Sunday, 24 April 2016

Tip Rendahkan Paras Kolesterol



"Kolesterol encik agak tinggilah...... mungkin encik perlu buat sesuatu"

Mau terasa gelap dunia seketika kot bila doktor maklumkan macam tu kan??.

Sesiapa sahaja inginkan kehidupan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Bila badan sihat semua yang dilakukan akan menjadi senang tanpa menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan. Orang kata 'mencegah lebih baik dari mengubati'. Jom amalkan beberapa tips yang mungkin membantu merendahkan paras kolesterol dalam darah.

1. Kawal Porsi Makanan Dengan Tapak Tangan



Kesukaran mengawal nafsu makan merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan seseorang. Kebanyakkan mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik kerana sering mengambil makanan dalam porsi yang tidak betul. Cara paling mudah adalah gunakan ukuran tapak tangan sebagai penyukat. Contohnya 1 hidangan ikan atau ayam hanya sebesar tapak tangan anda sahaja. Ini cara mudah untuk memastikan porsi pemakanan anda tidak berlebihan.

2. Pilih Makanan Yang Sihat



Apakata latih diri untuk memenuhkan pinggan makan anda dengan himpunan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil hidangan jenis ini sekurang-kurangnya 5 - 9 hidangan sehari dalam usaha mengurangkan kolesterol jahat 'LDL'. Pemakanan yang tinggi kandungan antioksidan memberi banyak manfaat terhadap tubuh. Makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan dipercayai mampu menurunkan tekanan darah dan mengalakkan kesihatan optimum.

3. Makan Ikan



Makanlah ikan sekurang-kurangnya 2 hidangan seminggu. Ikan merupakan sumber asid lemak yang rendah tetapi kaya dengan asid lemak omega . Asid lemak omega 3 membantu menurunkan paras triglycerides, sejenis  lemak dalam darah. Selain itu, Asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan juga menurunkan paras kolesterol serta menghalang pembentukkan plag pada salur darah.

4. Mulakan Hari Anda Dengan Bijirin Penuh



Semangkuk oat atau bijirin penuh pastinya memberikan kebaikan sepanjang hari. Makanan dari bijirin penuh mempunyai serat yang tinggi dan sentiasa membuatkan anda terasa kenyang. Selain dapat mengurangkan lemak jahat 'LDL' , amalan memakan bijirin penuh juga boleh menurunkan berat badan.

5. Makanlah Kekacang



Perlukan kudap-kudapan ?? Jadikan kekacang seperti gajus, almond dan pecan sebagai kudapan . Kandungan lemak monotaktepu dalam kekacang berupaya menurunkan kadar kolesterol jahat dalam badan serta memelihara kolesterol baik. Kajian menunjukkan individu yang mengamalkan kekacang sebagai kudapan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Jika boleh makanlah kadang tanpa disalut dengan tepung atau gula agar kesihatan lebih terpelihara.

6. Pilih Minyak Dari Sumber Terbaik.



Lemak juga penting dalam diet seharian kerana lemak membantu proses dalam tubuh badan. Usahakan untuk menggunakan lemak yang diperolehi dari minyak canola, minyak zaitun dan minyak safflower. Dipercayaai minyak jenis monotaktepu ini mampu mengurangkan kolesterol LDL dan meningkatan kolesterol HDL. Pengambilan makanan jenis lemak tepu dalam sesetengah makanan seperti daging meningkatkan risiko peningkatan kolesterol jahat.

7. Pilih Sumber Karbohidrat Terbaik



Kacang dan sumber bijirin penuh seperti beras perang kaya dengan serat yang mampu mengawal kadar gula dalam darah. Selain boleh menurunkan paras kolesterol, ia juga memberi kesan kenyang yang lama

8. Bersenam



30 minit setiap hari, 5 kali seminggu cukup untuk aktiviti fizikal berupaya membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik. Amalan hidup aktif akan menjamin tubuh yang sihat dan menurunkan risiko berlakunya salur darah tersumbat yang berpunca dari kolesterol yang tidak dikawal.

9. Relax dan Bersiar-siarlah.



Tidak mampu melalukan aktiviti fizikal yang berat??? Apakata sarungkan sepasang kasut dan berjalan-jalanlah sekitar taman atau tasik. Aktiviti ini juga membantu mengurangkan stress yang menjadi punca peningkatan tekanan darah. Tarik nafas sedalam-dalamnya sambil menikmati udara segar dan sekaligus dapat membantu mengurangkan kalori.

10. Pilih Makanan Secara Bijak



Makan di kedai memang memudahkan terutama mereka yang sebuk dengan jadual harian yang ketat. Harus diingat, peniaga makanan diluar tidak menitik beratkan jumlah kolesterol dalam makanan yang mereka sediakan. Makin banyak bahan perisa yang ditambah, maka sedaplah makanan tersebut. Oleh itu, berwaspadalah dalam membuat pemilihan menu. Untuk memastikan anda kekal di landasan yang betul anda boleh pilih cara masakan yang sihat seperti rebus, kukus dan elakkan makanan gorengan atau dapatkan dihidangan separuh dengan berkongsi bersama rakan.

11. Periksa Label Makanan.



Rajinlah untuk membaca label makanan yang terdapat pada pembungkus makanan yang dibeli. Ini membantu anda untuk memilih makanan yang rendah kolesterol dengan bijak.

12. Kawal Berat Badan.



Berat badan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti kolesterol tinggi dan kencing manis. Penyakit seperti ini memudaratkan salur darah kerana menjadikannya semakin sempit serta mengundang penyakit seperti penyakit jantung. Tapi jangan lupa....... orang kurus pun boleh mengalami masalah kolesterol tinggi. Jadi berhati-hatilah.

[Rujukan: http://www.webmd.com/cholesterol-management/ss/slideshow-lowering-cholesterol]


DAPATKAN SEGERA SET KOLESTEROL DARI SHAKLEE
 


OMEGA GUARD

EPA dan DHA menurunkan kolesterol jahat "LDL"

PHYTOCOL-ST

Menghalang pembentukan kolesterol baru



"Runsing untuk mendapatkan produk Shaklee???.  Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan produk Shaklee yang anda perlukan. Bukan setakat konsultasi percuma..... penghantaran secara COD juga percuma untuk anda, pelanggan di sekitar Labuan. Apa tunggu lagi!!!" - Pengedar Shaklee Labuan.

 

Monday, 11 April 2016

Fakta Mesti Tahu : Mari Kenali Anggur Muscadine Sumber Mewah Vivix



1. Anggur Muscadine membantu mengekalkan berat badan kerana kalorinya yang rendah. Anggur Muscadine kaya dengan serat dan air iaitu dua sumber yang membantu mengekalkan rasa kenyang tanpa menambah kalori.



2. Anggur Muscadine ialah sumber diet terbaik untuk serat. 35 biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dan 7gram serat. Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang mempunyai kandungan serat larut yang tinggi, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haemorrhoids dan diverticulitus. Serat dalam biji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa. Jadi ia sangat baik untuk penghadaman.



3. Satu kajian yang diterbitkan dalam "Journal of Agricultural and Food Chemistry" mendapati anggur muscadine adalah sumber terbaik alergik asid. Alergik asid mampu menyekat penghasilan sel kanser (menurut American Institute of Cancer Research). Anggur muscadine juga mengandungi 2 kali ganda lebih vitamin c. Hidangan 35 biji anggur muscadine memberikan 14miligram antioksidan atau 23% nilai harian yang dicadangkan untuk diet 2000kalori.



4. Anggur muscadine mengandungi antioksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada berlaku kerosakkan akibat serangan radikal bebas. Menurut Havard School of Public Health, memakan makanan yang kaya dengan antioksidan terbukti dapat menurunkan risiko penyakit jantung, kansel, alzheimer (nyanyuk) dan penyakit kronik yang lain



5. Serat larut dalam anggur muscadine membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Memakan anggur muscadine dan buah-buahan segar yang lain setiap kali kita mengidam untuk makan makanan manis juga membantu kita mengelak dari makan makanan yang tinggi kalori (daripada gula tambahan). Pengambilan gula tambahan yang berlebihan akan menyebabkan kegemukkan, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tidak sihat


"Haaaa..... Sekarang dah tahu kan kenapa Vivix sangat bagus untuk kesihatan?? Anggur Muscadine lah rahsia kehebatan Viviv. Janganlah ragu-ragu dengan khasiat Vivix lagi tau... sebab saya pun pengguna Vivix.... best sangat !!!!... Jom dapatkan Vivix dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Nak konsultasi percuma??? Jangan risau..... konsultasi percuma untuk pelanggan Shaklee saya" -Pengedar Shaklee Labuan










Sunday, 10 April 2016

Fakta Mesti Tahu ; Asid Lemak Omega-3




1. Omega-3 yang terdapat dalam tumbuhan adalah sangat berbeza daripada Omega-3 yang terdapat dalam ikan. Sekiranya anda bercadang mendapatkan Omega-3 dari sumber tumbuhan, anda berisiko mengalami kekurangan beberapa jenis zat Omega-3 yang terkandung dalam sumber ikan.

2. Pada sekitar tahun 1920-an beberapa jenis asid lemak Omega-3 telah berjaya ditemui. Penyelidik mendapati zat yang mereka temui sangat penting untuk kesihatan tubuh dan menepati kriteria saintifik bagi dikategorikan sebagai vitamin. Pada waktu itu, Asid Lemak Omega-3 telah diberikan nama VITAMIN F pada ketika itu...!!!!



3. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu adalah penting untuk kita mendapatkannya dari makanan harian yang kita ambil. Sumber Omega-3 yang terbaik adalah dari IKAN



4. Terdapat tiga jenis Omega-3 iaitu ;
     i. ALA (Alpha Lenolenic Acid)
     ii. DHA (Docosahexaenoic Acid)
     iii. EPA (Eicosapentaenoic Acid)



DHA dan EPA merupakan zat yang diperolehi dari sumber makanan laut seperti ikan salmon dan ikan sardin, manakala ALA didapati dari sumber tumbuhan seperti kekacang dan bijirin.

5.Omega-3 terlibat dalam hampir keseluruhan fungsi dalam tubuh dan merupakan binaan penting dalam setiap sel  di dalam tubuh manusia. Omega-3 boleh diibaratkan sebagai PENGAWAL kepada sel. Ia menjadi bahan binaan bagi lapisan membran yang mengelilingi sel.



6.Sel di dalam tubuh berhubung menggunakan komunikasi 'wireless'. Omega-3 akan memastikan sel-sel ini sentiasa berhubung. Jadi, jika anda tidak cukup Omega-3, komunikasi sel ke sel anda akan terganggu. Ini sangat penting terutama pada bahagian otak dimana ia boleh menggangu emosi, proses pembelajaran, konsentrasi dan ingatan

7. Omega-3 membantu penghasilan Eicosanoids. Ia mempunyai kesan pada banyak fungsi tubuh seperti kesuburan, fungsi buah pinggang, pernafasan, pernafasan, peredaran darah, kesihatan jantung dan pertahanan imun tubuh.

8. Menurut American Heart Association (AHA), ujian klinikal menunjukkan bahawa Omega-3 efektif dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (CDV). Omega-3 juga mampu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).



9. Kajian dari Australia menunjukkan mereka yang mengambil asid lemak omega-3 bersama program senaman boleh membakar lebih lemak berbanding mereka yang mengikuti program senaman tanpa mengambil Omega-3


DAPATKAN MINYAK IKAN TULIN DARI SHAKLEE SEBAGAI SUMBER ASID LEMAK OMEGA-3 ANDA...



Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk maklumat lanjut berkaitan Omega Guard. Konsultasi turut diberikan secara percuma untuk anda.. !!!


Saturday, 9 April 2016

10 Kebaikan Utama Minyak Ikan Yang Semua Orang Perlu Tahu

Berdasarkan kajian terkini oleh University Harvard, kekurangan Asid Lemak Omega 3 merupakan 10 penyebab utama kematian dikalangan rakyat Amerika. Minyak ikan banyak digunakan dalam perubatan terutama sekali penyakit berkaitan jantung, ADHD, cemas, tekanan, kolesterol tinggi, masalah keradangan usus, arthritis, alzheimer, ekzema, diabetes, kanser, lemah imun dan masalah autoimmune. Pengambilan minyak ikan turut terbukti mampu menangani masalah berat badan, kesuburan, kesihatan semasa hamil, kulit yang sihat serta meningkatkan tenaga.


Pengambilan minyak ikan dikatakan mampu memberi kesan yang sangat hebat pada kesihatan seseorang kerana ia adalah salah satu sumber semulajadi yang memiliki Asid Lemak Omega 3 seperti Docosahexa Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA)

Kesan Ketidak Seimbangan Pengambilan Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6.

Mengikut kajian yang dilakukan di Amerika, kebanyakkan masalah kesihatan yang di hadapi adalah kerana  pengambilan Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6 dalam kadar yang tidak seimbang. Pengambilan Asid Lemak Omega 6 yang diambil dalam kuantiti yang banyak tanpa diambil bersama dengan Asid Lemak Omega 3 akan mengakibatkan keradangan yang kronik. Kebanyakkan rakyat Amerika mengambil 2 jenis Asid Lemak ini dalam kadar 20 : 1 ( 20 = Asid Lemak Omega 6, 1 = Asid Lemak Omega 3) jika dibandingkan dengan nisbah sihat 2 : 1. Kekurangan Asid Lemak Omega 3 adalah disebabkan terlalu banyak memakan makanan bergoreng, makanan segera dan makanan yang menggunakan sumber minyak sayuran seperti minyak soya, minyak canola dan minyak jagung.

Antara penyakit yang dikaitkan dengan pengambilan Asid Lemak yang tidak seimbang adalah :-

- Asma
- Penyakit autoimmune
-  Masalah jantung
- Diabetes type II
- Kanser
- Obesiti
- Masalah usus
- Masalah metabolik
- Macular degenaration

10 Kebaikan Minyak Ikan



1. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)



Universiti of South Australia telah menemui bahawa gabungan minyak ikan dan Evening Primrose mampu mengurangkan simptom ADHD seperti kurang fokus, hiperaktif, kegelisahan dan tingkah laku impulsif. Para penyelidik berpendapat "Minyak ikan dipercayai memberi kesan yang baik pada otak. 60% bahagian otak adalah mengandungi lemak dan  pengambilan asid lemak omega 3 dan 6 menjadi sangat penting. Sumber lain yang membekalkan asid lemak ini adalah melalui pengambilan sayuran hijau, walnuts dan ikan"

2. Cemas (Anxiety)



European Journal of Neurosscience membuktikan keperluan minyak ikan dalam "tempoh kritikal dalam perkembangan otak". Ini menunjukkan bahawa pentingnya kanak-kanak diberikan minyak ikan sebagai makanan tambahan seawal mungkin agar simptom cemas dan tekanan dapat dibendung.

3. Arthritis (Sakit Sendi)



Pengambilan minyak biji borage yang diperkaya dengan GLA yang diambil bersama minyak ikan membantu merawat pesakit Rheumatoid Arthritis.

4. Alzheimer (Nyanyuk)



Minyak ikan bukan sahaja penting dalam mengawal tingkah laku, ia juga mencegah masalah nyanyuk dikalangan orang tua.

5. Kanser



Minyak ikan berpotensi melindungi tubuh dari serangan pelbagai sel kanser seperti kanser kolon, prostat dan payudara. Berdasarkan kajian di Taiwan "Docosahexa Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA) adalah antara n-3 polyunsaturated fatty acid (PUFAs) yang terdapat dalam minyak ikan yang mengurangkan risiko kanser prostat".

6. Depresi



Nutritional Neuroscience telah menerbitkan jurnal kesan pengambilan minyak ikan dikalangan remaja yang mempunyai masalah depresi. Didapati terdapat penurunan sebanyak 40% simptom depresi dan terdapat perkembangan positif terhadap kandungan asid amino dan nutrien yang terdapat dalam otak.

7. Diabetes



Brain Research telah menerbitkan kajian bagaimana ikan yang diperolehi dari laut dalam dapat membantu pesakit diabetes. Keupayaan minyak ikan bukan sekadar boleh mengalakkan perkembangan otak dengan pesat tetapi minyak ikan juga mampu menghalang sel hippocampus dari musnah.

8. Masalah Gangguan Mata



Minyak ikan turut terbukti mencegah masalah mata kering dan katarak. Penyelidik dari Perancis telah menguji sekumpulan 290 pesakit dengan masalah Age-Related Mocular Degeneration (AMD) dan mereka mendapati  pengambilan minyak ikan serta makanan laut mampu merendahkan masalah AMD dikalangan pesakit yang diuji. Kandungan EPA dan DHA yang tinggi dalam minyak ikan menjadikan pengambilannya disarankan dalam menangani risiko neovascular AMD.

9. Masalah kardiovaskular (CVD)



Kajian membuktikan minyak ikan berupaya mengurangkan risiko keradangan akibat masalah jantung. Antara EPA dan DHA yang terdapat dalam minyak ikan, didapati DHA paling membantu mengurangkan risiko terhadap penyakit koronari jantung. Pastikan anda memperoleh DHA sekurang-kurangnya 550mg setiap hari.

10. Masalah Autoimun




Tingkatkan kuasa imun tubuh dengan memakan minyak ikan dengan sumber antioksidan seperti astaxanthin dan Vitamin D bagi menggalakkan penyerapan nutrien lebih efektif.


Sumber :
[http://draxe.com/fish-oil-benefits-health/]



" Dah ketahui 10 kebaikan utama minyak ikan?? Shaklee pun mempunyai minyak ikan yang terbaik iaitu OMEGA GUARD ?? Pernah cuba tak ?? Alhamdulillah saya dah cuba, mak saya dah cuba, ayah saya dah cuba, malah... anak saya pun dah cuba Omega Guard Shaklee. Nak konsultasi secara percuma tentang produk Shaklee ?? Hubungi saya... pengedar Shaklee Labuan yang sentiasa akan membantu anda mencari produk yang terbaik :) " Pengedar Shaklee Labuan


Sunday, 3 April 2016

Kulit Bermasalah Kerana Psoriasis

Apa Itu Psoriasis ?

Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berjangkit. Keadaan kulit yang diserang masalah psoriasis adalah kelihatan tebal dan bersisik. Kepingan kulit yang kering dan bersisik ini adalah disebabkan oleh keradangan yang berlaku yang berpunca dari tindakbalas kimia melalui sel darah putih yang dikenali sebagai Lymphocytes. Psoriasis kebiasaanya menyerang bahagian tubuh seperti siku, lutut dan kulit kepala. Terdapat sesetengah yang mengidap masalah ini tidak menyedarinya kerana keadaan kulit yang diserang psoriasi tidak terlalu serius. Akan tetapi psoriasis juga mampu menyerang seluruh bahagian tubuh.

Psoriasis mengambil masa yang agak lama untuk diubati. Terdapat pengidap mendapati masalah psoriasis mereka akan lebih kronik apabila berada dalam musim sejuk. Masalah psoriasis juga mampu menyerang sesiapa sahaja tidak kira bayi, kanak-kanak atau dewasa. Kebiasaannya, pengidap psoriasis akan mengalami rasa yang sedikit sejuk dan boleh mengakibatkan masalah sesak nafas kerana kegagalan jantung (Congestive heart failure, CHF) mengepam darah dengan baik. Selain itu pengidap psoriasis juga akan mengalami masalah kerosakkan kuku (kuku terkupas), masalah keguguran rambut, kelemumur dan kegatalan kulit kepala yang melampau.

Punca Psoriasis.



Punca sebenar yang menyebabkan seseorang dikatakan mengidap psoriasis adalah kurang jelas. Ini kerana terdapat banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah ini. Kombinasi antara masalah genetik dan faktor luaran dikatakan mampu mencetuskan masalah kulit seperti ini. Masalah imun yang rendah juga menjadi salah satu punca berlakunya psoriasis.

Jenis Psoriasis

Psoriasis boleh terbentuk dalam pelbagai keadaan ;



1. Psoriasis Vulgaris (Jenis plak)

80% pengidap psoriasis mengalami masalah psoriasis jenis ini. Ia turut dikenali psoriasis jenis plak kerana membentuk lapisan berwarna merah di atas permukaan kulit seperti siku, lutut, kulit kepala, peha dan kuku. Di atas lapisan berwarna merah itu akan terbentuk sisik berwarna putih dan ia terhasil dari sel kulit mati dan sentiasa akan tercabut atau terpisah dari lapisan kulit berwarna merah (Macam kelemumur lah gitu). Kebiasaannya kulit yang dijangkiti dengan psoriasis akan kelihatan kering, gatal-gatal dan merekah.





2. Guttate Psoriasis

Guttate Psoriasis berbentuk lebih kecil seperti bintik-bintik (drop) pada permukaan kulit. Guttate psoriasis sejenis penyakit kulit yang lebih ringan jika dibandingan dengan psoriasis vulgaris kerana bentuknya yang kecil. Jangkitan bakteria streptoccocal mampu memberi kesan buruk kepada pengidap psoriasis jenis ini. Bintik-bintik kecil akan muncul setelah 2-3 minggu mengalami jangkitan pada tekak.


3. Inverse Psoriasis




Jika anda mempunyai keadaan kulit bertompok yang kemerah-merahan terutama pada bahagian lipatan seperti dibahagian buah dada, bawah lengan, celah punggung dan bahagian lipatan perut anda mungkin mempunyai masalah psoriasis jenis Inverse Psoriasis. Keadaan akan semakin teruk kerana bahagian seperti ini lebih mudah berpeluh dan lama kelamaan menjadi tempat pembiakan yis atau kulat yang akan memburukkan lagi keadaan kulit.

4. Pustular Psoriasis

Pustular psoriasis jarang dihidapi oleh pengidap psoriasis. Jika anda terkena psoriasis jenis ini, kulit akan menjadi merah dan permukaan kulit yang dijangkiti akan terbentuk seperti bintik-bintik jerawat.




4. Erythrodermic Psoriasis

Permukaan kulit kelihatan kemerah-merahan dan mengalami keradangan. Kulit akan mengalami gatal-gatal dan seperti terbakar. Ia mampu menjangkiti keseluruhan bahagian tubuh.




Kesan Psoriasis Pada Sendi

Satu dari tiga pengidap psoriasis berkemungkinan akan mengalami masalah keradangan sendi yang dikenali sebagai Psoriasis Arthritis. Psoriasis Arthritis adalah jenis keradangan yang menyerang sendi dan kulit sekaligus. Ini termasuklah sendi buku lali, sendi pada pergelangan tangan serta lutut. Psoriasis lutut berkait rapat dengan masalah imun tubuh. Kebiasaannya individu yang diserang Psoriasis akan mengalami Psoriasis Arthritis selepas 5-12 menderita Psoriasis.

Fakta Tentang Psoriasis

1. Psoriasis merupakan keradangan kulit yang kronik

2. Pengidap Obesiti, masalah jantung dan kencing manis cenderung mengalami Psoriasis

3. Persekitaran yang kurang baik mampu mencetuskan Psoriasis

4. Psoriasis juga mampu diwarisi

5. Pengidap Psoriasis memiliki tanda-tanda dan simptom yang berbeza-beza.

6. Antara simptom-simptom yang dipunyai oleh pengidap Psoriasis adalah seperti kulit yang kemerah-merahan, kulit yang bersisik, kulit yang mengalami kegatalan terutama kulit sekitar siku, lutut, dan kulit kepala.

7. Psoriasis bukan penyakit berjangkit

8. Psoriasis mampu pulih dan teruk dalam kadar yang pantas.

9. Psoriasis boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan

10. Psoriasis boleh diubati.

Rawatan Psoriasis



Terdapat pelbagai rawatan yang boleh diberikan kepada pengidap psoriasis.  Rawatan adalah mengambil kira jenis psoriasis dan bahagian kulit yang terkena jangkitan. Jika kawasan kulit yang bermasalah hanya melibatkan kawasan kecil sahaja (kurang 10% kawasan kulit), rawatan yang sesuai adalah dengan cara menyapu krim, losyen dan spray yang bersesuaian dengan masalah psoriasis. Pengambilan steroid pada bahagian yang agak serius juga membantu.

Jika anda mengalami psoriasis jenis sederhana (melibatkan 20% bahagian kulit), pengunaan produk biasa mungkin tidak membantu. Ini memerlukan rawatan ultraviolet atau rawatan yang melibatkan seluruh bahagian kulit tubuh (sistemik) dengan penggunaan pil atau suntikan.

Rujukan =

[http://www.medicinenet.com/psoriasis/page2.htm]


Bagaimana Produk Shaklee Membantu Masalah Psoriasis?


Vivix

Vivix mengandungi bahan yang di namakan sebagai Resveratrol. Malah, Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada Resveratrol disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya mengandungi bahan semula jadi.

Kandungan polifenol yang terdapat dalam Resveratrol adalah 50 kali lebih bertenaga berbanding Vitamin C dan Vitamin E. Antioksidan ini adalah anti radang yang sangat kuat terhadap kulit, mengurangkan kesan pada kulit yang mempunyai masalah rosacea, eczema, psoriasis dan juga masalah jerawat. Polifenol juga mampu mempercepatkan penyembuhan luka pada kulit bagi mengelakkan merebak dan seterusnya boleh mengakibatkan masalah alahan pula.

Nutriferon

Membantu meningkatkan ketahanan tubuh seseorang

Omega Guard

Bertindak sebagai terapi kepada penyakit autoimmune seperti SLE, Psoriasis dan lain-lain.

GLA Complex

Baik untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. GLA juga terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah pesakit eczema, psoriasis dan keradangan kronik. GLA juga mampu memberi kesihatan pada kulit dan rambut.

Vita E Complex

Mampu menentang radikal bebas yang merosakkan sel tubuh.

B Complex

B Complex bertindak sebagai penghasil tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia merupakan nutrien anti tekanan memandangkan salah satu penyebab merebaknya keradangan akibat dari stress, maka B Complex merupakan gabungan hebat untuk menangani psoriasis

Herbal Blend Multipurpose Cream

Memberi kesan yang melegakan dan sejuk pada permukaan kulit yang bermasalah.

Testimoni Psoriasis



"Jika anda memiliki simptom-simpton seperti Psoriasis, jika inginkan penyelesaian secara semulajadi tanpa penggunaan ubat-ubatan, mungkin SET PSORIASIS SHAKLEE boleh membantu. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi produk secara percuma" - Pengedar Shaklee Labuan