Saturday, 22 October 2016

DHA Omega-3 Tingkatkan Fokus Anak-anak

Keseluruhan sel tubuh amat memerlukan asid lemak Omega 3 terutama sekali kanak-kanak dan juga bayi dalam kandungan. Asid Lemak Omega 3 merupakan asid lemak yang penting tetapi malangnya ia tidak dihasilkan oleh tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan dengan Omega 3 amat diperlukan. Susu ibu mengandungi kedua-dua jenis asid lemak (Omega 3 dan Omega 6) akan tetapi kecukupannya adalah bergantung kepada diet seharian si ibu.



Penting Sangat ke DHA Terhadap Bayi dan Kanak-kanak?

Pernah dengar tak tagline ni ??

"Bila sel-sel otak berhubung" 




Ya... memang benar anak-anak semakin pintar jika sel-sel otak mereka mampu berkomunikasi. Tetapi bagaimana ia berlaku?

Salah satu sebab mengapa pengambilan asid lemak Omega-3 amat penting dikalangan bayi dan kanak-kanak adalah kerana terdapatnya DHA. DHA (Docosahexaenoic acid) sejenis lemak tak tepu yang memainkan peranan penting dalam memastikan sel otak mampu berhubung antara satu sama lain. 

Bagi ibu bapa yang memilih susu tepung sebagai makanan bayi mereka, keperluan pemilihan susu formula dengan DHA sangat penting kerana DHA menyokong perkembangan kognitif anak anda. Pengambilan susu formula yang diperkaya dengan DHA seawal 4 bulan pertama boleh meningkatkan perkembangan mental bayi (Susu ibu adalah susu terbaik). Kajian menyelesai masalah dan memori telah dilakukan terhadap sekumpulan kanak-kanak. Kanak-kanak yang minum susu dengan formula DHA mendapat lebih 4 markah berbanding kanak-kanak minum susu tanpa DHA. Manakala kanak-kanak yang diberi susu dengan DHA dan AA (Arachidonic Acid) mendapat lebih 3 markah berbanding DHA tanpa AA.

Kanak-kanak dengan masalah ADHD (attention-deficit hyperactivity disorder) dikenalpasti mempunyai masalah kurang fokus dan hiperaktif. Kajian juga menunjukkan, kanak-kanak dengan masalah ini mempunyai tahap asid lemak yang rendah. Asid lemak juga membantu masalah kanak-kanak disleksia.

Kajian Oxford-Durham

Penggunaan minyak ikan dalam kajian Oxford-Durham menunjukkan kesan positif untuk kanak-kanak dengan masalah disleksia, dyspraxia dan ADHD. Kajian ini dilakukan apabila pihak sekolah menyedari ramai murid mereka mengalami masalah fokus. Pihak sekolah telah menemui kajian terbaru tentang kepentingan Asid Lemak terhadap kanak-kanak bermasalah dan telah memulakan program ini untuk membantu murid mereka.

Kajian ini turut diterbitkan di dalam Jurnal Pediatrics (Richardson et al.) dan ia melibatkan kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun. Dalam masa 6 bulan, sebanyak 12000 penilaian telah dilaksanakan ke atas 117 orang murid dari 12 buah sekolah. Kanak-kanak yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, tingkahlaku dan penyelarasan. 

[http://www.durhamtrial.org/]

Tingkatkan Pengambilan Asid Lemak Omega 3 Untuk Memperbaiki Kemahiran Membaca dan Masalah Tingkah Laku.

Kajian terbaru adalah dilakukan oleh University Of Oxford terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah membaca serta tingkahlaku.

‘Previous studies have shown benefits from dietary supplementation with omega-3 in children with conditions such as ADHD, Dyslexia and Developmental Coordination Disorder, but this is the first study to show such positive results in children from the general school population.’ 
- Paul Montgomery, Professor of Psychosocial-

Hasil kajian tersebut mendapati pengambilan supplimen dengan Omega-3 DHA telah mempertingkatkan kemampuan kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca serta tingkah laku.

[https://www.efamol.co.za/articles/kids-struggling-with-concentration-omega-3-supplementation-could-be-the-answer-2/]


Kenapa mesti Pilih OMEGA GUARD Shaklee??


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b42a460943b362adace58452b371e99d
Jom beli Omega Guard secara online!!



 Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.


Wednesday, 19 October 2016

Rahsia 7 Hari Plan Detok Shaklee

Detok bukan sekadar membuatkan mata anda jauh lebih bersinar serta memiliki kulit yang sihat, malah dengan detok juga mampu meningkatkan tenaga, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengurangkan lebihan berat badan.

Sesetengah orang nampak program detok seperti diet yang sangat tidak masuk akal. NO GRAIN, NO MILK, NO SUGAR dan tujuan asal detok bukanlah untuk menjadi SLIM. Detok dilakukan adalah untuk mengurangkan pengambilan sumber yang boleh membebankan organ seperti hati, buah pinggang dan usus. Jika anda mahukan tubuh yang segar dalam tempoh yang singkat, ikutilah program detok 7 hari ini.

Apa Yang Perlu Dilakukan?



Setiap bulan pilih minggu yang bebas dari sebarang jemputan atau program makan-makan. Simptom awal mungkin dialami oleh sesetengah orang yang melakukan detok seperti sakit kepala ataupun ketidakselesaan perut. Ini mungkin berlarutan antara 24 hingga 48 jam.

Elak Makanan Ini

Alkohol
Rokok
Produk tenusu
Gula dan gula tiruan
Kopi
Bijiran (Gandum ; Roti, Biskut, Kek, Pasta), barli, oat, nasi
Buah-buahan kering

Ambil Makanan Ini

Buah-buahan segar
Sayur-sayuran segar
Ikan segar (dalam air atau minyak zaitun)
Daging tanpa lemak (Hadkan pengambilan 2 kali seminggu)
Kacang & Kekacang
Telur
Minyak zaitun & minyak kelapa
Biji-bijian
Teh hijau, teh putih, teh yang dinyahkaffein
Air (sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari)

7 Hari Plan Detok

Minum Jus Lemon



Amalkan minum jus lemon setiap pagi sebelum sarapan. Sangat baik untuk sistem pencernaan. Hanya perahkan separuh biji lemon ke dalam air panas.

Bersenam



Sepanjang berdetok, bersenamla sekurang-kurangnya 1 jam sehari. Lakukan senaman seperti jogging, yoga, hiking atau boxing. Aktiviti fizikal seperti ini mengalakkan lebih banyak peluh yang keluar dan sekaligus mengeluarkan toksin melalui pepeluhan.

Makan makanan mentah.



Sayur-sayuran mentah serta buah-buahan amat bagus diambil sepanjang detok. Ia mengandungi lebih banyak nutrien serta enzim yang mungkin tidak terdapat pada sayuran yang telah dimasak. Inilah masanya untuk anda mencuba salad. Ingatttt ..... tanpa dressing tau. Gunakan minyak zaitun atau herba untuk menambah rasa pada salad.

Detok mental



Detok mental juga!!! Macam mana??? Fikirkan yang positif sahaja. Curi masa sekitar 15minit, tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan secara perlahan-lahan. Pasti anda akan suka kesannya.

Minum Secukupnya



Minum air 2-3 liter sehari. Air agen detok yang terbaik. Selain membantu sistem limfa, air juga sangat berkesan membantu buah pinggang bekerja dengan sempurna. Lebihkan pengambilan air putih dan jika inginkan kelainan anda boleh mengamalkan minuman jus sayur-sayuran atau herba detok. Alternatif lain? Cuba ambil 1 sudu teh herba dan rendam di dalam air panas, biarkan beberapa minit, tapi dan minum.

Berus Tubuh Anda



Lakukan ini setiap hari dengan memberus tubuh secara membulat (ala-ala macam scrublah). Selain menangalkan sel kulit mati, teknik ini mampu melancarkan aliran darah keseluruh tubuh. Gunakan berus badan atau pun loofah sebelum anda mandi. Lakukan gosokkan membulat bermula dari bahagian kaki dan tangan.

Kunyah

Mengikut sunnah nabi mengunyah secara pelahan sehingga 40 kali. Kenapa?? Makanan yang benar-benar halus lebih mudah diproses oleh tubuh serta tidak membebankan sistem pencernaan. Mengunyah dengan perlahan juga mampu menghalang tubuh dari makan lebih banyak.

[Rujukan ; http://www.bodyandsoul.com.au/diet/diets/the-7-day-detox-plan/news-story/cfb1850be6010553eba661bb9cbcb938]

Detok Cara Shaklee


Nak Tahu Rahsia 7 Hari Plan Pemakanan Detok Shaklee?


Masih lagi RAHSIA. Saya akan kongsikan pada mereka yang benar-benar ingin melakukan DETOK SHAKLEE ini !!!!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=43c3f4510eae2b95164a1a07a2852df6
 Jom beli SET DETOK SHAKLEE secara online


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.




Wednesday, 5 October 2016

Kenapa Mesti Daftar Keahlian Sebelum 15 Oktober?

Istimewa hanya di bulan BULAN OKTOBER 2016 SAHAJA !!!!

Shaklee nak bagi FREE GIFT pada ahli-ahli baru di bulan Oktober tau ! 



Ada dua cara MUDAH nak dapatkan sama ada LECITHIN PERCUMA atau nak dapatkan SUSTAINED RELEASE VITA-C PERCUMA.

CARA 1

1. Daftar keahlian dengan RM65 (Belum termasuk GST dan kos pos Kit Bisnes Shaklee)
2. Buat pembelian dari 100uv hingga 199uv dan anda layak untuk mendapat 1 botol LECITHIN secara PERCUMA. Ini membuatkan anda untung RM52.50


CARA 2

1. Buat pembelian melebihi 200uv dan anda layak untuk menerima sebotol SUSTAINED RELEASE VITA-C secara PERCUMA. Untung lagi RM92.50
2. Anda juga layak untuk dapat KEAHLIAN SECARA PERCUMA. Sekali lagi anda untung rm65. Banyak dah jimat tu.



Jadi .. tunggu apa lagi???? Mesti rebut peluang ini... hanya sehingga 15 Oktober 2016 sahaja tau. Lepas 15 Oktober jangan pula cari vitamin FREE lagi tau!!!

Apa Istimewanya Daftar Keahlian?

1. Boleh menikmati HARGA AHLI. Sangat berbaloi untuk mereka yang suka BERJIMAT.
2.  Mudah nak dapatkan produk PROMO. Setiap bulan mesti Shaklee ada tawarkan produk dengan harga promosi. Masa ni memang harga MURAH GILER lah...!!!
3. Bonus 5% sehingga 21%. Gila lah taknak. Siapa nak bagi gaji tengah-tengah bulan.
4. Berminat nak TAMBAH PENDAPATAN dengan cara yang mudah? Yang penting RAJIN. Saya boleh bantu anda :)

Nak daftar di mana?

Tentulah dengan saya, Pengedar Shaklee Labuan yang ohsem!!!!
Jangan lupa hubungi saya untuk daftar keahlian tau!!! 


Sunday, 2 October 2016

Kos Vivix Mampu Tanggung ,Yang Penting Mak Sihat

Semangat mempromosi dengan lebih kerap tentang kebaikan Vivix Shaklee adalah setelah melihat sendiri kegigihan salah seorang rakan Shaklee yang di gelar RATU VIVIX dikalangan kami. Kalau dia boleh, kenapa saya tidak?


Sejak hari itu saya tidak rasa Vivix itu mahal, terutama sekali pada mereka yang benar-benar memerlukan. Hampir setiap hari saya berkongsi kebaikan Vivix pada rakan-rakan FB. Perkongsian hari demi hari benar-benar memberi ruang pada seorang sahabat apabila terbuka pintu hati mencuba Vivix pada ibunya.

Mak Tak Nak Ubat


Rakan lama saya berminat untuk mencuba VIVIX untuk ibunya yang diserang strok, tak silap saya semasa raya. Lepas tu ibunya hanya berbaring di katil tanpa mampu berbuat apa-apa. Syaratnya bukan pil atau tablet yang sukar ditelan. Lagipun mak dah tak nak makan ubat yang doktor bagi. Pada fikiran saya hanya Vivix yang berbentuk cecair.  Kebetulan pula waktu itu promosi beli 2 botol Vivix dengan potongan 5% dan percuma keahlian. Pada perkiraan saya tawaran ini sudah cukup bagus untuk rakan saya memulakan langkah awalnya. 

Saya kata 'Cubalah.... tak salah ikhtiar untuk mak. Mana tahu serasi dan mak boleh sihat macam biasa'

Lafaz Syahadah... Perubahan Kecil Yang Mengembirakan. 

Lepas lebih kurang dua minggu, rakan saya beri perkembangan mak. Emosi saya sedikit tersentuh. Tak dapat bayangkan perasaan dia sebagai anak. Ibu yang terlantar strok mampu melafaz syahadah. Selain itu deria rasa juga semakin baik. Mak pandai pilih makanan.


Selang beberapa minggu, saya dapat satu lagi berita gembira, tentang perkembangan mak rakan saya. 
 
Jari yang kaku dulu, kini boleh digerakkan. Siapa sangka, kuasa Allah juga mengatasi segala-galanya. Yang penting ada usaha. Boleh telan pil dan tangan kanan yang lemah ada perkembangan positif. Bukankah itu sudah cukup menggembirakan hati si anak?

Mula-mula Strok, Kemudian Diabetes

Masa mula-mula merisik Vivix, rakan saya bagitahu selain strok, mak ada diabetes. Tapi nak ikhtiar dulu untuk strok supaya mak boleh bergerak macam biasa. Saya sarankan teruskan Vivix memandangkan mak tak suka tablet. Vivix kan cecair. Lebih mudah telan. Terkejut juga saya bacaan gula mak menurun dari 14 kepada 5 dalam masa 4 hari.



Kejutan Lagi !!!!

Saya yang terkejut sebenarnya, banyak betul perubahan positif. Syukur alhamdulillah. Lega rasanya bila Vivix mampu menjalankan tugasnya dengan baik. 

Apa yang pernah rakan saya luahkan sewaktu kami bersembang maya ;

"Yang penting mak pulih sehat dengan pengurusan perbelanjaan yang boleh ditanggung" 

Nampaknya Vivix benar-benar beri pulangan yang berbaloi pada rakan saya ini. Segala yang dibayar dipulangkan semula dengan kesihatan mak yang semakin baik.



 Kalau tak betul, kenapa ada repeat order Vivix.... betul tak ??


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8bee20f309dc54c893b46f6325a2d2df

 Jom beli Twin Pack Vivix secara online




Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.


Kenali Pengasas Shaklee ; Dr Forrest C Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee merupakan pengasas kepada penubuhan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan teknologi boleh digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Beliau berpegang kepada falsafah penting iaitu Living In Harmony With Nature.


Berbekalkan kepada prinsip tersebut, beliau telah mengasaskan produk supplimen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Bersandarkan konsep "Mencipta kehidupan Yang Lebih Baik" telah menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee.

Sejarah Dr. Forrest Clell Shaklee

Dr, Forrest C Shaklee telah dilahirkan di Carlisle, Lowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau telah disahkan mengidap penyakit tuberculosis iaitu batuk kering dan doktor yang merawatnya telah meramalkan beliau hanya akan hidup dalam tempoh 8 tahun.

Disebabkan penyakit tersebut, keluarga Dr. Forrest telah membuat keputusan untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Carlisle dimana ia merupakan kawasan lombong arang batu ke kawasan utara Lowa kerana keluarga beliau percaya hanya udara segar dan sihat serta rehat yang mencukupi mampu merawat penyakit batuk kering tersebut.

Zaman kanak-kanak beliau dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila meningkat remaja, doktor yang merawat beliau berpuas hati dengan tahap kesihatan dan menyatakan turberculosis beliau adalah dalam keadaan yang terkawal. Walaubagaimanapun keadaan beliau tidak seperti remaja lain, tidak sesihat dan secergas mereka.

Bermula Sebagai Seorang Chiropratic Practitioner

Dr. Forrest telah menghabiskan banyak masanya dengan membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan bahawa "Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom tanpa mengubati penyakit". Beliau berpendapat manusia mampu diubati secara semulajadi berdasarkan pemerhatiannya terhadap alam sekitar. Inilah salah satu sebab Dr. Forrest amat meminati dengan Science Of Chiropraticcare. 

Minat yang mendalam dalam bidang ini membuatkan Dr. Forrest telah mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropratic yang diketuai oleh B.J Palmer. Walaupun beliau mengkagumi B.J Palmer, beliau kurang setuju dengan pendapat B.J Palmer yang percaya bahawa Chipropratic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal.


Kejayaan Pertama Sebagai Nutritionist

Minat beliau terhadap nutrisi semakin mendalam sewaktu menjadi Chiropratic Practitioner. Beliau banyak membuat pembacaan berkaitan biochemist dan kajian-kajian saintifik tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, Dr. Forrest telah berjaya mencipta supplimen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang dinamakan sebagai "Vitalized Mineral" yang kini dikenali sebagai Vitalea Iron Formula.


Pada tahun 1917, Dr. Forrest telah berpindah ke Fort Dodge, Lowa dan membuka sebuah pusat rawatan kesihatan alternatif yang dilengkapi dengan 15 buah katil serta 32 bilik rawatan. Pusat rawatan ini bukan hanya terdiri daripada chiropractors, bahkan osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit yang berada di pusat rawatan itu diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai alternatif penyembuhan. Semakin hari, pusat rawatan tersebut semakin maju.

Dr. Forrest Diuji Kanser

Sepanjang menguruskan pusat rawatan yang diusahakan oleh beliau, Dr. Forrest telah menghabiskan banyak masanya mempelajari tentang bidang baru dalam perubatan, iaitu X-ray Dignosis. Pada waktu itu, bahaya tentang pendedahan terhadap sinar X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, kebimbangan terhadap kesakitan yang dialami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.

Setelah berjumpa dengan pakar kanser di Chicago, akhirnya masalah itu disahkan berpunca dari masalah kanser. Pakar tersebut mencadangkan supaya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated) untuk menyekat penyebaran sel kanser ke bahagian lain. Dr. Forrest kemudiannya meminta pandangan dari sumber kedua iaitu dari Mayo Clinic di Rochester dan jawapan yang diberikan adalah sama. Pada waktu itu kerjaya beliau sedang melonjak naik dan pada masa yang sama isterinya sedang hamil dan mempunyai seorang anak. Beliau tidak dapat menerima cadangan dari pakar kanser dan percaya penyakitnya boleh disembuhkan secara semulajadi.

Kaedah Semulajadi Lawan Kanser

Setelah beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatannya dan memulakan perubatan intensif dengan nutrisi, membuat analisis darah secara kerap serta sering berpuasa. Beliau mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta mengambil supplimen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada awalnya tidak terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan kanser beliau akan sembuh, akan tetapi beliau tidak berputus asa. Beliau percaya pemikiran positif serta pengambilan nutrisi yang lengkap mampu membantu meningkatkan kesihatan beliau.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan serta tenaga beliau semakin pulih dan meningkat. Ini menyebabkan beliau semakin percaya dengan pendapatnya tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat telah berjaya melawan sel kanser. Beliau percaya nutrisi dapat membantu orang lain untuk hidup sihat.

Dr. Forrest Memulakan Bisnes Supplimen

Doktor Forrest Shaklee sekali membuka pusat rawatan pada tahun1924. Rawatan kali ini, Dr Forrest menggunakan formulasi makanan tambahan (supplimen) yang dipakejkan dan diberikan kepada pesakit. Pada tahun1929, sekali lagi Dr. Forrest diuji apabila pusat rawatannya musnah dalam kebakaran. Tragedi tersebut telah memusnahkan juga segala rekod perubatan beliau. Hanya buku inspirasi dari Elbert Hubbart yang bertajuk  Little Journeys to The Homes Of The Great yang tidak musnah. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi "when all else distroyed, only the product of the mind exist".

Dr. Forrest telah mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian dalam bidang nutrisi. Beliau mahu menumpukan minatnya membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang sakit. Beliau telah berpindah ke Eugune, Oregon dan kemudiannya Oakland, California.

Selain dari membuat kajian berkaitan dengan nutrisi, beliau juga aktif memberikan syarahan umum dan beliau juga berjaya mendapatkan dua ijazah kehormat ; Profesor of Chiropractic of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

Beliau telah bersara pada tahun 1943 dan pada tahun 1945 beliau mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan. Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah pada kuasa alam (The power of nature). Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1947 beliau telah menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai 'Thoughtmanship' (Copyrighted)

Dr. Forrest telah menulis serta menerbitkan empat jilid buku tentang Thougtmanship. Ini menyebabkan beliau telah dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. San Francisco dan Oakland telah banyak menyiarkan syarahan beliau melalui corong radio.

Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955 iaitu diwaktu Dr. Forrest berusia 62, beliau telah memberitahu anaknya Forrest Junior dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang mampu memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplimen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan supplimen.

Selepas enam bulan iaitu pada 1 April 1956, Shaklee Corporation telah ditubuhkan. Pada ketika itu, Amerika percaya bahawa negara itu adalah The Best Fed Nation Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan pembeli tentang kepentingan pengambilan supplimen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentinga supplimen ini tersebar luar, Dr. Forrest memberitahu kepada anaknya "Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajar kepada orang lain.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras serta komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga telah berjaya menjadikan konsep direct selling bagi produk supplimen mereka dan telah menjadi fenomena pada masa kini. Semua ini bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah 'Thoughtmanship' beliau