Monday, 23 March 2015

LELAKI KURANG SPERMA, JANGAN SALAHKAN ISTERI JIKA TIADA ZURIAT

Setiap pasangan yang telah berkahwin, pastinya ada diantara pasangan tersebut yang  mengalami masalah ketidaksuburan. Ada diantara mereka menanti sehingga bertahun-tahun dan tidak jemu mencuba pebagai rawatan, ubat-ubatan ataupun makan tambahan dengan tujuan meningkatkan peluang untuk mendapat cahayamata sendiri.


Namun, masyarakat mudah menuding jari kepada kaum wanita yang menjadi punca ketidaksuburan itu, walhal suami atau isteri boleh menjadi punca kepada masalah tersebut dan peratusan kepada masalah tersebut adalah sama banyak. Wanita mungkin dijadikan alasan ketidaksuburan kerana wanita merupakan individu yang akan melahirkan, persenyawaan ovum dan sperma turut berlaku dalam rahim wanita. Pendek kata, wanitalah yang biasa dipersalahkan dalam hal ini. Tetapi pernahkah lelaki terfikir dari mana datangnya sperma?? Tidakkah mereka terfikir sperma yang dihasilkan cukup sihat atau cukup berkualiti ??

KURANG SPERMA MASALAH LELAKI TIDAK SUBUR.

Kekurangan jumlah sperma mampu mengganggu dan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Bilangan sperma yang normal adalah sehingga 60 juta setiap sentimeter padu dan lelaki yang hanya mengeluarkan hanya 20 juta sperma disahkan mengalami masalah kesuburan. Masalah sperma sedikit digelar Oligospermia, manakala masalah tiada sperma dinamakan Azoospermia.

SPERMA PENTING BAGI PERSENYAWAAN

Secara normalnya, jumlah sperma yang terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki adalah kira-kira 100 juta sperma. Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj dan sperma akan berenang ke dalam faraj menembusi pintu rahim (serviks). Sperma akan melalui ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub itu akan menemui ovum untuk membolehkan persenyawaan berlaku.

Kandungan sperma dalam air mani adalah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar daripada isipadu air mani merupakan cecair dari pundi prostat , dan selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dari salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Kandungan dua hingga lima peratus sperma ini tidak menjamin sperma yang terkandung dalam air mani memiliki kualiti yang baik dan sihat. Daripada jumlah tersebut berkemungkinan terdapat sperma yang rosak serta jumlah yang kurang.

PUNCA KEKURANGAN SPERMA

1. Kuat merokok dan minum minuman keras.

2. Terdedah kepada cuaca atau suhu yang amat panas

3. Memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Ia memberi tekanan kepada pemerosesan sperma dan berkemungkinan bilangan sperma akan berkurangan

4. Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat antibiotik yang mengandungi sulfur, ubat anti kulat seperti ketoconazole dan ubat darah tinggi seperti calcium channel blocker. Jika ubat-ubatan yang menjadi punca, seeloknya tukar kepada ubat-ubatan lain.

5. Penyakit seperti beguk yang dialami selepas akil baligh boleh merosakkan sel-sel yang menghasilkan sperma. Demam panas yang keterlaluan turut, masalah kecacatan genetik dan jangkitan pada testis juga boleh merosakkan sperma.

6. Mungkin ramai yang kurang tahu bahawa meletakkan komputer riba diriba turut menjadi punca kerana haba yang dihasilkan.

7. Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangkan produksi sperma. 

KENALI MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI 

Pemakanan yang sihat juga membantu untuk meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

1. Buah Pisang

Pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Kandungan Bromelain yang terdapat dalam pisang, iaitu enzim anti radang semulajadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron (hormon seks lelaki). Buah pisang turut kaya dengan vitamin B1, A dan C yang sangat diperlukan dalam penghasilan sperma yang baik.

2. Coklat Gelap

L-arginine yang terkandung dalam coklat gelap, merupakan sejenis asid amino yang diperlukan dalam penghasilan sperma. Coklat mampu meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

3. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi sejenis bahan yang memainkan peranan penting dalam ereksi. Ia dikenali sebagai Oxide Synthase (NOS). Selenium dan vitamin B6 yang terkandung dalam bawang putih amat penting dalam penghasilan sperma yang kuat. 

4. Buah Delima

Bahan anti oksida yang terdapat dalam buah delima mampu melawan malondialdehyde (MDA). Ia merupakan sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Kualiti air mani juga boleh terjejas jika mengandungi bahan kimia ini.

5. Daging Merah

Daging merah mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

6. Telur

Makanlah telur untuk membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar dan pengambilan telur mampu membantu mengatasi masalah ini. 

7. Air Kosong

Tingkatkan bilangan sperma dengan cara yang paling mudah. Minum air secukupnya untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrasi bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah bilangan sperma.
 
RAWATAN MASALAH KURANG SPERMA

Setiap pasangan yang telah setahun berkahwin atau enam bulan bagi yang berumur 35 tahun keatas dan masih belum dikurniakan cahayamata dinasihatkan merujuk pakar. 

1. Rawatan IVF dan IUI

Antara rawatan yang akan dilakukan adalah rawatan IVF dan IUI dengan mengambil sampel sperma untuk ujian persenyawaan. Rawatan kesuburan mengambil masa sehingga 3 bulan iaitu tempoh matang bagi sperma untuk mengetahui masalahnya.

2. Mengamalkan pemakanan bergizi

Bagi mendapatkan jumlah sperma yang cukupi dan sihat, digalakkan mengambil pemakanan yang tinggi gizi dan protein.

3. Mengukur buah zakar 

Pemeriksaan terhadap saiz kedua-dua buah zakar dengan alat Orkidometer amat diperlukan untuk mengenalpasti adakah suami benar-benar mengalami masalah kekurangan sperma.

4. Pengambilan Vitamin E, Zinc Complex dan CoqHealth untuk sperma yang lebih banyak dan berkualiti

Pengambilan vitamin E yang mengandungi selenium bantu memperbaiki kualiti sperma dan memberi kebaikan dan faedah terutama dari segi pergerakkan sperma.

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/12/vita-e-complex.html

[Klik gambar untuk maklumat produk]



Pengambilan Zinc pula membantu memelihara kesihatan prostate, mengekalkan keinginan seksual yang tinggi, memperbaiki kemampuan seksual lelaki dan menghasilkan sperma yang sihat.



 [Klik gambar untuk maklumat produk]



Proses penghasilan telur, ovulasi dan perkembangan embrio memerlukan banyak tenaga. Jika tenaga ini tidak mencukupi maka ia mengganggu proses kesuburan itu sendiri. CoQ10 menggalakkan penghasilan tenaga untuk sperma bergerak dengan lebih laju



[Klik gambar untuk maklumat produk]
TESTIMONI SET SUBUR







***********************************************************
Jika anda mengalami masalah kekurangan sperma atau sperma yang dihasilkan tidak berkualiti, amalkan 3 produk dalam SET KESUBURAN LELAKI dari SHAKLEE. Dapatkan maklumat tentang produk daripada saya, agen Shaklee anda. Penghantaran PERCUMA untuk seluruh Malaysia termasuklah kawasan Labuan. SAYA AGEN SHAKLEE LABUAN yang mampu membantu anda yang mengalami masalah kesuburan. 



***********************************************************


No comments:

Post a Comment