Susu ibu merupakan makanan yang terbaik yang diperuntukkan
untuk bayi. Nilai nutrisi yang terkandung dalam susu ibu amat tinggi
sehinggakan bayi tidak memerlukan sebarang makanan tambahan. Susu ibu amat mudah dicerna oleh bayi
berbanding susu formula.
SET CADANGAN PENYUSUAN
ESP Soy Protein Isolate Powder
Kandungan protein yang tinggi dalam ESP menjadikan ESP
sangat sesuai dijadikan vitamin yang wajib diambil oleh ibu yang menyusukan
bayi. ESP turut membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada ibu serta dapat
meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh. ESP juga membantu melancarkan
pengeluaran susu ibu dengan menghasilkan susu yang banyak dan pekat.
Alfalfa Complex
Alfalfa memiliki keistimewaan sendiri sehingga ia mampu
digelar RAJA TUMBUH-TUMBUHAN. Keupayaan akarnya menyerap pelbagai nutrisi
menjadikan ia sangat hebat kerana khasiatnya yang sangat tinggi. Pengambilan
Alfalfa sebagai salah satu produk dalam set penyusuan melengkapkan lagi set ini
sebagai MILK BOOSTER yang membantu ibu-ibu yang berhasrat menyusukan bayi
secara eksklusif. Pengambilan Alfalfa bersama-sama ESP menghasilkan susu yang
pekat dan banyak, dan ini sekali gus mampu membuatkan bayi anda kenyang dengan
cepat. Tetapi apa yang paling penting , susu yang dihasilkan dari kombinasi
pengambilan 2 produk ini lebih tinggi kandungan nutrisinya dan ia semestinya
baik untuk perkembangan bayi.
Apa pula kebaikan Alfalfa terhadap ibu?
Tidak semua ibu yang memilih jamu sebagai produk untuk
penjagaan dalaman. Ada sesetengah mereka tidak tahan dengan sifat jamu yang
panas, tidak kurang juga yang kurang percaya dengan pengambilan jamu. Alfalfa
merupakan alternatif lain yang boleh diamalkan oleh ibu kerana Alfalfa juga
mampu menjaga rahim dengan baik kerana Alfalfa juga dikenali sebagai kumpulan
herba. Alfalfa dipercayai mampu MENGETATKAN bahagian kewanitaan ibu.
Tips Penyusuan Yang Hebat
1. Kerap susukan bayi anda.
Rangsangan yang kerap membantu tubuh menghasilkan susu
dengan baik. Kerap susukan bayi anda antara 3-4 jam sekali. Semakin kerap ibu
menyusukan bayi, maka semakin banyak susu yang dihasilkan. Aktiviti penyusuan
yang tidak dijadualkan atau penyusuan mengikut keinginan bayi (on demand) mampu
meningkatkan pengeluarkan susu kerana kekerapan penyusuan mempengaruhi
pengeluaran susu ibu.
Ibu bekerja turut tidak terkecuali jika menginginkan bayi
mereka diberi susu ibu sepenuhnya. Jika ibu sedang bekerja, elok kiranya pam
susu setiap 3-4 jam agar tubuh terus berusaha menghasilkan susu. Pastikan ibu
menyediakan alat pam yang sesuai dan bersih agar ibu sentiasa bersedia. Label
tarikh setiap botol hasil pam tersebut dan pastikan tempat kerja ibu memiliki
akses penyimpanan susu tersebut.
2. Pentingkan Posisi Penyusuan
Posisi penyusuan yang betul memainkan peranan yang penting
sewaktu aktiviti penyusuan dijalankan. Ramai ibu yang mengeluh kerana kurangnya
susu yang dihasilkan sedangkan pengeluaran susu boleh dirangsang dengan
penyusuan yang kerap dan juga posisi penyusuan yang betul. Posisi penyusuan
yang tidak betul merupakan factor yang dapat mengganggu pengeluaran air susu
kepada bayi.
Sebaiknya ketika menyusu, posisi bayi dengan seluruh tubuh
bayi menghadap tubuh ibu. Manakala posisi hidung dan dagu bayi menghadap
payudara. Pastikan keseluruhan puting dan areola memenuhi seluruh mulut bayi.
Selain dapat menggalakkan penyusuan, terbentuk hubungan kasih sayang antara ibu
dan bayi dan bayi rasa lebih selesa dan selamat.
3. Pemakanan Yang Seimbang
Ibu yang masih menyusukan bayi digalakkan mengamalkan
pemakanan yang seimbang agar susu yang dihasilkan memiliki kandungan nutrisi
yang tinggi. Pengambilan pemakanann yang tinggi kandungan protein dan vitamin
tentunya dapat menghasilkan kandungan susu badan yang tinggi nutrisinya.
4. Kesabaran dan Ketenangan Jiwa
Jiwa yang tertekan atau stress mampu mempengaruhi aktiviti
penyusuan. Ibu seharusnya yakin dan percaya bahaya ibu mampu menyusukan bayinya
sendiri. Keadaan gelisah, risau dan tertekan kerana pengeluaran air susu yang
kurang sedikit sebanyak menjejaskan emosi dan sekali gus membuatkan ibu tidak
yakin dapat menyusukan bayi secara eksklusif. Kesabaran yang tinggi harus
dipraktikan sepanjang tempoh penyusuan agar bayi yang disusukan lebih selesa.
Selain daripada itu, sokongan suami dan keluarga juga amat perlu agar emosi ibu
lebih stabil.
Dapatkan Set Menyusu hari ini.
Berminat dengan produk? Dapatkan maklumat lengkap berkenaan SET MENYUSU dari saya :)
SHAKLEE LABUAN
Comments
Post a Comment