5 Vitamin Penting Agar Kekal Sihat Setiap Hari.

Saya selalu ditanya " Mizan ambil semua vitamin Shaklee ke?". Kalau ikutkan hati, memang semua vitamin Shaklee saya nak cuba agar saya kekal sihat setiap hari. Selain sangat berbaloi sebagai pelaburan kesihatan jangka panjang, harganya pun sangatlah berpatutan serta diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan berkualiti tinggi.

Tapi saya lebih senang amalkan 5 vitamin penting  yang betul-betul diperlukan oleh tubuh saya agar saya kekal sihat setiap hari. Apa yang penting adalah konsistensi dalam pengambilan vitamin setiap hari. Itu lebih penting. Vitamin bukan diambil bila sudah sakit, tapi lebih kepada pencegahan, ia sebaiknya diamalkan ketika sihat. Kos pun lebih murah jika dibandingkan mereka yang sudah berpenyakit, mana nak bayar kos perubatan, kos ulang alik ke klinik atau hospital. Itu belum lagi korban masa dan tenaga. Kadang-kadang tak terkira ruginya. 

Basic 5 atau 5 vitamin penting yang saya amalkan antaranya vitamin C, minyak ikan, multivitamin, vitamin B dan protein. Bagi mereka yang tak tahu nak makan vitamin apa, saya cadangkan mulakan dengan 5 vitamin penting ni agar kekal sihat setiap hari. 

Pengalaman saya sendiri mengamalkan 5 vitamin penting , Vitamin C sangat baik dalam memastikan imun badan kuat dalam menjaga tubuh dari diserang penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Minyak ikan pula sangat membantu memastikan organ penting tidak diselaputi lemak jahat di samping menjaga kesihatan sendi serta menghindari keradangan. Kerana tak mampu nak makan pelbagai variasi makanan sihat, itulah sebab utama saya amalkan multivitamin. Nak bakar tenaga tersimpan dengan lebih efektif saya amalkan vitamin B. Taklah risau badan simpan terlalu banyak sumber tenaga yang tak digunakan yang akhirnya bertukar jadi lemak. Pengambilan protein yang mencukupi juga amat penting dalam memastikan tubuh lebih sihat dan kuat.

Jadi hari ini saya kongsikan 5 vitamin penting agar kekal sihat setiap hari.

1. Vitamin C Anti Oksida Terunggul


Menyokong kulit yang sihat.
Menggalak gusi dan tisu penghubung yang kuat.
Merangsang sistem imunisasi.

2. Asid Lemak Omega 3 Agen Anti Keradangan.


Menggalakkan peredaran darah yang sihat.
Mengurangkan keradangan.
Mengawal selia trigliserida [kolesterol] dan paras tekanan darah.
Menambahbaik peredaran darah.
Mengekalkan degupan jantung yang sihat.

3. Multivitamin - Nutrien Penting.

 

Mengurangkan jurang nutrien antara pelbagai vitamin dan mineral untuk badan yang lebih sihat.
Menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

4. Vitamin B Memberi tenaga untuk hari anda.


Menukar makanan menjadi tenaga dengan cekap dan berkesan.
Menggalakkan fungsi badan yang normal.

5. Protein - Blok pembinaan asas.


Menggalakkan kuku, kulit, rambut yang sihat.
Menyokong proses tumbesaran dan perkembangan.
Memberi tenaga yang berkekalan sepanjang hari. 

5 Vitamin Penting Agar Kekal Sihat Setiap Hari.


ESP Mix Soy Protein Isolate Powder [klik SINI
Sustained Release Vita-C Plus [klik SINI]
Vita-Lea Iron Plus [klik SINI]
Omega Guard [klik SINI]
B-Complex with Folic Acid [klik SINI] 
 
Keistimewaan Yang Ditawarkan Kepada Pelanggan VitaFamilyShop.

✔️ Konsultasi secara PERCUMA.
✔️ Penghantaran secara Cash On Delivery (COD) secara PERCUMA [Sekitar Labuan].
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA. [Seluruh Malaysia].
✔️Tips pengambilan vitamin yang BETUL.
✔️Jadual pengambilan vitamin diberikan.
✔️Pemantauan tahap kesihatan secara BERKALA.

Berminat Teruk Dengan Set Vitamin Asas Shaklee ?

Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang di cari.

 

 ** Semua maklumat tentang produk serta testimoni yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlukan anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin.**

Comments