Wednesday, 29 March 2017

Sakit Kepala Melampau Berkurangan Selepas Amalkan Set Migrain Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... hari ini berblog dari luar kawasan biasa, tapi tak jauh dari tanah tumpah darahku Selangor. Ya... sekarang ni masih berada di Kuala Lumpur kerana baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat.

Apa pula perkongsian saya untuk entry blog kali ni??

Kali pertama mencuba Shaklee saya bermula dengan Set Migrain iaitu B-Complex dan Ostematrix. Sebelum bertemu jodoh dengan Set Migrain Shaklee ni, saya belum pernah cuba sebarang supplimen untuk mengurangkan masalah migrain yang dihadapi.

Set Migrain yang saya ambil ini pun dalam kos yang mampu milik dan berbaloi. Hanya rm114 kos yang diperlukan untuk mengembalikan kesihatan ke tahap yang lebih baik... takkan itu pun berkira kooottttt.....

Bagi rakan-rakan yang pernah membaca entri saya yang bertajuk Aku, Migrain dan Caffox mungkin ada diantaranya pernah mengalami masalah migrain seperti saya, atau mungkin lebih teruk lagi. 

************************************************************

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 17: MIZAN ADLIA

[SAKIT KEPALA MELAMPAU BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SET MIGRAIN SHAKLEE ]



Assalamualaikum W.B.T
Nama saya Mizan Adlia binti Mohd Shoib, berasal dari Selangor dan berusia 36 tahun. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Labuan. Masalah migrain saya memang bermula semasa saya belajar lagi. Akan tetapi tidaklah sekerap mana.
.

Setiap kali diserang migrain saya hanya makan 1-2 biji panadol sahaja untuk melegakan rasa sakit kepala. Saya juga tidak pernah merujuk kepada doktor berkaitan masalah migrain memandangkan setiap kali diserang sakit kepala, saya sedaya upaya menahan rasa sakit tersebut dan juga hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.
.

Lama kelamaan saya dapati migrain saya semakin kerap menyerang. Saya tidak boleh terlalu sejuk, tidak boleh terlalu panas, keadaan yang terlalu bising juga akan menyebabkan
migrain saya menyerang. Apatah lagi ketika lapar.
.

Keadaan semakin teruk apabila saya memasuki alam pekerjaan. Saya akan mengalami migrain sehingga berhari-hari walaupun 4-5 biji panadol saya telan (2 biji sekali ambil dan kebiasaannya dalam tempoh 1 hari). Kadangkala sudah mengambil ubat tahan sakit, migrain saya tetap tidak hilang.
.

Menarik-narik rambut, tidur dalam gelap, tidur dengan air mata, muntah memang itulah situasi biasa yang akan dialami ketika diserang migrain apabila saya merujuk masalah saya kepada doktor, doktor memberikan saya ubat migrain yang dikenali sebagai Caffox dan juga ubat tahan sakit iaitu Ponstan. Saya perlu makan kedua-dua jenis ubat ini kerana jika makan salah satu, migrain saya tidak akan pulih.
.

Menurut doktor yang merawat saya perlukan Caffox kerana Caffox akan melancarkan aliran dari ke otak manakala Ponstan sebagai ubat tahan sakit. Tetapi akibat pengambilan Ponstan, saya di serang gastrik yang melampau. Saya perlu makan makanan berat secukupnya sebelum dan selepas saya mengambil Ponstan.
.

Setiap kali saya mengambil Caffox di klinik, saya perlu melalui ujian kehamilan terlebih dahulu kerana menurut doktor wanita hamil tidak boleh mengambil Caffox.Saya berbincang dengan doktor yang merawat saya supaya dos untuk ubat tahan sakit dikurangkan agar saya tidak terseksa dengan gastrik pula.
.

Doktor memberikan saya Paracetamol dos lebih rendah dari Ponstan. Akan tetapi lain pula jadinya. Dos yang diberi langsung tidak membantu mengurangkan sakit, akibatnya saya dengan sendirinya menambah dos supaya dapat meredakan migrain.
.

Pada tahun 2013 saya mula mencuba Set Migrain Shaklee iaitu Ostematrix dan B Complex. Dua minggu pertama, migrain saya bukan bertambah baik, malah bertambah teruk sakitnya. Sehinggakan terdetik difikiran untuk berhenti sahaja dari mengambilkan Set Migrain ni.
.

Pada saya seolah-olah set ini langsung tidak memberi kesan, malah membuatkan migrain saya semakin teruk. Tetapi saya kuatkan hati untuk teruskan set migrain Shaklee dan berazam untuk menghabiskan sekurang-kurangnya set yang pertama ini.
.

Setelah beberapa minggu barulah saya rasa perubahan positif set migrain ini. Dalam tempoh tersebut saya tidak diserang migrain walaupun sekali. Kemudian saya teruskan set sehingga 4 bulan (kandungan B Complex untuk 4 bulan) dan Alhamdullah migrain saya semakin berkurangan. Sekarang migrain hanya akan menyerang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya beberapa hari sebelum period sahaja.
.

Kini saya boleh melakukan apa sahaja tugas tanpa risaukan faktor-faktor yang berkemungkinan akan menyebabkan migrain saya kembali. Sehingga kini saya masih mengamalkan Ostematrix setiap malam. Selain menyembuhkan migrain, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki saya (simpul biawak) akibat kekurangan magnesium.
.

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, suka saya cadangkan agar mencuba Set Migrain Shaklee yang sangat hebat. Formula dari bahan semulajadi membuatkan saya amat yakin dengan Shaklee kerana dengan Shaklee saya mampu lebih cergas dan bebas melakukan tugas. Itulah Shaklee Effect saya!!




 Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Saturday, 25 March 2017

Mile 36 Lodge, Kundasang Sabah

Cuti persekolahan baru-baru ni, sekali lagi kami ke Kundasang, Sabah, Hahaha.... orang kata 'Asyik-asyik ke Kundasang... Pegi la tempat lain'....
Kalau banyak duit, balik-balik cerita pasal oversea, korang kata menunjuk pulak ye...

Adik dan suaminya datang bercuti ke Sabah, so kami pun apa lagi, ambil peluang la bawa anak-anak berjalan juga. Cuti bukan lama, seminggu je ... perjalanan kami bermula 18-21 Mac dari Labuan, KK, Kudat, Kundasang, KK dan berpatah balik semula di Labuan.

Malam pertama perjalanan kami stay di Kudat, Hotel bajet je... so takde lah nak review sangatkan.. Malam kedua kami di Kundasang, kami stay di Mile 36 Lodge.





Memandangkan kami ada 6 orang (4 dewasa, 2 kanak-kanak) Jenis bilik yang kami booking ni dalam bilik ada 2 bilik, 1 ruang tamu


Ruang tamu ada 1 toilet




Setiap bilik ada toilet

Pakej yang kami ambil siap dengan 4 orang breakfast, so 2 budak lagi dorang cas rm5 sorang untuk breakfast. Tempat makan ni di bawah bilik kami.
 

Dari atas tu kami just jalan kaki je dan kereta parking atas.

Ataupun turun sikit, ada parking lagi belah belakang

Harga untuk pakej ni dalam rm240 untuk satu malam (booking via Agoda). Ok jugalah walaupun tiada televisyen, almaklum dah letih so budak-budak pun tak bising nak tengok tv, masing-masing dah tido awal. 



Jenis Bilik

Twin / Double untuk 2 orang
Bilik keluarga (Besar) untuk 4 orang
Bilik mini keluarga untuk 4 orang
Bayaran setiap bilik termasuk sarapan pagi
Deposit keselamatan rm50 setiap bilik & akan dikembalikan semasa mendaftar keluar

Kemudahan

Bilik beserta bilik mandi
Berkongsi bilik mandi bagi bilik keluarga
Kemudahan air panas untuk mandi dan air panas untuk minum
Terdapat wifi di sekitar kaunter pendaftaran
Tambahan tilam disediakan

Istimewa

Sebuah rumah (beserta 2 bilik)
Had muatan 8-12 orang dengan tilam tambahan
Bayaran tidak termasuk sarapan pagi
Kemudahan memasak
Kemudahan tempat memanggang (BBQ)
Deposit keselamatan rm100
Tuala mandi tidak disediakan

Alamat
Kg Kalanggaan,
Mile 36,
Kundasang 89000 Sabah,

Tel :088-888161
Email : mile36lodge@gmail.com

Friday, 17 March 2017

Kebaikan Lecithin Shaklee Yang Membuatkan Ramai Sukakannya

Lecithin merupakan bahan yang banyak digunakan dalam industri pemakanan. Selain soya sebagai sumber utama pembekal lecithin, kuning telur juga dikatakan memiliki sumber lecithin yang baik. Akan tetapi pada masa kini, soya merupakan sumber terbesar untuk lecithin. Ini kerana lecithin soya bertindak lebih baik sebagai pengemulsi lemak. Itulah sebabnya mengapa ramai sukakan Lecithin Shaklee sewaktu menurunkan berat badan... inilah rahsianya.



Pengemulsi..... ??.... Acaner tu?

Pernah cuba campurkan minyak dengan air? Apa jadi?
Normally minyak akan terapung diatas lapisan air. Betul tak?? kalau kita kacau, larutan ini akan cecepat kembali ke keadaan asal.

Tapi bila pengemulsi dimasukkan dalam larutan ini dan dikacau, lecithin akan mengurai / memecahkan ikatan lemak.

Aplikasi dalam salur darah, tanpa pengemulsi, lemak akan melekat pada dinding sel membran, tetapi bila pengemusi di masukkan dalam salur darah melalui amalan pemakanan (lecithin), ia akan diurai  dalam salur darah dan lebih mudah di keluarkan melalui sistem perkumuhan


Selain bersifat sebagai pengemulsi lemak, Kolina (Choline) yang terdapat dalam lecithin menjadikan ia sangat penting kerana kolina diperlukan dalam setiap sel hidup dalam tubuh dan memainkan peranan penting pada sel membran. Pengambilan lecithin juga mampu merangsang perkembangan kognitif serta mempertingkatkan ingatan seseorang, melindungi jantung dari mengalami masalah, mempertingkatkan fungsi hati, kesuburan, perkembangan bayi dalam kandungan dan juga meningkatkan keupayaan atlit.
Terdapat banyak kebaikan lecithin yang diperoleh dari soya yang buat ramai sukakan kesan Lecithin. Antaranya ialah ;

1. Lecithin menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.

2. Lecithin berfungsi melembutkan najis dengan cara melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

3. Lecithin bertindak sebagai mengimulsi supaya kolesterol yang berkumpul dapat dihalang dari membentuk batu karang


4. Dengan pengambilan 4000mg lecithin, lemak mampu dibakar ditambah dengan senaman yang bersesuaian


5. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan lecithin sebanyak 3600mg-4800mg sehari untuk membantu melegakan masalah bengkak susu


6. Lecithin diperlukan untuk penghasilan hormon seperti Epinephrine. Lecithin amat diperlukan bagi menangani gejala PMS dan menopause

7. Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat

8. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembapkan serta menghaluskan kulit supaya kulit lebih sihat dan cantik

9. Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid dalam tubuh kita.

Baca entri LECITHIN untuk keterangan lanjut berkaitan produk



Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Monday, 13 March 2017

Berjaya Susukan Anak Sehingga 2 tahun Selepas Amalkan Supplemen Shaklee

Zaman serba moden ni, ramai ibu-ibu yang masih berusaha menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun. Tahniah untuk ibu-ibu yang gigih pam setiap jam, gigih menyusukan setiap jam, gigih cuba pelbagai alternatif untuk memperbanyakkan susu badan. Itu belum lagi yang berjaga malam sebab menyusukan. Bagi para suami, seharusnya tunjukkan sokongan moral pada isteri dengan membantu isteri membuat kerja-kerja rumah ketika isteri menyusukan anak. 

Selain mengamalkan pemakanan sihat, banyak juga produk-produk pam susu yang dijual untuk menggalakkan ibu meneruskan usaha murni terutama ibu-ibu bekerja. Pilih saja ikut jenama dan kemampuan. Terlalu banyak dipasaran.


Terdapat juga syarikat tempat ibu bekerja yang amat prihatin tentang keperluan wanita menyusukan. Penyediaan bilik penyusuan atau mengepam susu yang selesa amat bagus untuk ibu-ibu. Saya juga amat setuju jika terdapat pusat-pusat membeli belah yang menyediakan ruang penyusuan untuk keperluan sebegini. Ini sekali gus membuatkan ibu dan anak akan turut selesa tanpa mata-mata yang memandang.


*********************************************************

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3

TESTIMONI 48: NUR FARAH LIZA RAMLI

[BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
 
 
 
Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat.

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. Rakan saya, Fatimah Azzahra Ismail, telah mencadangkan kepada saya supaya minum MealShakes dan ESP Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut.

Saya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.

Selepas mengambil MealShakes dan ESP secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun.

Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah MealShakes dan ESP secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee.
 
Baca entri GABUNGAN ESP DAN ALFALFA HEBATKAN PENYUSUAN untuk tips penyusuan hebat.
 
 
 
Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.
 

Sunday, 12 March 2017

Business Leaders Conference (BLC) 2017

Sabtu 18 Feb 2017 baru-baru ni, alhamdulillah berpeluang mengikuti Business Leaders Conference (BLC) yang berlangsung di Convention Centre, Sunway Piramid. WOW Sangat rasanyee !!!!!!!!!! Majlis yang berlangsung bermula jam 10 hinggalah 5.30 petang memang sangat-sangat buat saya teruja dan bak kata orang-orang sekarang ni "Can't Move On" lah gitu.



Shaklee Business Leaders Conference merupakan majlis julung-julung kali diadakan di Malaysia dan majlis ini turut hadiri oleh Pengerusi & CEO Shaklee, iaitu Mr. Roger Barnett. Bertemakan slogan BUILT TO LAST memang tersangat inspired dengan perisian yang Shaklee sediakan sepanjang BLC. Banyak kejutan yang Shaklee sediakan untuk semua Leaders jemputan. Rabak rasanya dada setiap kali Shaklee umum "supriseeeeeee" untuk leaders yang hadir.

Siapa Bersama Kami Di Business Leaders Conference 2017 ?

Mr. Roger Barnett - Pengerusi dan CEO Shaklee Coorperation.






Dr. Bruce Daggy merupakan ketua saintis di Shaklee Corporation. Pengalaman 30 tahun dalam bidang kesihatan dan merupakan pakar dalam R & D nutrisi. Teringat gurauannye semasa BLC tempoh hari ;

"I told to my wife that we have to change our supplement"

Kata-kata itu selepas beliau membuat landmark study untuk produk Shaklee.


Mr. Les Wong


Beliau merupakan Vice President, Health Science & Global Regulatory Affair dan telah bersama Shaklee selama 35 tahun. Sekali pandang memang tak menyangka umur Mr. Les Wong telah mencecah 65 tahun. Tahu tak yang Mr. Les telah mengamalkan Shaklee selama 38 tahun?? Lihatlah betapa muda dan sihatnya beliau.

Tetamu Jemputan Shaklee Bagi Slot Forum Discussion

Dato' Dr Rajbans Singh



Bertugas di Hospital Pantai Kuala Lumpur dan beliau merupakan President Malaysian Wellness Society. Slot beliau adalah bersama-sama Dr. Daggy untuk tajuk 'Do Suppliments Work'. Yang menarik tentang Dr Rajbans ini, sudah 20 tahun tidak mengambil gula. Lamakan? Semua itu atas kesedaran bahawa gula adalah punca segala penyakit. Beliau mengaku penjagaan makanan dan aktiviti fizikalnya yang telah diamalkan secara rutin diusianya 50an, menjadikannya sihat seperti usia 30an.

Menurut Dr Rajbans ;

"Doktor sebenarnya bukan golongan terbaik untuk bercakap tentang nutrisi. Doktor cuma belajar tentang penyakit dan cara merawat menggunakan teknologi dan ubat-ubatan. Untuk pencegahan penyakit dan nutrisi, perlu merujuk kepada ahli nutrisi"




Kejutan Dari Shaklee !!!

Bisnes Starter Kit Yang Baru

Banyak kejutan dan terkejut sewaktu BLC ni. Yang paling best bila Shaklee memperkenalkan Kit Bisnes paling smart, mudah dan compact. Sangat wowww!!! 



Mulai April 2017, ahli baru akan mendapat Starter Kit berwajah baru. Lebih Compact !! Lebih Informatif !!
Berbeza dengan Starter Kit sebelum ini, yang terbaru terdiri daripada Product Guide, Shaklee Difference, Landmark Study dan Business Guide. Disamping itu, booklet tambahan juga disediakan untuk kemudahan pelanggan memahami dengan lebih dekat berkaitan produk Shaklee. 



Selain itu, Shaklee juga suprise kan leaders dengan cenderahati yang ohsemmmm....... tak rugi datang dari jauh. Banyak khazanah di bawa balik. Semua ni freeeee sesajeeee. yeayyy!!!!!



Pertemuan kali ke 3 dengan upline kesayangan. Mama Shaklee yang terlalu banyak membantu. Terima kasih Wardah Aina yang banyak bagi tunjuk ajar sepanjang berShaklee.

Inilah dia sebenarnya keseronokan saya sepanjang bersama Shaklee. Bukan sekadar mengejar income bulanan, tetapi pendedahan tentang kesihatan yang tiada hadnya. 

Bagi rakan diluar sana yang masih tercari-cari bisnes yang memberi faedah pada kesihatan disamping membantu menjana pendapatan, Shaklee pilihan yang terbaik!!