Sunday, 13 July 2014

NUTRIFERON

Penemuan Hebat Dalam Sains Sistem Imun

 

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan Biji Plantago. Kesemua bahan ini mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diikhtiraf sebagai menemuan terhebat dalam bidang immunologi.
 

Nutriferon merupakan produk berpaten dengan campuran estrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Bila diambil setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.

Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hipetitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dll. Tambahan pula, ia telah terbukti  bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

1. Formula berpaten eksklusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan imun harian kita
2. Satu-satunya supplemen yang dicipta oleh penemu interferon - Dr Yasuhiko Kojima selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan
3. Mengandungi MACH, satu campuran interferon yang merangsang estrak tumbuhan (500mg) yang telah dipatenkan. Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi berasal dari biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap sellular.
4. Terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia
5. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee

Dari Mana Datangnya Virus, Kuman dan Mikrob?

 Kita sentiasa terdedah kepada ribuan jenis mikrob melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, virus diudara, habuk) berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dll.

Bagaimana Mikrob Menjejaskan Kita?

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat letih, stress, tidur akan terganggu, dijangkiti flu, batuk, selsema, asthma, ekzema, jerawat dll. Sel-sel yang teroksida dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dll.


Empat Ekstrak Tumbuhan- Bahan Utama Nutriferon

1. Biji Labu



Merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh. 
Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser

2. Biji Plantago Asiatica


  
Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

3. Honeysuckle Jepun

Menentang pencerobohan virus dan kuman

4. Bunga Safflower

Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofag 
Memusnahkan virus dan kuman 
 

Manfaat Utama Nutriferon

1. Mengukuhkan Sistem Imun Dalam Masa 3 Hari
Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh secara semulajadi dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan Makrofag

2. Melawan Kanser dan Tumor
Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi.

3. Melindungi Dari Influenza
Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza

4. Meringankan Stress dan Kelesuan
Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sebuk.

5. Melambatkan Penuaan
Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru, sel-sel akan menjadi lebih sihat.

6. Mengurangkan Infeksin Oleh Pesakit-pesakit Hepatitis B dan C
Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatitis B dan C

7. Mempertingkatkan Menopause
Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopause akan menjadi lebih baik

8. Mempertingkatkan PMS
Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin atau kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing

Cadangan pengambilan 
Untuk memelihara kesihatan : 1 peket sehari (tuang ke dalam mulut terus atau campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa)

Sewaktu rawatan influenza dan kanser : 2-3 peket sehari. Lebih baik diambil bersama Vitamin C

Friday, 11 July 2014

MEAL SHAKES

 

 

Perbezaan Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi (buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain)

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlit, pengamal sayuran (vegetarian) , orang sakit, orang yang sebuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak.

Manfaat Utama

 

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak

2. Membekal Nutrisi Kepada Sel Tubuh 
Kaya dengan protin (Tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain

3. Membantu Tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnasium yang diperlukan untuk pembinaan tulang dan sel-sel untuk proses membesar

4. Anti Oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

5. Mengembalikan Seri Wajah
Mengandungi Vitamin B yang lengkap, Zat Besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

6. Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. Kelazatan Rasanya
Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi ; pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat dinikmati oleh semua golongan

Cadangan Pengambilan

Campurkan 2 sudu besar Meal Shakes bersama Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink semasa perut kosong atau diminum begitu sahaja tanpa campuran


Nota : Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur / dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein, atau apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati semasa sejuk


Sukatan Mealshakes Berdasarkan Berat Badan

Berat badan x 1.1 = jumlah keperluan protein dalam gram



Tak paham nak kira??????
Jom hubungi saya
SHAKLEE LABUAN



Wednesday, 9 July 2014

GLA

Kandungan Utama GLA

1. Minyak Bunga Borage

Borage, saintifik dipanggil Officinalis Borago adalah tumbuhan herba yang berasal dari Syria. Minyaknya, diekstrak dari biji benih, digunakan oleh doktor naturopathic sebagai anti-radang, mengawal berat badan dan untuk kecantikan kulit. 

Minyak Borage adalah dikenal mengandung  asid gamma-linolenik (GLA, juga dikenali sebagai omega-6) yang sangat tinggi. Minyak Borage mengandung 20% GLA, yang telah terbukti memberi manfaat kepada ekzema, dermatitis, neuropati diabetes, masalah payudara, PMS, artritis reumatoid, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit dan keradangan . 


Kelebihan GLA Minyak Bunga Borega 

GLA Asid Lemak Yang Diperlukan Oleh Tubuh

Tubuh memerlukan asid lemak dalam pembentukkan kesihatan yang optimum. Malangnya dalam pemakanan masa kini terlalu banyak lemak-lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh. Asid lemak seperti EPA dan DHA  tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Untuk memenuhi keperluan tersebut, pengambilan seperti ikan yang dapat membekalkan EPA dan DHA perlu dalam diet seharian. Manakala GLA didapati dengan pengambilan suplemen. (GLA daripada Minyak Borage, 20-24%, Evening Primrose, 8-10%).


GLA Mengurangkan Kekejangan Perut dan Sakit Payudara Sewaktu Haid

Kekurangan GLA merupakan faktor kepada PMS. GLA mampu mengurangkan kesakitan akibat kehadiran hormon prostaglandin sewaktu haid.  Hormon prostaglandin ini berasal dari dinding rahim atau endometrium. Prostaglandin menyebabkan otot-otot rahim atau myometrium menjadi kejang yang berpanjangan dan juga menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Kesan dari ini adalah senggugut yang bertambah teruk jika darah haid terlalu banyak, berketul-ketul dan selalu berlaku jika haid terlewat beberapa minggu. Hormon Prostaglandin terdiri daripada yang baik dan yang tidak baik, Kesakitan samada kekejangan diperut atau sakit payudara semasa haid adalah kesan ekurangan hormon prostaglandin yang baik iaitu protaglandin anti radang yang diperbuat daripada GLA.


GLA, Menopause dan Kesihatan Kulit
Enzim yang menukarkan makanan kepada GLA akan semakin kurang berkesan apabila wanita menghampiri menopause. GLA merupakan bahan yang berupaya mempamerkan kecantikan kulit seperti kulit kelihatan sihat, lembap dan bercahaya (glowing). Kulit akan menjadi kusam, tidak bermaya dan kering akibat ketidakupayaan tubuh menghasilkan GLA apabila menopause. Adalah penting untuk wanita menopause mengekalkan pengambilan GLA agar memiliki kulit yang cantik dan tidak kering. 

GLA dan Kulit Sihat
GLA adalah salah satu komponen yang membantu agar kulit kekal sihat. GLA membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Masalah seperti kulit kering, ekzema, kulit bemasalah, pigmentasi dapat diatasi dengan pengambilan GLA GLA turut bertindak sebagai pelembap kulit dan bahan anti penuaan. Baik untuk kecantikan, melembutkan dan mengenyalkan kulit. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi Omega 3 dan Omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage yang mengandungi GLA digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik. 


GLA Mencegah Barah Payudara
Kajian British mendapati wanita yang mengalami barah payudara diberi Tamoxifen (ubatan untuk menghalang estrogen) turut diberikan GLA, mendapati tindakbalas positif lebih cepat berbanding pengambilan Tamoxifen sahaja. Pesakit diberi 300mg GLA setiap hari dan itu merupakan antara  rawatan terbaru.GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan menghalangi pertumbuhan sel tumor dan barah.

GLA dan Kepadatan Tulang
Kajian turut mendapati GLA mengandungi kalsium. GLA mengalakkan penyerapan kalsium dan memperbaiki kepadatan tulang.

Merawat Kuku. GLA melembapkan dan menguatkan kuku, sedangkan asid salisilik mencegah infeksi. Sapukan minyak borage ke kuku anda semasa manicure atau selepas mencuci tangan anda.

Merawat Rambut. Memperbaiki rambut bercabang, rambut gugur dan masalah kulit kepala. Minyak Borage dapat secara sangat efektif masuk ke lapisan rambut di kepala dan melakukan perbaikan-perbaikan lapisan kulit kepala secara efektif

Menurunkan Berat Badan.  Satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan minyak borage dapat menjaga dan menurunkan berat badan. Saintis menyatakan, kandungan GLA yang tinggi, membantu metabolisme dan dapat menurunkan selera makan.

Merawat Artritis : Minyak Borage dapat mengikat molekul yang menyebabkan keradangan sendi.

Menstabilkan Hormon : GLA membentuk prostaglandin untuk menjaga ketersediaan hormon lelaki dan wanita, mengurangkan PMS, mood swing, water retention dan payudara bengkak.

Melambatkan Monopause : Mengurangi simptom menopos seperti hot flashes, insomnia, depresi, Pengunaan jangka panjang dapat memperlambat penuaan dan mengetatkan uterus.

Memperbaiki Masalah Prostat : GLA memperbaiki masalah prostat dan masalah pembuangan air kecil.

Mencegas Diabetes - merendahkan gula dalam darah,

Merawat Autisme / Hiperaktif : terbukti secara klinikal bahawa GLA dapat memperbaiki keadaan autisme anak-anak,  dan hiperaktif.


2. Minyak Bunga Matahari


Kandungan Dan Khasiat Minyak Bunga Matahari

Vitamin E
Biji bunga matahari memiliki kandungan vitamin E yaitu antioksidan. Vitamin E juga dapat melawan radikal bebas serta menyimpan sel-sel dari kerosakan termasuk sel otak, mencegah penyakit jantung, mencegah mereka dari oksida kolesterol. Keadaan ini menjadikan jantung sihat dan menurunkan risiko serangan jantung, stroke dan pembuluh darah tersumbat

Magnesium 
Membantu mencegah asma, menurunkan tekanan darah tinggi, dan mencegah migrain.

Selenium
Selenium merupakan mineral, yang sangat membantu untuk perbaikan DNA, mengurangi perkembangan sel barah dan membantu mencegah penyakit jantung. 

3. Vitamin E


Fungsi Vitamin E

Vitamin E bersifat anti oksida yang melindungi kerosakkan tisu tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas akan menyebabkan kemusnahan sel, tisu dan organ. Vitamin E juga bersifat anti penuaan. Tubuh juga memerlukan Vitamin E untuk memastikan sistem tubuh kuat dari serangan virus dan bakteria. Kepentingan Vitamin E yang lain termasuklah sewaktu pembentukan sel darah merah dan mengelakkan daripada berlakunya masalah saluran darah tersumbat yang akan mengakibatkan masalah jantung dan darah tinggi.

Khasiat Vitamin E

1. Melegakan PMS (Premenstrual Syndrome)
2. Sindrom Menapause
3. Rawatan kepada pengidap salur darah (darah tinggi, sakit jantung)


Kenapa GLA Shaklee Berbeza Dengan Yang Lain?



Kebanyakkan GLA (Gamma-linolenic Acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diestrak dari borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengestrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun sel dan tisu

Manfaat Utama 

1. Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang masyarakat barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan Menopause
Memperbaiki keadaan menapause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

5. Menentang Kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik menuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi

8. Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan
Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction

10. Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

11. Hyperaktif dan Autisma
Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autisme, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hyperaktif.

Cadangan :
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 1 kapsul (selepas makan)
Untuk menopause, pelangsingan, hyperaktif : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap hari (selepas makan)

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita
Ramai beranggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino, tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga menopause dan andropause (lelaki)

Monday, 7 July 2014

VIVIX



Shaklee telah memperkenalkan Vivix, produk supplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas menyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.Dalam kajian makmal, ramuan Vivix menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular

1. Kerosakkan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur (In sha Allah), ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Penimbunan Protein AGE
Penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End product) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine') untuk melambatkan pembentukkan protein AGE

Selain daripada memberi impak positif bagi empat mekanisma penting, Vivix turut membantu :

~ memelihara kesihatan jantung
~ memelihara kesihatan otak
~ memelihara kesihatan sistem imun
~ memelihara kesihatan sendi
~ perlindungan antioksidan
~ peningkatan tenaga pada tahap sellular
~ kesihatan dan kesejahteraan.

Ramuan Semula Jadi Vivix

 

  
1. Polygonum Cuspidatum 
Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun), merupakan tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia. Banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun merupakan sumber komersial Resveratrol yang juga terdapat dalam estrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan cina. Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratol membantu melambatkan proses  penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.

2. Anggur Muscadine
Anggur Muscadine merupakan satu-satunya jenis anggur yang memiliki lebih satu kromosom, dimana ahli saintis percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia memiliki asid allergik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai dalam anggur yang lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Kajian sains oleh Universiti Georgia telah membangunkan satu proses estraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu estrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains telah mengabungkan resveratrol yang terlampau tulen dengan estrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak Unggu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix
  
3. Elderberry Eropah (Sambucus Nigra)
Elderberry mampu mengubati simptom flu, terutama sekali Influenza B. Berry mengandungi flovonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry turut kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti radang. Ia juga mengurangkan simptom seperti sakit otot sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksida, tetapi juga kaya dengan vitamin A, B dan C dan juga nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Elderberry turut berkesan terhadap masalah seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada  diabetes. Ia juga mampu merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya, Elderberry mampu memberi  perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung. Manfaat lain dari Elderberry adalah mengurangkan stress, memperbaiki penghadaman dan penglihatan

4. Lobak Ungu  (Purple Carrot)
Lobak Ungu merupakan sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins memberi warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran, Berry banyak mengandungi anthocyanins, terutama sekali Blueberry, yang mengandungi antioksidan yang tinggi. 

Anthocyanins adalah antioksidan utama yang terdapat dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, manakala lobak ungu-kuning memiliki kapasiti antioksidan yang paling tinggi. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid Klorogenik dipercayai mampu mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. 

Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan  anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, antiradang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula, ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.







Saturday, 5 July 2014

TIPS PENGAMBILAN VITAMIN

1. Pastikan minum air 3 - 4 L sehari untuk menggalakkan penyerapan vitamin
2. VITALEA tidak digalakan diambil bersama OSTEMATRIX, ESP, MEALSHAKES dan  
    CINCH SHAKES
3. ALFALFA tidak digalakkan diambil bersama VITA-E
4. Pengidap SLE (Systemic Lupus Erythematosus) perlu mendapat nasihat doktor sebelum 
    mengambil vitamin Shaklee
5. Elak bancuh ESP / CINCH SHAKES / MEALSHAKES bersama air panas melebihi 40 
   darjah celsius.
6. VIVIX , COLLAGEN POWDER, VITA E, ALFALFA, HERBLAX, COQHEALTH, 
    CARATOMAX, CINCHSHAKES, CINCH TEA dan AJHT tidak boleh diambil oleh ibu 
    mengandung.

TIPS EKSKLUSIF TAMBAH SUSU IBU

1.KONSEP DEMAND & SUPPLY
Ibu perlu pam susu secara sistematik selang 2 hingga 3 jam dengan tempoh antara 15 hingga 20 minit untuk setiap sesi pam susu. Pastikan pam untuk kedua-dua belah buah dada. jika tidak dilakukan dengan konsisten, boleh menyebabkan buah dada bengkak dan penuh. Kaedah ini sebenarnya menggalakkan penghasilan susu. Kurangnya demand akan membuatkan kurangnya susu dihasilkan. so kerap pam, akan memberi isyarat pada otak bahawa susu badan amat diperlukan.

2. ATASI TEKANAN
Tekanan yang dihadapi juga mempengaruhi pengeluaran susu. So harap ibu sentiasa tenang agar tekanan yang mungkin datang dari tekanan kerja, tekanan rumahtangga atau pun tekanan sekeliling tidak menganggu emosi diri ibu. Persiapkan minda agar sentiasa positif.

3. MINUM AIR SECUKUPNYA
Pentingnya air yang cukup dalam badan. sekurang kurangnya 3 liter sehari. ibu yang menyusukan dinasihatkan minum banyak air masak agar tidak berlaku dehidrasi ataupun kekurangan air dalam badan.

4.PEMAKANAN SEIMBANG
Amalkan pemakanan seimbang. pastikan ibu memperoleh nutrisi yang secukupnya agar susu yang dibekalkan berkhasiat untuk bayi. Pemakanan seimbang adalah mengikut piramid makanan atau dengan pengambilan supplimen yang dapat membantu membekalkan nutrisi kepada ibu.

Wednesday, 2 July 2014

VITA-LEA Iron Formula

Vita-Lea, Multi Yang Hebat

 

 

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diestrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 

Tablet Vita-Lea yang disaluti serbuk nutrisi- Spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi ekplosif yang komplex , disebut sebagai "Explo-Tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Manfaat Utama Vita-Lea 

 

1. Penambahan Tenaga Segara
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian  

2. Pelengkap Nutrisi
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegeterian) dan anaemia.

3. Keupayaan Sistem Produktif
Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4. Metabolisma
Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh
Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertubuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid

6. Melindungi Organ
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati