TIPS MEMILIH KOLAGEN TERBAIK



1. Kolagen adalah sejenis protein yang mempunyai struktur besar dan tidak boleh diserap begitu sahaja. Kolagen biasa yang diambil melalui oral akan diuraikan kepada molekul asid amino yang membentuk struktur kolagen dalam darah. Justeri, penting untuk memilih kolagen yang mempunyai struktur yang halus

2. Terdapat lebih 20 jenis kolagen yang terbentuk di dalam badan. Kolagen untuk kulit, sendi, tulang dan organ dalaman. Kolagen dari sumber lembu hanya memberi kebaikan untuk sendi dan bukan kecantikkan. Sumber kolagen daripada sumber marin membantu menjaga kecantikan dan kesihatan dalaman. 

3. Terdapat dua sumber utama kolagen iaitu Bovine derived collagen dan Marine derived collagen. Kolagen yang dihasilkan daripada sumber marin (sumber laut dalam) adalah 60% lebih asli daripada Bovine collagen (Lembu)

4. Rata-rata saiz kolagen dipasaran adalah diantara 2000-5000 dalton. Saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dengan kadar penyerapan yang optimum serta kesan yang lebih baik.

5. Pastikan setiap kolagen mempunyai bahan yang merangsang pembentukkan asid hyaluronic kerana fungsinya adalah untuk mengikat kolagen dengan serat elastin. 

6. Kolagen yang ada di pasaran sekarang kebanyakkannya mengandungi kolagen untuk sendi dan meremajakan kulit. Pastikan ianya diadun bersama marin kolaen bagi mendapatkan kolagen yang berkualiti

7. Mengandungi antioksida yang tinggi bagi mengurangkan proses penuaan dan mengawal kulit  dari sinar UV

8. Lebih baik memilih kolagen dalam bentuk makanan berbanding yang disuntik untuk memastikan sistesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan

9. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.

10. Kolagen juga penting bukan sahaja untuk kekal cantik, tetapi kesihatan sendi perlu dijaga. Dengan adanya kandungan glucosamine, kunci utama untuk mendapatkan sendi yang sihat

11. Badan manusia memerlukan empat hingga lima gram setiap hari bagi membekalkan bahan bina yang mencukupi untuk kegunaan badan. Jumlah pengambilan yang betul dapat memastikan kolagen yang diambil benar-benar berkesan.




Comments