KENYANG DENGAN ROKOK.... BAHAYANYA.. !!

                  
Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Tak makan nasi tak apa, asalkan boleh menyedut asap dari sebatang rokok setiap hari... Alahai... Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok terhadap perokoknya. Sebatang rokok mampu mengenyangkan perokok, sebatang rokok mampu menyelesaikan masalah pada perokok (agaknyalah.... sebab asal ada masalah, rokoklah ubatnya).


KENAPA MULA MEROKOK ?


Kebanyakkan perokok mula merokok diusia remaja dan menjadi tegar apabila perokok tidak mampu mengawal ketagihan merokok. Keinginan untuk berhenti merokok mungkin tersimpan untuk sesetengah perokok, tetapi tabiat ini tidak boleh diberhentikan begitu sahaja tanpa usaha dan kesungguhan.

Tiga sebab utama yang mendorong seseorang remaja untuk cuba merokok adalah ;
1. Untuk kelihatan matang - untuk jadi dewasa macam ayah atau abang . NAMPAK 'COOL'
2. Mengikut kawan - rasa tercabar pulak tak merokok
3. Untuk mendapat pengalaman - malu kalau takde pengalaman


Orang dewasa merokok... apa sebabnya?

Banyak punca dan sebab kenapa orang dewasa merokok, antaranya mungkin ;
- Tekanan sebab masalah peribadi / keluarga
- Masalah kewangan ; tidak cukup untuk menyara keluarga
- Terlibat dengan dadah / alkohol
- Nak kuruskan badan 
-  KALAU BUKAN SEMUA DI ATAS, MUNGKIN SAJA JE HABISKAN DUIT YANG LEBIH-LEBIH TU... DAH TAKDE BENDA LAIN NAK BELI. 

APA AKAN BERLAKU APABILA MULA MEROKOK?

Bila dah mula merokok, berlakunya pencemaran dalam tubuh. Pencemaran dalam tubuh berlaku kerana bahan kimia yang terdapat pada rokok akan di bawa terus ke paru-paru dan akan diserap dalam sistem darah dan tisu tubuh. Darah yang tercemar akan dibawa keseluruh tubuh dan ini secara tidak langsung telah mencemarkan tisu-tisu tubuh yang lain. 

Pencemaran yang berlaku disebabkan rokok merupakan proses kimia oleh pembakaran bahan organik dari tembakau dan kertas. Hasil pembakaran ini terjadinya pencemaran dalam bentuk gas dan sebahagiannya dalam bentuk partikel-partikel halus. Partikel-partikel halus ini mudah menyerap jauh ke dalam paru-paru dan merosakkan paru-paru.


KESAN MEROKOK KEPADA PEROKOK 



1. KHAS UNTUK PEROKOK MUDA : Mengalami masalah kardio lebih awal dan risiko mati semasa muda akibat masalah jantung

2. KHAS UNTUK PEROKOK MUDA : Merokok mengurangkan fungsi paru-paru serta mengganggu pertumbuhan paru-paru. Paru-paru mereka mungkin tidak akan mencapai tahap paru-paru seperti mana orang dewasa yang lain. Pertumbuhan secara normal mungkin akan terganggu dan mungkin mendatangkan risiko penyakit yang lain.

3. KHAS UNTUK PEROKOK MUDA : Ketagihan terhadap NIKOTIN menjadi mereka perokok tegar kerana alasan merokok sekadar mencuba dan akan berhenti selepas beberapa tahun mungkin akan berlarutan hingga dewasa.

4. KHAS UNTUK SEMUA PEROKOK : Merokok membuka peluang untuk mengidap COPD (Chronic Obstructive Pulmonary), gabungan Emphysema + Bronkitis + Asma (TAHNIAH!!!! ). Merokok turut menjadi penyumbang utama masalah koronari jantung, strok dan jangkitan kuman pada salur pernafasan. 

5. KHAS UNTUK SEMUA PEROKOK : Berpotensi mengalami masalah nyanyuk (Alzheimer) jiks dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Perokok juga 2-3 kali berisiko mengalami masalah katarak serta berkeupayaan mengalami hilang penglihatan. 

KEBAIKAN MENINGGALKAN TABIAT MEROKOK


1. Jika berjaya meninggalkan tabiat ini, paru-paru perokok akan dipulihkan secara perlahan-lahan daripada terus musnah. Tetapi ini tidak bererti bekas perokok bebas dari masalah paru-paru, jantung dan strok kerana organ ini pernah dicemari dengan bahan dari rokok.

2. Pernafasan yang dulunya agak sempit, akan semakin mudah dan selesa. Ini kerana paru-paru semakin sihat dan bersih. 

3. Kebaikan menjalani hidup sihat bagi perokok yang telah bebas dari tabiat merokok bukanlah dinikmati setelah 2-3 minggu berhenti, tetapi ia akan memberikan kesan kebaikan jangka masa panjang dalam membina semula kualiti hidup sihat. Orang sekeliling pun dapat manfaat tau dari tabiat merokok yang telah ditinggalkan

4. JIMAT DUIT.
Berapa ringgit harga sekotak rokok ?? Harga bergantung kepada jenama. Saya search harga rokok untuk bulan november 2014... tak pasti masih itu harga rokok sehingga 2015.


Katakan sehari sekotak, saya ambil jenama yang paling murah la.. rm12.00 (Peter Stuyvesant).

              : Sekotak x sebulan (30 hari)
              : RM12.00 x 30 hari 
              : RM360 untuk sebulan dan sekotak setiap hari

              Kalau 2 kotak sehari?? atau berkotak-kotak ???

              SILALAH KIRA SENDIRI !!!!! 


BERHENTI MEROKOK MELALUI PEMAKANAN

Keazaman yang kuat untuk berhenti merokok amat perlu terutama mereka yang sukar dan tegar merokok. Bantuan orang-orang tersayang mampu membantu perokok untuk mencapai hasrat untuk berhenti merokok. Terdapat makanan yang mungkin membantu perokok untuk berhenti merokok, antaranya ;

1. Madu



Madu memiliki tahap antioksidan yang membantu menyahkan racun dalam darah  terutama perokok yang darahnya telah tercemar dengan racun dari rokok. Makanlah madu secara bertahap dan tetap kerana ia akan melepaskan glukosa ke aliran darah.

2. Makanan Masin



Padam keinginan merokok dengan makan makanan masin dalam kuantiti yang sedikit atau mengambil secubit garam.

3. Halia dan Bawang Putih





Dua herba ini turut membantu mereka yang sedang dalam proses berhenti merokok. Rasa 'panas' yang dipunyai oleh halia dan bawang putih berupaya melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok. Selain daripada itu, herba ini turut menjaga aliran darah dan tekanan yang seimbang ketika menarik dari dari kebiasaan merokok.

4. Kulit Kayu Manis


Nikmati aroma kulit kayu manis yang lebih enak dari asap rokok. Memakan kayu manis juga dapat menenangkan otak dan saraf

5. Epal



Racun yang terdapat dalam tubuh perokok boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Kandungan air dan pektin yang terdapat dalam epal juga membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Keinginan untuk merokok mampu diatasi dengan memakan epal.

6. Susu



Bibir kehilangan kekenyalan dan menjadi gelap akibat merokok. Minumlah segelas susu setiap hari untuk membantu menghidupkan semula zat di bibir. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.

7. VIVIX

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/vivix.html
 [klik gambar untuk maklumat produk]

VIVIX adalah sumber pemakanan yang sangat tinggi antioksidannya. Diperkaya dengan empat sumber semulajadi iaitu Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry (Sambucus Nigra) dan Polygonum Cuspidatum. 

VIVIX SHAKLEE terkenal dengan fungsinya merawat pada peringkat sel. Apabila seorang perokok mengamalkannya, VIVIX SHAKLEE bertindak membuang nikotin yang terdapat di dalam DNA, lalu DNA pulih kepada keadaan asal yang sepatutnya bebas nikotin. sejurus ini berlaku, DNA akan menolak kehadiran nikotin setiap kali anda cuba merokok semula. Istimewanya VIVIX SHAKLEE, produk ini bukan terapi mengganti nikotin, tetapi VIVIX SHAKLEE ialah produk terapi membuang dan menolak nikotin dari sel badan. 

**************************************************************

Kalau rokok pun mampu beli, mesti mampu beli VIVIX sebab harga pun lebih kurang sama. Perokok tegar yang berhasrat nak berhenti merokok, inilah masanya. Dapatkan VIVIX dari saya, pengedar Shaklee yang sah. Penghantaran percuma untuk seluruh Malaysia. Perokok-perokok tegar Labuan, dapatkan Vivix Shaklee dan COD seluruh Labuan secara percuma.


**************************************************************












Comments