TIPS PENYEDIAAN MAKANAN SELAMAT UNTUK TETAMU




Seronok rasanya kalau sesekali dapat berkumpul bersama rakan-rakan dan sanak saudarakan?? Nak-nak lagi yang jarang-jarang jumpa sebab ini merupakan salah satu aktiviti sosial yang dapat mengeratkan silaturrahim. Tidak kira dalam apa jua pertemuan sama ada majlis minum petang, sambutan hari jadi, majlis perkahwinan pastinya tuan rumah mesti sebuk nak sediakan makanan. Sambil sembang, boleh makan-makan.




Nak bagi orang makan mestilah makanan tu dari sumber yang bersih. Memanglah tetamu tak nampak cara kita sediakan makanan, tapi jangan pulak aspek kebersihan diletak tepi. Semestinya makanan yang dihidangkan berkhasiat dan pengendaliannya bersih agar makanan tidak mudah tercemar. 

Makanan yang tercemar mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan contohnya cirit birit, sakit perut dan sebagainya. Terdapat juga kes sehingga membawa kematian. Jangan jadikan makanan yang anda sediakan sebagai punca masalah orang lain pula. Malunyeeeee............

Ok... sini ada tips dan amalan yang baik dalam penyediaan makanan untuk tetamu;

1. Guna perkakasan yang bersih ketika memasak

2. Pakai apron dan penutup kepala ketika memasak (Takdelah jumpa segala bulu dan rambut dalam makanan)

3. Jangan merokok ketika sediakan makanan

4. Gunakan tuala yang berasingan ketika membersihkan meja, mengelap peralatan dan mengelap tangan

5. Jangan guna bekas yang telah retak dan sumbing ketika menghidang.

6. Sediakan tong sampah bertutup untuk membuang sisa makanan

7. Jangan simpan makanan yang telah dimasak dan mentah ditempat yang sama untuk mengelakkan pencemaran silang antara keduannya

8. Jangan gunakan peralatan yang sama untuk mengendalikan makanan mentah dan yang telah masak untuk mengelakkan pencemaran silang

9. Tutup makanan yang telah dihidangkan untuk elak pencemaran.

10. Pastikan kuku pendek dan bersih.

11. Guna sudu, garpu atau penyepit untuk menyajikan makanan.

12. Jangan bersih pada makanan yang telah dihidang

13. Jangan guna surat khabar atau kertas bercetak untuk tutup makanan kerana dakwat atau bahan dari surat khabat mungkin boleh mengakibatkan pencemaran makanan. Gunakan tudung saji.

Hmmm.... mudahkan... dalam Islam kita juga turut di tuntut dalam mengamalkan kebersihan. 

Fakta Penting

1. Bakteria keracunan makan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam sesuatu masa.

2. Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan usus dan luka yang dijangkiti kuman.

3. Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan menyentuh makanan.

4. Kebanyakkan wabak keracunan makanan timbul akibat daripada pencemaran makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan tersebut.

Comments