Friday, 26 June 2015

ORGAN ROSAK KERANA OBESITI






Kandungan lemak yang berlebihan dalam tubuh badan boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah OBESITI. Masalah OBESITI berlaku apabila jumlah kalori yang diambil melebihi keperluan seharian dan akhirnya disimpan di dalam badan sebagai LEMAK. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti antaranya faktor genetik, gaya pemakanan yang berlebihan, pemakanan tinggi kandungan lemak dan kurang aktif aktiviti fizikal. Gaya hidup serta sikap kurang pentingkan kesihatan turut menjadi penyumbang kepada masalah obesiti dikalangan masyarakat masa kini. Buktinya masyarakat masih lagi memilih makanan segera sebagai makanan yang paling mudah diperolehi terutama pada mereka yang memiliki jadual kerja yang sangat padat.

OBESITI menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik yang boleh mengundang kematian atau mordibiti. Diabetes, masalah jantung, strok, sakit sendi dan kanser merupakan jenis-jenis penyakit yang sering dikaitkan dengan OBESITI. Pengambilan lemak dalam diet seharian amat perlu kerana ia memelihara kulit dari mengalami kekeringan juga membantu fungsi tubuh yang lain. Akan tetapi, pengambilan yang berlebihan mengundang kepada wujudnya pelbagai masalah kesihatan. Proses biokimia manusia melibatkan banyak organ di dalam tubuh badan. Keadaan pola pemakanan manusia yang tidak sihat menyumbang kepada masalah dalaman yang rosak terutama sekali organ manusia.

1. Jantung 
Tugas jantung adalah mengepam darah yang membawa oksigen keseluruh tubuh. Ini kerana sel dalam tubuh memerlukan oksigen untuk terus hidup termasuklah sel lemak. Semakin banyak sel lemak yang terkumpul di dinding arteri, maka semakin sempit ruang untuk darah bergerak di dalamnya dan ini telah memaksa jantung untuk berkerja dengan lebih keras lagi.

2. Usus Besar

Pola pemakanan yang tidak seimbang dengan melebihkan pengambilan daging merah dan daging terproses dalam diet seharian meningkatkan risiko untuk mengidap kanser usus. Kedua-dua jenis makanan ini merupakan faktor utama terjadinya polip kanser, tanda awal yang mencetuskan kanser kolon

3. Otak

Masalah obesiti dipercayai mampu menurunkan fungsi kognitif lebih awal. Obesiti mempengaruhi kerosakkan kawasan jirim putih pada otak yang memberikan signal pada organ tubuh. Profesor John Gunstad dari Universiti Kent State menyatakan, rosaknya hubungan ini bukan sekadar putusnya 'kabel' saraf, tetapi kemampuan penghantaran signal juga semakin lemah akibat obesiti

4. Kulit

Munculnya stretch mark pada permukaan kulit seringkali dipandang remeh. Gangguan pada permukaan kulit mungkin menunjukkan masalah akan menjadi lebih banyak dan merbahaya. Hormon tubuh juga boleh berubah akibat masalah obesiti yang dihadapi, contohnya boleh menyebabkan acanthosis nigrican iaitu penebalan dan warna kulit terutama disekitar leher menjadi semakin gelap atau pembengkakan dan tertariknya kulit yang menyebabkan ruam dan iritasi yang disebut sebagai stasis dermatitis. Kulit merupakan organ terbesar pada manusia, oleh itu penjagaan kulit bukan sahaja urusan kecantikan kerana ia menjadi pelindung utama terhadap tubuh manusia.

5. Paru-paru

Semakin tebal jumlah sel lemak, semakin kurang kapasiti organ untuk memperolehi oksigen. Paru-paru juga antara organ yang mampu hilang keupayaan jika obesiti tidak diatasi. Individu obes berpotensi tinggi untuk mengalami sleep apnea atau nafas terhenti ketika tidur. Jika masalah ini tidak segera diatasi, kadar kemasukkan oksigen ke dalam tubuh akan semakin berkurang hingga mengakibatkan pengentalan darah yang boleh menyebabkan maut.

Kegagalan organ-organ berfungsi boleh mengakibatkan lain-lain penyakit seperti :
~ Diabetes Melitus
~ Penyakit hepatobiliary (fatty liver atau batu hempedu)
~ Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
~ Sindrom metabolik
~ Sleep apnea
~ Penyakit jantung koronari
~ Cerebrovascular disease
~ Kegagalan jantung
~ Tekanan darah tinggi (hypertension)
~ Osteoartritis
~ Gout

Kaedah yang paling mudah untuk memastikan tubuh berada dalam kategori normal, berat badan berlebihan atau obesiti adalah dengan membuat perkiraan Body Mass Index (BMI).



ATAU

boleh klik link di bawah

http://www.nhlbi.nih.gov/health/educational/lose_wt/BMI/bmi-m.htm



World Health Organization (WHO), telah mengeluarkan panduan, jika ;


BMI bersamaan atau melebihi 25 = Terlebih berat badan (Overweight)
BMI bersamaan atau melebihi 30 = OBESITI ( OMG !!!!!!!!!!!!!!!!!)

FAKTA !!!! FAKTA !!! FAKTA !!!


"Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia"

"Berdasarkan dapatan terkini dalam sebuah jurnal perubatan Britain, Tha Lancet, 49 peratus wanita dan 44 peratus lelaki di negara ini mengalami obesiti"

"Malaysia diletakkan sebagai 'heavyweight' kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan, diikuti dengan Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus)."

" Kementerian Kesihatan memaklumkan, hampir setiap seorang daripada 3 rakyat Malaysia terutamanya golongan muda sama ada mengalami lebihan berat badan atau obesiti menjadikan mereka berisiko tinggi untuk mengidap diabetes"

"Sekali mereka mengidap diabetes, ia menjadi masalah seumur hidup"
 

MACAM MANA MAKAN SECARA SIHAT???

Kita sering disarankan untuk mengamalkan pemakanan berpandukan kepada piramid makanan. Akan tetapi kaedah ini adakalanya memberi kekeliruan dalam menentukan kuantiti atau bahagian yang perlu diambil.


Jom praktikkan kaedah yang paling praktikal !!!! Ringkas dan mudah diikuti .... kaedah "PLATE PORTION". Sekeping pinggan dibahagi kepada 3 bahagian. Mudahkan???? 

1 Bahagian SAYUR-SAYURAN (1/2 pinggan)
1 Bahagian PROTEIN
1 Bahagian KARBOHIDRAT

tak paham lagi???? contoh boleh tengok gambar di bawah



So..... dah fahamkan???? Boleh makan apa sahaja tapi dalam kuantiti yang betul. Barulah tubuh sihat dan cukup nutrisi. 



Shaklee menyediakan set penurunan berat badan yang selamat. Set Kurus Shaklee bertindak dengan 3 cara iaitu;

1. Detoks

Alfalfa

Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega guard

Herblax

Kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakkan usus yang tidak sihat. Herblex berfungsi sebagai pembersih usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat didinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif apabila usus semakin bersih dan sihat. Sangat disarankan untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.

2. Pembakaran dan Pemecahan Lemak


 Lecithin

Berfungsi memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan memerlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar dari badan.

Omega Guard

Membantu proses pemecahan lemak dan membantu mengawal selera makan. 

3. Membina Otot dan Meningkatkan Metabolisme

Cinch Shake

Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisme badan serta mengandungi leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses menurunkan berat badan, supaya badan tidak menggeleber setelah  berat badan turun nanti.

ESP

Merupakan sumber protein. Mempunyai Indeks Glesemik yang rendah dan membantu dalam mengurangkan berat badan.

TESTIMONI SET KURUS




https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ff16d86ffe81cfaa7f6e627ed1679c1b
 
Order Set Kurus Lengkap secara online di sini

"Nak kurus tak?????? Nak cuba set kurus yang selamat ??? Takut nak cuba set kurus HILANG 10KILO DALAM MASA 1 MINGGU?? Mungkin boleh hilang segala-galanya untuk selama-lamanya. Mari kurus secara selamat dengan Set Kurus Shaklee. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan konsultasi secara percuma. Saya juga menyediakan perkhidmatan COD bagi warga Labuan. Luar dari kawasan Labuan jangan risau, kos pengeposan juga PERCUMA untuk anda." - Pengedar Shaklee Labuan



Wednesday, 24 June 2015

SET NAFAS BERBAU




Alfalfa
Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau

Vita C 
Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus

Peppermint Ginger Plus 
Berkesan membunuh bakteria punca nafas berbau

Garlic Complex
Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria

Herblax 
Membantu membersihkan usus

TESTIMONI SET NAFAS BERBAU



"Menghadapi masalah nafas berbau hingga rakan pun lari??. Selesaikan masalah nafas berbau dengan Set Nafas Berbau Shaklee. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi secara percuma berkenaan produk yang sesuai. Perkhidmatan penghantaran secara COD sekitar Labuan juga disediakan. Jangan risau pada yang berada di luar kawasan Labuan. Cas pengeposan adalah PERCUMA" - Pengedar Shaklee Labuan-





 

Tuesday, 23 June 2015

KENALI JENIS KULIT WAJAH

Ramai yang kurang arif tentang jenis kulit wajah.. betul tak?? Sebelum kita memilih produk penjagaan wajah, wajar bagi kita untuk mengetahui jenis kulit masing-masing. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pembaziran akibat pembelian produk yang kurang sesuai. 

Kalau nak tahu, jenis kulit dikenalpasti melalui jumlah sebum yang dihasilkan oleh liang roma. Secara asasnya terdapat 4 jenis kulit wajah iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit jenis kombinasi. Tapi, jenis kulit boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk yang digunakan. Jom kita semak jenis kulit kita yang mana;


Kulit Normal



Kulit jenis ini menghasilan jumlah minyak semulajadi atau sebum amat rendah. Tekstur kulit juga lembut dan liang roma yang kecil serta mempunyai kandungan air yang mencukupi. Mereka yang memiliki kulit jenis ini kebiasaannya tampil berseri-seri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Zon T (dari atas dahi ke hujunh hidung) akan kelihatan sedikit berminyak dan berkilau pada sebelah tengah hari  atau petang. Sesekali muncul jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipi juga tidak telalu kering.

Kulit jenis ini hanya memerlukan penjagaan kulit wajah yang lembut. Semasa mencuci, urutlah secara lembut kedua-dua belah pipi sehingga berubah kemerahan. Kemudian gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhir sekali sapu krim atau cecair pelembap sambil mengurut menghala ke atas. 

Kulit Kering



Mudah sahaja untuk mengenalpasti kulit jenis ini. Kulit kelihatan agak kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan. Mudah mengelupas dan adakalanya memberi kesan yang kurang selesa. Kesan-kesan dimamah usia lebih mudah kelihatan bagi pemilik kulit jenis ini seperti garis-garis halus ditepi mata, bibir dan dahi.

Memiliki tahap kelembapan dan sebum yang rendah. Jenis pencuci muka yang paling sesuai ialah jenis berbuih. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Bilas dengan air sejuk. Krim pelembap yang memiliki kadar kelembapan yang tinggi sangat disyorkan.

Kulit jenis ini harus menggunakan produk yang boleh menghidrat kulit atau berasaskan krim. Biasanya jenis kulit ini terdapat pada yang berumur 30 tahun ke atas seiring dengan pertambahan usia.

Jika menggunakan pembersih, gunakan dari jenis susu pembersih (cleansing milk) kerana produk jenis ini boleh mengangkat sisa solekan tanpa mengiritasikan kulit. Gunakan penyegar untuk memberi kesegaran kepada kulit dan membantu mengecilkan pori-pori. Pilihlah pelembap jenis krim kerana ia mampu mengunci dan menjaga kelembapan kulit.

Kulit kering lebih mudah menunjukkan tanda-tanda penuaan jika tidak dijaga dengan sempurna. Dapatkan perawatan ekstra seperti produk perawatan anti penuaan terutama bahagian mata. Jika mahu menggunakan produk mengelupasan, pilihlah yang lembut (gentle peeling) untuk membuang sisa kulit mati serta mencerahkan kulit.

Kulit Berminyak


Jika mudah timbul jerawat, maka kulit adalah jenis kulit berminyak. Kulit jenis ini mengeluarkan banyak sebum serta liang roma yang besar. Pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah membuatkan debu mudah melekat dan menjadi sarang bakteria penyebab jerawat. Tidak digalakkan untuk menggunakan produk perawatan wajah yang berasaskan krim. 

Gunakan pembersih jenis face wash atau foaming gel yang mengandungi sabun / busa. Sifatnya yang alkali melarut minyak hingga dapat membersihkan timbunan minyak pada wajah. Gunakan penyegar untuk memberikan kesegaran pada kulit wajah. Penggunaan pelembap dari jenis fluid atau matte (bebas kilat) kerana bahan ini asasnya cepat meresap pada kulit setelah dioles ke kulit wajah.

Bahagian yang paling aktif adalah sekitar hidung. Oleh yang demikian, kulit jenis ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, penggunaan losyen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan air amat disarankan.

Untuk membuang sel kulit mati, seeloknya scrub wajah dua hari sekali agar sel kulit mati dan kotoran tidak menyumbat pori-pori. Sebaiknya gunakan produk anti bakteria untuk mencegah dari timbulnya jerawat.

Kulit Kombinasi



Kulit jenis ini memiliki kombinasi ketiga-tiga jenis kulit iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit kombinasi kelihatan normal, tetapi terdapat beberapa bahagian tertentua yang terasa kering dan berminyak. Zon T merupakan kawasan yang kebiasaannya kering.

Memiliki liang roma yang besar dan ini terdedah kepada masalah jerawat. Penggunaan pencuci muka secara teratur setiap pagi dan petang akan membantu memberi kelembapan pada bahagian wajah yang kering.

Gunakan losyen penegang kulit pada bahagian wajah yang berminyak, manakala krim penyegar di bahagian yang kering. Penggunaan pelembap sebagai langkah terakhir penjagaan wajah seharian pada keseluruhan wajah dan bahagian yang kering.

Rujukan : Rapi, 2012

Nampaknya jelas sudah tentang produk perawatan kulit yang sesuaikan?? Jadi jangan lupa sesuaikan dengan kulit wajah ya.... Ingat..... Jangan sampai tersalah pilih tau !!! Pemilihan set perawatan yang tepat mampu memberikan hasil yang maksimum. Shaklee menawarkan 2 rangkaian set penjagaan wajah iaitu Nutriwhite dan Enfuselle

Enfuselle - Set Kulit Normal Hingga Kulit Kering
  
Enfuselle - Set Kulit Normal Hingga Kulit Berminyak

 
Nutriwhite - Set Kulit Normal

 
"Mudahkan jika sudah tahu jenis kulit?? Jadi.... yang mana pilihan anda?? Jika berminat dengan rangkaian penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mengetahui tentang produk dengan lebih lanjut lagi. Konsultasi adalah secara percuma dan khidmat COD diberikan percuma untuk warga Labuan. Warga luar Labuan bagaimana?? Jangan risau... anda dapat penghantaran pos secara percuma :)" - Pengedar Shaklee Labuan




Thursday, 18 June 2015

DERITA WANITA BERTUDUNG; DEGILNYA KELEMUMUR



Selain suka bercerita soal kecantikan, wanita juga suka jika mempunyai rambut yang cantik !!!! Betul tak??? Wanita bertudung jangan terlepas pandang bahagian ini.... walaupun bertudung, jangan pandang ringan soal penjagaan rambut dan kulit kepala. 

Kelemumur..... Gatalnya !!!!!


Rasanya kulit kepala berkelemumur merupakan perkara biasa, terutama pada mereka yang kuat berpeluh. Disebabkan ia bukan merupakan masalah besar, tetapi sering dipandang ringan sehinggalah terjadinya masalah rambut dan kulit kepala yang lain. Kelemumur terjadi disebabkan beberapa perkara ;

1. Peluh

Apabila bertudung, kulit kepala mudah berpeluh dan lembab. Mereka yang kuat berpeluh mudah mengalami masalah kelemumur kerana kulit kepala yang lembap dan tidak bersih. Apabila peluh ini terkumpul, akan menyebabkan pertumbuhan kulat yang dinamakan Pitirosporum Ovale. Semakin aktif penghasilan sebum (minyak semulajadi) yang berlebihan pada kulit kepala, semakin aktif pertumbuhan kulat ini. 

2. Pertukaran Pantas Kulit Kepala

Secara normalnya, tempoh kulit kepala bertukar yang baru adalah dalam tempoh 28 hari. Tetapi, masalah kelemumur akan menjadi semakin serius jika kulit kepala bertukar dengan cepat. Ini juga punca berlakunya masalah kelemumur.

3. Jarang Bersyampu

Jika bertudung, kulit kepala mestilah sentiasa pastikan bersih. Jangan ingat orang tidak nampak rambut kita, kebersihan rambut terabai. Nak-nak lagi kalau rambut tu panjang. Sekali tanggal serkup kepala......... hapak !!!!!! Tidak semestinya bersyampu setiap hari, tetapo sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan syampu yang sesuai. Lembutkan rambut dengan penggunaan perapi.  

4. Perubahan Hormon

Hormon yang tidak stabil juga merupakan punca kepada masalah kelemumur. Setiap perubahan yang berlaku kepada wanita semasa mereka datang haid, sedang hamil atau selepas tempoh melahirkan boleh menjadi penyebab mengapa kepala mereka dipenuhi kelemumur. Walaupun hormon tidak boleh diubah, tetapi sekurang-kurangnya anda bersedia supaya anda tidak diserang kelemumur lagi. Apatah lagi kelemumur berkuping yang boleh menyebabkan kulit kepala terluka atau berbau.

5. Diet yang tidak seimbang

Kekurangan zat-zat penting seperti keperluan zink, vitamin B dan juga beberapa jenis lemak boleh menjadi penyebab kepada masalah kelemumur.

Atasi masalah kelemumur sebelum parah!!! 

1. Urus tekanan dengan baik

Perubahan hormon penyebab terjadinya kelemumur mungkin disebabkan oleh tekanan seharian yang dialami. Uruslah tekanan dengan baik agar diri berada dalam keadaan tenang.

2. Bersyampulah

Usahakan untuk mencuci rambut dengan syampu yang sesuai sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Apa salahnya peruntukkan sedikit wang untuk membeli pengering rambut agar rambut tidak basah sewaktu mengenakan tudung. Ingat .....  Ada masanya pengering rambut amat diperlukan!!!! Kalau boleh rambut cukup kering sewakti memakai tudung.

3. Amalkan diet seimbang

Makanan bagaimana yang membantu memiliki kulit kepala yang sihat??? Pilihlah makanan yang kaya dengan zink, b-complex dan lemak yang membantu memelihari rambut dan kulit kepala.

4. Amalan petua orang lama

Tidak salah jika mahu mengamalkan petua-petua lama dari bahan-bahan semulajadi. Antaranya ;

lumur perahan limau ke atas kulit kepala sambil kulit kepala diurut perlahan-lahan.  Bungkus kepala denga tuala dan biarkan untuk beberapa ketika. Kemudian bilas dengan air suam. 

Anda juga boleh menggunakan santan dengan cara mencampur bersama segelas jus nanas, jus limau dan setengah gelas air kelapa. Cuci rambut dengan campuran ini dengan mengamalkannya seminggu sekali.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU??

 

ESP

Meningkatkan tenaga dan protein, menghasilkan sel-sel baru untuk rambut kerana rambut dibina dari protein.

B-Complex

Meredakan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Sangat baik dalam membantu mengurus tekanan.

Membaiki masalah rambut beruban dan gugur. Merawat masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

Vita-C

Membantu meningkatkan peredarah darah ke kulit kepala. Membentuk kolagen agar kulit kepala lebih sihat. Vita-c juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh terutama mereka yang mudah terdedah dengan masalah kesihatan.

Alfalfa

Bertindak sebagai agen detox toksin yang terdapat dalam tubuh yang menjadi punca kepada masalah kesihatan. 

ATAUPUN.... DENGAN MENCUBA RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE


1. Nourishing Scalp Treatment

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan masalah rambut diperingkat akar umbi dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
* Tidak berminyak atau melekit pada rambut
* Antioksida yang terdapat dalam vitamin A dan E serta Coenzim10 melindungi kulit kepala daripada radikal bebas.

Perbezaan Shaklee

ProSant√©®  Nourishing Scalp Treatment merupakan formula eksklusif yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semulajadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan rambut ProSant√©®

2. Revitalizing Shampoo

* Kutikel rambut yang lembut dan beralun 
* Menyegar dan mengimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa penghidratan berlebihan atau pengeringan

3. Purifying Shampoo

* Membersih hingga ke akar rambut, membuang baki produk gayaan rambut, pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang lain.
* Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

4. Replenishing Conditioner

* Membersih hingga ke akar rambut , membuang baki produk gayaan rambut, pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang lain.

* Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

5. Lightweight Conditioner

* Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.
* Rambut lebih tebal, berkilat dan subur

6. Long Lasting Finishing Spray

* Mengekalkan gaya rambut
* Memberikan perlindungan UV
* Menguruskan rambut yang dikerinting halus dan rambut yang mudah kusut.

"Yang mana pilihan anda?? Vitamin atau produk penjagaan rambut?? Kurang arif dalam membuat pilihan?? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan konsultasi secara percuma tentang produk yang sesuai.  Perkhidmatan COD juga disediakan bagi warga Labuan. Cas pengeposan tidak dikenakan kepada pelanggan luar Labuan juga" - Pengedar Shaklee Labuan

 




Tuesday, 16 June 2015

PERLUKAH SUPPLEMEN DIAMBIL?


 
"Alah.... tak perlulah makan supplemen. Hari-hari makan pun dah dapat banyak khasiat"

Betul tu !!!! Tidak dinafikan kebenarannya. Tapi, sejauhmana untuk memastikan setiap makanan yang masuk melalui mulut dapat dipastikan khasiatnya ?? Macammana nak kira jumlah zat, vitamin dan mineral? Kalau rasa-rasa tak pasti, elok sangatlah rasanya tambah sahaja pengambilan supplemen dalam diet seharian mengikut keperluan. Pada saya, nutrien yang kurang akan ditunjukkan melalui timbulnya penyakit-penyakit seperti demam, selsema dan batuk. 

Gaya hidup zaman sekarang amatlah berbeza dengan masyarakat zaman dahulu, dimana kehidupan mereka amat teratur termasuk pemakanan yang sangat dijaga. Diet yang sempurna menyebabkan mereka jarang sakit.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Supplemen?



Perkataan supplemen ini sebenarnya adalah pinjaman dari bahasa inggeris yang bermaksud menambah kepada sesuatu atau memenuhkan sebarang bentuk kekurangan. Kebiasaannya orang mengambil supplemen kerana mengimbangi kekurangan zat dalam diet seharian.

Supplemen di datangkan dalam pelbagai bentuk. Pil, serbuk dan minuman. Perbezaan bentuk dihasilkan demi memenuhi kehendak pelanggan. Ada yang sukakan pil, ada yang gemar dibancuh menjadi minuman dan tidak kurang yang perlukan gel lembut untuk memudahkan mereka menelan.

Bila Supplemen Diperlukan?


Desakkan hidup kita pada hari ini mendorong kebanyakkan diantara kita memilih pemakanan yang segera ataupun makanan siap dimasak. Akibat seharian penat bekerja, tubuh menjadi lesu dan kurang bermaya. Akibatnya prestasi kerja juga merosot akibat tumpuan kerja terganggu. Tidak kurang juga mereka yang kerap sakit, dalam seminggu pasti ada cuti sakit yang diambil. Pada tahap ini sahlah anda memerlukan supplemen tambahan.

Sebagai Wanita Supplemen Apa Yang Bagus Diambil?


Tentulah yang dapat memelihara kecantikkan !!!! heeheheh.... Sebaiknya amalkan multivitamin, vitamin C dan Kalsium organik. Jika ragu-ragu, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk melalukan imbasan kesihatan dan minta doktor untuk mencadangkan supplemen yang terbaik diambil.

Benarkah Supplemen Membawa Risiko Jangka Panjang?

Kenyataan ini tidak seharusnya diterima bulat-bulat. Sebagai pengamal supplemen, anda harus mendapatkan informasi yang secukupnya berkenaan supplemen yang diambil. Segala maklumat pastinya telah tercatat pada botol supplemen. Pilih supplemen yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Kebijaksanaan anda membantu anda memilih supplemen yang terbaik untuk diri anda. 

Kenapa Perlu Pilih Shaklee Sebagai Supplemen Anda?

Shaklee percaya bahawa alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat yang panjang. Justeru, Shaklee berusaha memberikan produk yang terbaik untuk meningkatkan taraf hidup anda. Bahkan, Shaklee amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk.



"Perlukan supplemen yang terbaik untuk anda dan juga keluarga? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan jika berminat mengetahui berkaitan produk yang dirasakan sesuai dengan anda. Khidmat konsultasi diberikan secara PERCUMA . Turut disediakan khidmat COD untuk warga Labuan. Kepada rakan-rakan luar Labuan, jangan risau, tiada cas pengeposan dikenakan." -Pengedar Shaklee Labuan-

 

Monday, 15 June 2015

TIPS RAWAT EKZEMA BERKUPING-KUPING DENGAN HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM






Assalamualaikum...... Hari ni saya nak share tips pulihkan ekzema yang berkuping-kuping. Testimoni ni sebenarnya mengalami masalah kulit kepala yang berkuping yang disebabkan oleh ekzema (Doktor yang sahkan ye... bukan pandai-pandai sendiri tau). Doktor kata mungkin sebab stress. 

Testimoni saya ni cari alternatif sendiri dalam memulihkan masalah yang dihadapi. Mula-mula tu saya hanya suggestkan Herbal Blend Cream (HBC) yang saya tahu memang dihasilkan untuk masalah kulit. So, nak tahu apa yang cust saya dah buat?????

Ikuti tips oleh customer saya ni ye :)

1. Sebelum tidur, lumurkan kulit kepala dengan HBC. Pastu
gosok-gosok secara lembut. Sebab kita tau, biasanya kulit yang ada masalah ekzema ni mengalami masalah kekeringan juga. So, ia berpotensi untuk luka dan pedih.

2. Biarkan semalaman. Cust saya bawa tidur. 

3. Esok pepagi, sikat perlahan-lahan dan anda akan dapati kuping-kuping tersebut akan tertanggal dari kulit kepala. 

4. Kemudian, cuci kulit kepala dengan syampu yang lembut atau shampu pH rendah seperti shampu baby. Cust saya guna shampu baby untuk cuci kulit kepalanya. 

5. Amalkan beberapa hari dan anda dapati ekzema yang berkuping di kulit kepala beransur hilang

Selain daripada itu, setelah masalah cust saya ni hilang, dia amalkan pengambilan Vita-E kerana sifat Vita-E yang antioksida, oleh itu ia memulihkan kulit kepala dengan cepat,



*Tips ini adalah berdasarkan pengalaman customer. Anda boleh amalkan jika ia bersesuaian dengan anda.  

"Berminat untuk mencuba tips bermanfaat ini? Boleh hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan Herbal Blend Multipurpose Cream. Khidmat COD disediakan untuk warga Labuan, manakala luar daripada Labuan, kos pos yang dikenakan adalah PERCUMA" -Pengedar Shaklee Labuan

 

Sunday, 14 June 2015

SET RESDUNG


Set Resdung


Supplemen Shaklee mempunyai set resdung yang merawat masalah resdung dari dalam. Set lengkap Set Resdung mempunyai 3 produk iaitu :

 Alfalfa Complex

* Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan
* Kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama dari akibat ekzema, resdung (sinus), alergi dan gegata.

B-Complex

* B6 penting bagi memulihkan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
* Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
* Membantu hati dalam menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
* Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti stress

Vita- C

* Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan drug anti-histamin.
* Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh manusia
* Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
* Meningkatkan fungsi T-cell dan macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
* Meningkatkan oksigenasi (oxygenation) pada tisu-tisu dalam tubuh manusia.
* Meningkatkan penyembuhan tisu

TESTIMONI SET RESDUNG 





Dapatkan Set Resdung dari saya, Pengedar Shaklee Labuan jika anda mengalami masalah resdung. Perkhidmatan penghantaran secara COD disediakan untuk warga Labuan. Manakala tiada cas pengeposan dikenakan ke seluruh Malaysia. Hubungi saya melalui ;

Pengedar Shaklee Labuan