STRESS adalah "penyakit" yang perlu ditangani dengan segera agar kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan cergas. Stress wujud apabila emosi, mental dan tenaga seseorang bertindakbalas dengan sebarang tuntutan dalam kehidupan seharian mereka. Apabila berada dalam situasi tegang, perasaan stress cenderung wujud. Lama kelamaan apabila minda dan tubuh kita terlalu letih untuk berdepan dengan keadaan ini, kita akan menjadi mudah letih dan tidak bersemangat.
Sebelum keadaan menjadi semakin kritikal, adalah lebih baik menangani masalah stress ini. Ia bukan sahaja penting untuk kesihatan, malah kecerdasan seseorang juga. Apabila kita tidak stress, bermakna kehidupan seharian kita lebih mudah diharungi. Apabila tubuh sihat dan cergas, kita mampu lakukan apa-apa sahaja. Stress yang kronik juga mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.
Setiap orang mengalami stress dengan faktor yang berbeza. Antara perkara yang mampu menyumbang kepada stress adalah seperti ;
~ Timbunan kerja yang melampau
~ Masalah dengan ketua mahupun rakan sekerja yang lain
2. Tekanan Di rumah
~ Keadaan rumah yang tidak tenang (berselerak dan sebagainya)
~ Perselisihan faham dengan pasangan
~ Kerenah anak-anak yang memberi tekanan
~ Mengalami masalah dengan pasangan
~ Bergaduh atau selisih faham dengan teman-teman
4. Kewangan
~ Keadaan kewangan yang membimbangkan
Itu hanya sebahagian faktor yang menyumbang kepada masalah stress. Banyak lagi faktor lain yang dapat meningkatkan stress yang dialami. Apabila kita ingin menangani masalah stress, kita perlu selidik terlebih dahulu dari mana punca stress tersebut, apabila sudah tahu apakan puncanya, barulah kita dapat menangani stress yang dialami.
Jika stress kita disebabkan oleh orang lain, maka haruslah kita segera menjernihkan semula hubungan tersebut seperi memohon maaf atau membuat kejutan untuk menambat hati semula. Tetapi, usah hanya melihat orang lain sebagai punca kita stress, tetapi nilai diri sendiri terlebih dahulu dengan berusaha memperbaiki diri sendiri.
Akan tetapi, jika ia berkaitan dengan kerja adalah lebih baik mengamalkan sistem jadual. Jadual dapat mengatur cara kita bekerja dengan lebih sistematik. Apabila kerja yang dilakukan diatur dengan bijak, maka kuranglah stress yang dialami. Jika tekanan bermula dari rumah, maka berusahalah untuk mengubah suasana dalam rumah. Jadualkan urusan kerja di rumah agar keharmonian rumahtangga terjaga. Ia kedengaran remeh, tetapi berkesan. Hubungan seisi keluarga turut terjaga. Jika berada dalam situasi stress, cubalah beberapa langkah ini;
1. Bernafas Cara Yang Betul
2. Upgrade Rumah (Hiasi rumah agar lebih tenang dan harmoni)
3. Ambil Masa Rehat
4. Minum Air
5. Bersenam
6. Makan Makanan Manis
1. Biasakan Diri Untuk Sentiasa Dalam Keadaan Berwuduk
2. Perbanyakkan Membaca Alquran
3. Solat Sunat
4. Hargai Diri Sendiri
ALTERNATIF LAIN UNTUK TANGANI STRESSSSS ????
BERMINAT TANGANI STRESS DENGAN B COMPLEX ???
HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI PERCUMA
BERMINAT TANGANI STRESS DENGAN B COMPLEX ???
HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI PERCUMA
Comments
Post a Comment