INSOMNIA ; SUKAR TIDUR KURANGKAN TUMPUAN BEKERJA


Apa Itu Insomnia?

Insomnia lazimnya dikenali sebagai masalah sukar tidur. Pengidap insomnia kebiasaannya mempunyai waktu tidur yang singkat. Pengidap masalah ini juga turut terjaga pada waktu malam dan ini memburukkan lagi gangguan insomnia. Kesan dari masalah tidur tidak nyenyak akan menganggu rutin seharian, misalnya tumpuan pada pekerjaan semakin kurang.

Tidur merupakan rehat yang paling mujarab untuk diri melalui bilangan waktu tidur yang mencukupi. Manusia memerlukan jumlah jam waktu tidur yang cukup untuk merekatkan minda. Tetapi perlu diingat, waktu tidur setiap individu adalah berbeza mengikut usia.

Kategori Insomnia

1. Insomnia Sementara

Insomnia jenis ini adalah bergantung kepada tempat dan keadaan ataupun perubahan persekitaran. Misalnya tekanan hidup, mengembara, sakit atau peristiwa yang memberi tekanan. Ianya tidak akan melarat ke tempoh yang lama dan akan kembali pulih ke sediakala

2. Insomnia Jangka Pendek

Insomnia jangka pendek biasanya datang dari tekanan yang melanda kehidupan misalnya kematian orang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku kegagalan rumahtangga. Insomnia jenis ini akan berlarutan sehingga tidak lebih dari 3 minggu.

3. Insomnia Kronik

Insomnia kronik adalah apabila insomnia jangka pendek tidak ditangani. Jika tidak dikendalikan dengan baik, ia akan melarat sehingga berbulan-bulan bahkan ada yang mengalami sehingga bertahun-tahun. Biasanya insomnia jenis ini datangnya dari keresahan, pengambilan ubat-ubatan kesihatan, gangguan fisiologi atau penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol.

Tanda-tanda dan Gejala Insomnia



1. Sukar tidur
2. Baring dalam tempoh yang lama sebelum dapat melelapkan mata.
3. Tidur terganggu; terjaga pada tengah malam

Faktor-faktor Berlakunya Insomnia

1.  Gaya Hidup

Tabiat seperti sikap dan cara hidup yang tidak sihat seperti meminum alkohol, minuman berkafein dan merokok sehingga memberi tekanan terhadap kehidupan seharian boleh memburukkan lagi masalah insomnia. Faktor lain yang mampu menurunkan lagi kualiti tidur adalah waktu tidur yang berbeza pada setiap malam, pertukaran waktu kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke tempat baru. Pengambilan ubat-ubatan seperti antidepresi dan antihipertensi boleh menyebabkan kualiti tidur semakin terganggu

2. Masalah Kesihatan

Kesihatan yang kurang baik juga boleh menjadi punca kepada insomnia. Misalnya penyakit yang boleh menyebab rasa sakit seperti kanser, penyakit sengal atau artritis dan juga ulser peptik serta masalah pernafasan seperti asma dan jantung memburukkan lagi insomnia

3.  Persekitaran Tidur Yang Tidak Selesa

Persekitan turut memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti tidur yang baik. Cahaya lampu, bantal dan tilam yang keras dan bunyi bising menambahkan punca kepada kegagalan mencapai tidur yang berkualiti.

4. Ketegangan Jiwa

Masalah-masalah yang melibatkan jiwa seperti kemurungan, gangguan keresahan, skizofrenia, gangguan bipolar, penyalahgunaan dadah dan ubat-ubatan juga menyebabkan insomnia. Gangguan jiwa sama ada masalah dalaman atau peribadi secara tidak langsung mampu menjadi gangguan tidur.

Cara Menangani Insomnia

1. Elakkan kafein.
2. Ubah cara hidup tidak sihat kepada cara yang lebih sihat.
3. Elakkan tidur dengan perut lapar; ini cenderung membuatkan anda bangun pada tengah malam
4. Elak fikir masalah tempat kerja di tempat tidur
5. Elakkan tidur pada waktu siang ; keadaan ini akan membuatkan anda sukar tidur pada waktu malam
6. Pastikan persekitan tidur bersih dan selesa

Rawatan Insomnia



1. Berjumpalah dengan doktor

Kebiasaannya doktor akan memeriksa kesihatan anda secara menyeluruh dan mengkaji tabiat tidur yang sesuai untuk anda. Anda mungkin diberi ubat-ubatan serta rawatan yang sesuai. Jika masalah insomnia yang dihadapi terlalu berat , anda mungkin akan dirujuk ke pakar sakit jiwa.

2. Elakkan mengambil ubat tidur

Elak mengambil ubat tidur tanpa nasihat doktor.  Ubat tidur paling baik diambil untuk mengatasi masalah sukar tidur yang sementara pada waktu tertentu sahaja. Penggunaan ubat tidur pada tempoh yang berpanjangan akan meningkatkan kebergantungan pada ubat tidur sahaja.

3. Tingkatkan pengambilan Zat besi dan magnesium

Pakar dietetik menyarankan agar pengidap insomnia mengambil makanan yang tinggi zat besi dan magnesium sebanyak 400mg setiap hari. Ini mampu mengurangkan ketegangan dalam diri.

4. Olahraga dan aktiviti fizikal

Olahraga dan aktiviti senaman dapat membantu menghilangkan tekanan mental dan ketegangan otot yang berlaku kepada pengidap insomnia. Oksigen akan dibekalkan dengan baik, meredakan fikiran yang serabut sekaligus memberi keselesaan untuk tidur.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?

 


~Membekalkan tenaga segera
~Meningkatkan sistem imun
~Meringankan migrain dan sukar tidur
~Mengurangkan tekanan


~Memberi kesan ketenangan
~Membantu merehatkan otot dan saraf
~Membantu mendapatkan tidur yang lena
~Mengurangkan depresi


~Menstabilkan tekanan
~Memastikan kesihatan saraf sekaligus membantu mengurangkan sakit kepala, kemurungan dan sukar tidur.
~Mengurangkan keletihan dan kelesuan

Semak Senarai Harga Disini



"Ada masalah insomnia? sukar tidur? Selalu terjaga malam? Dah dapat cara rawatan yang paling sesuai? Jom cuba Set Insomnia Shaklee yang terdiri dari ESP, OSTEMATRIX dan B-COMPLEX. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Turut disediakan perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan. Mudah kan??? Bagi yang tinggal luar dari Labuan, anda tidak perlu risau. Perkhidmatan pos secara percuma turut diberikan untuk pengamal Shaklee" -Pengedar Shaklee Labuan

 

Comments

  1. Terima kasih , artikelnya sangat bermanfaat bagi saye

    ReplyDelete
  2. terimakih artikelnya sangat bermanfaat
    kunjungi juga web saya di http://sarehat.com/kapsul-cuci-darah-rehab-hati/

    ReplyDelete

Post a Comment