bersalin belum benar-benar sembuh. Ketahuilah, semakin anda menahan dari membuang air besar, akan menyebabkan najis semakin keras.

4.Kurangkan pengambilan jamu



Jika didapati sembelit semakin teruk, dan pada masa yang sama ibu mengambil jamu, seeloknya kurangkan atau berhenti buat sementara waktu sehingga sembelit benar-benar pulih. Jamu yang bersifat 'PANAS' mampu menjadi penyumbang faktor masalah sembelit.

 5. Ambillah supplimen yang sesuai

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/11/ostematrix.html
[klik gambar untuk maklumat produk]


Pengambilan supplimen turut membantu. Ibu berpantang disarankan untuk mengamalkan OSTEMATRIX agar masalah sembelit mampu diatasi. OSTEMATRIX, mengandungi sumber KALSIUM dan amat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. Pengambilan kalsium secukupnya membantu melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu,  keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan ibu yang tidak menyusukan, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang. Ostematrix mengandungi MAGNASIUM di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan air besar. 

Testimoni OSTEMATRIX Sewaktu Berpantang..... sembelit tiada lagi.. 


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.









 


*******************************************************

Anda merupakan ibu yang mengalami masalah sembelit sewaktu hamil ? Inginkan penyelesaian kepada penderitaan ini? Hubungi saya untuk lebih maklumat berkenaan produk. Tiada cas untuk penghantaran seluruh LABUAN dan pos percuma untuk ibu-ibu diluar LABUAN.



*******************************************************


Tuesday, 3 February 2015

CUKUP KALSIUM WALAUPUN TIDAK MINUM SUSU

Berita kehamilan merupakan berita yang amat dinanti-nantikan oleh pasangan yang ingin memiliki atau menambah cahaya mata. Sama ada pernah atau tidak menjadi ibu sebelum ini, persiapan fizikal dan mental amat perlu agar 9 bulan yang bakal ditempuh tidak mendatangkan sebarang masalah. Kesihatan yang baik adalah perkara yang paling diutamakan agar ibu dan anak yang dikandung sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang seimbang amat dititik beratkan sewaktu tempoh kehamilan kerana bayi sangat bergantung hayat pada si ibu. Jika sihat ibu, in sha Allah bayi juga akan sihat.

Seingat sayalah, setelah disahkan mengandung oleh doktor suatu masa dulu, perkara pertama yang akan disampaikan oleh doktor mesti berkaitan kesihatan dan pemakanan.

"Ibu mesti jaga kesihatan dan kebersihan ye. Jangan lupa minum susu, makan makanan seimbang"


Kenapa mesti nasihat MINUM SUSU??
Kenapa ye? 



Bayi yang membesar dalam rahim ibu, mengharap sepenuhnya zat-zat dari ibu. Pembentukan tulang, gigi, otot, sistem saraf dan jantung yang sihat memerlukan ibu mengambil jumlah kalsium yang cukup dalam pemakanan seharian. Kebiasaannya doktor memang akan menyarankan agar ibu MINUM SUSU. Kenapa tidak cadangkan makanan lain selain susu??? Contohnya keju ke, yogurt ke, sayur-sayuran ke?? Kenapa mesti SUSU?



Wanita hamil memerlukan sehingga 1000mg kalsium setiap hari agar mampu menyokong pembentukan bayi dengan lengkap dan sihat. Cadangan pengambilan susu oleh pengamal perubatan kerana susu membekalkan jumlah kalsium yang tinggi jika dibandingkan dengan sumber kalsium yang lain. Susu merupakan sumber yang paling mudah diperolehi tetapi malangnya tidak semua yang mampu menghabiskan walaupun segelas. 


"Tekak loya lah.... tak lalu nak telan"

 1 kotak anlene untuk 9 bulan.... saya lah tu.... sebab tak lalu minum.... 1 kotak biodex susu kambing untuk 9 bulan... saya jugak... hehehe.... 

Kalau yang tak suka minum susu, apa nak buat ye?? Pemakanan seharian belum tentu cukup kalsium? 
Ada alternatif lain?

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/11/ostematrix.html 
[klik gambar untuk maklumat produk]

KELEBIHAN OSTEMATRIX PADA IBU HAMIL

1. Bantu sistem penghadaman agar lebih LAWAS (SEMBELIT)
2. Menghilangkan KEBAS-KEBAS dan SAKIT BELAKANG
3. Tidur lebih LENA
4. Mudah bangun pagi



 








*********************************************************

Risau perkembangan anak dalam kandungan kerana tidak minum susu ketika hamil? Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang OSTEMATRIX. Penghantaran percuma seluruh LABUAN dan pos percuma luar LABUAN. 


  *********************************************************







 









Sunday, 1 February 2015

PERIOD MENCURAH BAGAI AIR PAIP PUNCA ANEMIA

Pendarahan yang banyak bak air paip pecah sewaktu datang haid menyumbang kepada masalah kekurangan darah pada wanita. Gejala 'period mencurah bagai air paip pecah' yang disebut sebagai MENORRHAGIA boleh terjadi kepada mana-mana wanita. 10-15 % wanita mungkin akan mengalaminya pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi hampir 20% yang mungkin akan menyebabkan ANEMIA kerana kehilangan darah yang banyak.



Tempoh haid bagi setiap wanita adalah tidak sama. 7 hari tempoh haid merupakan tempoh normal bagi wanita. Dalam tempoh ini wanita mungkin kehilangan sehingga 1 cawan darah. Akan tetapi, jika didapati wanita tersebut terpaksa menukar tuala wanita dalam tempoh yang kerap dan pendarahan haid yang banyak, anda mungkin mengalami MENORRHAGIA. Langkah terbaik untuk masalah ini adalah dengan merujuk kepada doktor kerana dikhuatiri anda akan mengalami masalah kekurangan ZAT BESI. 

Iron Deficiency Anemia (IDA), atau pun kekurangan ZAT BESI akibat ANEMIA akan mengakibatkan kekurangan SEL DARAH MERAH yang sangat penting dalam fungsinya membawa OKSIGEN ke seluruh tubuh. Kekurangan OKSIGEN mengakibatkan ORGAN DALAMAN tidak dapat berkerja dengan baik.

Simptom-simptom Menorrhagia

1. Kekerapan menukar tuala wanita dalam tempoh yang singkat.
2. Memerlukan perlindungan yang lebih, contohnya terpaksa memakai dua tuala wanita untuk mengelakkan kebocoran.
3. Kekerapan menukar tuala wanita pada waktu malam.
4. Darah beku dalam aliran darah haid
5. Tempoh aliran tenat melebihi 7 hari 
6. Kekejangan pada bahagian perut yang teruk 

Punca-punca Menorrhagia 

1. Ketidak seimbangan hormon
Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron mengawal penumpukan lapisan uterus (endometrium) yang terjadi semasa haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium akan berlebihan dan akhirnya berlaku pendarahan.

2. Kegagalan fungsi ovari.  
Jika ovari anda tidak melepaskan telur (ovulate) semasa kitaran haid (anovulasi), badan anda tidak menghasilkan hormon progesteron, kerana ia perlu sewaktu kitaran haid yang normal. Ini membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan menorrhagia.

3. Fibroid
Fibroid  boleh menyebabkan haid berpanjangan.

4. Pemasangan alat pencegah kehamilan seperti IUD
Menorrhagia merupakan kesan sampingan yang mungkin berlaku jika anda menggunakan IUD. Apabila IUD menjadi punca pendarahan haid yang berlebihan, anda mungkin perlu mengeluarkannya.


Kesan-kesan Kekurangan Iron Dalam Tubuh Akibat Anemia

1. Sesak nafas 
2. Jantung berdebar-debar 
3. Sakit Kepala
4. Gemuruh
5. Kurang tumpuan
6. Sifat Pelupa 
7. Keletihan 
8. Disfungsi seksual

Rawatan Kepada Masalah Menorrhagia.

1.  Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)
Ibuprofen (Advil, Motrin IB) atau naproxen (Aleve), membantu mengurangkan masalah kekurangan darah haid. Ia turut melegakan kesakitan sewaktu menstual seperti kekejangan di bahagian perut.

2. Tranexamic acid. 
Tranexamic acid (Lysteda) membantu mengurangkan masalah kekurangan darah sewaktu haid dan hanya perlu diambil sewaktu pendarahan sahaja.

3. Oral progesterone. 
Jika diambil dalam tempoh 10 hari atau lebih, hormon progesterone mampu memperbaiki hormon tubuh yang tidak seimbang dan mengurangkan menorrhagia.

4. Supplimen Zat Besi
Sekirannya anda di dignosis mengalami anemia, doktor akan mencadangkan pengambilan Zat Besi bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah.

CADANGAN SUMBER ZAT BESI?

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/vita-lea-iron-formula.html

[Klik gambar untuk maklumat produk]

Jika anda ANEMIA, mengalami masalah kekurangan ZAT BESI akibat gejala MENORRHAGIA, supplimen VITA-LEA membekalkan sumber ZAT BESI untuk pembentukkan sel darah merah. Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkaitan produk. Perkhidmatan COD untuk seluruh LABUAN dan percuma pos untuk luar LABUAN.