Monday, 20 October 2014

"LEMAU" KERANA STRESS

STRESS adalah "penyakit" yang perlu ditangani dengan segera agar kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan cergas. Stress wujud apabila emosi, mental dan tenaga seseorang bertindakbalas dengan sebarang tuntutan dalam kehidupan seharian mereka. Apabila berada dalam situasi tegang, perasaan stress cenderung wujud. Lama kelamaan apabila minda dan tubuh kita terlalu letih untuk berdepan dengan keadaan ini, kita akan menjadi mudah letih dan tidak bersemangat.


Sebelum keadaan menjadi semakin kritikal, adalah lebih baik menangani masalah stress ini. Ia bukan sahaja penting untuk kesihatan, malah kecerdasan seseorang juga. Apabila kita tidak stress, bermakna kehidupan seharian kita lebih mudah diharungi. Apabila tubuh sihat dan cergas, kita mampu lakukan apa-apa sahaja. Stress yang kronik juga mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Setiap orang mengalami stress dengan faktor yang berbeza. Antara perkara yang mampu menyumbang kepada stress adalah seperti ;

1. Masalah Di Tempat Kerja


~ Timbunan kerja yang melampau
~ Masalah dengan ketua mahupun rakan sekerja yang lain

2. Tekanan Di rumah
~ Keadaan rumah yang tidak tenang (berselerak dan sebagainya)
~ Perselisihan faham dengan pasangan
~ Kerenah anak-anak yang memberi tekanan

3. Hubungan



~ Mengalami masalah dengan pasangan
~ Bergaduh atau selisih faham dengan teman-teman

4. Kewangan
~ Keadaan kewangan yang membimbangkan

Itu hanya sebahagian faktor yang menyumbang kepada masalah stress. Banyak lagi faktor lain yang dapat meningkatkan stress yang dialami. Apabila kita ingin menangani masalah stress, kita perlu selidik terlebih dahulu dari mana punca stress tersebut, apabila sudah tahu apakan puncanya, barulah kita dapat menangani stress yang dialami. 

Jika stress kita disebabkan oleh orang lain, maka haruslah kita segera menjernihkan semula hubungan tersebut seperi memohon maaf atau membuat kejutan untuk menambat hati semula. Tetapi, usah hanya melihat orang lain sebagai punca kita stress, tetapi nilai diri sendiri terlebih dahulu dengan berusaha memperbaiki diri sendiri.

Akan tetapi, jika ia berkaitan dengan kerja adalah lebih baik mengamalkan sistem jadual. Jadual dapat mengatur cara kita bekerja dengan lebih sistematik. Apabila kerja yang dilakukan diatur dengan bijak, maka kuranglah stress yang dialami. Jika tekanan bermula dari rumah, maka berusahalah untuk mengubah suasana dalam rumah. Jadualkan urusan kerja di rumah agar keharmonian rumahtangga terjaga. Ia kedengaran remeh, tetapi berkesan. Hubungan seisi keluarga turut terjaga. Jika berada dalam situasi stress, cubalah beberapa langkah ini;


1. Bernafas Cara Yang Betul
2. Upgrade Rumah (Hiasi rumah agar lebih tenang dan harmoni)
3. Ambil Masa Rehat
4. Minum Air
5. Bersenam
6. Makan Makanan Manis

Bagi mereka yang beragama islam, langkah dibawah mungkin membantu ;


1. Biasakan Diri Untuk Sentiasa Dalam Keadaan Berwuduk
2. Perbanyakkan Membaca Alquran
3. Solat Sunat
4. Hargai Diri Sendiri


ALTERNATIF LAIN UNTUK TANGANI STRESSSSS ????

BERMINAT TANGANI STRESS DENGAN B COMPLEX ???

HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI PERCUMA

 

Saturday, 18 October 2014

ARTHRITIS, SIAPA YANG BERISIKO?




Arthritis atau dikenali juga sebagai radang sendi mampu menyerang sesiapa sahaja golongan dewasa. Individu yang diserang arthritis tidak mengalami kesakitan pada bahagian sendi yang sama kerana ia mampu menyerang mana-mana bahagian yang dianggap berisiko. Pengidap arthritis akan merasa sakit dibahagian sendi apabila bergerak aktif. Penyakit ini biasa dikaitkan dengan mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas, tetapi tidak mustahil dialami diusia muda.


Masalah arthritis dikategorikan kepada 2 jenis iaitu Osteoarthritis (OA) dan Rheumatoid arthritis (RA) dan setiap jenis dipengaruhi oleh sebab, risiko dan kesan yang berlainan pada setiap individu. Osteoarthritis sering menyerang pada bahagian sendi seperti sendi di pinggul, lutut dan tangan. Manakala Rheumatoid arthritis pula sering menyerang tangan dan pergelangan tangan dan mampu juga menyerang bahagian sendi lain pada tubuh. Akan tetapi, kedua-dua jenis arthritis ini menunjukkan simptom yang sama iaitu kesakitan pada sendi, rasa ketat atau kaku pada sendi juga keradangan atau sendi yang membengkak. 

1. Osteoarthritis (OA)




Osteoarthritis sering menyerang bahagian sendi seperti lutut, pinggang, tangan dan jari dan tulang belakang. Ia terjadi akibat kegagalan tulang rawan ataupun pengidap pernah mengalami kecederaan sendi. Tulang rawan bertindak sebagai penyerap, ia memberi kesan licin semasa pergerakkan. Apabila tulang rawan mengalami kegagalan, sendi akan sakit apabila mula bergerak. Antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu mengalami osteoarthritis seperti :

* Kesakitan pada sendi
* Bengkak pada sendi
* Sendi kaku dan sukar digerakkan pada masa-masa kurang aktif (contohnya baru bangun tidur)
* Kesakitan atau radang yang terlampau selepas melakukan sebarang aktiviti
* Sendi-sendi berbunyi apabila bergerak (berlaga sesama tulang)

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kepada Osteoarthriti, antaranya :

- umur
- jantina
- kecederaan sendi akibat aktiviti harian atau bersukan
- masalah berat badan berlebihan 
- masalah sendi
- keturunan

2. Rheumatoid arthritis (RA)


Rheumatoid arthritis (RA) adalah penyakit autoimun di mana sistem imun tubuh menyerang tisu sendi yang normal, menyebabkan keradangan lapisan sendi yang turut dikenali sebagai synovium boleh menyebabkan kesakitan, sendi bengkak dan keras, dan turut merah dan terasa panas. Antara simptom-simptom yang menunjukkan tanda-tanda Rheumatoid arthritis (RA) adalah;

* Sakit dan keras pada sendi dalam tempoh yang lama pada awal pagi ataupun selepas berehat dari melakukan sebarang aktiviti.
* Berlakunya radang sendi pada sendi-sendi seperti tangan dan jari, leher, bahu, siku, pinggang.
* Berlaku pada kedua-dua bahagian tubuh (contohnya jika terjadi pada jari sebelah kanan, ia akan menyerang jari sebelah kiri pada masa yang sama)
* Keletihan, demam sekali-sekala, dan rasa tidak sihat.

Penyebab  Rheumatoid arthritis (RA)

Walaupun sebab utama terjadinya Rheumatoid arthritis (RA) tidak dapat dipastikan,  tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kewujudan  Rheumatoid arthritis (RA), antaranya genetik dan persekitaran (gaya hidup).

Kaedah Rawatan Tanpa Ubat (Dadah) Bagi Pesakit Arthritis

Berikut adalah di antara kaedah rawatan yang sering disarankan kepada pengidap arthritis ;

* Terapi fizikal (bersenam)
* Pendidikan pesakit
* Terapi dalam pekerjaan
* Penggunaan alat pemanas dan penyejuk untuk mengurangkan kesakitan
* Peralatan sesuai untuk kaki (kasut)
* Melakukan pembedahan sendi untuk tujuan membaik pulih mana-mana sendi yang rosak, yang rosak teruk atau yang perlu diganti

Adakah Terdapat Alternatif Lain????



SET CADANGAN UNTUK MASALAH SENDI

Mengalami masalah memilih produk yang bersesuaian????
Jangan malu untuk hubungi saya ;
SHAKLEE LABUAN







Thursday, 16 October 2014

ANEMIA DIKALANGAN IBU HAMIL




Ibu hamil cenderung untuk mengalami ANEMIA apabila mengalami tahap HEMOGLOBIN yang rendah. Apabila ibu mengalami anemia, bekalan oksigen yang dibekalkan kepada bayi melalui darah ibu dikuatiri tidak mencukupi akibat masalah kekurangan darah merah yang dialami oleh ibu.



Sewaktu hamil, tubuh akan menghasilkan lebih darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Akan tetapi, jika ibu tidak mendapat bekalan iron yang mencukupi, berkemungkinan tubuh tidak mampu menghasilkan jumlah darah merah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan

Terdapat 3 jenis penyebab anemia yang boleh dialami oleh ibu hamil :


1. Kekurangan Iron

Anemia jenis ini berlaku apabila tubuh tidak memperoleh sumber iron yang mencukupi untuk membina sel darah merah agar dapat mengelakkan berlakunya tahap hemoglobin yang rendah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel darah merah dimana tugas hemoglobin adalah mengangkut oksigen dalam sel darah merah keseluruh tubuh.
Akibat kekurangan sumber iron, bekalan oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh tubuh melalui sel darah merah. KEKURANGAN IRON merupakan gejala yang biasa berlaku dikalangan ibu hamil.


2. Kekurangan Folate

Folate atau juga dikenali dengan panggilan asid folik merupakan kumpulan dalam vitamin B. Tubuh memerlukan folate untuk menggalakkan pertumbuhan sel baru, termasuklah pembentukkan sel darah merah yang sihat. Ibu hamil amat memerlukan folate dalam jumlah yang mencukupi. Akan tetapi pengambilan folate menerusi pemakanan seharian adakalanya tidak mencukupi bagi ibu hamil. Sama seperti iron, kekurangan folate turut menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna keseluruh tubuh badan. Ini akan memberi kesan terhadap kandungan seperti masalah tulang belakang dan bayi lahir dengan kurang berat badan.


3. Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang sehat. Ibu hamil yang kurang mengambil daging, telur atau sumber tenusu cenderung kekurangan vitamin jenis ini. 


Tips Tangani Anemia Sewaktu Hamil
 
 
1. Ambil Zat Besi

Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi dari sumber seperti haiwan dan tumbuhan. Sumber seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya diambil 4 kali dalam seminggu. Selain sumber haiwan, zat besi juga boleh diperolehi daripada pengambilan sayur-sayuran yang cukup. Contohnya, bayam merupakan sayuran yang kaya dengan zat besi.

2. Ambil makanan yang kaya asid folik 

Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

 3. Tingkatkan Pengambilan Vitamin C

Lengkapkan diet seharian dengan pengambilan  buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

4. Ambil Kekacang 


Kekacang seperti Cashew, Hazelnut dan Almond memiliki kandungan zat besi yang tinggi. Pengambilan kekacang juga digalakkan kerana tinggi dalam omega-3 yang dapat membantu perkembangan otak bayi.

5. Elak Kaffein

Berusaha menjauhi pengambilan teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Kehadiran asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan .

Cadangan Zat Besi Untuk 
Mengatasi Anemia ? 

VITA-LEA SUMBER ZAT BEZI YANG TERBAIK

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/vita-lea-iron-formula.html
 [Klik gambar untuk maklumat produk]

Testimoni The Beauty Of You



Testimoni lain







Sukar Mencari Set Lengkap Ibu Hamil ?
Cuba yang terbaik dari SHAKLEE




*****************************************

Mencari set hamil yang memberi 1001 kebaikan khasnya untuk kesihatan ibu dan perkembangan anak? Set Hamil Shaklee menawarkan kebaikan yang memberi manfaat kepada kedua-duanya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkenaan produk. Percuma penghantaran untuk seluruh LABUAN dan percuma pos untuk LUAR LABUAN.



*****************************************

Tuesday, 14 October 2014

SHAKLEE EFFECTS ; PENGEDAR SHAKLEE LABUAN

Pengedar Shaklee Labuan ; Ini kisah Shaklee Effects saya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ... salam sihat selalu

Hari ni nak kongsi sikit kisah diri saya, bila saya join Shaklee dan kenapa saya join Shaklee. Kisah sebelum saya menjadi Pengedar Shaklee Labuan.

Saya mula melibatkan diri dalam Shaklee bermula bulan Ogos 2013 apabila mama selalu sangat mengadu sakit lutut. FB Fanpage yang selalu je muncul pada masa tu FB Fanpage SHAINASHOP. Sambil skodeng2, saya cuba jugak mencari agen yang boleh menawarkan saya produk Shaklee dengan harga yang murah (bajet sangat la kot), .... search punya search... cari punya cari jumpa la satu FB hamba Allah ni... murah la sangat... ok , saya janji nak bank in... masa tu pulaklaaaa  Maybank2u saya buat hal. Kena block dengan Maybank... haiye.... 

So, demi harga murah kugagahi ke ATM Maybank untuk transfer rmXX....

"ANDA TIDAK DIBENARKAN BERURUSAN DENGAN PEMEGANG AKAUN INI" 

Tu AMARAN yang terpapar pada skrin mesin ATM. Astagfirullahalazimmmmm......... hampir di TIPU !!!!
Haaa.... kaaauuuuu..... nak sangat harga murahkaannnn ..!!!!.. Allah tu memang maha BESAR...maha MENGETAHUI....... sangat2 melindungi saya.... terus saya beristigfar banyak2 (menyirap terus darah.... sabo.. sabo) mungkin si hamba Allah ni selalu menipu dan ada orang telah membuat report ke Maybank)... 

Aduhaiiii..... banyak betul cara orang sekarang nak menipu. Terrer tak terrer je... Lepas tu saya terus je berurusan dengan Wardah Aina dari SHAINASHOP.... dan sekarang dia 'Mama Shaklee' I hokey.

Sekarang saya antara Pengedar Shaklee Labuan yang aktif. Mula-mula tu hanya promote kat kawan-kawan. Saya mula buat FB Fanpage THE BEAUTY OF YOU. Lepas tu nak luaskan lagi, saya buat blog YANG SAYA CINTAI NI... vitafamilyshop.blogspot.com.
Berjinak-jinak sebagai blogger, belajar-belajar nak maju... hhhmmm....

Kenapa Saya Stay Dengan Shaklee?

Kenapa ye saya jatuh cinta dengan Shaklee??


1. Kesihatan Semakin Baik

Bukan semua produk Shaklee saya pernah cuba, tapi banyak yang saya pernah cuba. Yang paling best saya cuba SET MIGRAIN. Memang superb lah orang kata !!!! 2 minggu je migrain dulu yang hari2 sekarang dah kurang.   



Dalam masa yang sama, kejang kaki yang selalu saya alami DAH TAKDE !!!! HEBATKAN ??!!!!! Memang arrr suka, giler sakit menjerit-jerit tengah malam... SEBAB APA HILANG?? Sebab makan OSTEMATRIX... diriku kurang kalsiummmmmmm... 

Owhhh..... balik cerita pasal mama yang sakit sendi... dahnye setiap hari menjahit, mana tak bergegar lutut... huhuhuhu... ok bagi set ni pulak




1 set ada 3 botol. Ni fullset, saja bagi yang fullset dulu sebab memula memang kena rawat bebetul kan? dalam seminggu je mama dah okey... so habiskan je stok tu untuk sebulan. Tapi bukan takat lutut pun okey, kulit pun jadi FLAWLESS gitew sebab kesan ambil omega Guard... lembap gitew kulit. Yela... Omega kan minyak, so dia bagi kesan lembap pada kulit. Lepas sebulan mama nak makan Omega Guard je.... saya ok je.....

Tak habis sampai situ je, bila KENCING MANIS abah agak teruk, sebab dah start amik insulin. Kesan ambil insulin tu saraf pada kaki jadi kebas. Kadang-kadang tak rasa kaki, mencucuk-cucuk... maksudnye saraf la kan?? So aim beli VIVIX.  Duit boleh dicari, sementara saya masih mampu bantu, saya bantu mana yang boleh. Alhamdulillah dah takde lagi masalah itu. Abah makan dalam 2 botol la macam tu. 

  
Lepas tu, tiap bulan saya maintain beli VIVIX untuk mama & abah. Untuk Kesihatan dorang. 1 botol all in one.  

Anak-anak pulak??

Ofkos la hado.... Syafiq tu dulu sikit-sikit sakit kaki, sikit-sikit sakit kaki, lepas tu selalu berdarah hidung tak pasal-pasal. Adli Danial yang mulut becok tu sebenarnya sangat2 mudah demam, batuk dan selsema. Tak boleh ada diantara kami yang sakit, mesti dia adalah mangsa kalau nak dibandingkan dengan Shafik. Kalau jalan jauh pun, balik mesti sakit. Memang Adli yang paling kerap ke klinik. Tapi alhamdulillah, sekarang jarang-jarang ke klinik. MEALSHAKES memang ohsem !!! multivitamin untuk budak lasak 2 orang tu.  Anak buah yang gebu gebas tu pun dah ambil Mealshakes sebab batuk selsema tak abes-abes. Sekarang duit klinik pun boleh kurangkan sikit. 




Yang paling best antara yang terbest dan terlaris.... apa lagi kalau bukan ESP. 
Produk HOT... HOT.... HOT sangat..... (sia mimang dari kesik-kesik suka susu soya .. huhuh)..

Sangat BEST... LAKU KERAS...Ni pon memang saya minum... nyum..nyum... selalu buat milo tabur...miahahaha...


Set yang disayang-sayang....... huhuhu...... dah bertambah series ni memang la nak kena jaga. Tua itu pasti, tapi hanya untuk kepuasan diri... eceh... 
 


Selain tu amek GLA jugak untuk kesuburan.... almaklum 3 tahun ambil implanon, sambung setahun setengah ambil pil perancang YAZZ. huhu...


2. Tambah Sumber Pendapatan

Bulan-bulan nak jugak rasa income lebih sikit.... boleh shopping-shopping... hehehe... boleh tambah tabungan sikit. Alhamdulillah semakin lama semakin maju.... sikit-sikit lama-lama jadi gunung kinabalu... hehehe. Bagi yang nak tambah sumber pendapatan... apalagi... jom la :)

Sekarang ni banyak kes-kes penipuan oleh penjual online. So, peniaga online lain yang tak bersalah pun dapat tempias.... Tapi tak kurang CUSTOMER YANG JADI BACKOUT BUYER. huhuhu.... sama je la... jangan asik nak salah kan peniaga tak jujur..... pembeli pun sama naik menipu jugak.... hhhmmm...... Langkah selamat, adalah baik saya daftar my lovely bisnes ni..... ko selamat, aku selamat... tak gitu???




Alhamdulillah...... kini saya merupaka Pengedar Shaklee Labuan. Kawan-kawan yang berada di sekitar Labuan, boleh hubungi saya jika berminat dengan produk Shaklee. Kawan-kawan luar dari Labuan juga boleh mendapatkan produk Shaklee kerana bisnes saya tanpa batasan. Konsultasi juga diberi secara percuma untuk kawan-kawan yang memerlukan. 

Pengedar Shaklee Labuan

Monday, 13 October 2014

KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN

Semua orang pun nak kulit cantik, gebu, halus... tipu la kalau kata TIDAK. Sedangkan orang yang takde masalah kulit pun jeles bila tengok kulit orang lain gebu... huhuhu. Kulit yang bermasalah boleh menyebabkan seseorang rasa DOWN, rasa SEDIH... tengok cermin je rasa nak MARAH... kalau saya jerawat sebijik bertenggek pun rasa MENYAMPAH... 



Tapi, saya percaya semua terutama wanita berusaha merawat kulit agar kekal SEGAR, TEGANG, CANTIK, sebab ini dapat meningkatkan keyakinan diri (pada pendapat saya la). Sama ada dia berusaha kearah itu, atau tidak tak pasti la pulak. Ada orang nak cantik tapi takde BAJET, ada pulak yang nak cantik tapi KEDEKUT, ada juga yang nak cantik tapi MALAS.... hehehe..... mcm2 orang dah saya jumpa... tanye itu ini?  guna apa? beli kat mana? lama ke nak cantik kulit tu? macam-macam..... tapi bila sebut bab HARGA... terus SLOW.... bila sebut bab MASA ...  terus MALAS.., TAK SEMPAT LA, ITU LA, INI LA... biasa la.
Siap ada yang tanye " ko bangun pagi jam berapa hari2 ?' hehehe..... saya bangun AWAL, siap masak lagi untuk BREAKFAST anak-anak... kau hado????

Nak tak  kulit gebu gebas dengan VITAMIN je? 

Bukan nak bagi free..... nak share je.... heeee



1. Energizing Soy Protein (ESP)
Asid amino yang terkandung dalam protein menyumbang kepada pembentukan tisu yang baru, antibodi, hormon, enzim dan sel darah. Kolagen adalah struktur tisu yang memberikan kesan tegang dan anjal pada kulit. hampir 30% penggunaan protein adalah untuk kolagen dimana kolagen menyokong kekuatan tulang, kulit, sistem saraf dan gigi Protein yang cukup membantu agar kulit kekal sihat.

2. Vita E Complex
Ramai yang tahu Vitamin E sangat bagus untuk kulit kerana sifat antioksidannya mampu merawat dan melindungi kulit. Anti oksidan adalah agen yang dapat memerangi radikal bebas penyebab kepada kehilangan kolagen asli kulit, kedutan dan kekeringan kulit. Vitamin E tidak dihasilkan oleh tubuh, dan itu merupakan alasan utama mengapa anda perlu mencari sumber Vitamin E agar dapat memerangi radikal bebas yang dapat mengurangkan keanjalan dan kecantikan kulit. Sumber Vitamin E dari pemakanan seharian tidak mencukupi untuk tubuh menghalang terjadinya proses penuaan sebelum waktunya.

3. B-Complex
Pengambilan Vitamin B yang mencukupi menggalakkan pertumbuhan rambut, kulit dan kuku yang cantik. Kekurangan Vitamin B mengundang masalah seperti masalah kulit, ruam dan keguguran rambut. Vitamin B3 yang terdapat dalam kumpulan Vitamin B Complex membantu masalah pigmentasi, iaitu keadaan warna kulit yang tidak sekata. Manakala Vitamin B5 pula mampu mengurangkan tahap kolestrol. Vitamin B5 juga mampu bekerja dengan lebih baik jika digabungkan dengan pengambilan Vitamin C

4. Vita C
Jika kulit terlalu terdedah dengan cahaya matahari, Vitamin C dapat membantu kulit dari kerosakkan disebabkan sinar UV. Vitamin C lebih hebat fungsinya jika digabungkan dengan Vitamin E. Sama seperti Vita E, Vitamin C juga merupakan agen antioksidan yang dapat memerangi kehadiran radikal bebas. Vitamin C juga tidak dihasilkan oleh tubuh dan kehadiran Vitamin C hanya melalui pengambilan diet seharian. Kulit yang lembut dan tegang mampu diperolehi dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi. Penghasilan kolagen juga amat memerlukan kehadiran Vitamin C untuk membantu.


5. Collagen Powder
Semakin kita meningkat usia, kadar pembentukkan kolagen adalah semakin rendah. Kurangnya kolagen akan menyumbang kepada pembentukan kedutan diwajah, kulit kusam dan amalan hidup yang kurang sihat seperti merokok dan pendedahan terhadap cahaya matahari yang terlampau memburukkan lagi keadaan. Kolagen bukan sekadar untuk memastikan kulit menjadi tegang, bahkan kehadirannya diperlukan dalam pembentukkan tulang, otot, saraf dan organ. 

Terpulang kepada kita untuk memilih cara mana yang baik dalam memastikan tubuh sihat. Kulit merupakan bahagian tubuh yang mampu mengambarkan keadaan kesihatan kita. 

Jika ada masalah untuk memilih set kulit mana yang bersesuaian, boleh hubungi saya ;
SHAKLEE LABUAN :)







Sunday, 12 October 2014

3 LANGKAH ASAS PENJAGAAN WAJAH

Kulit wajah yang tidak menghadapi sebarang masalah seperti jerawat, masalah kulit kering, dan jeragat pastinya bonus bagi empunya diri. Walaubagaimanapun, keadaan kulit wajah yang sempurna tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengabaikan penjagaan kulit. Memang terdapat sebahagian individu yang kurang menitik berat hal penjagaan wajah kerana dianggap tidak perlu ataupun kurang penting.



Tidak perlu berhabis-habisan wang ringgit berkunjung ke SPA atau pusat penjagaan wajah hanya untuk melakukan 3 langkah asas dalam penjagaan kulit wajah kerana 3 langkah ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Yang mahal tidak semestinya bagus, dan yang murah tidak semestinya tidak elok. Hanya mengaplikasikan sedikit teknik urutan yang betul dapat memberikan impak pada empunya kulit. Sesekali berkunjung ke pusat-pusat rawatan wajah memadai, mungkin kita ingin kulit dibelai  oleh seseorang.

Apakah 3 langkah asas penjagaan wajah itu? Pernahkan 3 amalan ini dilakukan dalam penjagaan seharian kulit? MENCUCI, MENYEGAR DAN MELEMBAP. 3 langkah ini cukup mudah dilakukan setiap hari. Yang penting kesedaran terhadap penjagaan asas wajah dapat membantu anda memiliki kulit yang sihat dan berseri


1. Mencuci

 

Kulit adalah bahagian tubuh yang paling terdedah dengan debu, kekotoran dan bahan-bahan pencemaran yang lain. Walau apapun jenis kulit yang dimiliki, kulit tetap memerlukan cucian yang sempurna dengan melakukan rutin cucian yang betul. Pendedahan kulit terhadap bahan-bahan pencemaran yang lain mampu mendorong kepada masalah radang kulit. Selain mampu menganggu keseimbangan semulajadi kulit, ia juga dapat merosakkan fungsi asalnya.

Pilihlah pencuci muka berdasarkan jenis kulit yang dimiliki. Terdapat pelbagai jenis pencuci yang boleh dibeli mengikut bajet dan keperluan masing-masing. Elakkan mencampur adukkan jenama produk berlainan. Pencuci yang menghasilkan terlalu banyak buih mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan bahan yang berasaskan organik amat disarankan seperti susu, yogurt dan out. Lakukan urutan lembut sewaktu mencuci muka untuk kira-kira 20-30 saat. Tindakan ini merangsang pengaliran darah kepada permukaan kulit. Bilas dengan air bersih secukupnya sehingga semua kesan kekotoran benar-benar telah tanggal dari kulit. Keringkan kulit dengan tuala lembut dengan cara tekap wajah sehingga kering.

2. Menyegar



Tidak kira apa jua jenis kulit, proses penyegaran juga perlu. Langkah menyegar boleh dibuat setelah selesai cucian wajah. Penggunaan penyegar sering kali dilupakan kerana ramai menyangka mencuci dan melembap sudah memadai, padahal ia amat penting bagi membantu mengimbangi semua elemen dalam rangkaian penjagaan kulit. Hanya basahkan kapas lembut dengan toner yang sesuai, oleskan pada keseluruhan wajah termasuk kawasan leher untuk mendapatkan kesan segar. Pastikan ia dilakukan dalam gerakan ke atas.


3. Melembap 









 
Melembap kulit dengan pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit merupakan bahagian paling penting dalam rutin penjagaan kulit. Titikkan sedikit pada wajah dan urut perlahan dengan jari dengan gerakkan ke atas. Ia akan memberi lapisan perlindungan kepada kulit, memudahkan solekan diaplikasikan dan memastikan keseimbangan pelembap.

Kandungan minyak semulajadi amat seimbang bagi kulit normal, akan tetapi adakalanya ia menjadi kering akibat faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Struktur pelembap yang ringan seperti lotion sesuai untuk kulit normal. Keanjalan kulit mudah terjejas kepada kulit jenis kering. Pilihlah pelembap yang bertekstur keras seperti krim untuk kulit kering. Kulit berminyak memiliki kelenjar sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Oleh yang demikian, penggunaan pelembap haruslah dielakkan. Walaubagaimanapun pemilik kulit jenis ini masih boleh menggunakan pelembap yang mengandungi bahan penyerap minyak berasaskan air.








Friday, 10 October 2014

BAWANG PUTIH



Bawang putih ternyata banyak khasiat untuk kesihatan. Bawang putih telah digunakan sekian lama dalam masakan dan perubatan. Ia mengandungi sebatian sulphur yang boleh merangsang sistem imun semulajadi dalam membantu mengurangkan pertumbuhan tumor. Khasiat lain termasuk mengubati demam, selsema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembukan penyakit kulit. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di China dan Korea.

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Tumbuhan ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan. Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

 

Rawatan Bawang Putih 

 

1. Bawang Putih Rawat Tumit Merekah
Tumit kaki yang pecah dan merekah bukan sahaja mencacatkan penampilan malah adakalanya cukup menyakitkan. Apakata anda cuba rawat menggunakan cara tradisional. Campurkan perahan limau nipis bersama bawang putih yang telah dihancurkan. Gosok perlahan-lahan pada tumut kaki yang bermasalah secara rutin sehingga anda rasakan perubahannya

2. Bawang Putih Rawat Jerawat
Bawang putih mampu merawat jerawat kerana ia mengandungi bahan anti-bakteria dan anti-virus yang dapat mengurangkan keradangan kulit seperti ruam serta mengecutkan jerawat. Bawang putih mengandungi minyak astiri yang tinggi dan mampu bertindak sebagai antibakteria dan antiseptic. Hancurkan bawang putih dan sapu pada kawasan yang berjerawat