Bagaimana Memilih Minyak Ikan Terbaik
Pastikan Minyak Ikan dari Sumber Ikan Terbaik
Wajar sekiranya kita memiliki sedikit ilmu berkenaan minyak
ikan terbaik yang WAJIB dimiliki. Minyak ikan terbaik adalah minyak ikan yang
diperolehi daripada jenis ikan air sejuk seperti tuna, salmon, mackerel, cod,
halibut dan hering. Pastikan ikan segar menjadi keutamaan dalam proses
pembuatan minyak ikan. Jika tidak, sifat antioksidannya akan berkurang dan
fungsinya kurang efektif terhadap tubuh.
Minyak ikan yang terbaik juga mengandungi lebih 60% Omega 3,
dimana kebanyakkan produk dipasaran mengandungi 30% nilai Omega 3. Walaupun 30%
ini boleh dikira sebagai minyak ikan yang baik, tapi masih belum boleh dikatakan sebagai minyak ikan
terbaik jika dibandingkan dengan kandungan Omega 3 melebihi 60% dalam minyak
ikan.
Ketulinan minyak ikan juga merupakan factor utama sumber
minyak ikan terbaik. Pencemaran dikawasan lautan berpotensi mencemarkan sumber
ikan di lautan. Jika sumber ikan yang tercemar digunakan dalam memperoleh
sumber minyak ikan, dikuatiri turut akan mencemari manusia melalui pengambilan
minyak ikan tercemar.
Gabungan Omega 3 dan Omega 6
Minyak ikan sangat kaya dengan Omega 3 yang dikenali sebagai DHA (Docosahexaenoic Acid) dan EPA (Eicosapentaenoic Acid). EPA menyokong kesihatan jantung, manakala DHA merupakan unsur yang menyosong sel saraf otak yang memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan minda. Pengambilan Omega 3 dalam bentuk supplemen adalah amat penting terutama mereka yang kurang menggemari ikan. Malangnya pengambilan asid lemak omega 3 selalu dianggap remeh terutama dalam
kehidupan serba moden kini yang memandang makanan segera adalah makanan yang
paling mudah didapati dan mampu membekalkan tenaga segera.
Omega 3 turut dikenali sebagai asid lemak yang penting kerana ia
turut membantu tubuh bekerja dengan baik. Terdapat pelbagai jenis asid lemak
dan agak malang kerana tubuh tidak menghasilkan omega 3 dan omega 6 untuk
keperluan tubuh, oleh itu kita disarankan untuk memperoleh bekalan omega 3
melalui diet seharian. Kekurangan Omega 3 dalam tubuh boleh menyebabkan tubuh mengalami beberapa masalah kesihatan. Antaranya simptom-simptom yang menunjukkan tubuh kekurangan Omega 3 adalah seperti kerap dahaga, kerap buang air kecil dan kekeringan rambut dan kulit.
Sama seperti Omega 3, pengambilan Omega 6 turut diperlukan secukupnya dalam diet seharian kerana ia menyokong perkembangan sel terutama sel otak dan otot. Tidak hairanlah Asid Arachidonic Omega 6 (AA) merupakan bahan yang terkandung dalam makanan bayi kerana keperluan Omega 6 amat kritikal dikalangan bayi untuk membantu perkembangan otak. Manakala Linoleic Acis (LA) sangat penting dalam hormon tubuh yang berfungsi sebagai pemberi isyarat pada tubuh sekiranya tubuh mengalami masalah kesihatan.

Keperluan Minyak Ikan Untuk Dewasa
Pengambilan minyak ikan dikalangan orang dewasa adalah sekitar 2-3 kali seminggu yang diperolehi daripada ikan air sejuk. Jika tidak, pengambilan minyak ikan melalui supplemen dalam bentuk kapsul adalah dinasihatkan memilih produk yang mampu membekalkan 700-1000mg EPA dan 200-500mg DHA sehari. Wanita hamil digalakkan mengambil Omega 3 untuk menggalakkan perkembangan otak bayi yang dikandung. Jika memilih supplemen sebagai sumber Omega 3, pastikan kandungannya terdiri daripada DHA dan EPA yang tinggi dan tiada bahan tersemar. Pilihlah yang dijamin tidak mengandungi bahan seperti merkuri dan plumbum yang dikenali sebagai polychlorinated biphenyls (PCBs).
Keperluan Minyak Ikan Untuk Kanak-kanak
Kanak-kanak memerlukan Minyak ikan untuk menggalakkan perkembangan minda mereka. Diet seharian yang mengutamakan hidangan ikan dari kategori ikan air sejuk amat digalakkan. Ini adalah untuk mencegah ADHD dikalangan kanak-kanak.

3 Kebaikan Utama Minyak Ikan
1. Minyak Ikan Terbaik Membantu Kecerdasan Otak
FAKTA : Otak manusia berfungsi dengan baik jika mengandungi
cukup asid lemak !!!!
Asid lemak (fatty acid) umpama makanan otak. Kekurangan asid
lemak boleh mengganggu konsentrasi terhadap sesuatu perkara. Ini turut
memberikan kesan terhadap gangguan emosi lebih-lebih lagi apabila kurang mampu
menangani sebarang masalah. Asid lemak yang mampu mengawal emosi adalah jenis
omega 3. Tidak hairanlah pengambilan omega 3 dicadangkan terhadapt pesakit
Alzheimer dan kemurungan.
2. Minyak Ikan Terbaik Melindungi Jantung Anda
FAKTA : Minyak Ikan Mengurangkan Paras Triglycerides!!!!
Mereka yang mengidap penyakit jantung pastinya takut dengan
serangan tiba-tiba yang bakal mereka hadapi. Tetapi dengan pengambilan minyak
ikan terbaik, sangat bermanfaat dalam hal-hal melindungi jantung secara
optimum. Minyak ikan berupaya menyingkirkan lemak-lemak dalam darah yang boleh
mengakibatkan terjadinya kolestrol dan menyingkirkan sel-sel lemak sebelum ia
terbentuk pada salur darah sekaligus menyebabkan salur darah tersumbat dan
terjadinya serangan jantung. Pengambilan omega 3 mampu menurunkan paras
kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
3. Minyak Ikan Terbaik Memberi Keselesaan Sendi
Arthiritis atau dikenali sebagai sakit sendi mampu menyerang
sesiapa sahaja. Kesakitan berlaku apabila kurangnya pelincir yang memberi
keselesaan sewaktu bergerak. Kesan yang ketara pada sendi adalah apabila
berlakunya pembengkakan pada bahagian sendi dan kesakitan sewaktu menjalani
aktiviti harian
9 kebaikan Minyak Ikan Yang Telah Diuji Secara
Saintifik
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
2. Membantu melawan risiko barah
3. Meningkatkan kecerdasan otak serta menajamkan fokus
4. Memberi keselesaan kepada pengidap masalah sendi
5. Berupaya melawan kesan jangka panjang untuk diabetis jenis
2 dengan mengurangkan triglycerides
6. Baik untuk wanita hamil dan menyusukan
7. Memberi kesan yang bagus kepada kulit (Clear looking skin)
8. Melambatkan penuaan
Bermasalah memilih supplemen yang sesuai dan bertepatan dengan bajet???
jom hubungi saya ;
SHAKLEE LABUAN
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai minyak ikan Omega-3. Memang pengambilan minyak ikan Omega-3 banyak mendatangkan manfaat kesihatan. Namun pengambilan minyak ikan Omega-3 boleh juga mendatangkan kemudaratan sekiranya ianya diambil dalam dos yang berlebihan. Antaranya ialah ia boleh mendatangkan 'reversal effect' iaitu sistem imunisasi badan yang sepatutnya menjadi lebih kuat dengan pengambilannya akan menjadi lemah. Akibatnya seseorang itu akan mudah mendapat penyakit berjangkit dan penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. Selain itu, kesan terlebih dos minyak ikan Omega-3 juga ialah darah kita akan menjadi terlalu cair lalu meningkatkan risiko perdarahan luaran dan dalaman.