Saturday, 25 April 2015

TIPS MEMILIH KOLAGEN TERBAIK



1. Kolagen adalah sejenis protein yang mempunyai struktur besar dan tidak boleh diserap begitu sahaja. Kolagen biasa yang diambil melalui oral akan diuraikan kepada molekul asid amino yang membentuk struktur kolagen dalam darah. Justeri, penting untuk memilih kolagen yang mempunyai struktur yang halus

2. Terdapat lebih 20 jenis kolagen yang terbentuk di dalam badan. Kolagen untuk kulit, sendi, tulang dan organ dalaman. Kolagen dari sumber lembu hanya memberi kebaikan untuk sendi dan bukan kecantikkan. Sumber kolagen daripada sumber marin membantu menjaga kecantikan dan kesihatan dalaman. 

3. Terdapat dua sumber utama kolagen iaitu Bovine derived collagen dan Marine derived collagen. Kolagen yang dihasilkan daripada sumber marin (sumber laut dalam) adalah 60% lebih asli daripada Bovine collagen (Lembu)

4. Rata-rata saiz kolagen dipasaran adalah diantara 2000-5000 dalton. Saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dengan kadar penyerapan yang optimum serta kesan yang lebih baik.

5. Pastikan setiap kolagen mempunyai bahan yang merangsang pembentukkan asid hyaluronic kerana fungsinya adalah untuk mengikat kolagen dengan serat elastin. 

6. Kolagen yang ada di pasaran sekarang kebanyakkannya mengandungi kolagen untuk sendi dan meremajakan kulit. Pastikan ianya diadun bersama marin kolaen bagi mendapatkan kolagen yang berkualiti

7. Mengandungi antioksida yang tinggi bagi mengurangkan proses penuaan dan mengawal kulit  dari sinar UV

8. Lebih baik memilih kolagen dalam bentuk makanan berbanding yang disuntik untuk memastikan sistesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan

9. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.

10. Kolagen juga penting bukan sahaja untuk kekal cantik, tetapi kesihatan sendi perlu dijaga. Dengan adanya kandungan glucosamine, kunci utama untuk mendapatkan sendi yang sihat

11. Badan manusia memerlukan empat hingga lima gram setiap hari bagi membekalkan bahan bina yang mencukupi untuk kegunaan badan. Jumlah pengambilan yang betul dapat memastikan kolagen yang diambil benar-benar berkesan.




Tuesday, 21 April 2015

PENING DAN MELAYANG-LAYANG PETANDA VERTIGO

Apa Itu Vertigo?


" Rasa nak tumbang tiba-tiba"
" Peninglah bila bangun, rasa nak muntah"

PERNAH TAK MENGALAMI SITUASI BEGINI?

Pening atau terasa melayang-layang secara tiba-tiba, mungkin memberi petanda anda sebagai pengidap vertigo. Keadaan ini berkemungkinan berlaku akibat tekanan darah yang rendah ataupun anda mempunyai masalah pada sistem pendengaran. Terdapat sesetengah kes yang mampu mengancam nyawa kerana ia memberi kesan kepada otak. 

Apakah Gejala Vertigo ?

1. Mengalami keadaan yang berputar-putar

2. Hilang keseimbangan untuk beberapa ketika (ada juga yang sehingga berhari-hari)

3. Perubahan kedudukan badan

4. Penglihatan bertindih

5. Loya, muntah-munta dan sensitif terhadap cahaya

Apakah Punca Vertigo? 


Pengidap Vertigo akan merasakan keadaan sekelilingnya seolah-olah berputar dan akan mengalami pening. Dua penyebab yang sering dikaitkan dengan masalah Vertigo adalah ;

1. Masalah pada dalaman telinga.

Bahagian dalaman telinga

Gangguan sistem vestibular mempunyai kaitan masalah vertigo yang menyerang sesetengah individu. Sistem vestibular telinga terdiri daripada bahagian telinga dan sistem saraf, dimana ianya mengganggu keseimbangan. Masalah yang sering berlaku pada bahagian ini adalah seperti pemendapan dan pembentukkan kalsium, keradangan dan jangkitan pada sistem vestibular. 3 jenis penyakit yang biasa menyerang akibat masalah dalaman telinga hingga menyebabkan terjadinya vertigo :


Masalah telinga – Pemendapan atau pembentukan kalsium (otolith) di saluran semisirkular, keradangan dan jangkitan tertentu boleh menyebabkan masalah dalam sistem vestibular. Sistem vestibular termasuk bahagian telinga dan sistem saraf, yang mengawal keseimbangan. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Vertigojejaskestabilan/Article/index_html#sthash.p7soQsIX.dpuf
Masalah telinga – Pemendapan atau pembentukan kalsium (otolith) di saluran semisirkular, keradangan dan jangkitan tertentu boleh menyebabkan masalah dalam sistem vestibular. Sistem vestibular termasuk bahagian telinga dan sistem saraf, yang mengawal keseimbangan. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Vertigojejaskestabilan/Article/index_html#sthash.p7soQsIX.dpuSalah satu bahagian dalam telinga berfungsi mengawal keseimbangan tubuh. Ia dikenali sebagai salur separuh bulat. Jika terdapat masalah pada salur separuh bulat, seperti mengalami jangkitan, berkemungkinan besar ia memberi kesan kepada tubuh. Pengidap tidak mampu mengawal keseimbangan tubuh dan ini menyebabkan pening pada pengidap. Hal ini membuatkan pengidap merasakan keadaan sekelilingnya berputar-putar.Penyakit Meniere
i. Penyakit Meniere



Penyakit Meniere merupakan gangguan pada telinga yang memberi kesan pada pendengaran dan keseimbangan tubuh. Ia juga menyebabkan masalah pening dan bunyi berdesing pada telinga yang dikenali sebagai tinnitus.

ii. Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)

BPPV adalah disebabkan oleh pembentukkan kalsium dalam telinga yang dikenali sebagai otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya dibahagian semisirkular

iii. Keradangan urat saraf

Gejala ini turut dikenali sebagai Labyrinthitis. Bahagian ini akan mengalami pembengkakan atau keradangan yang disebabkan serangan virus.

Rawatan Vertigo

1. Ubat-ubatan mungkin diberikan kepada pengidap vertigo seperti antihistamin, ubat anti muntah, sedatif bergantung kepada keadaan pesakit

2. Jika punca vertigo adalah disebabkan BPPV, rawatan susunan semula canalith (otolith) adalah disyorkan. 

3. Beberapa pergerakkan kepala mungkin akan diajar bagi menggalakkan mendapan kalsium agar bergerak ke bahagian yang sepatutnya.





4. Pemulihan cara kerja membantu otak agar menyesuaikan tindak balas kepada perubahan dalam sistem vestibular. Terapi ini turut membantu anda melatih mata dan deria lain belajar bagaimana untuk mengimbangi.

5. Pulihkan Vertigo dengan Vivix = Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sel



Cadangan supplimen selain VIVIX

1. B COMPLEX - Untuk peredaran darah dan fungsi utama sistem saraf
2. VITALEA - Memberi keseimbangan vitamin dan mineral
3. VITA C - Memperbaiki saluran darah dan peredaran darah
4. VITA E - Melicinkan peredaran darah
5. LECITHIN - Diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak
6. OSTEMATRIX - Membantu dalam peredaran darah
7. GARLIC - Membekal lebih oksigen ke otak


Testimoni Vertigo




Jika anda memiliki simptom-simptom seperti di atas, berkemungkinan anda pengidap vertigo. Ubati vertigo dengan tonik Shaklee yang sangat-sangat terbaik. Ramuannya yang terdiri dari empat bahan yang memiliki tahap anti oksida yang tinggi. Hubungi saya, Shaklee Labuan untuk konsultasi percuma. Penghantaran percuma untuk vitamin Shaklee :)




Benign paroxysmal postional vertigo (BPPV)

Benign paroxysmal postional vertigo (BPPV)











Friday, 17 April 2015

TULANG RAPUH, LELAKI ATAU WANITA BERISIKO ?




Masalah tulang rapuh atau turut dikenali sebagai Osteoporosis tidak memilih mangsa. Siapa sahaja baik lelaki mahupun wanita, mampu diserang masalah tulang rapuh. Masalah tulang rapuh merupakan satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia boleh berlaku dikalangan mereka yang lanjut usia dan wanita menopause.

Lebih banyak tisu tulang hilang sekitar umur 35 tahun. Ini menyebabkan tulang semakin lemah dan nipis. Akan tetapi, individu yang waktu mudanya sangat aktif sehingga waktu tua, risiko tulang rapuh amat rendah kerana tulang masih kuat. 

Tulang merupakan tisu hidup yang memperbaharui diri sendiri dengan berterusan. Ia terdiri daripada bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen, bahan mineral, salur darah dan sum sum tulang. Tulang yang sihat amat padat yang ruang diantara tulang dengan tulang amat rapat. Keadaan sebaliknya berlaku kepada yang memiliki kepadatan yang rendah, ruang diantaranya amat besar menjadikan tulang sangat lemah dan kurang elastik.



Kekurangan hormon penting seperti hormon estrogen (wanita) dan hormon testosteron (lelaki) yang sepatutnya menyokong kekuatan tulang dengan cara memproseskan mineral seperti kalsium. 

Bagaimana Wanita Berisiko Mengalami Tulang Rapuh?

1. Wanita dilahirkan dengan ketumpatan yang lebih rendah berbanding lelaki dan kadar kemerosotan jisim tulang wanita lebih cepat berlaku berbanding lelaki.

2. Kitaran haid wanita turut dikawal oleh hormon estrogen. Hormon ini turut memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan dan kekuatan tulang wanita. Paras estrogen akan menurun apabila wanita mencapai tempoh menopause kerana pada waktu ini paras estrogen akan jatuh dengan mendadak berbanding sebelum menopause. Kekurangan horman estrogen menyumbang kepada kehilangan jisim tulang pada kadar satu hingga tiga peratus setahun.

3.  Wanita yang menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum mereka berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.

4. Wanita yang tidak datang haid dalam jangka masa lama (melebihi 6 bulan). Keadaan ini menyebabkan paras hormon estrogen rendah.


Punca Lelaki Rapuh Tulang

Bagi lelaki, kadar kerapuhan tulang bermula agak lambat jika dibandingkan dengan wanita. Akan tetapi akan sama apabila mencapai umur 65 tahun. Kekurangan hormon testosteron dikalangan lelaki menjadi punca dan penyumbang kepada masalah tulang rapuh.

Tanda dan Gejala Tulang Rapuh

1. Sukar untuk berdiri atau duduk dengan lurus (bongkok)

2. Tulang mudah patah tanpa sebarang hentakan atau hentaman (tulang pergelangan tangan, tulang pinggul dan tulang spinal)

3. Sakit sendi atau berisiko mengalami arthiritis dan kecacatan bagi kes patah akibat tidak dapat pulih sepenuhnya. 

Faktor-faktor Lain Penyumbang Risiko Tulang Rapuh

1. Hypertiroidism (Kelenjar tiroid yang sangat aktif)

2. Gangguan kelenjar adrenalin (Sindrom cushing, penghasilan berlebihan kortisol)

3. Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenalin menyebabkan osteoporosis 

4. Kurang pengeluaran hormon seks (Estrogen dan testosteron)

5. Gangguan di kelenjar pituitari

6. Kencing manis 

7. Tidak aktif

8.  Pengambilan minuman keras dan merokok dengan kerap

9. Gangguan penyerapan seperti Coeliac disease (penyakit seliak) dan Crohn disease (penyakit crohn)

10. Penggunaan ubat berdos tinggi bagi rawatan kortikosteroid bagi tempoh yang lama (selalu digunakan bagi rawatan arthiris dan asma). Ubat ini boleh mengurangkan kekuatan tulang

11. Kekurangan kalsium

12. Paras vitamin D yang rendah

13. Diet yang terlampau sehingga mencapai berat yang sangat rendah.

Tips Mencegah Tulang Rapuh

1. Mengambil keperluan zat kalsium secukupnya

2. Mengambil cukup Vitamin D jika kurang terdedah dengan cahaya matahari

3. Melakukan senaman secara teratur seiring dengan usia.

4. Membuat rawatan awal sebaik masalah kekurangan hormon testosteron dan estrogen dikesan

5. Menghindari alkohol dan tabiat merokok  

Rawatan Tulang Rapuh

Setiap individu disarankan untuk mengambil sehingga 1000mg setiap hari atau bersamaan dengan segelas susu untuk membekalkan kalsium pada tubuh. Pengambilan kalsium sewaktu muda amat digalakkan bagi menjamin kesihatan tulang yang optimum. Bagi mereka yang telah disahkan mengalami masalah tulang rapuh, beberapa kaedah rawatan yang telah disediakan untuk membantu mereka yang mengalami masalah.
 
1. Terapi gantian hormon- Terapi yang mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan tulang patah sepanjang tempoh rawatan.

2. Rawatan testosteron untuk lelaki

3. Ubat bukan hormon yang mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan tulang patah.

4. Selective estrogen receptor modulators (SERMs) 



BERMINAT UNTUK CUBA SET TULANG RAPUH SHAKLEE ?


ESP

ESP merupakan sumber protein yang baik yang dihasilkan tanpa perisa tiruan, pewarna dan juga pengawet. Protein amat diperlukan dan penting dalam pertumbuhan semula sel-sel tulang yang telah mati atau rosak.

Ostematrix 

Ostematrix merupakan supplemen yang membantu menguatkan tulang, membantu fungsi saraf dan mengelakkan kekejangan otot akibat kekurangan kalsium. Ostematrix Shaklee amat istimewa kerana dirumus dengan kandungan :-

 
Inginkan penjagaan optimum untuk tulang rapuh? Dapatkan set lengkap set tulang rapuh dari pengedar Shaklee yang berdekatan atau hubungi saya, Shaklee Labuan untuk set tulang Shaklee. Penghantaran percuma untuk seluruh Malaysia. Konsultasi percuma turut diberikan untuk anda :)