KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN

Semua orang pun nak kulit cantik, gebu, halus... tipu la kalau kata TIDAK. Sedangkan orang yang takde masalah kulit pun jeles bila tengok kulit orang lain gebu... huhuhu. Kulit yang bermasalah boleh menyebabkan seseorang rasa DOWN, rasa SEDIH... tengok cermin je rasa nak MARAH... kalau saya jerawat sebijik bertenggek pun rasa MENYAMPAH... 



Tapi, saya percaya semua terutama wanita berusaha merawat kulit agar kekal SEGAR, TEGANG, CANTIK, sebab ini dapat meningkatkan keyakinan diri (pada pendapat saya la). Sama ada dia berusaha kearah itu, atau tidak tak pasti la pulak. Ada orang nak cantik tapi takde BAJET, ada pulak yang nak cantik tapi KEDEKUT, ada juga yang nak cantik tapi MALAS.... hehehe..... mcm2 orang dah saya jumpa... tanye itu ini?  guna apa? beli kat mana? lama ke nak cantik kulit tu? macam-macam..... tapi bila sebut bab HARGA... terus SLOW.... bila sebut bab MASA ...  terus MALAS.., TAK SEMPAT LA, ITU LA, INI LA... biasa la.
Siap ada yang tanye " ko bangun pagi jam berapa hari2 ?' hehehe..... saya bangun AWAL, siap masak lagi untuk BREAKFAST anak-anak... kau hado????

Nak tak  kulit gebu gebas dengan VITAMIN je? 

Bukan nak bagi free..... nak share je.... heeee



1. Energizing Soy Protein (ESP)
Asid amino yang terkandung dalam protein menyumbang kepada pembentukan tisu yang baru, antibodi, hormon, enzim dan sel darah. Kolagen adalah struktur tisu yang memberikan kesan tegang dan anjal pada kulit. hampir 30% penggunaan protein adalah untuk kolagen dimana kolagen menyokong kekuatan tulang, kulit, sistem saraf dan gigi Protein yang cukup membantu agar kulit kekal sihat.

2. Vita E Complex
Ramai yang tahu Vitamin E sangat bagus untuk kulit kerana sifat antioksidannya mampu merawat dan melindungi kulit. Anti oksidan adalah agen yang dapat memerangi radikal bebas penyebab kepada kehilangan kolagen asli kulit, kedutan dan kekeringan kulit. Vitamin E tidak dihasilkan oleh tubuh, dan itu merupakan alasan utama mengapa anda perlu mencari sumber Vitamin E agar dapat memerangi radikal bebas yang dapat mengurangkan keanjalan dan kecantikan kulit. Sumber Vitamin E dari pemakanan seharian tidak mencukupi untuk tubuh menghalang terjadinya proses penuaan sebelum waktunya.

3. B-Complex
Pengambilan Vitamin B yang mencukupi menggalakkan pertumbuhan rambut, kulit dan kuku yang cantik. Kekurangan Vitamin B mengundang masalah seperti masalah kulit, ruam dan keguguran rambut. Vitamin B3 yang terdapat dalam kumpulan Vitamin B Complex membantu masalah pigmentasi, iaitu keadaan warna kulit yang tidak sekata. Manakala Vitamin B5 pula mampu mengurangkan tahap kolestrol. Vitamin B5 juga mampu bekerja dengan lebih baik jika digabungkan dengan pengambilan Vitamin C

4. Vita C
Jika kulit terlalu terdedah dengan cahaya matahari, Vitamin C dapat membantu kulit dari kerosakkan disebabkan sinar UV. Vitamin C lebih hebat fungsinya jika digabungkan dengan Vitamin E. Sama seperti Vita E, Vitamin C juga merupakan agen antioksidan yang dapat memerangi kehadiran radikal bebas. Vitamin C juga tidak dihasilkan oleh tubuh dan kehadiran Vitamin C hanya melalui pengambilan diet seharian. Kulit yang lembut dan tegang mampu diperolehi dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi. Penghasilan kolagen juga amat memerlukan kehadiran Vitamin C untuk membantu.


5. Collagen Powder
Semakin kita meningkat usia, kadar pembentukkan kolagen adalah semakin rendah. Kurangnya kolagen akan menyumbang kepada pembentukan kedutan diwajah, kulit kusam dan amalan hidup yang kurang sihat seperti merokok dan pendedahan terhadap cahaya matahari yang terlampau memburukkan lagi keadaan. Kolagen bukan sekadar untuk memastikan kulit menjadi tegang, bahkan kehadirannya diperlukan dalam pembentukkan tulang, otot, saraf dan organ. 




Pengedar Shaklee Labuan


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.


Comments