PERLUKAH SUPPLEMEN DIAMBIL?


 
"Alah.... tak perlulah makan supplemen. Hari-hari makan pun dah dapat banyak khasiat"

Betul tu !!!! Tidak dinafikan kebenarannya. Tapi, sejauhmana untuk memastikan setiap makanan yang masuk melalui mulut dapat dipastikan khasiatnya ?? Macammana nak kira jumlah zat, vitamin dan mineral? Kalau rasa-rasa tak pasti, elok sangatlah rasanya tambah sahaja pengambilan supplemen dalam diet seharian mengikut keperluan. Pada saya, nutrien yang kurang akan ditunjukkan melalui timbulnya penyakit-penyakit seperti demam, selsema dan batuk. 

Gaya hidup zaman sekarang amatlah berbeza dengan masyarakat zaman dahulu, dimana kehidupan mereka amat teratur termasuk pemakanan yang sangat dijaga. Diet yang sempurna menyebabkan mereka jarang sakit.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Supplemen?



Perkataan supplemen ini sebenarnya adalah pinjaman dari bahasa inggeris yang bermaksud menambah kepada sesuatu atau memenuhkan sebarang bentuk kekurangan. Kebiasaannya orang mengambil supplemen kerana mengimbangi kekurangan zat dalam diet seharian.

Supplemen di datangkan dalam pelbagai bentuk. Pil, serbuk dan minuman. Perbezaan bentuk dihasilkan demi memenuhi kehendak pelanggan. Ada yang sukakan pil, ada yang gemar dibancuh menjadi minuman dan tidak kurang yang perlukan gel lembut untuk memudahkan mereka menelan.

Bila Supplemen Diperlukan?


Desakkan hidup kita pada hari ini mendorong kebanyakkan diantara kita memilih pemakanan yang segera ataupun makanan siap dimasak. Akibat seharian penat bekerja, tubuh menjadi lesu dan kurang bermaya. Akibatnya prestasi kerja juga merosot akibat tumpuan kerja terganggu. Tidak kurang juga mereka yang kerap sakit, dalam seminggu pasti ada cuti sakit yang diambil. Pada tahap ini sahlah anda memerlukan supplemen tambahan.

Sebagai Wanita Supplemen Apa Yang Bagus Diambil?


Tentulah yang dapat memelihara kecantikkan !!!! heeheheh.... Sebaiknya amalkan multivitamin, vitamin C dan Kalsium organik. Jika ragu-ragu, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk melalukan imbasan kesihatan dan minta doktor untuk mencadangkan supplemen yang terbaik diambil.

Benarkah Supplemen Membawa Risiko Jangka Panjang?

Kenyataan ini tidak seharusnya diterima bulat-bulat. Sebagai pengamal supplemen, anda harus mendapatkan informasi yang secukupnya berkenaan supplemen yang diambil. Segala maklumat pastinya telah tercatat pada botol supplemen. Pilih supplemen yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Kebijaksanaan anda membantu anda memilih supplemen yang terbaik untuk diri anda. 

Kenapa Perlu Pilih Shaklee Sebagai Supplemen Anda?

Shaklee percaya bahawa alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat yang panjang. Justeru, Shaklee berusaha memberikan produk yang terbaik untuk meningkatkan taraf hidup anda. Bahkan, Shaklee amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk.



"Perlukan supplemen yang terbaik untuk anda dan juga keluarga? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan jika berminat mengetahui berkaitan produk yang dirasakan sesuai dengan anda. Khidmat konsultasi diberikan secara PERCUMA . Turut disediakan khidmat COD untuk warga Labuan. Kepada rakan-rakan luar Labuan, jangan risau, tiada cas pengeposan dikenakan." -Pengedar Shaklee Labuan-

 

Comments