CEGAH PELUPA SEBELUM MUDARAT

Dalam seminggu, rasa-rasanya berapa kali terlupa buat sesuatu? Satu lagi, jumpa seseorang yang dikenali, tapi lupa pulak nama kawan tu. Semua orang pernah mengalami  masalah ini, malah ia merupakan perkara yang biasa dalam kehidupan harian. Apatah lagi jika umur semakin lanjut, maka masalah lupa akan sering terjadi.


Bagaimana Masalah Lupa Boleh Terjadi?

Menurut pakar kesihatan, masalah lupa terjadi apabila maklumat yang diterima tidak diolah dan disimpan di dalam otak. Juga terjadi apabila terdapat kesukaran untuk memanggil semula maklumat yang sudah tersimpan. Daya ingatan seseorang dipengaruhi oleh tingkat perhatian, minat, daya konsentrasi dan emosi.  

1. Faktor Usia

Apabila umur semakin lanjut, daya ingatan akan semakin menurun. Masalah nyanyuk menjadi faktor pelupa diusia tua. Akan tetapi fenomena pelupa turut melanda golongan diusia pertengahan.

2. Kurang fokus

Fokus atau konsentrasi merupakan salah satu kunci penting dalam proses mengingat. Jika sesuatu perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ia lebih mudah terpahat diingatan berbanding perkara yang dilakukan sambil lewa. 

Tangani Sifat Pelupa.
  
1. Cukup Tidur


Tidur cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ini membantu otak lebih efisien dalam memproses dan menyimpan maklumat. Apa yang penting adalah kualiti tidur yang baik. Apabila tubuh lesu, lebih sukar untuk memusatkan perhatian

2. Tetap menggunakan otak anda

Simulasi intelektual meningkatkan metabolisme otak - 'Use it or lose it'  . Ikuti kursus-kursus yang diminati atau penuhi masa lapang dengan membaca buku, uji minda serta pelbagai aktiviti yang merangsang minda

3. Tetap Teratur


Latih diri untuk lebih teratur. Ketidakaturan menambahkan kesan buruk kepada masalah ingatan. 

4. Gunakan Objek Sekeliling

Objek sekeliling kadang kala membantu anda dalam memanggil semula ingatan. Seperti mengingati nama-nama jalan atau mengingati bangunan-bangunan yang dilalui. 

5. Atasi stress

Stress atau tekanan boleh menganggu kemampuan otak untuk mengingati. Tekanan menyebabkan 'hippocampus' mengerut, membuatkannya lebih sukar untuk menyimpan ingatan jangka pendek. Sebahagian kerosakkan ini disebabkan oleh kortisol, hormon yang keluar ketika anda dalam keadaan tekanan. Oleh itu, sedaya upaya menangani tekanan agar tidak memudaratkan ingatan.


Makanan Penajam Minda 

1. Ikan




Ikan merupakan sumber asid lemak yang tidak hanya baik untuk jantung, tetapi juga membantu meningkatkan keupayaan memori dan mengatasi tekanan. Omega-3 membantu meningkatkan fungsi sel otak.

2.Kekacang



Kandungan Vitamin E dan Vitamin B6 dalam sumber kekacang membantu meningkatkan lagi fungsi sel otak.

3. Teh Hijau



Kandungan polifenol dalam teh hijau merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah kerosakkan sel otak. Selain meningkatkan keupayaan memori, teh hijau juga mampu melambatkan penuaan otak.

4. Sayuran hijau



Sayuran berdaun hijau dipercayaan dapat meningkatkan ingatan dalan jangka masa yang panjang. Bayam, brokoli dan kubis adalah contoh sayuran  berdaun hijau yang mempunyai tinggi kandungan vitamin dan mineral yang dapat menjaga kesihatan keseluruhan tubuh badan.

1. Lecithin

Mengandungi choline yang sangat diperlukan oleh otak. Lecithin meningkatkan bekalan choline dan acythylcholine. Acythylcholine  amat diperlukan untuk melancarkan aktiviti otak iaitu fungsi otak berfikir,  berlari, makan, bercakap dan sebagainya.

2. Omega Guard

Merupakan minyak ikan terbaik didunia. Mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA juga meningkatkan kemampuan ingatan dan pembelajaran, mencegah alzheimer, memelihara penglihatan, pendengaran dan mencegah migrain.

3. B-complex

B-complex sumber penting dalam sistem saraf dan untuk transmisi sistem saraf, agar maklumat dapat dipindahkan dengan cepat dan efisyen. Stress dan tekanan merupakan salah satu faktor lemahnya daya ingatan, B-complex mampu membantu mengawal stress.


"Anda pelupa...?? Perlukan supplimen untuk menajamkan minda?  Jom hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan konsultasi secara percuma berkaitan produk. Perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan. Untuk mereka yang jauh dari Labuan, pengeposan secara percuma untuk anda. Tunggu apa lagi.... jom cuba !!!" - Pengedar Shaklee Labuan





 

Comments