RESDUNG SERANG HIDUNG, MATA DAN OTAK


Masalah resdung menyerang hidung, mata dan otak


Resdung bermaksud radang pada mukosa di dalam rongga-rongga hidung dan sinus. Alahan atau jangkitan kuman sering menjadi punca kepada masalah resdung. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai rhinosinusitis.

Apabila anda mengalami resdung, lendir yang terhasil dari rongga hidung akan disalurkan terus ke dalam hidung. Bakteria akan terus membiak dalam rongga sinus apabila alirannya tersumbat oleh lendir yang terhasil. Lapisan hidung akan mula membengkak dan berbau busuk apabila terhasilnya nanah dalam rongga hidup akibat pengumpulan bakteria.

Siapa yang boleh dijangkiti?

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti . Resdung juga menyerang kanak-kanak. Resdung dikalangan kanak-kanak mampu merebak hingga ke dalam mata hingga mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Jika lambat diberi rawatan, kanak-kanak tersebut mungkin akan buta.

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk ke ruangan otak. Dinding pemisah menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, ini akan menyebabkan ostia tersumbat

Bahagian yang sering dijangkiti resdung adalah bahagian sinus maxilla. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Sekiranya nanah merebak hingga ke otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery

Tanda-tanda dijangkiti resdung.


Tanda-tanda seseorang telah dijangkiti resdung boleh dikenalpasti melalui bahagian tubuh mereka. Pada mereka yang mengalami masalah pada bahagian tubuh ini, cepat-cepatlah lakukan pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Dahi

* Mengalami kegatalan pada kulit kepala
* rambut gugur
* Migrain atau sakit kepala

2. Mata

* Bengkak atau sakit
* Gatal-gatal pada mata
* Penglihatan menjadi kabur
* Mata berair

3. Hidung

* Hidung tersumbat
* Kurang deria bau
* Selsema atau bersin yang berpanjangan
* Bernanah dan berbau
* Sakit di bahagian pangkal hidung

4. Telinga

* Gatal dalam saluran lubang telinga
* Telinga berasa sakit
* Bernanah dan berbau
* Mengalami masalah pendengaran

5. Pipi

* Kemerahan di bawah mata dan pipi
* Jerawat yang banyak
* Sakit
* Gatal dibahagian muka

6. Mulut

* Gusi berdarah atau bernanah
* Gusi menjadi longgar dan sakit
* Gusi bengkak

7. Dada

* Mengalami batuk-batuk berpanjangan
* Lelah dan berkahak
* Gatal dalam kerongkong
* Jerawat di sekitar leher, dada atau belakang
* Gatal-gatal badan

8. Usus besar / kecil

* Cacing kerawit membiak
* Mengalami buasir
* Berdarah ketika buang air besar
* Bengkak dibahagian dubur

9.Kaki dan tangan

* Kudis (berair) dicelah jari
* Cekam kuku

Komplikasi Resdung

* Komplikasi resdung biasanya berlaku dalam keadaan jangkitan bakteria akut (acute rhinosinusitis). Ia kerap berlaku pada kanak-kanak berbanding dewasa.

* Oleh kerana kedudukan hidung terletak bersebelahan mata dan otak, jangkitan akan merebak disekitar kawasan tersebut.

* Antara contoh radang otak (meningitis dan encephalitis), nanah dalam otak, darah beku dalam otak (cavernous sinus thrombosis), bengkak pada bahagian mata dan buta.

* Jangkitan bakteria di dalam rongga sinus frontal juga boleh merebak ke tulang muka (osteomyelitis) yang menyebabkan sakit dan bengkak dibahagian dahi.

Rawatan yang disyorkan



Rawatan yang disyorkan adalah bergantung kepada jenis resdung yang dihadapi ;

i. Redung jenis alahan

Jika mengalami resdung jenis ini, pesakit perlu menjaga pantang dari segi pemakanan dan elak dari terdedah kepada habuk atau apa sahaja punca yang boleh menyebabkan terjadinya resdung. Ubat yang berkaitan dengan alahan adalah ubat hembusan hidung yang mengandungi steroid dan pil anti-histamin.

ii. Resdung kerana jangkitan bakteria

Doktor akan memberikan antibiotik jika mengalami resdung disebabkan oleh jangkitan bakteria dan mesti dihabiskan. Selain daripada itu, ubat hembusan saline atau cucian hidung dan ubat selsema akan diberikan

Jika resdung yang dialami semakin kronik atau dikenali sebagai polip hidung, pembedahan selalunya akan diperlukan. Juga bagi pesakit yang telah diberikan ubat yang optimum tetapi masalah hidung masih belum dapat dirawat. Walaubagaimanapun, pesakit resdung yang mempunyai komplikasi pada bahagian mata dan otak, rawatan segera dan pembedahan akan dilakukan oleh pakar ENT

Bagaimana supplimen Shaklee boleh membantu??

Set Resdung
Supplemen Shaklee mempunyai set resdung yang merawat masalah resdung dari dalam. Set lengkap Set Resdung mempunyai 3 produk iaitu :

 Alfalfa Complex

* Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan
* Kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama dari akibat ekzema, resdung (sinus), alergi dan gegata.

B-Complex

* B6 penting bagi memulihkan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
* Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
* Membantu hati dalam menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
* Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti stress

Vita- C

* Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan drug anti-histamin.
* Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh manusia
* Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
* Meningkatkan fungsi T-cell dan macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
* Meningkatkan oksigenasi (oxygenation) pada tisu-tisu dalam tubuh manusia.
* Meningkatkan penyembuhan tisu

TESTIMONI SET RESDUNG 





"Mengalami simptom-simpton resdung seperti di atas? Sudah mencuba pelbagai kaedah tapi masih gagal merawat resdung? Ingin mencuba supplemen Shaklee iaitu Set Resdung Shaklee? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan produk serta konsultasi secara percuma. Perkhidmatan COD seluruh Labuan juga disediakan. Penghantaran pos secara percuma ke seluruh Malaysia untuk pelanggan luar dari Labuan" -Pengedar Shaklee Labuan







Comments