PERUBAHAN SEWAKTU HAMIL YANG PERLU DIKETAHUI BAKAL IBU



Pertama kali menjadi ibu mungkin kurang arif dengan perubahan yang berlaku terhadap diri sendiri. Samalah macam saya. Sudahlah tinggal berjauhan dari keluarga, 'no ideas' tentang apa yang bakal berlaku. Bermula dari trimester pertama, trimester kedua sehinggal trimester yang ketiga akan ada perubahan yang berlaku secara perlahan-lahan. Selesakan diri dan banyakkan membaca juga membantu untuk mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan kerana setiap ibu memiliki pengalaman yang berbeza.
 
Trimester Pertama

Awal kehamilan sangatlah excited. Banyak idea termasuk dalam perancangan walhal ada lagi 9 bulan untuk ditempuh. Tapi perancangan awal untuk 3 bulan yang pertama tidaklah merugikan.

1. Aturkan temujanji

Temujanji dengan siapa??? Mestilah dengan klinik perbidanan. Buatlah buku pink  selewat-lewatnya minggu 10 hingga 12 kehamilan. Biasanya nurse akan minta beberapa maklumat penting seperti;

* Sejarah keluarga dan gaya hidup
* Memberi tips penting sepanjang kehamilan
* Mengambil tekanan darah
* Tinggi dan berat di awal kehamilan

2. Jangan lupakan Asid Folik



Mulalah mengambil asid folik. Asid folik sangat baik untuk mencegah masalah otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan kecacatan pada bayi anda.

3. Berhati-hati dengan ubat-ubatan

Jika ibu sakit ataupun kurang sihat, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Jangan sewenang-wenangnya mengambil sebarang ubat-ubatan kerana dikuatiri menjejaskan kandungan. 

4. Jika merokok, minum arak.... hentikan !!!!



Jagalah kandungan dengan sebaik-baiknya. Amalan hidup yang tidak sihat mengundang keguguran serta merbahayakan ibu dan kandungan.  

5. Elak kaffein.

Jika mampu, elakkanlah pengambilan kaffein. Paling tidak pun, kurangkan pengambilan kaffein dengan jumlah 200mg sehari  kerana pengambilan kaffein setiap hari dan melebihi 200mg kaffein boleh menyebabkan keguguran. Sumber kaffein bukan sahaja dari nescafe atau teh, malah 200mg adalah termasuk pengambilan dari coklat, cola dan minuman pemberi tenaga.

6. Boleh makan.... Tak boleh makan

Pelajari makanan yang patut diambil dan makanan yang sepatutnya ditinggalkan. Ini kerana terdapat sesetengah makanan yang boleh memudaratkan kandungan seperti air tebu, nanas kerana ia bersifat "tajam" . Ada sesetengah ibu hamil yang tidak tahan pada makanan yang "berangin" seperti kekacang. Ini akan menyebabkan ketidak selesaan terhadap perut.  

7. Keletihan

Perubahan hormon sewaktu kehamilan disebabkan oleh peningkatan hormon progesterone. Ada sesetengah ibu yang mengalami keletihan pada awal kehamilan. Cuba dapatkan rehat secukupnya dan amalkan pemakanan pemberi tenaga.

 8. Perubahan 'Mood'

Mulalah nak moody masa-masa ni. Sekejap marah, sekejap ok, sekejap sentap. Orang  kata pembawaan budak. Lain orang lain pengalaman. Keletihan dan perasaan 'kerap lapar' pun boleh membuatkan ibu-ibu rasa tidak selesa. Ada sahaja yang tidak kena. Keadaan ini akan berkurangan bila kandungan mencapai minggu 14 ke 16 (ada juga yang tak ok sampai nak bersalin).

9. Pening dan Muntah-muntah



Kalau pening dan muntah-muntah, memang cepat je orang kaitkan dengan mengandung. Kebanyakkan ibu hamil akan mengalami gejala ini. Lama atau sekejap simptom ini bergantung pada seseorang. Macam saya anak pertama masuk bulan ke 4 kehamilan dah agak ok, tapi anak ke 2 sampai kandungan 9 bulan masih lagi pening dan muntah-muntah. Pening yang dialami sama ada disebabkan hormon ataupun masalah tekanan darah rendah. Jika disebabkan tekanan darah, berjumpalah doktor anda untuk rawatan lanjut. 

10. Peningkatan Deria Bau

Alahai... memang kurang tahan kalau part ini. Deria bau jadi sangat sensitif masa mengandung. Ada makanan yang jadi tak lalu untuk dimakan hanya kerana baunya yang kuat (padahal masa tak mengandung ok je). 

 11. Kekejangan

UUUHHH.....memang sakit bila kejang atau krem. Biasanya kena masa tengah malam, tengah tidur. Apalagi.... tak pasal-pasal menjerit... melompat partner sebelah sebab terkejut... hahahaha. Masalah krem atau kekejangan ini berlaku disebabkan kekurangan kalsium dan magnesium. Walau apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.



Trimester Kedua

Apabila sudah memasuki trimester kedua kehamilan, tubuh akan kembali bertenaga. Masalah 'morning sickness' mungkin masih ada tetapi tidak sekerap trimester pertama. Akan tetapi terdapat juga ibu yang mengalami 'morning sickness' yang berpanjangan. Sepanjang trimester yang kedua, didapati perkembangan bayi amat cepat sekali. Minggu 18 hingga 22 kehamilan, ibu akan mula menjalani ultrasound untuk memperlihatkan perkembangan kandungan.

1. Sakit belakang



Semakin banyak pertambahan berat badan, semakin tinggi beban terhadap tulang belakang. Biasakan duduk dikerusi yang menyokong tulang belakang. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi. Jangan bawa barang-barang yang berat. 

2. Gusi berdarah

Perubahan hormon banyak mempengaruhi perubahan ibu hamil. Perubahan hormon akan menyebabkan darah dialirkan lebih banyak ke kawasan gusi. Ada sebahagian ibu hamil mengalami bengkak gusi dan gusi bedarah. Dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor gigi untuk rawatan yang sewajarnya.

3. Kerap buang air kecil

Buah pinggang akan berkerja lebih untuk memproses air kencing ketika hamil. Kedudukan bayi yang menekan pundi kencing juga menjadi punca kekerapan membuang air kecil. Walau apa pun jangan kurangkan pengambilan air hanya kerana ingin mengurangkan kekerapan ke bilik air kerana ibu memang memerlukan air yang banyak ketika hamil.

4. Perubahan pada kulit

Hormon penyebab perubahan pada kulit. Kesan 'glowing'  yang dialami dan kadang kala seperti ibu memakai 'blusher' disebabkan oleh perubahan hormon. Terdapat juga perubahan warna kulit pada sesetengah bahagian tubuh dan akan hilang apabila selepas melahirkan. Gunalah krim yang sesuai untuk mencegah 'strech marks'.

5. Terjadinya 'Varicose Veins dan Spider Veins'



Aliran darah akan meningkat bertujuan untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Aliran darah yang berlebihan mampu menyebabkan salur darah ibu membengkak dan lazimnya berwarna biru-ungu. Ini dikenali sebagai 'Varicose Veins'. Jika dilihat bentuknya seakan-akan sarang labah-labah yang berpintal-pintal pada permukaan kulit. Manakala  'Spider veins' juga boleh dilihat dipermukaan kulit tetapi bentuknya yang lebih kecil dan halus berbanding 'Varicose Veins'. Kenaikan berat badan dan ibu yang hamil anak kembar antara mereka yang berisiko mengalami masalah ini.  

6. Perubahan pada Payudara 

Payudara terasa penuh dan berat berbanding semasa tidak hamil. Sekeliling puting payudara juga kelihatan membesar dan sedikit gelap. Ibu dinasihatkan untuk memakai coli yang lebih selesa dan memberi sokongan yang lebih kepada payudara sepanjang tempoh kehamilan. 

7. Penambahan berat badan

Untung pada yang mengandung tapi tidak gemuk. Ada ke?? Ada jugaklah kawan-kawan yang mengandung tapi berat naik secara konsisten. Trend sekarang walaupun mengandung, tapi masih berlumba pakai baju sendat dan seluar ketat. Mungkin mereka selesa, tapi tidak pada saya. Saya lebih selesa dengan pakaian yang agak longgar sesuai dengan ibu hamil.

Trimester Ketiga

Pada peringkat ini, berat bayi akan semakin meningkat. Bayi juga didapati mampu mengelipkan matanya. Kulit bayi yang berkedut akan semakin licin kerana bertambahan berat badannya. Lain-lain perkembangan akan semakin pesat pada peringkat ini. 

1. Keletihan

Berat badan yang bertambah membuatkan ibu cepat letih. Pergerakkan juga semakin terbatas dek kerana saiz perut yang semakin membesar. Lakukan senaman ringan khas untuk ibu hamil agar ibu kekal cergas. Makanlah sedikit tetapi kerap sebagai penjana tenaga. Jika letih berkerja, apakata lelapkan mata seketika agar tubuh dapat berehat. Jika terlalu letih dan tidak berdaya, jumpalah doktor kerana keletihan juga punca ibu mengalami anemia.

2. Sakit belakang

Beban yang ditanggung ibu hamil juga memberi tekanan kepada tulang belakang. Semakin membesar kandungan semakin ia mengganggu postur tubuh ibu. Sokong bahagian belakang dengan bantal sewaktu tidur agar posisi tidur lebih selesa dan tidak menyakitkan. 

3. Kerap buang air kecil

Sama seperti trimester sebelum ini, kekerapan ulang alik ke bilik air juga semakin bertambah kerana kedudukan kandungan yang mungkin menekan pundi kencing. Elakkan minuman yang bersifat diuretik seperti kaffein kerana ia akan menambahkan lagi rasa untuk ke bilik air. 

MENCARI SET PENJAGAAN SEPANJANG KEHAMILAN?

Set Mengandung Shaklee
Bersedia dengan penjagaan optimum sepanjang tempoh kehamilan? Shaklee menawarkan set lengkap untuk ibu mengandung bermula dari trimester pertama sehinggalah trimester ketiga. Untuk trimester pertama ibu dinasihatkan mengambil ESP, Vita-Lea Iron Formula, Vita-C dan Ostematrik. Manakala Omega Guard diambil apabila ibu memasuki trimester kedua dan ketiga.

Energizing Soy Protein

* Membekalkan protein
* Mengekalkan pertumbuhan dan memelihara tisu badan
* Memberi tenaga kepada ibu hamil
* Membantu ibu memperoleh kesan yang optimum dalam 
   pengambilan vitamin yang lain
* Menjadikan kulit lebih licin, gebu dan anjal
* Mengatur keseimbangan bendalir dalam badan 
* Blok-blok pembinaan asas tubuh ibu dan bayi
   ~ Bayi berkembang pesat pada trimester kedua dan ketiga
   ~ Penghasilan susu ibu
* Bebas laktosa secara semulajadi
* Bebas kolestrol secara semulajadi
* Soya Shaklee - NON GMO (Tidak diubahsuai genetik soya)

Sustained Released Vita-C

* Sebagai antioksida
* Penghasilan kolagen = Membina tulang rawan, otot dan tulang fetus
* Meningkatkan sistem imun, melawan jangkitan penyakit sewaktu hamil

Vita-Lea Iron Formula

* Merupakan multivitamin yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
* Membantu menambah zat besi. Kekurangan zat besi bererti akan mengalami masalah kekurangan darah dan ini bererti kuranglah oksigen yang diangkut keseluruh tubuh ibu. Ini akan menyebabkan anemia dan berkemungkinan bayi yang dilahirkan tidak cukup matang.
* Segala zat akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan melalui ibu. Oleh itu ibu memerlukan zat yang secukupnya dalam menyokong perkembangan bayi.
* Memberi tenaga untuk ibu dengan 28 jenis vitamin dan mineral

B-Complex

* Menjaga kesihatan saraf
* Membantu mengelakkan tekanan
* Menstabilkan emosi ibu
* Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan tubuh
* Sistem penyerapan bioaktif (meningkatkan penyerapan asid folik)
* Menjana tenaga dan menghasilkan sel darah merah
* Pengambilan setiap hari sebelum dan semasa hamil mencegah berlakunya kecacatan pada kandungan

Ostematrix

* Membekalkan Kalsium dan Magnesium
* Kalsium penting dalam pembentukan tulang, gigi, darah dan saraf.
* Bayi akan menyerap kalsium dari ibu untuk tumbesaran, oleh itu ibu perlu sentiasa memastikan keperluan kalsium cukup untuk kedua-duanya.
* Kekurangan kalsium akan menyebabkan berlakunya osteoporosis, sengal-sengal, sakit badan, kelesuan dan menampakkan kesan penuaan.
* Pengambilan Ostematrix juga mencegah terjadinya kekejangan akibat kekurangan kalsium dan magnesium

Omega Guard (EPA dan DHA) 

* DHA adalah asid lemak yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain dan sangat penting untuk perkembangan otak dan janin.
* Bayi tidak menghasilkan DHA mereka sendiri. DHA semasa dalam kandungan diperolehi dari placenta, manakala apabila sudah lahir bayi memperolehi DHA dari pengambilan susu ibu. Oleh yang demikian ibu berpotensi kekurangan DHA.
* Ibu hamil dan menyusu digalakkan mengambila omega 3 untuk perkembangan fetus serta sebagai supplimen ibu itu sendiri.





"Masih tercari-cari set lengkap untuk keperluan sepanjang tempoh kehamilan? Apakata cuba Set Mengandung Shaklee yang selamat dan berkesan. Nutrien dalam setiap produk membantu ibu mengharungi 9 bulan kehamilan. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Untuk warga Labuan, perkhidmatan COD secara percuma turut disediakan. Bagi mereka yang berada di luar Labuan, usah risau, cas pengeposan juga adalah secara percuma. Dapatkan yang terbaik untuk diri dan bayi anda" - Pengedar Shaklee Labuan

 

Comments