CoQHEALTH PLUS

Membantu Menjana Jantung Yang Sihat

 

CoQHealth menampilkan campuran semulajadi proprietari 100mg CoQ10 dan resveraterol didalam softgel yang biovailable.



CoQHealth juga telah membuktikan :

1. Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung

2. CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan serangan jantung dan palpitasi jantung.

3. Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL

4. Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Tindakan CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolesterol TIDAK BAIK dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat saluran darah.

5. Meningkatkan tenaga

6. CoQ10 berupaya meningkatkan tahap tenaga, menambah stamina dan mengurangkan kelesuan. Kajian juga mendapati, supplemen harian CoQ10 dapat mengatasi simptom-simptom kelesuan

7. Kecerdasan mental

8. CoQ10 merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayaan kognitif. Kajian juga menunjukkan supplemen CoQ10 mengurangkan serangan migrain, pening dan perasaan loya

9. Kulit yang lebih muda

10. CoQ10 meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi untuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kolagen. Ini membantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah dan berseri

11. Meningkatkan kesuburan
CoQ10 mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma dan mutu sperma. Ia juga membantu meningkatkan mutu ovum wanita

12. CoQHealth juga mengandungi resveratrol yang terbukti merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah.


Lain-lain Manfaat dan Kelebihan CoQ10

 

1. Congestive Heart Failure (CHF)

Belum terdapat bukti yang kukuh yang mengaitkan pengambilan koenzim Q10 sahaja akan menghentikan kegagalan jantung. Tetapi terdapat bukti, bahawa ianya membantu bila digabungkan dengan perubatan dan rawatan jantung yang lain

2. Mengurangkan Risiko Masalah Jantung Tambahan Bagi Mereka Yang Baru Sahaja Mengalami Serangan Sakit Jantung (Mycardial Infarction, MI)


Ubiquinol, satu bentuk koenzim Q10 yang telah dianugerahkan "Orphan Drug Status" oleh Federal Food and Drug Administration (FDA). Ini memberikan pembuat Ubiquinol memperolehi insentif kewangan untuk mengkaji keberkesanan penyakit. Huntington, satu keadaan yang jarang berlaku  (melibatkan kurang daripada 200,000 pesakit) yang mana syarikat pharmaceutical tidak akan membangunkan ubat untuknya. Walaubagaimanapun, pengambilan koenzim Q10 dalam dos 600mg atau kurang, sehari didapati tidak berkesan melambatkan perkembangan penyakit ini

3. Menghalang Komplikasi Salur Darah Selepas Pembedahan "Heart Bypass"

Wujud bukti yang menunjukkan pengambilan secara oral koenzim Q20 selama seminggu sebelum pembedahan dapat membantu mengurangkan kerosakkan salur darah. Walaubagaimanapum tidak semua para penyelidik setuju dengan penemuan ini.

4. Tekanan Darah Tinggi (hypertensi)

Pengambilan koenzim Q10 bersendirian atau bersama-sama perubatan untuk tekanan darah tinggi, menurunkan tekanan darah dengan lebih berkesan lagi.

5. Menghalang Serangan Migrain

Pengambilan koenzim Q10 secara oral membantu menghalang serangan migrain. Kajian menunjukkan ianya mampu mengurangkan kekerapan pening kepala sebanyak 30% dan hari-hari serangan dimana keadaan loya berkaitan dengan pening kepala, berkurangan sehinggan 45% bagi dewasa. Pengambilan koenzim Q10 juga mengurangan serangan migrain bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap koenzim yang rendah. Ianya mungkin mengambil jangkamasa 3 bulan untuk menunjukkan kesan. Malangnya koenzim Q10 tidak berkesan dalam rawatan migrain apabila ianya telah terjadi.

6. Penyakit Parkinson

Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa pengambilan supplemen koenzim Q10 mampu melambatkan kemerosotan kesihatan dengan mereka yang menghadapi tanda awal penyakit parkinson. Akan tetapi pengambilan bagi pesakit yang berada diperingkat pertengahan penyakit parkinson tidak menunjukkan kesan yang positif.

7. Memperbaiki Sistem Imun Bagi Pesakit HIV / AIDS


8. Mascular Dystrophy (distrofi otot), Satu Masalah Membabitkan Kerosakkan Otot

 Pengambilan koenzim Q10 secara oral memberi kesan positif bagi pengidap Distrofi otot


 



Ramuan Utama Yang Telah Diuji Secara Klinikal

 

Koenzim Q10

CoQ10 adalah nutrien yang larut dalam lemak, yang dihasilkan oleh tubuh dan wujud didalam semua sel-sel. Konsentrasi yang tinggi nutrien ini ditemui didalam organ yanh bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas

CoQ10 adalah penting bagi bertrilion sel dalam tubuh yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula dan lemak yang datang dari makanan yang kita makan. Nutrien-nutrien ini dipecahkan dan diangkut melalui laluan penghasilan tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu-ribu kali setiap saat untuk menjana denyutan jantung dan organ-organ tubuh yang lain, yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ yang tidak akan dapat berfungsi dengan betul.

CoQ10 juga dikenali untuk aktiviti antioksidannya yang ampuh, untuk melindungii membran sel daripada radikal bebas. Sebagai antioksidan, CoQ10 juga membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (kolesterol tidak baik). Ini sangat penting untuk menggalakkann fungsi salur darah, terutama sekali yang mengangkut darah ke organ jantung.

Resveratrol

Resveratrol adalah fitonutrien  yang wujud dalam kulit anggur  merah dan jus anggur ungu. Seperti CoQ10, resveratrol memainkan peranan utama dalam memastikan kesihatan salur darah. Kajian makmal menunjukkan ia mampu menghalang oksidasi LDL dan menggalakkan relaksasi salur darah. Salur darah akan lebih lebar apabila melalui fasa relaksasi.

Siapa Yang Disyorkan Mengambil CoQHealth?


1. Dewasa sihat berumur 18 tahun keatas yang prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri mereka

2. Dewasa lelaki dan wanita yang mengambil perubatan yang mungkin mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah mereka

3. Wanita hamil atau mereka yang mengambil ubat-ubatan yang mencairkan darah perlu mendapatkan nasihat doktor mereka

Untuk makluman lanjut berkenaan produk, boleh hubungi :


Comments