VITAMIN IBU HAMIL KEKAL SIHAT



Ibu hamil memerlukan pelbagai nutrisi yang membantu perkembangan bayi yang dikandung bermula dari awal kehamilan hinggalah disaat kelahiran. Pengambilan makanan seharian yang berkhasiat dan lengkap seperti yang disarankan dalam piramid makanan membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil. Akan tetapi perubahan selera makan yang berlaku pada sesetengah ibu hamil dikhuatiri dapat menjejaskan kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Ini kerana gejala seperti muntah-muntah, loya, hilang selera makan mungkin terjadi dikalangan ibu hamil.



Sejauh manakah hidangan seharian yang diambil mencukupi untuk ibu hamil?



 
ESP Soy Protein Isolate Powder

Pengambilan supplemen dapat menampung membekalkan nutrisi yang tidak mencukupi. Set hamil Shaklee menawarkan nutrisi yang amat diperlukan oleh ibu hamil. Kandungan protein yang tinggi dalam ESP membantu perkembangan otak bayi, kulit bayi lebih bersih dan gebu disamping membekalkan tenaga yang berkekalkan untuk ibu. ESP turut disyorkan untuk ibu hamil yang tidak menggemari susu kerana ESP Shaklee membekalkan 500mg kalsium yang sememangnya amat penting untuk ibu hamil. Ini kerana ibu hamil cenderung kehilangan kalsium kerana kalsium ibu akan diserap oleh bayi yang dikandung untuk membentukkan tulang bayi.

ESP Soy Protein Isolate Powder keluaran Shaklee merupakan soya yang ditanam secara organik. Oleh itu ESP amat sesuai untuk penggunaan bagi ibu-ibu hamil kerana kacang soya Shaklee adalah asli dan tidak diubah suai secara genetik (non-gmo soy). Keistimewaan ESP Shaklee ini adalah diproses tanpa melalui proses haba untuk mengekalkan kandungan proteinnya.

Pemakanan ibu hamil kadang-kala mempengaruhi kesihatan ibu. Ini kerana pada waktu ini terdapat ibu hamil disahkan mengidap darah tinggi dan kencing manis, walhal tidak pernah mengalaminya sebelum disahkan hamil. Ini kerana ESP Shaklee merupakan soya yang memiliki kandungan karbohidrat yang rendah dan juga rendah glisemik dan gula.

Pengambilan 3 sudu ESP Shaklee sehari sudah cukup membekalkan protein untuk ibu hamil.

Vita-Lea Iron Formula
Kekurangan nutrisi dikalangan ibu hamil mampu menjejaskan kesihatan ibu dan juga kandungan. Vita-Lea merupakan  multivitamin yang lengkap dengan iron yang sangat membantu pembentukkan sel dan darah merah. Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian yang lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting (disarankan RDA). Ia formula yang sungguh komprehensif dan sangat seimbang. 



Pengambilan Vitalea Shaklee sewaktu hamil juga boleh membantu ibu untuk memperolehi bacaan haemoglobin (HB) yg paling optimum. Bacaan HB yg terlalu rendah ataupun terlalu tinggi sewaktu hamil boleh menyebabkan risiko kematian ke atas bayi yang dikandung





Memerlukan bantuan berkaitan pengambilan produk yang sesuai? Jangan malu untuk hubungi saya :)

DAPATKAN SET LENGKAP IBU HAMIL UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN YANG MAKSIMUM SEWAKTU MENGANDUNG



Comments