Menguruskan rumah tangga tanpa 'maid' memang sukar pada sesetengah ibu. Saya memang tak pernah ada pengalaman dengan 'maid' atau orang gaji. Buat masa ini, perkhidmatan 'maid' tak diperlukan di rumah sebab tiada 'privacy'. Saya lebih senang dengan situasi ini buat masa ini kerana sekurang-kurangnya membantu tubuh untuk tidak menternak lemak. Memang ibu berkerja sangat-sangat terhad dari segi pengurusan masa kerana tugas mereka menjadi 'double'. Semua perkara perlu disediakan. Menguruskan anak-anak, menguruskan suami, menguruskan rumahtangga dan tambah lagi tugas-tugas ditempat kerja.
Mungkin situasi ini kurang dirasai oleh 'fulltime supermom'. Kalau ada pun mungkin yang kerap mengisi masa lapang dengan kerap online sambil skodeng-skodeng gosip, mesyuarat tingkap dengan jiran tetangga, tidur di masa free. Kalau ini, confirm dia lebih sebuk dari 'supermom' yang berkerja. huhuhuhu
Penat memang tak terkata nak-nak lagi time tu husband outstation. Rasa macam nak nangis sambil driving. Tenaga makin lama, makin susut. Sampai tahap macam heret je kaki tu.Tak larat nak kehulu kehilir menguruskan anak. Sebab sendirian menguruskan anak dari pagi sampai petang. Tugas sebagai guru terikat dengan jadual pengajaran. Confirm lenjun baju berpeluh !
Apabila kepenatan menguruskan banyak perkara, mulalah 'mood' pun menjadi kurang baik, prestasi kerja menurun, rumah yang sepatutnya menjadi tempat beristirehat pun tidak dapat membantu mengurangkan stress berkerja. Paling ketara apabila diri sendiri pun tidak terurus, mudah letih, lemah, penampilan pun adakalanya sangat menyedihkan.
Masa perlu diatur dengan cekap ! Itu paling penting. So di sini ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk 'supermom' yang tak ada 'maid' seperti saya.
1. Gosok Baju Stok Seminggu
Biasakan untuk membuat persiapan awal sama ada untuk diri sendiri, suami atau anak-anak (peringatan untuk diri sendiri jugak). Gosok baju sekali banyak ni sangat membantu bila :
i. Bangun lewat.. hehe.. ada masa macam nak terlompat dari katil bila teringat baju belum gosok.
ii. Awal pagi yang ceria. Semua kerja kalau siap awal pagi tak lah rasa nak 'hangin satu badan'.
iii. Black Out. Ini memang la malang. Dapat pulak dalam almari tu baju yang memang semua nak kena gosok.
Kalau saya, aktiviti gosok baju ni akak mula hari jumaat lagi. Part by Part... hehehe.... Apa yang saya buat ?
Jumaat ;
Saya akan menggosok sekolah anak terlebih dahulu. Baju sekolah ini yang stok dalam bakul baju yang tak berlipat. Sebab confirm ada lagi yang dalam mesin basuh kan?
Sabtu ;
Masa ni gosok baju sekolah yang telah dicuci dan juga baju suami. Saya gosok baju suami 5 pasang je.. ngam2 seminggu. Kalau rasa rajin boleh gosok lebih. No problemo !
Ahad ;
Hari ahad hari gosok baju sendiri. Hhhhmmmm..... tapi kalau rajin, boleh je gosok sekaligus.
Bila part by part tak la letih sangatkan? tapi efektif lagi kalau gosok sekaligus... lebih jimat letrik.
2. Bangun Awal.
Jam berapa 'supermom' yang lain bangun pagi ? 4.30 pagi paling awal, 5.00 pagi paling lewat. Bangun awal sebab nak kena siapkan breakfast dan makan tengahari. Dua menu untuk sepagi tu. Anak-anak memang saya biasakan sarapan sebab tak nak mereka terlampau lapar semasa di sekolah.
Saya juga suka berhias apabila ke tempat kerja. Bangun awal membantu saya menghias diri lebih awal. Tak hairan la kalau ada teguran ni pada saya ;
'Walaupun sibuk... bangun awal memasak tapi cik mizan kita ni mesti tak lupa ber'mekup'... hehehe....
3. Ambil Order Sebelah Malam
Ni lah dia kalau anak kategori 'cerewet'. Memang perlu difahami selera mereka. Lagi-lagi anak saya yang ke dua. Sangat-sangat suka makan dan makanan mesti ikut selera dia. Untuk elakkan pagi-pagi saya rasa macam nak makan budak... elok saya tanya apa yang perlu untuk esok. Jika yang di minta tiada, saya hanya bagi pilihan mengikut bahan yang ada di rumah. So sekurang-kurangnya mereka dah tau awal apa yang mereka akan makan esok pagi dan tidak menganggu emosi untuk ke sekolah.
4. Cuci Pinggan Sebelum Tidur
Disebabkan saya menyediakan sepenuhnya makanan sarapan dan tengahari untuk anak-anak dan suami, kaedah ini sangat berkesan, dimana waktu pagi saya tidak terbuang dengan membersihkan dapur pada awal pagi. Lauk yang perlu dimasak juga saya 'defrost' pada sebelah malam dan meletakkan di bahagian bawah peti ais. Esoknya hanya terus masak ! Mudahkan ?
5. Bersih Bilik Air Semasa Mandi
"Muka lawa, bilik air rumah kotor !!'.... pernah dengar ungkapan tu? Saya memang kurang gemar kalau bilik air 'berkarat'... janganlah diluar sebuk melawa, dalaman rumah .. Allah je yang tahu. Apa salahnya, sambil mandi, sental mana-mana yang patut. Bukan setakat sental muka dan badan, bilik air pun kena bersih. Ini dah kira menjimatkan masa.
6. Bersihkan Rumah Setiap Hari.
Bersihkan rumah setiap hari, bukanlah bermaksud membuat kerja-kerja pembersihan yang maksimum. Sekurang-kurangnya menyapu boleh dilakukan setiap hari. Zaman moden ni dah banyak alat penjimat masa yang boleh digunakan. Kalau malas menyapu, vakum je !! Macam saya... hehhehe. Tidak semua kerja rumah perlu diselesaikan hujung minggu. Memang bongkok lah kalau macam tu.
7. Minum Air Secukupnya
Kekal bertenaga dengan membekalkan secukupnya air pada tubuh. Disamping dapat menjaga kelembapan kulit, ia juga mengelakkan diri dari terhidrasi. Air juga mampu membantu membuang toksin-toksin. Bila kurang air, saya mudah diserang sakit kepala dan tekak mulalah macam perit dan sakit. Untuk memastikan saya mendapat cukup 2liter air sehari, saya guna botol tupperware 2liter setiap hari. Jadi, saya akan pastikan saya habiskannya setiap hari.
8. Sediakan Awal Barang-barang Yang Perlu Dibawa
Ini sangat penting. Jangan sediakan semua diwaktu pagi. Kalau bangun lambat lagilah haru biru. Beg sekolah anak, botol air anak, beg sekolah mak, handbag mak... (mak bawa beg lagi banyak.. hehehe).
'Supermom tanpa Maid'... haihhhh..... mana nak dapat tenaga sepanjang hari ni???
Inilah yang paling mencabar.. TENAGA SEPANJANG HARI.. aduuhhh..... Tenaga sebenarnya diperolehi dari pemakanan seharian. So pastikan 'supermom' mengambil makanan tinggi nutrisi agar tidak mudah jatuh sakit.
ENERGY BOOSTER
Bahagian ini memang tidak pernah tinggal. Kebiasaannya saya akan sarapan di rumah terlebih dahulu. Apa yang menjadi Energy Booster saya???
Inilah BFF daku. ESP setiap pagi. Sebelum ke tempat kerja. Sangat-sangat membekalkan tenaga segera dan sangat rendah IG (Index Glicemic). Dimana ia melepaskan gula dengan perlahan supaya kenyang dalam tempoh yang lama. Sekurang-kurangnya sebelum saya sambung makan di sekolah dalam jam 10 pagi. hehehe... Biasanya saya akan makan makanan berat sebab saya jarang makan tengahari. Jadi, tak lah lapar sangat semasa mengajar.
Sebenarnya, banyak lagi rangkaian energy booster ni. Boleh pilih ikut bajet masing-masing.
Kalau tak percaya, cuba baca testimoni-testimoni shaklee yang ambil energy booster
**************************************************
Kalau 'SUPERMOM' yang lain perlukan ENERGY BOOSTER untuk maintain tenaga sepanjang hari, boleh hubungi saya untuk ENERGY BOOSTER mengikut bajet masing-masing. Perhantaran percuma seluruh Labuan, dan pos percuma bagi kawasan luar Labuan
***************************************************
Comments
Post a Comment