SHAKLEE EFFECTS; MADU ASLI CARA SAYA BERTUKAR KEPADA NUTRIWHITE

Assalamualaikum dan salam Syawal....


Lama dah rasanya tak kongsi pengalaman sendiri. Pengalaman Shaklee Effect tu mahal tau... !!!! Ok kali ni nak kongsi pengalaman saya masa nak bertukar dari high chemical skin care ke organic skin care by Shaklee iaitu Nutriwhite.

Ok.... dalam entry saya sebelum ni ada testimoni saya sendiri yang kulit glowing glowing sebab amalkan Collagen Powder... alhamdulillah memang kulit sihat dan kolagen bukan semata mata untuk kulit je tau... tapi sangat bagus untuk sendi.

Saya cuba untuk bertukar kepada penjagaan wajah jenis organik bermula tahun lepas lagi. Masa tu saya cuma beli Gentle Deep Foaming Cleanser dan Overnight Renewal Whitening Softener. Kenapa saya beli 2 ni je?? 
1. Sebab baru nak cuba, sesuai atau tidak
2. Krim malam adalah krim yang paling baik digunakan sebab kulit akan dipulihkan semasa kita tidur.

Pada masa saya ambil Collagen Powder, saya ambil juga 1 jenis produk lain (serbuk mutiara) dan kandungannya adalah sumber marin juga tetapi menggunakan , Sisik Ikan Talapia berbanding Collagen Powder, sisik ikan merah. Nak jimatkan, almaklumlah serbuk mutiara ni agak murah sikit, so makan berselang seli dua produk ni... dan hasilnya muka teruk berjerawat. Setengah botol saya makan serbuk mutiara tu, saya stop. Bila stop jerawat tu susut. So saya anggap serbuk mutiara tu tidak sesuai dengan saya.

Saya tak sabar !!!!! 

Itulah masalahnya .... tak sabar... Hampir 2 tahun saya guna pencuci muka high chemical. Mula-mula tiada masalah, tapi lepas 2 tahun kulit saya mula 'burn' yang agak teruk. Garis 'burn' sangat-sangat nampak. Tetiba je!!!! Jerawat memang suka pulak tumbuh didagu.... jadi tak faham pulak kenapa.. Suami tegur 'Dah tua-tua kenapa banyak pulak jerawat???!!!!!' aaaahhhh stresss

Untuk bertukar dari produk penjagaan kulit yang lama ke Nutriwhite saya langsung tak beri peluang pada kulit untuk berehat. Terus je tukar . Apa jadi....??? Tubuh jerawat nakal ..... hahaha.... kenapa jerawat saya nakal?? sebab tumbuh di balik-balik tudung... so tak nampak.... nakalkan??? Ok... memula saya buat tak tahu je lah jerawat yang naik mencanak tu.... dua bulan saya guna, takde perubahan.. owhhh panikkkk !!!! Bukanlah jerawat batu yang naik, tapi memang rimaslah sebab tak pandai hilang... ok fine !!!

Saya berhenti. Takmo guna. Cari lak produk lain yang cepat kasi kulit cantik (Yang cepat tu selalunya chemical tinggi). Adalah 2-3 bulan juga guna produk tempatan tu dan dahi pulak banyak jerawat.... tak banyak, tapi silih berganti, tapi hati asyik teringat nak balik semula pada Nutriwhite.. kenapa ye??? 

Saya tidak Putus Asa

So.... saya cuba sekali lagi . Saya pernah terbaca artikel berkaitan jika nak bertukar produk, jangan secara mendadak. Banyak tips dan petua yang disarankan sebelum bertukar produk. Saya pilih satu yang saya rasa agak selamat dan mudah. 

Guna Madu ; Cara Saya 



Salah satu cara adalah tidak menggunakan apa-apa produk dalam masa 1-2 minggu melainkan penggunaan bahan-bahan semulajadi. Cuci muka dengan madu. Ya.. itu yang saya buat. Seminggu saya cuci muka hanya dengan menggunakan madu asli (diulang.... madu asli ye :)). 

Saya cuci dengan madu 3 kali sehari iaitu pagi, petang dan sebelum tidur. Saya hanya sapu madu ke seluruh wajah dan biarkan 2-3 minit. Lepas tu bilas dengan air biasa. Saya amalkan selama seminggu. Dalam tempoh tu memang ada perubahan, jerawat balik-balik tudung mula surut, 'burn' pada kulit wajah saya mula kurang dan kulit semakin lembap sebab madu memang mampu melembapkan kulit.  Selepas seminggu, saya mula menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser sahaja. Itu pun sehari sekali je. Agak risau juga kalau jerawat naik, dan alhamdulillah... takde !!! Lepas 3 hari barulah saya mula guna Overnight Renewal Whitening Softener sebagai krim malam. Lepas seminggu barulah saya guna 2 lagi rangkaian produk Nutriwhite iaitu Ultimate Protection Whitening Lotion dan Soothing Radiance Whitening Softener. 

NutriWhite Shaklee

Sekarang dah sebulan setengah guna Nutriwhite. Part paling best Nutriwhite ni takde pun bau-bauan tambahan. Memang organik. Kebiasaannya time-time ABC tiap bulan mesti jerawat muncul didagu dan dahi, tapi alhamdulillah bulan ni takde pulak yang timbul. Suka... suka..... 


"Berminat tak nak tukar ke pada Nutriwhite?? Rangkaian penjagaan muka yang organik tau !! Bagi mereka yang takut dan kurang yakin dengan high chemical skin care, apa kata cuba Nutriwhite. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan. Pengkhidmatan secara COD percuma tau untuk warga Labuan. Bagi mereka yang tinggal luar dari kawasan Labuan, tiada cas pengeposan dikenakan" - Pengedar Shaklee Labuan.




Comments