Saturday, 24 January 2015

CHEWABLE VITA-C PLUS

Banyak fungsi yang mampu dilakukan oleh tubuh anda, tetapi ia tidak mampu menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Shaklee menawarkan Chewable Vita C Plus yang mampu memberikan 100mg vitamin C yang ditambah dengan 'Rose Hips' dan bioflavonoid komplex.



Perbezaan Shaklee

Bioflavonoid dan 'Rose Hips' ditambah untuk mempertingkatkan fungsi vitaminC dan menghalang oksidasi vitamin C di dalam tubuh. Oleh kerana vitamin C semulajadi ditemua di dalam makanan bersama-sama dengan faktor lain yang berkaitan, Shaklee meniru alam semulajadi dengan menambah Bioflavonoid dan 'Rose Hip', antara sebatian-sebatian yang mengandungi vitamin C yang berkait rapat sesama sendiri.

Manfaat Utama :

Shaklee Chewable Vita-C Plus menyampaikan 100mg vitamin C dan mempertingkatkan fungsi imun dengan ;

1. Menyokong sistem pertahanan semulajadi antioksidan tubuh.

2. Membantu menyokong integriti sel

3. Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot dan salur darah.

Dengan mengunyah Shaklee Chewable Vita-C Plus, air liur akan memudahkan pemecahan vitamin C, menyediakannya untuk serapan sebaik sahaja ianya tiba di usus kecil. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan, dengan mengunyah amaun kecil vitamin C setiap hari akan menghasilkan serapan yang lebih tinggi.

 **********************************************************
 
Ingin tahu CARA  pengambilan VITA E dengan betul??
Inginkan BANTUAN pemilihan vitamin yang sesuai ??
Inginkan BANTUAN pemilihan vitamin dengan bajet yang ada??
Jangan malu untuk hubungi saya untuk konsultasi percuma 
SHAKLEE LABUAN


 **********************************************************

Wednesday, 21 January 2015

SENARAI HARGA PRODUK








VITA-LEA FOR CHILDREN

Kandungan Vita-Lea For Children






Vitamin A - Untuk membaiki tisu dan tulang, juga menyihatkan mata dan kulit

Vitamin C - Membina otot, kulit, tisu penyambung yang sihat dan kuat

Vitamin D - Menguatkan tulang dan gigi, membantu menyerap kalsium dengan baik

Niacin - Memberi tenaga kepada kanak-kanak

Vitamin B6 - Anak menjadi pintar dan berkebolehan berfikir dengan baik

Vitamin E - Elak sel dan tisu badan dari rosak, sihatkan sel darah merah

Biotin - menyuburkan rambut dan kuku, rambut anak banyak dan cantik, kuku pun kuat

Folate - Menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat

Zinc - Meningkatkan sistem imuniti, anak tak mudah kena sakit, kalau sakit pun cepat baik

Iron - Membina otot yang sihat, kalau kurang mungkin membantutkan proses 'baligh' anak

Vitamin B12 - Untuk sistem saraf yang sihat

Riboflavin - Baik untuk penglihatan 

Kalsium - Membina tulang yang kuat

Thiamin B1 - Anak bertenaga dan tak mudah letih

Iodin - Otak cergas, kurang iodin menyebabkan IQ anak rendah

Pantontenic Acid B5 - Menghasilkan sel darah merah yang baik

Magnesium - Diperlukan oleh hampir semua sel dalam badan, jika anak ada tanda ADHD atau kemungkinan autism

Ibu-ibu yang mahu anak lebih cergas, bertenaga, sihat, cerdik dan aktif, boleh dapatkan Vita-Lea For Children dengan menghubungi saya. Penghantaran Percuma seluruh Labuan dan Penghantaran Percuma untuk luar dari Labuan. Jangan malu-malu ye :)



Sunday, 18 January 2015

TIPS SUPERMOM BERTENAGA TANPA 'MAID'

Menguruskan rumah tangga tanpa 'maid' memang sukar pada sesetengah ibu. Saya memang tak pernah ada pengalaman dengan 'maid' atau orang gaji. Buat masa ini, perkhidmatan 'maid' tak diperlukan di rumah  sebab tiada 'privacy'.  Saya lebih senang dengan situasi ini buat masa ini kerana sekurang-kurangnya membantu tubuh untuk tidak menternak lemak. Memang ibu berkerja sangat-sangat terhad dari segi pengurusan masa kerana tugas mereka menjadi 'double'. Semua perkara perlu disediakan. Menguruskan anak-anak, menguruskan suami, menguruskan rumahtangga dan tambah lagi tugas-tugas ditempat kerja. 



Mungkin situasi ini kurang dirasai oleh 'fulltime supermom'. Kalau ada pun mungkin yang kerap mengisi masa lapang dengan kerap online sambil skodeng-skodeng gosip, mesyuarat tingkap dengan jiran tetangga, tidur di masa free. Kalau ini, confirm dia lebih sebuk dari 'supermom' yang berkerja. huhuhuhu

Penat memang tak terkata nak-nak lagi time tu husband outstation. Rasa macam nak nangis sambil driving. Tenaga makin lama, makin susut. Sampai tahap macam heret je kaki tu.Tak larat nak kehulu kehilir menguruskan anak. Sebab sendirian menguruskan anak dari pagi sampai petang. Tugas sebagai guru terikat dengan jadual pengajaran. Confirm lenjun baju berpeluh ! 

Apabila kepenatan menguruskan banyak perkara, mulalah 'mood' pun menjadi kurang baik, prestasi kerja menurun, rumah yang sepatutnya menjadi tempat beristirehat pun tidak dapat membantu mengurangkan stress berkerja. Paling ketara apabila diri sendiri pun tidak terurus, mudah letih, lemah, penampilan pun adakalanya sangat menyedihkan.
 
Masa perlu diatur dengan cekap !  Itu paling penting. So di sini ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk 'supermom' yang tak ada 'maid' seperti saya.
 
1. Gosok Baju Stok Seminggu



Biasakan untuk membuat persiapan awal sama ada untuk diri sendiri, suami atau anak-anak (peringatan untuk diri sendiri jugak). Gosok baju sekali banyak ni sangat membantu bila :

i. Bangun lewat.. hehe.. ada masa macam nak terlompat dari katil bila teringat baju belum gosok.
ii. Awal pagi yang ceria. Semua kerja kalau siap awal pagi tak lah rasa nak 'hangin satu badan'.
iii. Black Out. Ini memang la malang. Dapat pulak dalam almari tu baju yang memang semua nak kena gosok.

Kalau saya, aktiviti gosok baju ni akak mula hari jumaat lagi. Part by Part... hehehe.... Apa yang saya buat ?

Jumaat ;
Saya akan menggosok sekolah anak terlebih dahulu. Baju sekolah ini yang stok dalam bakul baju yang tak berlipat. Sebab confirm ada lagi yang dalam mesin basuh kan? 

Sabtu ;
Masa ni gosok baju sekolah yang telah dicuci dan juga baju suami. Saya gosok baju suami 5 pasang je.. ngam2 seminggu. Kalau rasa rajin boleh gosok lebih. No problemo !

Ahad ;
Hari ahad hari gosok baju sendiri. Hhhhmmmm..... tapi kalau rajin, boleh je gosok sekaligus. 
Bila part by part tak la letih sangatkan? tapi efektif lagi kalau gosok sekaligus... lebih jimat letrik.

2. Bangun Awal.

Jam berapa 'supermom' yang lain bangun pagi ? 4.30 pagi paling awal, 5.00 pagi paling lewat. Bangun awal sebab nak kena siapkan breakfast dan makan tengahari. Dua menu untuk sepagi tu. Anak-anak memang saya biasakan sarapan sebab tak nak mereka terlampau lapar semasa di sekolah.

Saya juga suka berhias apabila ke tempat kerja. Bangun awal membantu saya menghias diri lebih awal. Tak hairan la kalau ada teguran ni pada saya ;
'Walaupun sibuk... bangun awal memasak tapi cik mizan kita ni mesti tak lupa ber'mekup'... hehehe....

3. Ambil Order Sebelah Malam

Ni lah dia kalau anak kategori 'cerewet'. Memang perlu difahami selera mereka. Lagi-lagi anak saya yang ke dua. Sangat-sangat suka makan dan makanan mesti ikut selera dia. Untuk elakkan pagi-pagi saya rasa macam nak makan budak... elok saya tanya apa yang perlu untuk esok. Jika yang di minta tiada, saya hanya bagi pilihan mengikut bahan yang ada di rumah. So sekurang-kurangnya mereka dah tau awal apa yang mereka akan makan esok pagi dan tidak menganggu emosi untuk ke sekolah.

4. Cuci Pinggan Sebelum Tidur



Disebabkan saya menyediakan sepenuhnya makanan sarapan dan tengahari untuk anak-anak dan suami, kaedah ini sangat berkesan, dimana waktu pagi saya tidak terbuang dengan membersihkan dapur pada awal pagi. Lauk yang perlu dimasak juga saya 'defrost' pada sebelah malam dan meletakkan di bahagian bawah peti ais. Esoknya hanya terus masak ! Mudahkan ?

5. Bersih Bilik Air Semasa Mandi

"Muka lawa, bilik air rumah kotor !!'.... pernah dengar ungkapan tu? Saya memang kurang gemar kalau bilik air 'berkarat'... janganlah diluar sebuk melawa, dalaman rumah .. Allah je yang tahu. Apa salahnya, sambil mandi, sental mana-mana yang patut. Bukan setakat sental muka dan badan, bilik air pun kena bersih. Ini dah kira menjimatkan masa.

6. Bersihkan Rumah Setiap Hari.

Bersihkan rumah setiap hari, bukanlah bermaksud membuat kerja-kerja pembersihan yang maksimum. Sekurang-kurangnya menyapu boleh dilakukan setiap hari. Zaman moden ni dah banyak alat penjimat masa yang boleh digunakan. Kalau malas menyapu, vakum je !! Macam saya... hehhehe. Tidak semua kerja rumah perlu diselesaikan hujung minggu. Memang bongkok lah kalau macam tu.

7. Minum Air Secukupnya



Kekal bertenaga dengan membekalkan secukupnya air pada tubuh. Disamping dapat menjaga kelembapan kulit, ia juga mengelakkan diri dari terhidrasi. Air juga mampu membantu membuang toksin-toksin. Bila kurang air, saya mudah diserang sakit kepala dan tekak mulalah macam perit dan sakit. Untuk memastikan saya mendapat cukup 2liter air sehari, saya guna botol tupperware 2liter setiap hari. Jadi, saya akan pastikan saya habiskannya setiap hari.

8. Sediakan Awal Barang-barang Yang Perlu Dibawa 

Ini sangat penting. Jangan sediakan semua diwaktu pagi. Kalau bangun lambat lagilah haru biru. Beg sekolah anak, botol air anak, beg sekolah mak, handbag mak... (mak bawa beg lagi banyak.. hehehe). 

'Supermom tanpa Maid'... haihhhh..... mana nak dapat tenaga sepanjang hari ni???

Inilah yang paling mencabar.. TENAGA SEPANJANG HARI.. aduuhhh..... Tenaga sebenarnya diperolehi dari pemakanan seharian. So pastikan 'supermom' mengambil makanan tinggi nutrisi agar tidak mudah jatuh sakit.

ENERGY BOOSTER
 
Bahagian ini memang tidak pernah tinggal. Kebiasaannya saya akan sarapan di rumah terlebih dahulu. Apa yang menjadi Energy Booster saya???

 
Inilah BFF daku. ESP setiap pagi. Sebelum ke tempat kerja. Sangat-sangat membekalkan tenaga segera dan sangat rendah IG (Index Glicemic). Dimana ia melepaskan gula dengan perlahan supaya kenyang dalam tempoh yang lama. Sekurang-kurangnya sebelum saya sambung makan di sekolah dalam jam 10 pagi. hehehe... Biasanya saya akan makan makanan berat sebab saya jarang makan tengahari. Jadi, tak lah lapar sangat semasa mengajar.

Sebenarnya, banyak lagi rangkaian energy booster ni. Boleh pilih ikut bajet masing-masing. 



Kalau tak percaya, cuba baca testimoni-testimoni shaklee yang ambil energy booster

 






**************************************************
 
Kalau 'SUPERMOM' yang lain perlukan ENERGY BOOSTER untuk maintain tenaga sepanjang hari, boleh hubungi saya untuk ENERGY BOOSTER mengikut bajet masing-masing. Perhantaran percuma seluruh Labuan, dan pos percuma bagi kawasan luar Labuan
 
 
***************************************************

Saturday, 17 January 2015

TANGANI MENOPAUSE DENGAN SENANG HATI

Apa Itu Menopause ?


Menopause atau juga dikenali sebagai putus haid oleh sesetengah individu merupakan waktu dimana sistem menstruasi seseorang wanita terhenti. Ini berlaku apabila ovari dalam sistem reproduktif wanita tidak lagi mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Keadaan ini bukanlah berlaku sehari dua, tetapi ia terjadi secara perlahan-lahan dan melibatkan jangka masa yang panjang. Namun, ia bergantung kepada sesetengah wanita kerana terdapat juga mereka yang mengalami tempoh ini dalam masa yang singkat. 

Secara purata, wanita yang mengalami menopause berada dalam lingkungan umur 52 tahun. Ini bermakna, terdapat sesetengah wanita akan mengalami gejala putus haid apabila menghampiri umur ini. Akan tetapi, tidak mustahil jika seseorang wanita itu mengalaminya lebih awal lagi. Ini berlaku melibatkan beberapa perkara yang tentunya masalah kesihatan. Antaranya :

1. Pembedahan pembuangan ovari.
2. Terapi radiasi terhadap ovari
3. Beguk
4. pengurangan kromosom
5. Malnutrisi teruk
6. Penyakit autoimun
7. Merokok

Tanda-tanda wanita Menghampiri Menopause.

Wanita yang menghampiri tempoh menopause akan mengalami beberapa simptom yang mungkin berbeza mengikut individu. Akan tetapi simptom yang sama pada mereka adalah kitaran haid yang tidak menentu dan tidak stabil. Antara simptom lain adalah ;

1. Sakit Sendi
2. Kurang fokus
3. Sakit kepala
4. Hot flushes (perpeluhan yang melampau)
5. Sukar tidur
6. Perubahan mood
7. Kekeringan  bahagian vagina
8. Berpeluh pada waktu malam
9. Kencing yang kerap
10. Mengalami simptom lain yang dikaitkan dengan sebelum kedatangan haid.

Kesan Wanita Yang Mengalami Menopause



Menopause menjadikan kehidupan seseorang wanita yang sedang melaluinya terasa amat 'bahagia'. Bahagia bukanlah dalam istilah sebenar, tetapi 'kepayahan' bagaimana wanita tersebut mampu menangani kesan-kesan yang wujud akibat menopause. Suami dan anak-anak seharusnya memainkan peranan yang penting dalam membantu ibu mereka yang sedang menghadapi menopause. Antara kesan-kesan yang mungkin dihadapi oleh wanita menopause antaranya :

1. Penyakit Jantung Koronari.

Apa kaitan menopause dengan penyakit jantung koronari terhadap wanita menopause ?

Apabila wanita menghampiri menopause, akan berlakunya penurunan paras estrogen. Fungsi estrogen dalam tubuh wanita adalah mengurangkan peredaran lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat dan meningkatkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik. HDL berperanan mengeluarkan kolasterol daripada saluran darah, manakala LDL membawa kolesterol dalam salur darah. Apabila paras estrogen menurun, ini bermakna kawalan kepada paras kolesterol akan menurun dan membawa kepada risiko serangan jantung. 

2. Osteoporosis

Masalah osteoporosis yang turut dikenali sebagai masalah tulang reput sangat berisiko dihadapi oleh wanita yang menopause. Selain mengawal paras kolesterol dalam darah, estrogen mengawal tulang daripada kehilangan kalsium. Wanita boleh kehilangan 2 hingga 5%  kepadatan tulang dari jangkamasa 5 tahun bermulanya menopause. 

3. Sistem Genitourinari

Wanita yang mengalami menopause berkemungkinan akan mengalami masalah sewaktu mengadakan hubungan kelamin. Keadaan ini berlaku kerana vulva (bukaan vagina) akan menjadi semakin nipis. Terdapat juga wanita menopause dengan secara tidak sengaja 'terkencing' sewaktu batuk, bersin atau ketawa. Ini kerana uretra semakin tertarik menjauhi tulang pubik.

4. Perubahan Struktur Kulit

Dalam tempoh ini akan berlaku perubahan ketebalan dan keanjalan kulit. Kulit semakin terdedah kepada masalah seperti pigmentasi dan jeragat. Payudara akan kendur serta kedutan kulit akan semakin ketara.

Terdapat beberapa panduan pemakanan yang boleh diikuti oleh wanita menopause :

1. Minum air putih 6-8 gelas sehari

Minum air secukupnya agar menggalakkan pergerakkan nutrien keseluruh tubuh badan disamping membantu organ berkerja dengan baik.

2. Makan Makanan Seimbang

Pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, pasta dan makanan bergandum membolehkan penghasilan tenaga dan protein dalam membantu pembentukkan tisu dan otot badan. Ia turut membekalkan vitamin B, zink dan besi. Pengambilan makanan berserat juga amat digalakkan agar usus lebih sihat disamping mengurangkan paras kolesterol. Sayur-sayuran dan buah-buahan amat bagus untuk mineral dan vitamin. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi untuk mengurangkan risiko kolesterol tinggi.

3. Kurangkan Kafein

Kafein merupakan sumber yang mudah didapati melalui pengambilan kopi, teh, coklat dan minuman berkarbonat. Pengambilannya yang berlebihan menyebabkan ketidakselesaan, tekanan, peningkatan dan ketidakstabilan degupan jantung dan peningkatan darah tinggi, cirit-birit dan kekerapan membuang air kecil jika diambil dalam dos yang tinggi serta mampu meningkatkan frekuensi "hot flushes". Disamping itu, kafein mampu merangsang masalah seperti sakit kepala dan ketidakselesaan.

4. Nutrisi tambahan.

Pengambilan nutrisi tambahan yang mengandungi asid gamma linolik mampu menganggu sindrom sebelum haid, keadaan sakit sendi, emosi serta memperbaiki keadaan kulit, kuku dan rambut.

5. Senaman yang teratur.

Terdapat pelbagai kepentingan senaman, antaranya mengawal berat badan, menjamin kesihatan tulang dan jantung, membantu memperbaiki emosi dan mengurangkan risiko sakit jantung. Senaman akan menggalakkan pengeluaran hormon andorfin dimana ia membuatkan seseorang rasa seronok. Senaman juga meningkatkan paras HDL dalam badan.

6. Rawatan Lain
     i. Pengambilan pil hormon estrogen dan progesteron
     ii. Rawatan herba
     iii. Homoepati
     iv. Refleksologi
     v. Akupuntur

Asid Gamma Linolik yang amat tinggi dalam bunga borage sangat bagus untuk wanita menopause.

http://vitafamilyshop.blogspot.com/2014/07/gla.html
[klik gambar untuk maklumat berkenaan GLA]


 Testimoni yang mengamalkan GLA untuk menangani masalah-masalah menopause


*********************************************************
Jika anda seorang wanita yang sedang menghadapi MENOPAUSE, hubungi saya SEGERA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SUPPLIMEN semulajadi ini yang hebat ini. Perkhidmatan perhantaran percuma untuk seluruh kawasan LABUAN. Lain-lain kawasan akan dihantar dengan perkhidmatan pos laju dan kos pos adalah percuma.


 *********************************************************



Tuesday, 13 January 2015

HERB-LAX



Perbezaan Shaklee

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : ALFALFA LEAVES, SENNA LEAVES, ANISE SEED, BLUE MALVA FLOWER, BUCKHORN BARK, LICORICE ROOT, RHUBARB ROOT, FENNEL SEED dan CULVER'S ROOT. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara teknikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Utama

1. Pembersihan najis yang tersekat.
2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
3. Membantu masalah sembelit.
4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (Natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.
5. Mengempiskan perut.
6. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.

Perhatian !!

Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala bagi yang normal herblax menunjukkan kesan dala tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

Mereka yang mengalami sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.



Ingin tahu CARA  pengambilan  Herblax dengan betul??
Inginkan BANTUAN pemilihan vitamin yang sesuai ??
Inginkan BANTUAN pemilihan vitamin dengan bajet yang ada??
Jangan malu untuk hubungi saya untuk konsultasi percuma 
SHAKLEE LABUAN




****************************************************************************************

Friday, 9 January 2015

CINCH SHAKE MIX

Perbezaan Shaklee


Setiap kali anda minum Shaklee cinch, anda akan mendapat 24 gram protien, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine -  nutrisi penting didalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.

Faedah Utama :

Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.
1. Indeks glisemik = 22 : sesuai untuk pengidap kencing manis.
2. Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkat dengan leucine - asid amino.
3. Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
4. 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
5. Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
6. Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
7. Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
8. Penggunaan soya bebas GMO
9. Tiada perisa tiruan, warna dan pemanis.

 **************************************************************************************

Ingin tahu CARA  pengambilan  Cinch Shake Mix dengan betul??
Inginkan BANTUAN pemilihan vitamin yang sesuai ??
Inginkan BANTUAN pemilihan vitamin dengan bajet yang ada??
Jangan malu untuk hubungi saya untuk konsultasi percuma 
SHAKLEE LABUAN


 **************************************************************************************



Tuesday, 6 January 2015

CINCH ENERGY TEA MIX

Perbezaan Shaklee :



Selamat, penggalak tenaga semulajadi. 

Ditambah dengan TAURINA - Meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.

Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk menggalakkan kecergasan tubuh.

Tanpa GLUTEN, TIADA PERASA TIRUAN, PEWARNA dan BAHAN PEMANIS.



Eksklusif T-lift ® - Campuran The di dalam Shaklee Cinch TM Energy Tea Mix


***********************************************************************************

Ingin tahu CARA  pengambilan  Cinch TM Energy Tea Mix dengan betul??
Inginkan BANTUAN pemilihan vitamin yang sesuai ??
Inginkan BANTUAN pemilihan vitamin dengan bajet yang ada??
Jangan malu untuk hubungi saya untuk konsultasi percuma 
SHAKLEE LABUAN