UBAT TAHAN SAKIT BUAT TUBUH KEBAL

Tubuh manusia memiliki mekanisma pertahanan yang dapat melawan penyebab penyakit. Mekanisma pertahanan tubuh ini terdiri daripada sel-sel, organ, jaringan dan produk sel seperti antibodi yang terdapat dalam sistem kekebalan tubuh. Jika sistem imunisasi tubuh kita mampu bekerja dengan baik, ia akan melindungi tubuh dari serangan bakteria dan virus. 



Kerap Mengambil Ubat Tahan Sakit 

Apabila sistem imunisasi tubuh lemah, tubuh mudah dijangkiti pelbagai penyakit antaranya seperti demam, selsema, batuk, sakit kepala dan alergi. Kekerapan ini mengundang untuk pesakit mengambil jalan mudah dengan hanya mengambil ubat tahan sakit dengan harapan ia pulih sediakala. Ini kerana ubat tahan sakit mudah diperolehi di farmasi dan kedai-kedai runcit. 

Terdapat pelbagai ubat tahan sakit (jenis paracetamol) yang dijual dipasaran adalah dalam kategori Over-The-Counter (OTC) iaitu penjualannya ubat am ini boleh diperolehi melalui farmasi atau kedai tanpa perlu mendapat sebarang preskripsi dari doktor. 

Lazimnya pengambilan ubat-ubatan ini adalah untuk menangani masalah ringan seperti sakit kepala, sakit pada otot dan sendi.  Pengambilan ubatan ini adalah bergantung kepada budi bicara pengguna tanpa pengawasan doktor. Akan tetapi pengguna dinasihatkan mengambil ubat mengikut dos dan kekerapan yang telah ditetapkan. Pengguna tidak disarankan untuk mengambil ubat melebihi dos maksima yang telah ditetapkan iaitu 4gm (bersamaan 8 biji paracetamol 500mg) dalam tempoh 24 jam.

Paracetamol mempunyai 'half-life' yang singkat, iaitu diantara 1-4 jam sahaja dan , hampir kesemua kesan ubat akan dikeluarkan dalam tempoh 24jam. Berikut adalah kesan pengambilan ubat tahan sakit melebihi dos yang ditetapkan;



1. Hepototoxicity (Masalah hati rosak)

* Pengambilan paracetamol / panadol / painkiller oleh orang dewasa sebanyak 10g atau lebih, kanak-kanak sebanyak 5g atau lebih boleh merosakkan hati dan membawa maut.

* Pengidap perlu diberi rawatan N-acetylcysteine (NAC) secepat mungkin

* Manakala pengambilan setiap hari dan berpanjangan walaupun hanya 4g sudah boleh menyebabkan toxicity dan membawa maut

2. Nefrotoxicity (Masalah buah pinggan)  

* Phenacetin ialah struktur asal paracetamol yang mengakibatkan fatal chronic nefritis

3. Methemoglobin dan Heamolytic

* Boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency

 4) Alergik

* Terjadi pada sebahagian individu

Sekiranya anda perlukan ubat tahan sakit pastikan anda :

* tidak mempunyai penyakit hati
* tidak mengambil alcohol
* tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol  
* tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak)

Pengambilan ubat tahan sakit yang berpanjangan dengan dos yang berlebihan adalah tidak digalakkan kerana ia menyebabkan tubuh menjadi kebal terhadap ubat tahan sakit tersebut. Kes ini dikenali sebagai 'pain tolerance' yang menyebabkan tubuh memerlukan dos ubat tahan sakit yang lebih tinggi kerana dos biasa tidak mampu menahan rasa sakit yang ditanggung.


Amalan Buruk Yang Melemahkan Sistem Imunisasi Tubuh

1. Dehidrasi

Minumlah air putih sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Kekalkan kesegaran tubuh dengan mengambil jumlah air putih yang secukupnya. Air perlu dalam melancarkan sistem dalam tubuh manusia seperti sel darah dan sel-sel yang lain ke seluruh tubuh. Kekurangan air mampu menyebabkan kegagalan terhadap beberapa fungsi tubuh. Selain dari itu, air turut menjaga kelembapan kulit agar tidak mengalami kekeringan dan akhirnya terdedah kepada masalah kulit

2. Merokok

Merokok mampu merosakkan organ dalaman manusia. Terdapat sel-sel yang mungkin rosak akibat kemasukkan bahan kimia ke dalam tubuh akibat dari aktiviti merokok. 

3. Kurang tidur

Individu yang kurang tidur membuatkan tubuh kurang cergas yang tidak bertenaga. Ini kerana tubuh memerlukan rehat yang cukup setelah seharian berkerja antara 7-8 waktu tidur. Kemampuan tubuh melawan penyakit juga menurun kerana tabiat ini.

4. Pengambilan makanan segera.

Kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi dalam makanan segera memberi impak yang buruk pada tubuh jika pengambilannya tidak dikawal. Pelbagai penyakit mungkin timbul akibat pemilihan pemakanan yang tidak sihat contohnya penyakit jantung, obesiti dan diabetes.


Tips Meningkatkan Sistem Imunisasi Tubuh

1. Olahraga teratur

Olahraga secara teratur dapat membantu mencapai berat badan ideal, menurunkan kadar kolesterol serta meningkatkan kesihatan jantung. Amalan hidup secara sihat mendorong tubuh menghasilkan sel-sel yang sihat serta meningkatkan sistem imunisasi

2. Mengamalkan pola pemakanan yang seimbang

Pemilihan pemakanan yang berkhasiat dan tinggi nilai nutrisi turut membantu tubuh kekal sihat dan bertenaga. Makanan yang kaya dengan Vitamin E, Vitamin C, bioflavonoid, zinc, karotenoid, selenium dan omega 3 merupakan penguat tubuh yang efektif. Terdapat vitamin yang memerlukan vitamin lain sebagai agen pembantu agar penyerapan lebih efektif. Contohnya vitamin c memerlukan kalsium dan magnesium agar penyerapan vitamin ini lebih optimum.

3. Jaga kebersihan

Jangan pandang remeh kebersihan sama ada kebersihan tubuh atau sekeliling. Bakteria lebih mudah membiak dalam kawasan atau bahagian yang kurang bersih. Udara yang bersih juga perlu dititik beratkan kerana ia juga merupakan punya datangnya penyakit seperti batuk dan asma.

 

Kenali 5 Bahan Semulajadi Yang Dapat Meningkatkan Immune Booster Anda


Terdapat banyak bahan semulajadi yang boleh diamalkan sebagai IMMUNE BOOSTER tanpa pengambilan ubat-ubatan. Pengambilan makanan yang sihat dengan diet yang sihat membantu membina pertahanan diri. Terdapat 5 jenis pemakanan yang boleh membantu merangsang kesihatan tubuh sebagai Immune Booter. Antaranya :

1. Bawang Putih

 

 

Sama ada dimakan mentah atau dimasak, bawang putih merupakan sumber yang mampu menjaga Immune System tubuh badan. Bersifat Anti Oksidan dengan Allicin sebagai salah satu bahan anti oksida yang terkandung didalamnya. Sebagai Antibiotik untuk penyakit-penyakit kronik atau penyakit yang berpanjangan.

2. Cinnamon (Kulit Kayu Manis)

Kulit kayu manis merupakan bahan asas dalam masakan. ia sangat popular dikalangan masyarakat asia. Boleh didapati dalam bentuk serbuk atau kayu. Minyak kulit kayu manis mengandungi cinnamaldenyde, agen  antibakteria dan antikulat. Kualiti anti-radangnya yang boleh mengurangkan kesakitan sendi dan otot, terutamanya sakit sendi yang berkaitan dengan arthritis


3. Avokado








Kaya dengan Asid Lemak seperti Vitamin A dan Vitamin E. Bersifat anti oksida dan kandungan potasiumnya berupaya mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.  Kandungan Vitamin E nya mampu memperlahankan penuaan. Sesuai dijadikan sebagai jus kerana rasanya yang lemak dan lazat.

4. Kekacang

 

Kekacang dan biji-bijian mengandungi kandungan serat dan magnesium yang tinggi, serta mengandungi lemak mono taktepu dan poli taktepu seperti Vitamin E. Ia membantu mengawal paras kolestrol dan membantu menjaga sistem pencernaan. Kacang Almond dan Walnut merupakan contoh kekacang terbaik.


5. Berri


 

Semua jenis Berri iaitu Strawberi, Blackberri, Blueberri, Resberri mengandungi kandungan Anti Oksida yang tinggi. Contohnya Blueberri dikesan mengandungi Vitamin C dan Asid Folat yang membantu meningkatkan memori dan merendahkan kolestrol. Nikmati khasiat Berri dalam semangkuk cornflakes untuk sarapan.



ADAKAH TERDAPAT ALTERNATIF LAIN YANG DAPAT MENINGKATKAN IMUN TUBUH BADAN??

 
Vita-C Plus

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung, kulit dan asma. Menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.
Nutriferon

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Ianya adalah satu-satunya nutriferon semulajadi di dunia. Kajian menunjukkan bahawa nutriferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag

Zinc Complex

Pengambilan zinc complex mampu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar ini meningkatkan sistem imun dengan mengeluarkan T-cell bagi menentang kanser dan menghalang sebarang jangkitan penyakit. 

Garlic Complex

Garlic Complex merupakan antibiotik selamat dan semulajadi. Ianya selamat digunakan untuk jangkamasa panjang bagi mempertingkatkan sistem imuniti tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida. Garlic complex juga memperingkatkan penyakit yang berkaitan dengan sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asma, selsema serta hepatitis.


"Adakah anda individu yang kerap sakit? kerap demam? kerap selsema ? kerap batuk ? Mungkin anda mengalami masalah lemah sistem imunisasi tubuh yang menyebabkan anda mudah diserang penyakit. Inginkan supplimen yang dapat mengatasi masalah ini? Hubungi saya, wakil Shaklee anda untuk konsultasi secara percuma. Kos penghantaran adalah percuma untuk seluruh Malaysia. Anda warga Labuan yang sukar mendapatkan supplimen Shaklee. Hubungi saya, untuk produk yang diingini." -Shaklee Labuan- 


 

 

 

 

 

 


Comments