RAHSIA AWET MUDA DENGAN VIVIX

Tua itu pasti !!! ya... tiada siapa menafikan. Jika diberi pilihan, semua orang pun nak kekal muda, cantik dan sihat. Pendek kata masing-masing nak awet muda gitew. Zaman sekarang orang berlumba-lumba nak cantik. Macam-macam produk dan perkhidmatan dijual untuk lambatkan proses penuaan. 



Tetapi penuaan merupakan proses semulajadi dimana semua orang akan melaluinya. Paling ketara adalah apabila munculnya garis-garis penuaan di muka. Mulalah hati tak keruan. Tapi kesan penuaan bukan hanya dikaitkan dengan usia sahaja. Gaya hidup yang kurang sihat juga mampu menjadikan seseorang kelihatan tua berbanding usianya.

Apa penyebab penuaan?

1. Penurunan paras hormon tumbesaran (Human Growth Hormone -HGH)

Hormon HGH dihasilkan oleh kelenjar pituitari dimana kelenjar ini bertanggungjawab atas pertumbuhan manusia sejak dari janin lagi. Malah hormon HGH juga berkesan untuk menghalang proses penuaan. Namun hormon HGH akan menurun apabila usia semakin meningkat. Pengurangan hormon HGH inilah menyebabkan perubahan fisikal dan mental seseorang apabila usia meningkat.

2. Aktiviti radikal bebas.


Proses penuaan dan pelbagai penyakit adalah disebabkan oleh aktiviti radikal bebas yang merosakkan sel. Radikal bebas merupakan molekul yang tidak stabil kerana kehilangan satu atom. Untuk menstabilkan dirinya, ia akan mengambil atom daripada sel-sel badan dan kesannya sel badan akan rosak. Kurangnya pengambilan makanan tinggi antioksida seperti vitamin A, C, E , Selenium dan Zink tidak mampu menghalang proses penuaan yang disebabkan radikal bebas lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan peningkatan umur.

Antara faktor lain penyumbang radikal bebas ialah ;

* Senaman / aktiviti fizikal yang ekstrem

*Stress yang keterlaluan

* Merokok / terdedah dengan asap rokok

* Pencemaran makanan dan minuman

* Sinaran cahaya ultraviolet 

* Pengambilan ubat-ubatan dan radiasi

Jenis penuaan

Terdapat dua jenis penuaan iaitu penuaan kronologikal dan penuaan biologikal. Yang mana satu jenis penuaan pada anda?? Jom teruskan membaca

1. Penuaan kronologikal

Penuaan kronologikal adalah disebabkan pertambahan usia. Jika pada tahun ini anda sudah menjangkau 33 tahun.... maknanya memanglah 33 tahun usia anda... jangan cuba menafikan... hehehe..... tiada siapa boleh mengubah angka tersebut

2. Penuaan biologikal

Pernah tak orang tegur "laa.... umur dah 35 ke? tapi kenapa macam 25 je?" Bangga ehh kalau gitu.... itulah di namakan tubuh lebih muda dari usia sebenar. Untunglah gitu.. tapi kalau tubuh lagi tua dari usia sebenar, itu lagi lah sedih ... huhu

Tanda-tanda penuaan

1. Simptom dan tanda fizikal

* Pertambahan lemak badan di kawasan abdomen dan dada

* Sakit dan kekejangan tulang dan sendi

* Rambut nipis dan beruban

* Tulang belakang yang rapuh (osteoporosis) dan menyebabkan seseorang menjadi bongkok

* Mudah merasa letih dan tidak bermaya

2. Simptom psikologikal

* Ingatan semakin berkurangan

* Kemurungan

* Mudah berasa marah

* Keinginan seksual berkurang

Amalan pemakanan sihat bantu kekal awet muda

1. Timun



Timun merupakan sayuran yang sering digunakan dalam perawatan kecantikan kulit sejak ribuan tahun dulu. Kandungan air, Vitamin C dan asid amino yang tinggi menjadikan ia sangat digemari untuk tujuan kecantikan. Selain itu, gabungan fosfor, asid folat dan vitamin C pada timun berupaya menghilangkan ketegangan. Hilang stress bermakna memperlambatkan penuaan.

2. Tomato



Warnanya ketika masak ranum amat menerujakan. Warnanya menunjukkan kehadiran likopen yang tinggi kandungan antioksidan. Likopen merupakan zat pemberi warna pada buah dan sayuran yang tergolong dalam kelompok karotenoid. Likopen sangat penting dalam memerangi radikal bebas dari merosakkan sel-sel tubuh.

3. Tembikai merah



Sama seperti tomato, warna merah menunjukkan ia kaya dengan likopen. Radikal bebas akan menyebabkan kulit mengering, mengurangkan keanjalan dan lama kelamaan kelihatan berkedut dan kendur. Bagi menyegarkan lagi sel-sel tubuh, makanlah tembikai merah berbanding tembikai kuning.

4. Lobak merah



Lobak merah sangat tinggi provitamin A. Apabila lobak merah dimakan, beta karotena berubah menjadi zat antioksida yang mampu mencegah terbentuknya radikal bebas. Zat ini akan ditukar menjadi vitamin A dalam organ hati dimana ia berfungsi menjaga kesihatan mata.

5. Kentang



Kentang memiliki zat yang sangat berguna yang dikenali sebagai alpha-lipoic acid. Selain bagus untuk kesihatan jantung, ia mampu mempertahankan keremajaan kulit. Yale University Medical Center telah membuktikan kajian alpha-lipoic acid dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan yang muncul akibat penuaan.  Selain sedap dimakan, ia juga boleh dijadikan masker dan amalan ini mampu merangsang kulit menjadi lebih sihat, muda dan berseri.


Bagaimana Vivix Bertindak ?

1. FAKTOR PENUAAN = Kerosakkan DNA yang mengganggu fungsi sel dan panjang umur

VIVIX = Melindungi dan membaiki selular DNA dari serangan radikal bebas

2. FAKTOR PENUAAN = Pengawalan genetik yang menyebabkan kemerosotan umur

VIVIX = Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama bagi melambatkan penuaan tahap selular

3. FAKTOR PENUAAN = Pengeluaran tenaga dari sel-sel semakin menurun

VIVIX = Menggalakkan pembentukkan baru metochodria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel

4. FAKTOR PENUAAN = Penimbunan protein AGE yang mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

VIVIX = 10 kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan protein AGE


Semak Senarai Harga Disini
Testimoni Vivix





"Rasa cemburu kan tengok orang yang sentiasa awet muda?? Nak tahu rahsia awet muda dari dalam dengan VIVIX Shaklee?? Awet muda dari sel-sel tubuh. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi secara percuma. Perkhidmatan COD secara percuma untuk warga Labuan yang ingin kelihatan awet muda. Perkhidmatan pos juga percuma untuk luar Labuan. Jom kita sentiasa awet muda" - Pengedar Shaklee Labuan

Comments